Assalammualaikum semua,
Hari ni saya rajin nak cerita lebih banyak dengan korang. Saya mengumumkan saya merupakan salah seorang Althea Supporters! yeayyy! Pertama di Asia tenggara dan kedua selepas Korea Selatan, iaitu tempat asal Althea ni.
Ha jadi apa itu Althea?
Althea ni merupakan satu hub atau pusat membeli belah produk penjagaan diri dan mekap dari negara Kpop iaitu Korea Utara. Althea juga turut mengeluarkan rangkaian produk mereka sendiri yang betul-betul di rumus khas bagi pengguna mereka.
Tapi apa kaitan dengan Althea Supporters pulak?
Althea Supporters ni ialah sekumpulan target ujian bagi produk yang bakal dilancarkan mereka. Kiranya Althea Supporters ni akan cuba produk tersebut dan bagi feedback peribadi tanpa bias berdasarkan pendapat jujur.
Pentingnya Althea Supporters ni ialah untuk menjamin produk tersebut boleh diterima pakai oleh pengguna diluar. Di Korea, Althea Supporters ni memberi feedback yang sangat bermanfaat sebab itu lah produk Althea sendiri berkualiti tinggi dan mampu dimiliki. Kesinambungan itu, Althea memutuskan untuk mempunyai Althea Supporters daripada Asia tenggara pula.
Sini lah kisahnya menarik, kerana kami akan memastikan produk tersebut sesuai dengan cuaca kita di Malaysia, masalah kulit yang biasa dihadapi orang kita dan paling penting kami menekankan undertone warna kulit kita sebagai orang asia tenggara. Tak sabarnya dapat produk Korea yang boleh digunapakai tanpa nampak kelabu asap!
Sebelum meneruskan lebih lanjut. Tugas pertama Althea Supporters di Malaysia ialah untuk memilih BB Cushion terbaik dalam dua bahagian. Bahagian pertama ialah pemilihan antara 6 BB Cushion dan kedua pemilihan BB Cushion antara 3 terbaik yang sudah dimodifikasi.
Jom ikut perjalanan saya!
Laman rasmi: https://my.althea.kr

Ini lah Althea |

Siap sedia dengan puff, pen dan catitan~ |

Althea Supporters Meeting Pertama
Bersiap sedia untuk memberi ulasan |
Masa ni kami semua guna cermin ajaib Althea dari koleksi Bare Essentials di mana cermin ni dah jadi keperluan hari-hari masa mekap tau! |
Tengah tengok puas hati ke tak dengan warna undertone kulit saya. Sebab orang korea mereka pink undertone dan kita asia tenggara banyak yellow undertone. |
Inilah managers Althea dari Korea. HQ pun turun ke mari tau untuk memastikan produk khas ini betul-betul boleh digunapaki oleh kita orang Asia lelebih lagi kita orang Malaysia. Saranghaeyo Althea <3 |
Sebernanya kami cuba lebih daripada BB Cushion tau. Kami pun cuba concealer yang ada. Boleh tahan lah, sekarang cuma ada satu je undertone yellow. Lain sesuai untuk highlight. |
Tammy tengah bagitau kat kami supaya bersabar agar kami dapat hadiah yeayyyy. |
Special edition untuk dimenangi. Oh no ada pertandingan~ |
Cantik kan! |
Mereka lah pemenangnya! Meja sebelah.. Hmmm tak menang. Hahaha termasuklah saya. Muehuehuehue. Jeles tau! |
Akhir sekali, tiba untuk pulang dan ke meeting yang kedua. Eros tangkap gambar untuk kami~ Dan gambar ni semua kredit Althea ya! |
Ini apa yang saya dapat untuk first meeting. Tak sabar nak review dan pakai! Siapa tau jenama-jenama ni. Cer komen sikit. |
Althea Supporters Meeting Kedua
Persediaan untuk pemilihan yang lebih tepat. A, B dan C manakah yang bakal dilancarkan Althea? Tak sabarnya! |
Ini gambar selfie. Saya datang awal~ |
Wefie beramai-ramai. Oh itu snack datang dari korea tau~ Semua siap sedia nak test! |
Kertas tu ialah feedback kami Althea Supporters tau. Kami memilih yang terbaik untuk anda! |
Tiga jenis tekstur, 3 jenis tona dan 3 jenis penyampaia berbeza. Boleh teka mana yang saya suka? |
Ini permulaan. Agaknya apalah mereka tengah fikir ye. Tema kali ni semua warna merah jambu~ |
Memandangkan saya balik awal, tapi masih sempat buat test beri feedback untuk Althea, saya snap gambar sebagai kenang-kenangan. Harap ada lagi lah Althea Supporters meet up. Rindunyaaa. |
Diharap perkongsian ini dapat membuka minat anda dan mata anda bahawa ada produk Korea yang serius dalam produksi mereka untuk menyesuaikan jenama untuk kita orang Asia tenggara. Daripada kami buat anda, diharap anda berpuas hati.
Sebelum menghabiskan entri, anda boleh meninjau Althea sendiri di:
Laman rasmi: https://my.althea.kr
Facebook: www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram: instagram.com/altheakorea
Jangan lupa bagi review selepas pembelian dan penggunaan ya. Semua reveiew yang ditinggalkan di Althea akan membantu melahirkan produk terbaik.
Sehingga berjumpa lagi untuk review barangan Althea. Tata~