Pada 29 Julai 2019 hari ini merupakan hari bersejarah
apabila Perjanjian SARE Tiga Penjuru antara TNB, Edu City dan GSPARX telah
termeterai di Hilton Hotel, Kuala Lumpur. Perjanjian tersebut ditandatangani
oleh Wan Ahmad Saifuddin (Pengarah Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd ,
EduCity) , Dato’ Haji Nor Azman Mufti ( Ketua Pegawai Usahasama Tenaga Nasional
Berhad) dan Ir Megat Jalaludin Megat Hassan (Ketua Pegawai Runcit Tenaga
Nasional Berhad).
Semua pihak adalah sangat dialu-alukan untuk menggunapakai module SARE ini demi tenaga bersih dan penggunaan tenaga berterusan. Ataupun jika ingin pemasangan sistem solar panel ini untuk kegunaan peribadi juga boleh dilaksanakan.
Ketika menghadiri sesi tandatangan rasmi SARE. |
Sesi tanda tangan tiga penjuru. Depan dari kiri, Encik Wan Ahmad (EduCity), Dato' Haji Nor Azman Mufti (TNB) dan Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan (GSPARX-TNB). |
SARE ialah singkatan kepada Supply Agreement for Renewable
Energy (Perjanjian pembekalan tenaga boleh diperbaharui).
Perjanjian ini akan memberi manfaat kepada EduCity sebagai
sebuah hub pendidikan agar menikmati
tenaga boleh diperbaharui berbentuk sistem solar panel untuk penggunaan sumber
tenaga. Manakala, pihak GSPARX iaitu entiti dibawah TNB pula akan membekalkan
kepakaran mereka dalam pemasangan solar panel kepada EduCity. Tempoh SARE ini
ialah selama 25 tahun dan dijangka siap
pada Februari 2020.
Kebaikkannya
merangkumi:
1. Penjimatan EduCity sebanyak RM 2.2 juta sepanjang tempoh perjanjian. Di mana penjimatan tahun pertama dianggarkan sebanyak RM 31,354. Angka yang mungkin kecil bagi projek skala besar namun sebenarnya ialah kerjasama pintar apabila pihak EduCity tidak mengeluarkan sebarang kos untuk pemasangan panel solar dan penjanaan tersebut.
1. Penjimatan EduCity sebanyak RM 2.2 juta sepanjang tempoh perjanjian. Di mana penjimatan tahun pertama dianggarkan sebanyak RM 31,354. Angka yang mungkin kecil bagi projek skala besar namun sebenarnya ialah kerjasama pintar apabila pihak EduCity tidak mengeluarkan sebarang kos untuk pemasangan panel solar dan penjanaan tersebut.
2. Perjanjian
Zero Capital (Tiada kos) yang memberi manfaat kepada ketiga-tiga pihak. Selain penjimatan daripada
pihak EduCity, TNB dan GSPARX dapat manfaat dari segi ruang penggunaan untuk
melakukan kajian dan pemasangan sistem solar mereka.
3. Sebanyak 220
Tan Metrik karbon dioksida boleh dikurangkan berbanding penggunaan tenaga
tradisional. Justeru itu boleh membantu memulihara alam sekitar tanpa mengeluarkan
sebaran kesan rumah hijau.
Inisiatif ini diterajui oleh Digital Pulse iaitu unit
gerakan di bawah Iskandar Innovations Sdn Bhd (IISB) yang mewakili Edu City.
Untuk projek ini, bahagian Edu City telah mengenal pasti dua lokasi utama di
education hub iaitu Kompleks Multi Varisti dan tempat pejalan kaki.
Dua lokasi yang dikenal pasti. |
Ringkasnya saiz
sistem tersebut boleh dibahagikan seperti berikut:
1. Kompleks Multi
Varsiti – penjanaan kuasa sebanyak 152kWp (boleh mencapai kiraan 152kWh)
2. Tempat pejalan
kaki – penjanaan kuasa sebanyak 130kWp (boleh mencapai kiraan 130kWh)
Kedua-duanya akan menghasilkan penjanaan kuasa sebanyak 344,
816kWp (boleh mencapai kiraan 344, 816kWp) setahun.
Jika dibandingkan dengan tenaga tradisional, penggunaan tenaga
sebuah unit apartment tanpa pendingin hawa boleh mencapai 141kWh sebulan dengan
bil anggaran berjumlah RM 30. Bayangkan hanya satu panel boleh menghasilkan
kuasa yang boleh menjana tenaga penggunaan satu unit apartment.
Panel-panel tersebut akan dipasang pula di dua lokasi
terpilih dan mampu menjana tenaga yang lebih banyak dan membuat penjimatan seperti
yang dimaklumkan. Ini sedikit sebanyak mengurangkan kos operasi EduCity yang
mempunyai keluasaan 300 ekar.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, media ada bertanya samada
SARE ini akan dilakukan di lokasi lain ataupun luar negara. Encik Wan Ahmad
Saifuddin menjelaskan bahawa EduCity , GSPARX dan TNB bersedia menjadi module
kepada mana-mana individu mahupun korporat yang berminat . Hanya perlu
menghubungi pihak TNB untuk maklumat lanjut.
Ketika sidang akhbar, Encik Wan Ahmad (kiri) dan Ir Mohd Yusrizal |
Semua pihak adalah sangat dialu-alukan untuk menggunapakai module SARE ini demi tenaga bersih dan penggunaan tenaga berterusan. Ataupun jika ingin pemasangan sistem solar panel ini untuk kegunaan peribadi juga boleh dilaksanakan.
Antara penambahbaikkan EduCity |
Permulaan SARE |
Marilah kita menyahut saranan Kerajaan Malaysia untuk
mencapai tenaga bersih sebanyak 20% sebagai permulaan ke arah pemuliharaan alam
sekitar.
Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk dibawah:
Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk dibawah:
EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EIMSB): http://www.iskandarinvestment.com/educity/
GSPARX Sdn Bhd (GSPARX): https://www.gsparx.com/Home/About
Tenaga Nasional Berhad (TNB): https://www.tnb.com.my/
Sehingga berjumpa lagi di lain entri.
GSPARX Sdn Bhd (GSPARX): https://www.gsparx.com/Home/About
Tenaga Nasional Berhad (TNB): https://www.tnb.com.my/
Sehingga berjumpa lagi di lain entri.