Showing posts with label Fesyen dan Kecantikkan. Show all posts
Showing posts with label Fesyen dan Kecantikkan. Show all posts

Saturday 11 February 2023

KAMYA FEST 2023 di Stadium Bukit Jalil Meriah!

Kuala Lumpur, 10 Februari 2023 – Kamya Festival atau Kamya Festival 2023 telah memulakan penganjurannya di Stadium Bukit Jalil pada hari pertama hari ini. Penganjuran oleh Kamya selaku jenama produk kecantikan dan kesihatan yang meningkat naik ini turut disertai oleh 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Dihadapan gerbang pintu masuk Kamya Fest yang terletak di Parking B, Stadium Bukit Jalil.

Kamya Fest dilangsungkan dengan objektif berhibur sambil menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawan yang didorong oleh Puan Erna Elliyana atau lebih dikenali sebagai Erna iaitu pengasas Kamya. Penganjuran Kamya Fest ini turut mendapat sokongan selebriti dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu selaku penganjur bersama.

Tarikan Kamya Fest

Berlangsung selama tiga hari, festival ini menyediakan pelbagai tarikan buat pengunjung terdiri daripada pelbagai jenis vendor iaitu produk Kamya itu sendiri, makanan, minuman, fesyen, automotif, sukan, permainan kanak-kanak serta dewasa dan aktiviti gaya hidup yang sesuai untuk seisi keluarga. Bahkan ada khemah Lifestyle yang dilengkapi dengan pendingin hawa untuk pengunjung berasa selesa. Tambahan pula, tempat makan yang luas turut disediakan di bawah khemah besar untuk pengunjung menikmati pembelian mereka.

Khemah makan.

Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle, aktiviti kecergasan dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.

Antara gambar sekitar Kamya Fest:

Khemah Lifestyle berpendingin hawa.

Aktiviti kecergasan ditengah festival.

Antara vendor makanan.

Permainan kanak-kanak.

Peragaan automotif.

Pada masa yang sama terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air menghadiri Kamya Fest untuk menghibur pengunjung. Antara barisan selebriti yang ada ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol, Syura Badron, Nadia Brian dan ramai lagi.

Majlis Pelancaran Kamya Fest

Majlis pelancaran Kamya Fest 2023 telah disempurnakan oleh Erna sendiri bersama-sama barisan selebriti popular seperti Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan.

Menurut Erna, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan, “Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung di dalam dunia keusahawanan.

Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 sehingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada."

“Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan.

“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.

Pelancaran Sabun Kamya

Pada hari pertama festival, Erna berbesar hati melancarkan produk terbaharu daripada Kamya iaitu Kamya Soap. Pelancaran diadakan meriah dengan kehadiran Vee Abdullah selaku pengacara pelancaran, Mya Zulkifli, para blogger, pempengaruh dan pengunjung.

Erna dikiri bersama pengacara Vee Abdullah.

Kamya Soap ialah sabun pencuci wajah yang mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu masalah kulit seperti Niacinamide, Glutathione, Arbuthnott, Vitamin, Aloe Vera, Madu dan Titanium. Sabun ini sesuai buat pengguna yang mempunyai pelbagai jenis kulit seperti sensitif, kering, berminyak dan kombinasi.

Para pempengaruh yang memperagakan Kamya Soap.

Sabun ini juga dipercayai dapat membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit, mengurangkan kemerahan dan kerengsaan dan menanggalkan sel kulit mati. Selain itu sabun ini dapat membantu memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan liang pori tersumbat, mencegah pertumbuhan jerawat, menyokong struktur kulit serta memberikan penampilan yang lembut dan tampak lebih muda.

Kamya Soap terbaharu.

Kamya Soap yang bertulisan Cantik Itu Kamu.

Sabun ini hanya boleh didapatkan di Kamya Fest dengan harga RM19.90 sahaja sebelum memasuki pasaran secara rasmi dengan harga yang lain. Jualan harga pelancaran ini juga terhad untuk 1000 unit sabun untuk tiga hari festival berlangsung.

