Saturday, 11 July 2020

Earth Home – Produk Penyembur Fabrik, Penjagaan Rumah Dan Racun Serangga No.1 Di Jepun Kini Berada Di Malaysia

Hari ini pada 11 Julai 2020, Earth Corporation Jepun (EC) atau lebih dikenali dengan Earth Home merupakan peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga. Kini mereka telah membuat debut di Malaysia julung-julung kalinya setelah memasuki pasaran sehingga 55 buah negara.

Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1892 di Jepun justeru itu telah membantu meningkatkan kehidupan pengguna selama lebih 100 tahun. Dalam tempoh 128 tahun ini juga, mereka menjadi peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.

Untuk permulaan, sebanyak enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di pasarkan di pasaran Malaysia daripada ratusan produk yang mereka ada. Keenam-enam jenis produk ini pula merupakan yang terlaris di Jepun dan luar Negara.

Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd berkata, “Salah satu produk terunggul kami adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak serta mampu menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.

Kata beliau lagi, “Kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.”

Enam produk yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza. Antaranya adalah:

1. Penyembur Fabrik NATUCAIR



  • Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.
  • Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.
  • Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90

2. Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR




  • Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk.
  • Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.
  • Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90

3. ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach




  • Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. 
  • Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan.
  • Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60

4. Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap 



  • 100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.
  • Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90

5.  Perangkap Tikus Bergam ARS


  • Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil)
  • Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90

6. Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH


  • Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. 
  • Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.
  • Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90

Anda boleh mendapatkan produk-produk dari Earth Home (Natu Cair, ARS dan EARTH) di pasaraya terpilih seperti Aeon, Hero Market, Jaya Grocer dan lain-lain seperti di bawah.


Pasaraya yang terpilih


Jangan lupa untuk mengikuti peraduan INSTATALENTS Earth Home yang akan berlangsung bermula hari ini!

Poster rasmi

Anda berpeluang memenagi hadiah menarik seperti:


1.    Hadiah Utama: Baucar Aeon bernilai RM 1000 X 3 pemenang
2.    Hadiah Saguhati: Baucar Aeon bernilai RM 500 X 7 pemenang

Caranya mudah sahaja iaitu:

1.    Naik muat gambar atau video anda bersama mana-mana produk Earth Home
2.    Letak tanda pagar #earthhomemalaysia #earthhomeinstatalent di kapsyen
3.    Tag 3 rakan dan @earthomemalaysia

Pastikan instagram akaun anda boleh dilihat awam atau set public. Peraduan berlangsung dari 11hb sehingga 31hb Julai 2020. Kriteria penjurian akan dilihat dari segi kreativiti, isi kandungan berkaitan dan likes.

Ha, apa lagi? Jom lah beli produk Earth Home dan ikuti peraduan yang mudah ini. Sambil-sambil tu boleh lah guna produk ini untuk kegunaan harian. Semoga maju jaya ya!

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pautan di bawah:



Thursday, 18 June 2020

Musim balik kampung dan Raya 2020 versi 2.0 guna Bas Online Ticket

Hai semua,

Sejak 10 Jun 2020 yang lepas, kerajaan telah mengumumkan bahawasanya fasa Perintah Kawalan Pergerakkan - Pemulihan (PKPP) akan bermula. Fasa ini MEMBOLEHKAN rentas sempadan antara negeri dibenarkan dengan syarat tertentu.

cara-beli-tiket-bas-secara-online-mana-nak-cari-bus-ticket-online-yang-dipercayai-Malaysia-rentas-sempadan-guna-bas-pkpp-raya-2020-sudah-beroperasi-1

Memandangkan 10 Jun ni masih dalam bulan Syawal, ramai yang mengambil kesempatan untuk merayakan perayaan aidilfitri yang dianggap kurang sambutan dek kerana PKPB lepas. Sambil balik kampung menjenguk keluarga dan melakukan urusan, apa lagi beraya lah orang ya.

Ada yang menggunakan kenderaan sendiri, menumpang kenderaan ahli keluarga serta sahabat handai dan ada yang berpusu-pusu ke kaunter jualan tiket bas untuk balik ke kampung.

