Salam semua,
Buat pembaca kat luar sana, saya sangat galakkan untuk datang berkunjung ke Starvendors untuk merasai apa yang saya sendiri kongsikan dengan anda dekat entri ni. Sebelum menghabiskan perkongsian, Ifa Raziah juga bercadang untuk merancang membawa Starvendors ke Johor, Sabah dan Sarawak. Rasanya ada yang berminat tak?
Hari ni saya berkesempatan jejak kaki
sendiri ke Star Vendors di PWTC yang telah berlangsung pada hari ini 24 Mei
sehingga 27 Mei nanti.
Di hadapan pintu masuk dewan. |
Pengenalan ringkas mengenai
Starvendors ni ialah Festival Jualan Raya yang diadakan 72 jam tanpa henti yang
menampilkan 62 artis dan beberapa bisnes tempatan dan bumiputra lain. Jumlahnya mencapai lebih 400 lebih bisnes dengan 600 lebih jenama tau! Masya Allah banyak sungguh peluang yang diwujudkan.
CEO & COO, Ifa Raziah yang juga terkenal sebagai pengacara dan pelakon kat Malaysia ni berkata ketika pelancaran bahawa perniaga di sini akan memberikan harga kompetitif, berpatutan dan diskaun agar semua dapat menikmati jualan raya ni.
CEO & COO, Ifa Raziah yang juga terkenal sebagai pengacara dan pelakon kat Malaysia ni berkata ketika pelancaran bahawa perniaga di sini akan memberikan harga kompetitif, berpatutan dan diskaun agar semua dapat menikmati jualan raya ni.
Ketika ucapan, persembahan dan perasmian Star Vendors. Ucapan daripada Ifa Raziah sebagai CEO & COO Star Vendors serta perasmian oleh Tuanku Permaisuri Selangor. |
Meskipun ini projek sulung beliau ,
festival ni tadi dah mendapat sambutan hangat. Namun masih boleh berjaya dikawal
oleh krew Star Vendors. Selain itu, hari ni juga merupakan perlancaran rasmi bagi
Star Vendors yang dirasmikan oleh Tuanku Permaisuri Selangor iaitu Tuanku
Norashikin yang manis berbaju kurung. Manakala selain Ifa Raziah sendiri, telah
ada beberapa selebriti terlibat yang dah datang seperti Datuk Aznil Hj Nawawi,
Asyraf Muslim, Zizi Kirana, Erra Fazira, Ziana Zain, Watie Elite dan ramai
lagi lah!
Fakta menarik mengenai Star Vendor ini ialah Ifa Raziah bertungkus lumus menjadikan program ini sebagai kenyataan dalam masa 2 bulan sahaja! Bahkan menarik minat Maybank, Neffos, Nuccar dan Kingsmolten untuk menaja serta menggempakkan lagi festival raya ini. Manakala Suria FM merupakan radio rasmi informasi bagi Star Vendors.
Oleh itu, jom saya perkenalkan Starvendors
sambil berkongsi pengalaman dan perasaan saya sendiri masa pergi tadi.
7 Kelebihan Starvendors yang
menjadikan festival ini terbaik:
1. Pendaftaran melalui sistem atas
talian dengan imbasan code sahaja! Tak perlu berebut, tak perlu pakai gelang
tangan mahupun cop tangan kita tau!
2. Sebanyak 453 booth di tiga aras
yang boleh dikunjungi bahkan booth artis dan bisnes tempatan saling ditempatkan
bersebelahan antara satu sama lain. Semua peniaga dilayan sama rata.
3. Dibuka 72 jam tanpa henti! Semua
orang boleh datang bila-bila masa.
4. Harga dijamin bukan ‘hisper
have-have’. Kebanyakkan peniaga dan artis memberikan harga runtuh dan istimewa
untuk festival kali ini selari dengan misi Ifa Raziah yang ingin festival ini
mampu milik! Pengguna Maybank QR Scan & Pay dapat menikmati 20% diskaun
sebanyak dua kali di mana-mana booth!
5. Pemberian duit raya kepada 1000
pengunjung pertama oleh artis dengan penuh meriah dan teratur!
6. Kunjungan artis tempatan tanpa
henti yang juga sangat mesra disapa peminat. Pengunjung yang membeli barangan
dengan harga murah pun boleh mendapatkan peluang untuk mengambil gambar dengan
artis tanah air kita.
7. Konsert Malam Kemuncak Star Vendors
di pentas utama PWTC oleh 12 penyanyi bertema hari raya serta banyak aktviti menarik seperti
cabutan bertuah setiap hari pukul 1 pagi, ‘back-to-back’ persembahan artis dan edaran bubur
lambuk setiap pukul 6-6.30pm oleh Ifa Raziah.