Hadiah Cabutan Bertuah

Pengunjung yang hadir juga boleh mencuba tuah memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot.

Salah seorang pengunjung yang bertuah.

Jangan lepaskan peluang ini dan anda semua dijemput hadir ke Kamya Fest 2023!

Kamya Fest

Tarikh : 10th – 12th Feb 2023
Lokasi : Carpark B, Stadium Bukit Jalil
Masa : 10am – 10pm

Peta Kamya Fest 2023.

Masuk adalah percuma kecuali kemasukkan ke khemah Lifestyle dengan tiket masuk berharga RM5 dewasa.

Laman web dan sosial media

Sunday 16 October 2022

Tak Guna Marketing Murahan dan Gelaran Datuk, Kak Ell Tetap Buat Jualan RM34 Juta Setahun.

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Baru-baru ini Kak Ell telah menyambut ulang tahun ke-4 di Majlis Kak Ell Fantasy Night 2022 di hotel terkemuka di Shah Alam. Majlis dihadiri seramai lebih daripada 280 orang tetamu dengan berpakaian mengikut tema termasuk lah Kak Ell yang mengenakan pakaian seorang ratu dari alam fantasi.

Kak Ell ditengah-tengah bersama pememang anugerah Kak Ell Top Sales di Majlis
Fantasy Night 2022 di Double Tree by Hilton, Shah Alam.

 "Saya bangga pakai nama sendiri!" itu jawapan Kak Ell yang terkenal dengan tagline “Memang Cantik” apabila ditanya tentang produk kecantikkan keluarannya yang menggunakan nama sendiri.

Anak kepada penoreh getah ini, Sharmila Johan, 41, yang juga merupakan ibu kepada tiga orang anak menganggap nama yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini. "Ini macam satu hadiah juga untuk mak dengan ayah sebab pilih nama yang baik untuk saya," tambahnya lagi.

Juga, Kak Ell tidak bergantung dengan marketing murahan dan gelaran Datuk kerana dia percaya dengan melakukan perniagaan secara professional dan menjaga adab juga boleh membuatkan perniagaannya berjaya. Hasilnya, tahun lalu sahaja syarikat yang ditubuhkan oleh Kak Ell mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.

“Ada yang bertanya tak susah ke pikul tanggungjawab sebagai seorang usahawan, mak dan anak? Saya ‘enjoy’ dan bersyukur macam ni.”

"Sebagai wanita, mustahillah saya tak bernafsu nak memiliki barang-barang mewah, kan? Tapi, saya selalu ingatkan diri sendiri supaya tak ‘over’,” ujarnya lagi.

Biarpun memiliki beberapa buah kereta mewah di rumah, bagi Kak Ell itu semua adalah sekadar pinjaman daripada-Nya, bukan satu simbol kekayaan yang perlu dimegahkan. Malah, usahawanita ini berkata yang dia lebih suka untuk menghabiskan duit yang diperolehi untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik, membantu kawan-kawan dan ahli keluarga, menyumbang semula kepada sekolah yang pernah diduduki dan berkongsi dengan ibu bapa.

Kak Ell dalam ucapan pembukaannya,

Kak Ell turut memberi pesanan kepada orang ramai, "Saya nak pesan, walau berjaya macam mana pun, jangan sesekali abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Syurga bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang yang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin.”

“Saya tak boleh main cakap lepas sahaja. Saya ada keluarga dan anak yang perlu dijaga. Malah, saya beruntung kerana pengguna tegar jenama saya sendiri mempertahankan kualiti produk yang dihasilkan hingga ia terus relevan dan dipercayai,” Kak Ell menyambung.

Bahkan dengan menjaga kualiti produk, produk-produk Kak Ell diuji dengan badan profesional hingga boleh mendapatkan kelulusan KKM dalam setiap produknya. Lebih kehadapan lagi, produk Kak Ell juga boleh didapati secara terus di farmasi Healthland di KLCC dan The Gardens Mall.

