Salam semua,
Saya ada ambik gambar ni dari satu akaun peniaga atas talian di Instagram. Jadi saya turut hendak berkongsikan gambar ini kepada anda semua untuk tatapan dan peringatan bersama. :)
|
Allah tengok segala-galanya! |
Dah baca dah gambar kat atas? Hehe, korang jangan malas baca apa yang kat gambar tu pasal korang kena tahu apa yang betul salah dalam berniaga ni. Jangan pasal nak untung korang tipu orang ramai. Ni pun peringatan buat kat diri sendiri.
Peringatan yang saya boleh bagi ialah:
1. Sebaik-baiknya bila dah meniaga jualan dah memberangsangkan,
DAFTARLAH PERNIAGAAN ANDA di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Buat lah milikan tunggal (enterprise, trading etc) dulu sebab lebih murah. Kalau ada bajet lebih terus buat syarikat betul-betul iaitu sdn.bhd. Semua ni boleh cari kat laman sesawang SSM.
http://www.ssm.com.my/
Orang akan lebih yakin dan hak anda terlindung. Cuba ada pelanggan yang tipu korang, korang punya hak secara keseluruhan akan dilindungi. Kalau tak berdaftar, selalunya korang susah nak menang kes kena tipu pelanggan sebab korang pun dikira sebagai penjual secara "kawan-kawan".
2. Korang kena BERSABAR KALAU PELANGGAN BANYAK TANYA macam-macam tapi tak jadi beli dan sebagainya. Sebab orang ni memang banyak tanya sebab nak kepastian dan kemudian-kemudian baru nak beli lagi. Insha Allah kalau korang masih layan baik je orang macam ni, dia akan cari anda pada kemudian hari.
Tapi, jangan sesekali kongsi 100%. Sebab ada yang jenis ambil kesempatan. Orang ni nak tahu korang beli produk kat mana sebab nak jual produk yang sama. Dan ada yang beli tempat lain tapi tak tahu cara guna barang tu, kebetulan korang jual barang yang sama, dia tanya korang. Jadi kena pandai-pandai jawab jugak ye. Tapi jangan langsung tak layan!
Manakala untuk tips pula:
1. Bebalik kepada peringatan no.1, kalau korang berdaftar dan TUNJUKKAN LESEN SSM ANDA, automatik orang akan rasa lebih yakin dengan perniagaan anda. Tak lah dorang ragu-ragu nak beli ke tidak kan. ATAU Kalau tak da tak apa, cuba bagi penegasan tentang perniagaan dengan lebih berketerampilan. BAGI KESERAGAMAN PRODUK dengan gambar dan diskripsi seragam secara format nya.
Contoh: Korang punya gambar memang lawa dengan diskripsi yang seragam dan tak da campur baur antara akaun peribadi dan akaun perniagaan. Kalau nak kongsi pasal peribadi boleh sebab nak bagitahu bakal pembeli bahawa anda ni tak lah nak menipu. Cuma... kongsikan serba sedikit jangan selalu. Dan kongsi yang peribadi tu mesti berkaitan dengan perniagaan macam korang tengah pergi beli produk. :D
2. Korang kena LETAK HARGA TERUS! Kalau tak dapat letak harga, letak anggaran harga dah menjadi sebab kadang-kadang ada jenis pelanggan ni kalau dia tengok tak da harga terus tak nak beli sebab malas nak tanya dan berfikir, "Dia mesti jual harga mahal kat aku, kalau orang lain yang dia kenal mesti murah!"
Ye lah, dah korang kadang-kadang letak gambar dan diskripsi lawa-lawa, tup tup tak da harga. Terus tak ada emosi gembira nak membeli tu. Saya jenis pembeli ni kecuali saya terdesak.
3. Bagi menjual barangan, mesti NYATAKAN KUANTITI, KUALITI DAN KESELAMATAN yang diberi bersama. Keselamatan tu macam barang tu original dari US siap ada tag bersinar-sinar sampai sakit mata. HAHA. Atau barang tu ada sijil JAKIM dan KKM. Yang begini-begini lah.
Manakala untuk kuantiti:
Baju/Seluar/Dan yang setara dengannya - Bagitau saiz bebas ke, XS dan sebagainya. Kalau korang bagi maklumat terperinci macam lilitan pergelangan tangan tu berapa cm ke, atau labuh baju tu berapa cm ke. Ha.. macam ni lah orang suka. <3
Tudung - Bagitau bidang lebar berapa. Atau kata je boleh tutup dada dengan sempurana. ^_^
Botol - Ni bagitau berapa liter boleh muat air dalam. Kadang-kadang fuiyooo punya cantik. Sekali sampai, ceit, seciput je air boleh masuk dalam. Padan muka tak tanya berapa liter boleh masuk dalam kan.