Namun, jika anda boleh membeli tiket bas secara atas talian, boleh lah jimatkan tenaga daripada bersesak di pusat penjualan tiket. Kerajaan kita juga telah menyarankan agar mengelakkan 3S iaitu Sesak , Sempit dan Sembang Dekat.

Memperkenalkan Bus Online Ticket!

cara-beli-tiket-bas-secara-online-mana-nak-cari-bus-ticket-online-yang-dipercayai-Malaysia-rentas-sempadan-guna-bas-pkpp-raya-2020-sudah-beroperasi-1
Paparan Halaman Utama Bus Online Ticket
Pengenalan ringkas:

1. Platform atas talian selamat untuk menempah tiket bas.
2. Merangkumi seluruh semenanjung Malaysia dan Singapura.
3. Memudahkan warganegara dan pelancong asing dengan memberikan panduan cara membuat tempahan dan pilihan bahasa tempatan dan asing.

Kelebihan menggunakan Bus Online Ticket ini ialah:

1. Harga sama berbanding di kaunter penjualan tiket rasmi.
2. Pelbagai promosi diberikan setiap bulan.
3. Boleh kumpul mata ganjaran (sesuai untuk pelajar dan pekerja yang sering menggunakan perkhidmatan bas).
4. Tidak perlu beratur membeli tiket bas secara fizikal.
5. Pembelian atas talian yang mudah dan mempunyai sistem Khidmat Pelanggan Professional.

Dengan kelebihan yang dinyatakan, adalah lebih baik kita menggunakan sistem atas talian yang menjimatkan masa dan dapat mengelakkan diri kita daripada bersesak dengan orang ramai di musim COVID-19 ni.

Cara dan sistem pembayaran di plataform ini juga adalah meluas dan anda boleh menggunakan tanpa ragu-ragu!

cara-beli-tiket-bas-secara-online-mana-nak-cari-bus-ticket-online-yang-dipercayai-Malaysia-rentas-sempadan-guna-bas-pkpp-raya-2020-sudah-beroperasi-1
Cara dan sistem pembayaran yang diterima pakai

Lebih menarik lagi kita boleh pilih bas dan tempat duduk dengan mudah tanpa perlu bertanyakan satu-satu soalan terhadap penjual tiket mana tempahan yang masih kosong ataupun tidak.

Apa lagi, jomlah ke Bus Online Ticket sekarang! Klik di sini.

P/s: Sekarang ni ada promosi TnGo untuk menikmati diskaun RM 4 jika menggunakan ewallet Touch N Go sebagai pembayaran sehingga 2 Ogos 2020. Jomlah guna perkhidmatan Bas sekarang!

Tuesday, 9 June 2020

Transformasi wajah video cabaran ‘Lathi’ , Anas Zahrin jadi perhatian di Indonesia

KUALA LUMPUR:  Tidak mahu memberi komen atau maklum balas terhadap beberapa artis atau agamawan yang memberi pelbagai reaksi terhadap dirinya yang menyahut cabaran Lathi atau “Lathi Challenge”, pengasas produk kosmetik terkenal ANAS Cosmetics, Anas Zahrin bagaimanapun berbangga usahanya menampilkan proses transformasi solekan khas dipuji ramai.



Bahkan penyanyi asal lagu Lathi  dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Weird Genius secara kolaborasi bersama penyanyi cantik molek Sara Fajira, juga penulis lirik yang dikenali sebagai “@ybrap” serta jurusolek muda popular “@jharnabhagwani” yang mempunyai jutaan pengikut Indonesia dan Malaysia di laman instagram juga memberikan komen sangat membina buat anak muda dari Malaysia ini.




Malah penyanyi, komposer, warganet dari seberang termasuk Instafamous terkenal, Mimi Peri juga melayangkan ucapan pujian kepadanya. Ini menjadi salah satu platform terbaik buat anak muda ini untuk membuka mata semua bahawa, hasil seni sebegini juga boleh di terima sehingga ke negara seberang.