Meskipun dia turut mengaku pernigaannya tidak meletup dan naik dengan pantas tanpa marketing melampau seperti ‘founder’ lain, Kak Ell percaya viral marketing tidak menjamin sesebuah jenama berkekalan di pasaran. Dia berpegang kepada prinsip pernigaan profesional dengan menggunakan servis telemarketing hingga membuahkan hasil konsisten yang tidak hanya setakat satu-satu masa sahaja.

Kejayaan Kak Ell dengan penubuhan wisma Kak Ell.

"Saya sentiasa percaya apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah," katanya lagi.

Selain itu, apabila ditanyakan stratergi Kak Ell tidak menggunakan artis atau infuencer sebagai duta, Kak Ell menjawab, “Produk Kak Ell ini terkenal dengan produk jeragat. Kalau kita guna artis dan influencers yang sememangya cantik dan muda adalah tidak berpadanan. Bagaimana kita nak sampaikan maklumat produk dengan betul? Lagipun kebanyakkan pengguna Kak Ell adalah berusia 40an dan 50an di mana cara pendekatan yang digunakan juga adalah berbeza”.

Kak Ell  turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Team #KakEllStars berkata, “Saya baru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan,”

Kak Ell juga mensasarkan untuk meraih anggaran jualan produk sebulan sebanyak RM 5 juta. Ini boleh dicapai kerana mengikut sejarah rekod lepas dengan hebahan meluas produk Kak Ell, jenama kecantikkan tempatan ini mampu mencatat jualan sehingga RM34 juta setahun.

Kak Ell ini bukan lah jenama asing sebenarnya meskipun kehadiran media sosial tidak segempak jenama kecantikkan lain. Ini adalah kerana Kak Ell sering bekerjasama dengan Suria FM hingga tagline Kak Ell “memang cantik” sering kedengaran di corong radio tersebut. Pendekatan ini lah yang membuatkan penggunanya datang dengan sendirinya.

Pada majlis yang sama juga, Kak Ell turut melancarkan produk yang ke-48 iatu Fairy Glow Oil iaitu ‘face oil’ daripada gabungan lima minyak terpilih bersaiz mini. Produk ini digandingkan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang telah dilancarkan awal pada bulan lepas. Maka terhasil lah gabungan produk yang diberi nama Fantasy Beauty selaras dengan tema majlis.

Kak Ell Fantasy Beauty Combo Package - Fairy Glow Oil
& Glowing Day Cream.

Pengumuman produk baharu.


Monday 10 October 2022

Komuniti Guardian Gaya Squad Sambut Ulang Tahun ke-5 Dengan Pratonton Produk Jenama Baharu dan Esklusif!

Kuala Lumpur, 6 Oktober – Guardian Malaysia baru-baru ini telah menyambut ulang tahun yang ke-55 tahun. Sempena ulang tahunnya pada bulan ini, Guardian turut memperkenalkan barisan jenama baharu dan esklusif melalui majlis sambutan ulang tahun ke-5 Guardian Gaya Squad.

Guardian Gaya Squad merupakan sebuah inisiatif oleh Guardian Malaysia untuk membina hubungan dengan pelanggan menerusi media sosial kini menjadi sebuah saluran penyampaian utama untuk pelanggan mengakses idea dan maklumat untuk kehidupan yang sihat dan bijak. Asalnya Guardian Gaya Squad mempunyai sesi kecil untuk memberi pengalaman langsung secara dua arah iaitu komuniti dan jenama. Namun seiring pencapaiannya, Guardian Gaya Squad berkembang menjadi majlis komuniti yang besar untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Majlis sambutan Guardian Gaya Squad turut dihadiri oleh Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd., orang kuat pemasaran Guardian dan wakil jenama yang terlibat dalam pratonton produk baharu yang bakal dan sudah dilancarkan di Guardian.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd. dalam memberi ucapannya, “Apa yang mulanya hanya sebuah ruang perniagaan sekecil 200 kaki persegi di dalam pasar raya Weld, telah berkembang dalam 5 dekad lalu menjadi peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, yang telah dipilih sebagai jenama peruncitan nombor satu di Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini. Hari ini, Guardian memiliki lebih daripada 520 stor di seluruh negara, e-stor yang berkembang pesat serta aplikasi yang boleh diakses bila-bila masa”.