Suplemen kecantikan dan setara dengannya - Berapa paket dalam tu. Berapa biji pil dalam tu. Berapa keping masker (mana-mana lah yang serupa) dalam tu. Bagitau siap-siap. Tu sebab orang beli tempat lain tapi tanya tempat lain!
4. Gambar kena MENARIK! Kalau tak da bajet tak yah lah nak upah orang mahal-mahal. Korang buat setakat yang mampu diusahakan. Kadang-kadang Ya Allah, latar belakang kat belakang gambar tak boleh blah. Pergi lah tempat yang latar belakang cantik dan ambik gambar guna telefon pun menjadi tapi SUDUT kena betul.
Kiranya korang ambik gambar produk korang kat 'wallpaper' gambar karun bagi produk yang tersangat kusam. HAHA. Atau korang ambik gambar belakang dia macam ada kelabu-kelabu sikit. Kalau tak da jugak, belakang mesti berunsur seperti kayu. ;)
Bagi produk yang meriah sangat tu, guna lah latar belakang guna kertas A4 putih ke. Atau pilih kaler latar belakang yang berwarna pastel.
ATAU, korang boleh ambik gambar kat tempat-tempat korang rasa lawa macam latar belakang air terjun taman awam ke. Hehe.. Tapi korang kena bagi efek kabur-kabur supaya produk korang menonjol.
DAN pastikan produk anda seragam latar belakang dia. Kalau boleh lah. Macam jenama A ni berlatar belakang air terjun dan jenama B ni berlatar belakang orang yang tengah terjun. HAHAHA.. :p
5. Bagi yang guna instagram khusus nya, korang jangan PRIVATE - PERIBADI gittew. Sebab ada orang jenis tak suka 'follow' dan rasa terpaksa 'follow' korang. Buka je bagi semua nampak tak kisah lah korang tak ramai 'followers' yang penting korang disenangi.
Bagi saya, kalau instagram orang tu private saya tak suka follow sebab saya rasa dia nak terkenal dengan banyak followers. Hehe. Lepas tu tak jadi beli dari korang. Saya pegi ushar kat tempat yang 'public' baru syok! Lainlah kalau korang satu-satu nya jual benda tu, kalau 'private' orang tetap akan pegi ushar korang.
6. Dah ada pelanggan, minta izin dia untuk buat TESTIMONI untuk dikongsikan. Juga kalau dia dah biasa atau nampak perubahan, korang bagi lah diskaun lebih kat dia tapi dengan syarat dia mesti kongsikan tentang produk atau instagram korang. Ha, macam tu baru lah bagus!
Tapi cakap elok-elok kat pelanggan tu. Contoh:
"Hai, minta tolong boleh tak?"
"Apa dia sis?" (chewah, ni korang punya panggilan kegemaran ni kan. Haha)
"Sis nak minta tolong awak kongsi-kongsi kat kawan-kawan awak, sambil-sambil tu sis boleh bagi awak diskaun"
Haaaa, kalau saya kena layan orang macam ni, lebih-lebih lagi kita ni memang warga suka diskaun! Keberkesanan teknik ni memang tinggi! Apa lagi? Cuba lah.. Heh heh heh.. Semoga berjaya!
7. Kalau ada bajet, lantik lah DUTA buat IKLAN. Duta dan iklan tak semestinya artis terkenal. Asal dia terkenal sikit dah baik dah. Atau dia orangnya menarik dan mudah dipercayai. Sebab ada orang ni bukan artis tapi bila dia taip status je orang percaya dengan status dia lebih-lebih lagi orang rasa dekat di hati. Orang macam ni boleh jadi duta korang. Kalau korang nak jadi duta sendiri pun bagus. Baru nampak macam korang ni betul-betul jual produk "high standard"~ Hee..
8. BALAS mesej.
Yang guna facebook tu, tolong lah buat "inbox" anda tu boleh dimesej oleh semua orang. Atau rajin-rajin semak "other message". Ni orang PM tak balas-balas. Paduhal suruh PM. Pa ke benda? Kalau korang dah suruh orang PM atau mesej korang dulu, pandai-pandai lah balas ye. Jangan dah lama sangat sampai orang naik bosan.
Yang guna emel, rajin semak "SPAM" kadang-kadang masuk dalam tu jugak!
*********************************************************************************
Dah tu je yang saya boleh fikir sekarang.
Insha Allah kalau ada yang tertinggal, saya akan tambah lagi ya. :)
p/s: Kalau nak kerja secara 'online', cuba ushar
Jobdirumah.net
Tata.