Tak ketinggalan selebriti tempatan seperti Datin Diana Danielle, Zulin Aziz, Bella Astillah, Uyaina Arshad, Nadiyah Shahab serta ramai lagi juga memuji usahanya itu.







Video  transformasi wajah lelaki biasa kepada putera jawa seterusnya  menjadi sosok seram yang dimuat naik itu juga ditonton hampir 600,000  orang selain lebih 7 ribu komen diterima dan mendapat reaksi lebih 20 juta di laman Twitter & Instagram, membuatkan video yang di muat naik Anas antara yang terbaik di Malaysia dan Indonesia setakat ini

“Setiap orang ada pandangan, reaksi dan terjemahan masing masing dalam hal ini. Ia sangat subjektif. Ada yang menerima dan sebaliknya.

“Saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan lapang dada. Mengejutkan ramai yang memuji usaha saya menampilkan transisi solekan yang rata rata melihatnya cukup sempurna dan kreatif”

“Lebih utama saya mahu orang ramai menghargai sentuhan dan bakat jurusolek tidak mengira samada komersial (beauty makeup) atau kesan khas (sfx makeup),” katanya.



Anas berkata dia melihat terjemahan video cabaran berkenaan kepada realiti kehidupan yang mana video yang di terjemahkan ada maksud tersendiri.

“Manusia tidak pernah sempurna. Pasti akan ada satu perasaan, rasa nakal, jahat, rasa negatif dalam diri kita yang kita cuba dan sedang lawan supaya tidak menguasai diri kita. Syaitan itu benar wujud dan sedaya upaya nak buat kita fikir benda bukan bukan, hasut buat benda tak baik serta nak hancurkan hidup kita semua umat manusia.

“Jadi  sosok Putera Jawa menunjukkan sisi baik atau positif dalam diri kita kita manakala Makhluk Jahat atau dianggap hantu pula melambangkan sisi negatif. Kedua  sisi ini cuba berjuang serta lawan antara satu sama lain. InsyaAllah, jika sisi baik dalam diri kita kuat, cekal juga tabah dan dengan izin kuasa Allah, pasti berjaya lawan semua perasaan negatif dan jahat

“Kesimpulannya yang saya sendiri buat ialah kita manusia biasa ada sisi baik (positif) dan sisi satu lagi (negatif). Dua sisi itu berperang sesama sendiri. Semoga kita semua menjadi insan positif dan lakukan kebaikan serta beri manfaat kepada orang lain. Terus positif,” katanya.

Anas memberitahu dia mengambil masa tiga hari melunaskan cabaran solekan berkenaan.

“Proses menyolek ini memakan masa apatah lagi ia membabitkan kesan visual khas. Bayangkan proses suntingan pun memakan masa satu hari.

“Semua ini takkan dapat direalisasikan dengan khidmat jurusolek profesional artis serta jurusolek profesional kesan khas. Merekalah yang menghidupkan semua ini. Fungsi dan peranan mereka amat penting serta wajar dikedepankan

“Malah menerusi cabaran ini juga ramai teman jurusolek bergabung melakukan video transformasi solekan, bila lagi kita nak lihat jurusolek dan jurusolek kesan khas bergabung, lihat dari sudut yang positif” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anas memberitahu yang jenama ANAS Cosmetics akan mengeluarkan koleksi Edisi Klasik bertemakan batik yang di reka sendiri oleh pereka profesional dengan harga mampu milik hujung bulan ini yang mana pilihan warna mengikut kesesuaian warna kulit wanita asia, juga menampilkan selebriti terkenal Datin Diana Danielle sebagai wajah koleksi ini

“Serlahkan Warna Sebenar Anda (Show Your True Colours) menjadi tagline khas untuk semua,” katanya lagi.

Monday, 4 May 2020

TOKIDOKI X GUARDIAN: Siri Thermal Set Esklusif (Beg + termos + balang makanan)

Mei 2020 - Sekali lagi jenama Tokidoki bekerjasama dengan Guardian untuk melahirkan siri set Thermal Esklusif dengan corak yang menarik! Set yang terhasil dek kerana sambutan siri beg travel yang lepas, set baharu diperkenalkan kini boleh didapatkan di Guardian Malaysia sahaja.