“Hari ini, sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami menampilkan 24 ‘muka baru’ di stor kami dan kepada ahli Gaya Squad Guardian. Jenama-jenama baharu dan eksklusif ini merangkumi pelbagai segmen produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, kesihatan dan kecantikan.

Selain itu, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-55 ini, Guardian akan menawarkan promosi dan tawaran menakjubkan dari sekarang hingga 30 Oktober 2022. Malah, kami telah menawarkan 1,000 produk dengan potongan 55% untuk belian item kedua dan banyak lagi tawaran promosi hebat yang lain,” tambah Teo lagi.

“Inisiatif Gaya Squad Guardian yang telah dilancarkan lima tahun lalu kini diterima secara meluas oleh pelanggan kami sebagai satu saluran untuk mendapatkan maklumat trend kesihatan dan kesejahteraan serta produk terkini.”

“Kami memulakan Gaya Squad Guardian sebagai satu saluran utama untuk  memperkenalkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang dijual di stor untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran umum tentang jenama tersebut kepada pelanggan menerusi influencer media sosial yang dijemput ke sesi-sesi itu,” jelas Teo.

 “Dengan cara ini, pelanggan kami belajar lebih banyak tentang jenama yang kami tawarkan,” tambah Teo.

“Ia benar-benar satu inisiatif menang-menang untuk pelanggan kami yang akan mendapat maklumat lebih mendalam tentang jenama kesihatan dan kecantikan terkini di pasaran dan trend terkini manakala pemilik jenama pula mendapat pendedahan jenama untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentangnya,” kata Teo.

“Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami berbangga dengan apa yang telah kami capai selama ini dan akan terus bekerja bersungguh-sungguh kerana kami komited untuk membantu pelanggan kami mendapatkan kehidupan yang sihat dan Indah - setiap hari,” Teo mengakhiri.

Pada majlis ini, Gaya Squad Guardian telah dijamu dengan pratonton istimewa jenama-jenama baharu dan eksklusif. Jenama yang terlibat dalam mempamerkan produk mereka ketika sesi pratonton selain Guardian ialah Toujours Advanced, Nature’s Way, Swisse, Summerie, Momotani Meishoku, LAF, Chriszen, Kundal dan Canmake. Beberapa dari jenama tersebut turut mempamerkan jenama baharu di bawah jenama besar mereka contohnya Objet daripada Kundal.


Nantikan muatnaik komuniti Guardian Gaya Squad di media social dan blog untuk mengetahui lebih lanjut mengenai majlis ini ya!

Facebook: @Guardianmy

Instagram: @Guardianmy

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp#No1StoreMalaysia

 

Saturday 1 October 2022

AEON LANCAR KOLEKSI BUSANA PENGANTIN SEDIA UNTUK DIPAKAI (RTW Bridal Collection)

KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Dalam fasa selepas endemik, ramai yang mula melangsungkan majlis perkahwinan sama ada yang baru sahaja berkahwin ataupun sudah berkahwin tapi belum sempat mengadakan majlis akibat PKP. Maka musim perkahwinan ketika ini bertambah meriah justeru permintaan untuk mendapatkan pakaian pengantin mampu milik semakin meningkat. 

AEON Malaysia melancarkan koleksi busana pengantin siri Puteri di AEON Alpha Angle baru-baru ini.

Oleh itu AEON CO. (M) BHD. (AEON) mengambil langkah untuk melancarkan koleksi busana pengantin yang bertemakan “Permaisuri Sehari” sesuai dengan permintaan ramai. Oleh itu majlis pelancaran telah dilaksanakan di AEON Mall Alpha Angle, Wangsa Maju baru-baru ini dengan menampilkan koleksi busana pengantin kali pertama.

