Wednesday 21 August 2019

Beli kasut di Shopee sehingga size 42 dengan harga RM 18.50 je! [Gambar]

Anda baca tajuk dengan betul!

Ini ialah pembelian yang dibuat oleh saya sendiri dan bukan ulasan berbayar.

Ceritanya kaki saya ni panjang dan cuma muat alas kaki bersaiz 41 & 42 saha. Itu pun tengok rekaan kasut tu macam mana. Silap-silap boleh pakai saiz 43 tau. Tambahan pula kulit kaki saya sejenis sensitif. Mudah beruam merah, gatal-gatal, berpeluh dan melecet

Sebab tu pilihan kasut dan alas kaki lain agak terhad.

TAPI sekarang ni saya dah jumpa satu kedai kasut kat Shopee yang serasi dengan kaki saya. Murah pulak tu! Kedai tu ialah HEUS.

Kedai ni banyak jual kasut permpuan namun ada juga kasut lelaki dan uniseks. 

Kedai HEUS 

Cuba tengok harga yang ada pada bahagian popular. Dalam belasan ringgit tak sampai dua puluh ringgit pun ada. Paling menakjubkan, ada lagi yang lebih murah tau!




Berbalik kepada saiz, di sini agak mencabar sebab kasut bersaiz 40-42 adalah sangat-sangat terhad bilangannya. Tak semua model yang ada di HEUS mempunyai saiz saya kerana rata-rata saiz kasut di sini ialah 35-39. 

NAMUN jika dibandingkan kedai atas talian ni dengan kebanyakkan kedai di luar sana, pilihan rekaan yang banyak bersaiz besar masih lagi banyak. Seronok lah nak berbelanja di sini!

ULASAN (REVIEW) saya seperti di bawah:

Saya ambil kesempatan untuk beli tiga pasang je. Ikutkan hati nak beli lebih tapi takut kualiti tak elok, jadi beli mana yang saya rasa boleh hadap jika terjadi apa-apa yang tak elok. 

Harga untuk tiga pasang baru je RM 65.53. Penghantaran pula
percuma dengan baucar 'Free Shipping' dari Shopee.

Apa yang bagusnya di sini ialah penghantaran SANGAT PANTAS. Lebih-lebih lagi beli waktu hari biasa. Kalau beli hujung minggu kenalah tunggu seller pos hari isnin. Sampai pun memang dalam masa 2-3 hari. Lagipun kasut-kasut ni semuanya stok sedia ada (ready stock). Tidak perlu membuat pra-tempah berminggu lamanya.

Seperti gambar kasut yang saya beli di bawah ini, harganya cuma RM 18.50 dan bersaiz 42. 

Ini dah pakai sekali.

Kualiti dia sama dengan kebanyakkan kasut yang dijual di instagram dengan harga sampai RM 80-90 dan kasut yang dijual mampu milik di kedai fizikal luar sana. Sumpah tak tipu. Selesa pun selesa. Kasut jenis pun tak keras kejung. Meski masih keras tapi tak menyakitkan kaki. Saya bawa jalan pun dia tak rasa tercabut ke, rasa goyang ke. 

Memang kukuh kasut-kasut yang saya beli kat sini.

Paling menyeronokkkan, saya tak rasa gatal-gatal atau tumbuh ruam pun bila pakai ni. Syukur yang amat! Akhirnya jumpa jugak yang murah tapi tak ada alergik. Sangat berbaloi dengan harga dan kualiti.

Lepas ni nak beli kasut lain yang mampu milik lagi kat sini. Dah boleh dah ganti kasut-kasut yang agak usang di rumah.  Boleh lah buat untuk pakai jalan-jalan biasa kan.

Kasut kuning yang saya gayakan dengan baju sepadan

Kasut platfrom putih yang saya gayakan ketika KLFW 2019

Kasut bertumit dengan rekaan menawan. Sangat selesa dengan harga di bawah RM 20 sahaja.

Harapnya artikel ni boleh bantu anda yang kat luar sana yang masih tercari-cari kasut mampu milik dengan selesa dengan senang ya. Selamat berbelanja!

