Assalam semua,
Hari ni saya berkongsi dengan anda pengalaman sepanjang sesi merasa menu di Namelaka Patisserie. Sedikit pengenalan buat anda, Namelaka Patisserie ialah kedai pencuci mulut dan manisan yang premium terletak di Bangsar.
Mereka menampilkan seni pastri dan kulinari berkualiti dalam hidangan mereka. Juga, mereka memperkenalkan konsep santai, ringkas dan lapang bagi ruangan tempat duduk mereka. Namelaka Patisserie ini baru je buka pada hujung tahun lepas maka mereka masih dalam tahap percubaan beberapa menu mereka sambil beroperasi seperti biasa.
Jom kita ke menu utama mereka!
Cara yang direkomendasi untuk memakan kesemua pemanis mulut berupa buah ini ialah dimulakan dengan epal, pear, oren, lemon dan diakhiri dengan buah markisa. Ini adalah disebabkan semakin ke hujung kita makan, semakin rasa masam itu lebih kuat. Kalau makan markisa dulu, anda mungkin akan 'shock' dengan rasa dia.
Bak kata owner, "Sama ada anda suka atau membencinya". Wahhhhh mengancam!
Ya, pemanis mulut disini dicipta untuk tidak terlalu manis dan masih mengekalkan rasa beberapa buah yang masam-masam manis itu. Berita baik, anda boleh menempah pemanis mulut seperti di atas untuk majlis anda tau! Cuma yang Party Cake itu kena dua hari minimum sebab sangat esklusif nak buat setiap satu kiub itu sempurna.
Menarik kan hidangan mereka? Terutama bentuk buah-buahan yang diolah sendiri menggunakan kepakaran pastry chef mereka. Ha, lepas tu jom lah lihat beberapa gambar galeri di bawah untuk tatapan anda pulak.
Hari ni saya berkongsi dengan anda pengalaman sepanjang sesi merasa menu di Namelaka Patisserie. Sedikit pengenalan buat anda, Namelaka Patisserie ialah kedai pencuci mulut dan manisan yang premium terletak di Bangsar.
Logo Namelaka Patisserie |
Mereka menampilkan seni pastri dan kulinari berkualiti dalam hidangan mereka. Juga, mereka memperkenalkan konsep santai, ringkas dan lapang bagi ruangan tempat duduk mereka. Namelaka Patisserie ini baru je buka pada hujung tahun lepas maka mereka masih dalam tahap percubaan beberapa menu mereka sambil beroperasi seperti biasa.
Jom kita ke menu utama mereka!
Menu Utama
Menu utama mereka menampilkan pemanis mulut yang berupa buahan sebenar dan warna yang sangat menarik perhatian.
Ini lah yang paling menarik perhatian. Buah yang ditunjukkan ialah rasa buah itu tapi dengan penuh isi kejutan lain kat dalam. |
Pineapple Mint Mocktail |
Butterfly Pea Mocktail |
Passion Fruit Mocktail |
Coffee Latte |
Cara yang direkomendasi untuk memakan kesemua pemanis mulut berupa buah ini ialah dimulakan dengan epal, pear, oren, lemon dan diakhiri dengan buah markisa. Ini adalah disebabkan semakin ke hujung kita makan, semakin rasa masam itu lebih kuat. Kalau makan markisa dulu, anda mungkin akan 'shock' dengan rasa dia.
Bak kata owner, "Sama ada anda suka atau membencinya". Wahhhhh mengancam!
Ya, pemanis mulut disini dicipta untuk tidak terlalu manis dan masih mengekalkan rasa beberapa buah yang masam-masam manis itu. Berita baik, anda boleh menempah pemanis mulut seperti di atas untuk majlis anda tau! Cuma yang Party Cake itu kena dua hari minimum sebab sangat esklusif nak buat setiap satu kiub itu sempurna.
Satu lagi Mocktail ialah Pineapple Mint. Terdapat menu lain lagi yang boleh didapati selain daripada menu bertulis di atas. |
Galeri
Mari saya bawa anda menyelusuri beberapa gambar yang sempat ditangkap ketika kejadian.
Buah markisa~ |
Ini counter bar, boleh nampak kat depan orang buat air sekali. Kat belakang tu luas kan? |
Seni Coffee latte~~ |
Sesi mengenal pemanis mulut. |
Kaca seluas alam boleh nampak dari atas ni. Sebab tu lah lighting on point dalam kedai ni. Nak acah-acah Kdrama dalam ni pun boleh! |
Derren Fung - Junior Fav kena letak sekali dalam ni sebab tolong ambik gambar dan video (ya video kena edit dulu~) |
Abaikan pizza, sandwich dan sosej itu. Tiada dalam menu ya. Haha |
Kita boleh tengok 'buah' pemanis mulut dari kaunter. Kat bawah tu je~ |
Lokasi, waktu operasi dan sosial media
Bagi yang hendak ke Namelaka Patisserie untuk menjamu hidangan ataupun berphotoshoot (sebab tempat ni lawa dan lighting sangat 'on the point'! Di bawah ialah maklumat yang anda perlu tahu.
Lokasi:
Namelaka Patisserie
No.34 -1 , Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100,
Kuala Lumpur
(Betul-betul berada di tingkat atas KK Mart, naik tangga sebelah kiri)
Masa Operasi:
Hari: Isnin - Ahad
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11.30am - 10.00pm
Sosial media:
Laman rasmi: http://www.namelaka.my
Facebook: https://www.facebook.com/namelaka.my/
Instagram: https://www.instagram.com/namelaka.my/
Twitter: https://twitter.com/NamelakaP
Selesai sudah entri kali ni. Diharap mencuba hidangan yang ada di Namelaka Patisserie ni bersama rakan-rakan anda ya. Sehingga berjumpa di lain entri.
Tata~