Di pameran produk ObsessCosmetics. |
Jom saya tunjukkan beberapa kemeriahan yang telah berlangsung.
Obsess Makeup Party
Pelancaran dimulakan dengan ucapan Pengasas dan pemilik Obsess Cosmetics iaitu Puan Hafizatul. Beliau melancarkan produk terbaru iaitu Square
Pelancaran oleh Puan Hafizatul Atikah |
Antara 'insta worthy' vanity mirror |
Makanan manis dan pencuci mulut. |
Travel kit daripada Obsess Cosmetics yang terdiri daripada Loose Pwder, Lipstick dan DD Cushion Foundation. |
Review
Untuk review ringkas ini saya dah try swatch tapi tak sempat ambil gambar. Jadi saya guna kan gambar daripada Mua Rosmiza Razak sebagai perbandingan ya. Haha. Untuk disclaimer, review ditulis berdasarkan kulit saya yang cerah dan natural tone (bukan warm dan bukan cool tone).
Ini apa yang saya dapat ya daripada majlis tersebut. |
Cushion Foundation terbaru Obsess Cosmetics |
Treatment Cushion Foundation - Bite My Cushion
Di datangkan dengan hanya dua shade sahaja iaitu Light dengan Medium. Shade kali ini lebih berfokus kepada kulit orang 'kita' tapi bagi yang cerah macam saya shade 'light' agak sedikit gelap jadi saya top-up menggunakan loose powder light colour yang saya ada. Foundation ini ialah yellow slightly warm tones ya.
Coverage pulak buildable medium ke full coverage. Nak full coverage kena layer extra sikit. And akan oxidised jugak. Jadi kena ambil kira bab situ sikit. Texture dia sejenis cecair pekat, mudah disapu and lekat di kulit. Bagus lah tak mudah tertarik bila sapu guna span, tangan atau berus.
Bonus point bila cushion foundation ni ada ciri rawatan apabila mengandungi bahan anti baketeria dan penenang kulit seperti minyak zaitun, bearberry dan geranium. Antara lain Cushion Foundation ini mempunyai SPF 50++.
Bawah: Eyebrow refiner. Atas: Mascara |
Mascara
Mascara ini sesuai untuk daily use agar masih nampak bold dengan natural. Tidak mengandungi fibre oleh itu kalau nak guna kena sapu beberapa layer untuk lebih bold. Wand dia medium size tak kurus tak gemuk dan sangat senang untuk digunakan lebih-lebih lagi untuk orang yang baru-baru menggunakan mekap.
Warna pulak masih hitamt tapi tak terlalu mencolok mata dan yang penting tidak terlalu keras kejung hingga susah nak remove bila nak solat bagai. Saiz pun tak terlalu besar agak sesuai untuk dibawa ke mana-mana bila nak top up mascara atau travel.
Brow Refiner
Brow refiner atau pencil lukis alis kening ala 3D gitu. Terdapat spoolie dan pencil boleh dilaras pada kedua-duanya. Sangat mudah digunakan senang melekat kat alis ya. Nak bentuk kening ala bold, korea, ala-ala tak ala semua pun boleh.
Warna pula agak warm sesuai dengan warna kulit orang kita jugak. Jadinya bagi yang berkulit cerah macam saya boleh top up guna eyebrow mascara agar tidak terlalu nampak cerah. Sebab warna dia ada hint perang-perang tanah sikit.
Lip matte |
Liquid Lip Matte
Terdapat 7 warna iaitu Bandung, Sirap, Ribena, Katira, Carrot, Dodol dan Bunga. Kesemua tujuh warna yang ada semuanya dalam kelompok nude peachy red. Sesuai untuk kulit yang warm tone agar lebih menonjol secara natural tak pudar. Bagi yang berkulit cerah macam saya, lipstick ini akan menjadi sedikit bold berbanding natural.
Pigmentation dia agak bagus dengan hanya satu lapisan dah boleh nampak warna. Bagi yang mempunyai bibir gelap boleh sapu dua kali. Jangan risau teksur lip matte ni ringan, cepat kering dan tidak merekah.
Bonus point, lip matte ini tak mengeringkan bibir bahkan memelihara bibir agar lebih lembab sebab ada kandungan minyak zaitun dan vitamin E. Kira sambil cantik sambil merawat jugak.
--------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya kualiti produk Obesses Cosmetics agak bagus setara dengan produk luar negara. Lebih bersifat daily use dan sangat-sangat sesuai untuk orang kita tak kira Melayu, Cina tau India. Jadi target market tu on point!
Untuk yang kulit cool tone dan natural tone cerah macam saya, masih boleh pakai cuma kena top up sikit mana yang perlu and boleh guna untuk look yang different berbanding orang berkulit kita kita. Paling penting, semua senang nak diremove menggunakan make up removal dan mempunyai bahan yang bagus untuk kulit wajah.
Ini lah yang boleh saya kongsikan serba sedikit kat entri kali ini. Untuk sebarang maklumat lebih lanjut mengenai Obsess Cosmetics boleh rujuk di bawah:
Laman web rasmi: https://www.obsesscosmetics.com/
Facebook rasmi: https://www.facebook.com/Obsesscosmetics/
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/obsess.cosmetics/
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/obsess.cosmetics/
Sehingga berjumpa di lain entri. Tata~