Sejujurnya kelebihan ini adalah sangat
pasti tiada madah berhelah bak kata Ziana Zain gitu. Pengalaman saya pergi
sendiri tadi pun penuh kagum. Kagum disebabkan Ifa Raziah betul-betul memahami
kita sebagai bakal pelanggan untuk memberikan keselesaan maksimum. Fuh macam bodek tapi bukan tau! Hahaha. Serius ni terbaik yang pernah saya alami.
Beliau sendiri berkata kepada pihak media bahawasanya Star Vendors ini juga dilaksanakan untuk membantu usahawan dengan memberi tapak sewaan yang rendah daripada harga pasaran. Tidak lupa juga, lokasi yang dipilih ini merupakan mesra pengguna bagi yang ingin bersolat, laluan OKU, tempat berbuka dan sebagainya yang selesa sepanjang 72 jam Festival berlangsung.
Bayangkan lah, festival Star Vendors
Jualan Mega Raya 2019 ni mampu memberikan harga rendah kepada pengunjung meski
dibuat dalam skala besar. Bahkan idea untuk membuka 72 jam sebenarnya membuka
peluang kepada peniaga untuk mencari rezeki yang lebih dan pengunjung untuk
pergi ke sana di masa mereka kelapangan. (Rujuk kat gambar dibawah untuk melihat beberapa jualan murah)
Bagi saya secara peribadi kenapa saya
rasa Star Vendors ni istimewa ialah apabila artis yang terlibat semua mesra
alam. Waktu bagi duit raya pun Watie Elite sanggup mengunjuk sampul raya
satu-satu ke tangan pengunjung terawal tadi. Siap nak ambil gambar ke video ke
masih memberikan senyuman. Ni baru artis tanah air kita. Susunan booth pun campur-campur
je artis dengan bukan artis, sama-sama berkongsi pengaruh agar semua dapat
dikunjungi. Saya rasa terharu bila layanan adil diberikan.
Cukuplah rasa terharu kat atas ni, jom
saya bawa ke booth-booth yang sempat di lawati di Starvendors tadi.
Ini ialah booth Ifa Raziah sendiri. Terletak antara booth yang lain. Istimewanya, booth Ifa Raziah hanya satu ruang dan ringkas je. |
Selain itu, ada juga peniaga daripada Brunei Darussalam juga turut serta! Gembira boleh cakap Brunei tau! |
Tradisi Melayu tak kan lapuk dek zaman. Kini kembali trend tengkolok bersama capal. Kat BMO pasti boleh cari mana yang dikehendaki. |
Serba merah jambu comel! |
Di atas merupakan beberapa booth
peniaga yang boleh saya kongsikan berdasarkan mana yang saya rasa menarik
daripada 400 lebih buah booth yang ada. Ini pilihan peribadi lah, walhal banyak
lagi yang menarik tau.
Ada jugak yang sempat saya tangkap
ketika cuci mata tau seperti kat bawah ni.
Ini sambal viral Che'Nor. Kat sini terlajak murah! |
Safiey Elias menyertai Star Vendor dengan produk kosmetik baru beliau. |
Antara tempat 'insta worthy' |
Kopi ni sedap bak kata penggemar kopi Kak Atie yang tolong ambik gambar sepanjang Festival ni. Hehe |
Bahkan RM 50 untuk tiga! Biar betul? Memang betul!!!
Ye, dah rasa kain dia memang kualiti tinggi. Sumpah! RM 20 je satu.
|
Orang cina pun beli tau. (Hehe saya kenal dia, saja je) |
Satu-satunya booth menjual dekorasi dalaman rumah! Ala macam kedai Jepun yang kita selalu masuk habis duit tu~ |
Ha, ini lah salah satu barang dekorasi yang dijual. |
Buat pembaca kat luar sana, saya sangat galakkan untuk datang berkunjung ke Starvendors untuk merasai apa yang saya sendiri kongsikan dengan anda dekat entri ni. Sebelum menghabiskan perkongsian, Ifa Raziah juga bercadang untuk merancang membawa Starvendors ke Johor, Sabah dan Sarawak. Rasanya ada yang berminat tak?
Maklumat lanjut boleh rujuk di bawah
ya.
STARVENDORS di PWTC – Putra World
Trade Centre
Hall 2,3 & 4
2 4 -
27 Mei 2019
Jumaat – Ahad
72 Jam tanpa henti
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/starvendors/
Oh tahu tak, pada akhir nanti akan ada 'Bossku' menampilkan diri dengan memperkenalkan pakian batik perniagaan 'Bossku' sendiri? Ha tunggu tau! Selamat membeli belah di Starvendors semua!
Oh tahu tak, pada akhir nanti akan ada 'Bossku' menampilkan diri dengan memperkenalkan pakian batik perniagaan 'Bossku' sendiri? Ha tunggu tau! Selamat membeli belah di Starvendors semua!