AEON dengan bangganya memperkenalkan busana pengantin dan juga busana pengapit di bawah label Puteri sedia untuk dipakai (RTW/Ready-to-Wear) dengan harga mampu-milik dan tersedia dalam pelbagai saiz. Untuk mendapatkan koleksi busana pengantin ini, pelanggan boleh mendapatkannya di lapan (8) cawangan AEON terpilih iaitu di AEON Taman Maluri, Alpha Angle, Bandar Utama, MidValley, Shah Alam, Kota Bharu, Kuching dan Nilai.

Busana pengantin berpasangan di AEON.

Antara koleksi yang tersedia secara fizikal di AEON.

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia, “AEON memang faham cabaran untuk merancang perbelanjaan perkahwinan jadi bila tibanya peluang untuk membantu mengurangkan stress, label PUTERI terus mengambil inisiatif untuk memperkenalkan koleksi busana yang mesra-bajet, moden dan dengan 15 pilihan yang boleh terus dipakai serta tersedia dalam semua saiz.”

Sebenarnya pelancaran koleksi bermula dengan pameran perkahwinan sejak 26 September lalu, cuma kali ini pameran perkahwinan “Permaisuri Sehari” bukan sahaja menampilkan koleksi Puteri tapi juga turut disertai oleh Shasha’s Designer, Ghadeez KL, Ikhwan Designer, Nana Bridal dan Jess Wedding. Pameran ini membantu memperkenalkan pemilik busana pengantin tempatan dan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pelanggan AEON untuk mendapatkan pelbagai pakej perkahwinan dan busana pengantin. 

 
Busana pengantin dari Shasha’s Designers.

Busana pengantin sedondon daripada Nana Bridal.

Busana pengantin wanita rekaan klasik dan moden berasaskan songket dari Ikhwan Mohamad.

Kesemua jenama terbabit yang turut hadir juga memperlihatkan koleksi busana mereka dalam satu pertunjukan fesyen yang meriah dan menarik. Pada hari pertunjukkan juga, Aini Sophie iaitu pemenang Miss Malaysia Kebaya 2018/2019 dan Ikon Wanita Melayu 2019 turut memperagakan koleksi Puteri bersama-sama dengan pemenang peraduan kempen media sosial AEON “Permaisuri Sehari”, sebuah kempen media sosial iaitu Nursyuhaidah Mohd Razib dari Keramat, Nurul Natasha Jamaludin dari Ampang dan Rosnazira Jamil dari Penang. 

Ikon Wanita melayu bersama tiga pemenang kempen “Permaisuri Sehari” AEON.

Buat ketika ini, busana pengantin boleh didapati secara fizikal sahaja di lapan buah cawangan seperti di atas. Busana pengantin bukan sahaja untuk wanita tapi juga lelaki dengan pelbagai saiz dan kemasan. Untuk busana pengantin AEON, busana pengantin rekaan tradisi Melayu tradisi dan moden sahaja yang ada, namun jangan bimbang, rekaan tradisi kaum dan agama busana pengantin lain mungkin akan menyusul.

Bagi saya adalah berbaloi untuk mendapatkan pakaian pengantin di sini kerana kualitinya yang kemas, rekaan malar segar tanpa sarat, mudah mendapatkan saiz, sopan dan harga yang berpatutan. Harga pakaian pengantin di sini sekitar RM100-RM300 sahaja. Sewa pun lagi mahal tau. Berbaloi kan! Pakaian pengantin Puteri AEON ni sesuai juga untuk dipakai pada mana-mana majlis lain. 

Antara perincian rekaan busana pengantin AEON. Rekaan tidak sarat dan malar segar serta tampak elegan.

Jemput lah ke AEON yang berkenaan untuk lihat sendiri koleksi busana pengantin ini ya!



