Friday, 18 April 2025

Mi Wantan Segera, Halal dan Sedap oleh Meet Me X Nisa Bakri Gourmet

Bila kata Mi Wantan terus teringat mi ni orang cina je banyak makan dan susah nak jumpa yang betul-betul halal.

Pelancaran Chilli Wantan Mee bersama Meet Mee X Nisa Bakri Gourmet. Puan Sri Nisa (di tengah barisan atas).

Kali ni tak perlu susah-susah sebab ada Mi Wantan segera, halal dan sedap - Chilli Wantan Mee yang baru saja dilancarkan oleh Meet Mee dan Nisa Bakri Gourmet. Meet Mee, jenama yang memang terkenal dengan mi segera yang berkualiti berkolaborasi bersama Nisa Bakri Gourmet yang juga terkenal dengan produk masakan Malaysia berkualiti bertaraf antarabangsa.

Pelancaran awal Chilli Wantan Mee

Khamis lepas saya sempat hadir di majlis pelancaran awal Chilli Wantan Mee di Galeri KL Wellness City. Wakil daripada Meet Mee turut berkata, “Kami amat teruja dan berbangga kerana dapat menjalinkan kerjasama bersama Puan Sri Nisa Bakri, yang terkenal dengan kepakaran beliau dalam mencipta resepi-resepi yang kaya dengan warisan budaya dan cita rasa Malaysia. Chilli Wantan Mee merupakan gabungan inovatif antara kualiti dan rasa yang memenuhi selera rakyat Malaysia.”

Dalam pada masa yang sama, Puan Sri Nisa Bakri turut menyatakan rasa syukur atas peluang untuk berganding bahu dengan Meet Mee dan berharap kolaborasi ini akan memperluaskan lagi jenama tempatan ke peringkat lebih tinggi melalui pendekatan digital dan kontemporari.

Puan Sri Nisa ketika ditemu ramah

Menurut Puan Sri Nisa, sebelum terhasilnya Chilli Wantan Mee ini, pihak mereka telah membuat penyelidikan dan pembangunan agar mi yang dihasilkan mudah dimasak tanpa mengganggu kualiti rasa. Bahkan sebelum penjualan bermula bulan puasa lepas, Puan Sri Nisa turut memberi pelanggan bazar ramadan di TTDI masakan percubaan mi wantan tersebut. Rata-rata memberikan komen positif dan membina.

Bila saya tanya, orang cina pernah tak rasa sendiri mi wantan ni? Ye lah Mi Wantan memang masakan cina walaupun ramai bangsa lain pun suka makan. Puan Sri Nisa menerangkan bahawa ramai juga orang berbangsa cina merasai mi wantan ini meskipun bagi mereka ada sedikit pedas, tapi pedas tersebut lebih menaikkan rasa mi wantan tersebut. Tapi jangan risau, paket cili diasingkan dengan perencah lain, jadi kita boleh kawal rasa pedas mi tersebut. Manakala Chilli Wantan Mee ni jenis mi wantan kering, bukan mi wantan sup tau.

Chilli Wantan Mee oleh Meet Mee X Nisa Bakri Gourmet

Bagi nak beli, harga sebungkus Meet Me X Nisa Bakri Gourmet Chilli Wantan Mee ialah dalam RM6.70 je. Berat 145gram. Bila beli ada:
- Mi Wantan
- Sos perencah
- Sambal udang
- Chili Oil
- Keropok ikan

Siap dalam masa 3 minit je. Nak rebus dulu mi tu pun boleh atau nak tuang air panas sekejap pun boleh. Ye, memang segera. Senang nak bawa pergi jalan jauh atau nak makan cepat. 

Mi Wantan yang dimasak pada hari pelancaran

Bayangkan kalau masak tampah dengan sayur sawi celur dengan rebus telur setengah masak, memang dah macam kat kedai terus! Saya dah cuba rasa sendiri waktu majlis pelancaran. Waktu saya rasa tu kira dah sejuk tau, tapi sejuk gitu masih sedap. Tak rasa macam mi wantan segera. Siap ambil banyak kali walapun perut masa tu dah penuh lepas pergi rumah terbuka. Haha. Saya pun bayangkan, kalau makan masa panas-panas mesti lagi sedap.

Pedas pun boleh tahan terasa juga, kalau tak tahan pedas, tolong jangan campur terus. Rasa dulu kat sudu sikit. Sebab takut yang langsung tak boleh tahan tu tak dapat makan. Sambal udang pun jenis yang garing-garing guna udang kering. Saya pun dah dapat dua bungkus, nanti saya cuba masak pula.

Jadi boleh lah dapatkan Chilli Wantan Mee daripada Meet Me X Nisa Bakri Gourmet melalui platform rasmi TikTok berikut:

TikTok Rasmi Meet Mee: @meetmee2u

TikTok Rasmi Nisabakri Gourmet: @nisabakrigourmet

Dah cuba jangan lupa tag Puan Sri Nisa dan Meet me di media sosial okay. Sama-sama kita sokong buatan tempatan yang halal dan sedap ni.

No comments:

Post a Comment