Berminat nak beli kasut yang sama dengan saya boleh tekan pautan di bawah:

Kasut flat kuning -> SINI

Kasut platform putih -> SINI

Kasut bertumit putih -> SINI

HEUS -> SINI

20 comments:

  1. wah.
    berbaloilah kiranya begitu.
    murah. ada saiz dan berkualiti.
    aida ada juga terfikir nak membeli di shopee.
    pattern nyer menarik.
    sebelum ni rasa syak wasangka juga.
    but now, rasa mcm nak sambar je kat shopee sementara sedang offer 9.9.

    ReplyDelete
  2. Murahnya kasut kat Shopee. I pun nak beli untuk I dan anak-anak I since there are variety of choices available.

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!!!! You gave me novel idea babe. Saya pernah beli kasut melalui shopee or any online platform. Maybe I should try. Tq.

    ReplyDelete
  4. Cantik dan murah kasut kat shopee. Marina pon biasa beli barang kat shopee. Rambang mata.

    ReplyDelete
  5. Ehh biar betul..sampai size besar pn harga sama?untung la sape pakai size besar..hehe..siap free shipping lagi..

    ReplyDelete
  6. cam best jer shopping kasut2 cantik2 camni, harga pasar malam gitu. baca review cam best plak, selesa kan... nak try beli juga lak kat seller ni di shoppe

    ReplyDelete
  7. Membeli di online lebih jimatkan masa dan boleh memilih aneka pilihan kan. Ia satu alternatif jika malas nak keluar ke mall besar kan, dengan cuaca tidak menentu sekarang

    ReplyDelete
  8. Kita kalau beli kasut tak berani secara online macam beli baju dan seluar juga lah. Kita lebih selesa beli kat kedai kena fitting dulu hehehehe... Tapi orang macam awak beli apa pun sesuai padan hehehehe..

    ReplyDelete
  9. Dulu pernah beli kasut online tapi tak sesuai saiz pulak, lps tu malas dah nak beli.Nanti nak tyy balik lah beli kat shopee, mana tau ok pulak kan..:D

    ReplyDelete
  10. Murahnya harga tu kalau belasan ringgit.
    Tapi Rawlins sejenis kena check dan try kasut secara fizikal baru puas hati.

    ReplyDelete
  11. Uish! Murah ni ! Memang berbaloi. Cx pon suka berbelanja di shopee . Shopee murah dan brg dia berkualiti

    ReplyDelete
  12. cantik. murah pun cantik, kannn. yang penting naikkan seri bila ootd. nampak selesa juga.

    ReplyDelete
  13. Memang murah betul. Lia memang suka shopping di online platform shopee sebab banyak sangat pilihan menarik yang ada.

    ReplyDelete
  14. waah, banyak nye pilihan. murah murah pulak tu. dan yang penting cantik. rasa berbaloi plak shopping online kan. jimat minyak masa dan tenaga dan jimat duit jgak lah kalau tak nak kene spend untuk makan lagi kan ehehe

    ReplyDelete
  15. Eh murah sangatlah tu. So far tak pernah beli kasut kat shopee, sebab takut ukuran saiz tu tak sama. Kalau baju tu selalu sangatlah beli dari shopee.

    ReplyDelete
  16. Kak selalu beli kasut online kita6kena pandai pilih saiz klux nti xmuat

    ReplyDelete
  17. Amboi giler beli kasut juga. heheh. Selalu juga beli kasut kt shopee sbb murah2. Boleh tengok2
    lagi lepas. hehehe

    ReplyDelete
  18. jarang ebtul perempuan saiz kasut 42 nie. emsti susah kan nak cari saiz kalau pergi ke kedai2. my sister saiz 40 pon kadang frust kalau cari kasut dekat ekdai. sebab paling ebsar selalu saiz 39. i pon memang selalu beli kat shopee je kalau nak apa2. sebab murah gila2 !

    ReplyDelete
  19. Ada banyak jenis kan kasut dia..nanti akak skodeng..bukan apa...kaki akak x sesuai pakai kasut yg mcm dlm gambar tu...confirm tersungkur nanti

    ReplyDelete
  20. Wow so many choices of shoes available on this platform for everyone. Thanks. Didn't know they offer such sizes

    ReplyDelete