Sunday 31 July 2022

Pelancaran NOIR Super Whitening Skin Peptides, Produk Makanan Tambahan Berinovasi

KUALA LUMPUR, 28hb Julai – NOIR Helath & Beauty Sdn. Bhd. (NOIR) secara rasminya telah melancarkan produk kecantikkan inovasi terbaharu sempena ulang tahun ke-5 mereka iaitu NOIR Super Whitening Skin Peptides. Majlis yang telah dirasmikan oleh pengasas NOIR iaitu Madamu itu turut dihadiri oleh ratusan usahawan NOIR dari seluruh negara.

Majlis pelancaran NOIR Super Whitening Skin Peptides
dan sambutan ulang tahun NOIR ke-5.

 
Antara usahawan yang turut hadir pada malam bersejarah
yang diadakan di Boathouse, Flamingo Hotel, Ampang.

Sebagai salah satu perniagaan dalam bidang kecantikkan yang meningkat naik, NOIR telah mengambil langkah kehadapan dengan penggunaan inovasi teknologi bagi memenuhi kehendak kecantikkan dan kesejahteraan para wanita di luar sana. Oleh itu, NOIR memberi dimensi baharu dengan memperkenalkan pelbagai produk bermutu tinggi, premium dan halal yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Madamu turut berkata, “Proses penuaan berlaku dengan pantas seiring dengan peningkatan usia individu, Super Whitening Skin Peptides diinsipirasikan bagi memenuhi keperluan para wanita di luar sana untuk melambatkan proses tersebut dan membuat para wanita di luar sana jadi lebih cerah, terawat dan kulit terlindung dari dalam”.
 
Madamu ketika soal jawab bersama
media mengenai pelancaran terbaharu.

Seiring dengan permintaan dan teknologi berkembang, NOIR Super Whitening Skin Peptides dibuat khusus untuk memberikan kepuasan berganda pada wanita di luar sana untuk memiliki kulit lebih cerah serta tubuh badan yang lebih anjal. Produk ini merupakan produk kencantikkan dan kesihatan di bawah kategori makanan tambahan. Produk yang perlu dibancuh ini dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama yang terdiri daripada Kolagen Peptide, Ekstrak Yis Torula dan Ekstrak Pueraria Lobata.


NOIR Super Whitening Skin Peptides, kombinasi inovasi
terkini dengan 10x lebih efektif. Sumber vitamin C & antioksidan
dengan 60x ganda lebih tinggi!

Selain ketiga-tiga bahan utama, terdapat juga bahan-bahan premium lain yang terkandung dalam Super Whitening Skin Peptides. Di bawah merupakan penjelasan ringkas bahan-bahan premium terbabit:

Kolagen Peptide, Ekstrak Pueraria Lobata & Astaxanthin: Berasaskan ikan dan tumbuhan
yang membantu merangsang penghasilan kolagen untuk memperlahankan proses penuaan
sekali gus mencegah pembentukan garisan halus pada wajah. Ia turut membantu
meringankan simptom menopaus dari dalam tubuh secara lebih sihat dan semula jadi.

Ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic (Vitamin C) & Camu-Camu: Memberikan kesan
pencerahan 10 kali lebih efektif. Ia sangat membantu untuk memudarkan parut, pigmentasi
dan mengatasi masalah kulit tidak sekata. Kandungan sumber vitamin C dan antioksidannya juga 60 kali ganda lebih tinggi. Ia berkesan merangsang dan meningkatkan pengeluaran kolagen bagi membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.

Satu botol mempunyai berat 150gm untuk kegunaan 15 hari.
Harga RM89 untuk satu botol.

Inovasi terkini daripada NOIR ini turut meningkatkan kadar kelembapan kulit sehingga 40%. Malah kulit juga akan lebih anjal dan cerah seawal 9 hari penggunaan yang konsisten mengikut saranan yang diberikan.
Jualan combo Pre-Order. Beli dua botol saiz 150gm untuk
RM 150.

Produk ini sudah boleh didapati secara pre-order melalui ejen NOIR seluruh negara. Penjualan pre-order dengan harga RM150.00 bagi dua botol akan berakhir pada 31hb Julai ini. Setiap botol mempunyai berat 150gm untuk kegunaan 15 hari atau bersamaan 10gm bancuhan setiap hari. Penjualan secara rasmi akan diumumkan di laman web rasmi NOIR tidak lama lagi.

Maklumat lanjut boleh rujuk di instagram rasmi NOIR di sini --> Instagram.com/noirhealthbeauty/

Sunday 3 July 2022

AEON Memperkenalkan Fesyen Busana Pengantin, Baju Aktif Sukan dan Pakaian Bercuti di AEON FASHION PREVIEW 2022

KUALA LUMPUR, 30 Jun – AEON telah melancarkan AEON Fashion Preview (AFP) 2022 untuk sesi Julai-Oktober pada 28 hingga 30hb Jun yang telah berlangsung di AEON Maluri. Acara tri-tahunan ini diadakan untuk memperagakan serta berdiskusi mengenai fesyen terbaharu daripada pelbagai jenama bersama AEON. Pelancaran ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah AEON, Naoya Okada dan Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran Kumpulan AEON, Low Ngai Yuen.

Pertunjukkan AFP 2022, Timbalan Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada dan Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran
Kumpulan AEON, Low Ngai Yuen bersama model peragaan.

                Sesi kali ini, AEON memperkenalkan tiga tarikan utama yang selari dalam menyambut fasa endemic iaitu atletik, pakaian pergi bercuti dan busana pengantin. Siri ini juga menampilkan pelancaran jenama atletik baharu daripada Jepun iaitu innercasual atau iC yang mempunyai ciri teknologi super. Pelancaran ini dilakukan di gim komuniti TRIBES Boxing Studio. Kemudian disambung pula pertunjukkan fesyen pakaian bercuti di MRT dan ditamatkan di AEON Maluri dengan pertunjukkan fesyen busana pengantin.

Tiga tarikan fesyen utama AFP 2022 sesi Julai-Oktober ini adalah seperti berikut:

1. innercasual (iC)

Jenama daripada Jepun yang sangat diraikan AEON kini boleh didapati di Malaysia. Pakaian yang diperkenalkan sebagai pakaian yang sangat selesa, iC diperbuat dariapda kain mesra alam dengan teknologi tambahan untuk meningkatkan fungsi sebagai pakaian atletik. 

AEON bersama Tribe Boxing dalam kerjasama innercasual, iC

Juga diperbuat daripada 100% kapas organic yang bebas daripada kegunaan penyembur serangga dan baja kimia, iC menjanjikan pakian yang ringan, beraliran bebas, tahan lama dan lasak untuk kegunaan berpanjangan serta berulang kali. Ciri ini adalah untuk menyokong pergerakan dan kelasakkan. Tambahan, pakaian ini juga dilengkapi teknologi dan sains yang membuatkan kain menyerap peluh lebih cepat dan kain cepat kering dengan anti bau, anti bakteria dan perlindungan UV.

iC juga menyokong pengguna dalam 4 cara iaitu estetik untuk semua umur dan jenis badan, kefungsian, kelestarian dan mampu milik.

Dalam iC ni juga terdapat 3 gaya berbeza:

Baju innercasual yang selesa, sejuk dan ringan dipakai.

1. Keriangan dan kefungsian pakaian Aktif - ActiveWear
2. Teknologi untuk mempertingkatkan gaya hidup – PeaceFit
3. Kelestarian dalam rangkaian fesyen dengan kolaborasi dengan pereka fesyen serta aktivis british iaitu Katherine Hamnett. Juga seorang perintis feysen beretika. Dalam rangkaian ini terdapat banyak mesej “SAVING THE PLANET” terutama di baju T yang juga merupakan mesej Katherine Hamnett dalam perjuangannya melindungi bumi dan alam sekitar.



2. Pakaian pergi bercuti

Apabila perlancongan domestik memuncak dan pelbagai larangan percutian mula ditarik balik, AEON mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan pelbagai jenama yang bersesuaian untuk dibawa sebagai pakaian ketika anda melancong. Rangkaian ini datang dengan pakaian resortwear hinggalah stress-comfys sampai ke getawaty-clothes. Senang cerita, penuh dengan rekaan musim yang terkini dalam pelbagai saiz di AEON stores sekarang.

Rangkaian ini terdiri daripada:

• Scar
Scar menampilkan tie-dye, potongan lapisan-berkbiar dan beberapa perincian butiran untuk musim mendatang.

• Puteri
Rangkaian yang sopan menepati ciri santai dan terkini. Juga didatangkan dengan pakaian renang muslimah.


• PlusCollection
Dipenuhi dengan saiz yang lebih besar dan dibuat khas untuk memberi keselesaaan serta gaya yang menarik untuk bercuti. Gaya  cetakan bunga di atas kain linen ialah fesyen musim ini. PlusCollection juga ada denim untuk pilihan gaya lain.

• Arcadia
Berfokus kepada gaya penuh kelas, Aracadia menawarkan pilihan yang banyak dengan rekaan malar segar. Baju linen dan seluar bewarna natural dengan warna bumi dilengkapi hiasan sulam membuatkan koleksi ini boleh diguna pelbagai gaya.


• M
Rangkaian khusus untuk sang ibu yang bercuti penuh keselesaan. Rangkaian yang anti kedut, ringan dan mesra penyusuan adalah fokus utama. Rangkaian ini terdiri daripada baju menyusu, seluar, kain yang juga bersesuaian untuk yang mengandung dan menyusukan anak.

• ti:zed
Jenama ini memperkenalkan pakaian yang boleh diguna secara harian dan santai namun masih bergaya seperti baju panas hoodie dan pullovers bagi lelaki, baju kain kapas dengan cetakan pelbagai untuk pelbagai majlis dan terutama sekali untuk pergi bercuti dipelbagai tempat.

• Guys’ Vision
Cetakan yang berani semestinya untuk bercuti. Cetakan atas cetakan ini membuatkan pengguna yang menggayakan Guys’ ini menonjol dan kelihatan bergaya.


Antara kepelbagaian koleksi rangkaian pakaian bercuti adalah seperi di bawah:

Peragaan di dalam MRT dari Stesen Surian ke Stesen Maluri.

PlusSize, Guys Vision & Scar

3. Busana Pengantin

Setelah hampir dua tahun pandemik, ramai majlis perkahwinan terpaksa ditunda bahkan dibatalkan. Kini setelah berakhirnya fasa yang mencabar, ramai yang sudah mula menyambut majlis yang berbahagia ini. 


Oleh itu untuk pertama kalinya AEON memperkenalkan koleksi pengantin dan pengiring yang mesra bajet dan saiz. Kolaborasi koleksi ini dilakukan bersama pereka yang terkenal iaitu Zachrin Jaafar dan Kay Ibrahim serta Ivory Romance yang juga merupakan butik pengantin terkemuka. Rekaan mereka akan mula didapati bermula September nanti.

Ketiga-tiga tema bagi AFP 2022 ini sudah boleh didapati dan bakal berada di kedai fizikal serta kedai atas talian AEON. Untuk membeli rekaan ini boleh layari AEON Lifestyle .

Selingan - AEON Fashion Preview merupakan cara tri-tahunan iaitu acara yang diadakan tiga tahun sekali. Acara yang berlangsung selama beberapa hari ini bukan sahaja berfokus kepada pertunjukkan fesyen terkini semata-mata namun AFP diadakan untuk menjadikan fesyen lebih berteknologi dan lestari.

AFP juga mempunyai sesi diskusi serta perkongsian sehala dan dua hal antara AEON, pereka dan pembekal. Sama ada dari segi teknologi, pemasaran, rekaan dan penjualan. Antara lain AFP juga adalah medan kolaborasi bersama pereka dan jenama lokal, ini membolehkan AEON mempunyai pilihan jelas untuk pelanggan memilih rekaan anak tempatan.

Kesimpulannya, AFP merupakan hab fesyen yang ingin berkembang dari pelbagai segi dengan mengambil kira pelbagai sudut. AEON merupakan perintis dalam Malaysia yang melakukan program sedemikian.