Jom kita lihat apa set terbaharu ini!


Set thermal esklusif ini terdiri daripada tiga komponen iaitu beg termal, termos 350ml dan balang makanan termal RM 500ml. Rekaan edisi khas Tokidoki X Guardian oleh Simone Legno sebagai pereka dan pengasas ini boleh didapati dengan dua warna iaitu biru lembut dan merah jambu lembut.

Penjualan bermula pada 1 Mei lepas sehingga 31 Mei 2020 dan sehingga habis stok.

Apa yang menarik?

1. Set ini termasuk dengan beg termal.
2. Rekaan esklusif daripada Tokidoki sendiri!.
3. Balang makanan termal di lengkapi dengan sudu boleh lipat.
4. Diperbuat daripada besi tahan karat level 304 - selamat untuk penyimpanan makanan dan minuman.
5. Termos dan balang yang mempunyai dua lapisan dinding untuk mengekalkan suhu lebih lama.
6. Dapat mengekalkan suhu SEJUK makanan dan minuman sehingga 10 jam.
7. Dapat mengekalkan suhu PANAS makanan dan minuman sehingga 8 jam.

Jom lihat lebih jelas lagi kedua-dua warna pilihan yang ada untuk siri ini.

Set thermal bewarna biru

Beg termal, termos 350ml dan balang makanan termal 500ml bewarna biru lembut.


Set thermal bewarna merah jambu

Beg termal, termos 350ml dan balang makanan termal 500ml bewarna merah jambu lembut.

Cara pembelian


Anda boleh ke mana-mana Guardian berdekatan dengan anda ataupun membeli secara atas talian di laman web rasmi Guardian. Manakala anda boleh membeli set thermal ini sama ada dengan harga RM 80 (PWP) ataupun RM 179 (harga biasa) mengikut kesenangan anda.

Caranya pula mudah iaitu:

1. Melalui pembelian harga RM 80 PWP (Purchase with purchase)

Untuk menikmati harga RM 80 PWP, anda hanya perlu berbelanja minimum RM 20 dalam satu resit atau pembelian jenama yang mengambil bahagian* seperti Garnier dan sebagainya.

atau

Anda hanya perlu berbelanja minimum RM40 dalam satu resit atau pembelian tanpa mengira jenama dan barang di Guardian.

Pembelian di kedai fizikal boleh di buat dikaunter pembelian ketika sesi pembayaran. Manakala, pembelian secara atas talian boleh dilakukan dengan memilih pilihan set anda dengan 'add to cart' dan diskaun akan ditunjukkan ketika sesi 'check out'.


*Jenama yang mengambil bahagian dalam pembelian minimum RM 20 dalam satu resit ialah Bio Essence, Garnier, Herbal Essence, Maybelline, Nano white dan Sunsilk.

2. Melalui pembelian harga biasa RM 179

Untuk pembelian harga biasa, anda boleh terus ke kaunter pembelian di kedai fizikal untuk pembelian. Manakala melalui atas talian, anda boleh terus 'add to cart' seperti biasa. Tiada had minimum pembelian di syaratkan.

Anda boleh membuat pembelian online di Guardian store melalui link ini https://bit.ly/3cV1qFM .

Untuk peringatan, pembelian set ialah terhad kepada satu set sahaja untuk setiap transaksi samada di kedai fizikal mahupun atas talian. Segala jualan dan promosi tertakluk kepada terma dan syarat Guardian Malaysia.









--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memandangkan bulan ni dah bulan puasa dan beberapa sektor ekonomi sudah dibuka, anda boleh gunakan ini untuk menyimpan juadah berbuka puasa anda di dalam ini. Anda boleh meminta peniaga meletakkan makanan dan minuman anda di dalam ini. Boleh lah kurangkan penggunaan plastik kan.

Selamat berpuasa!

[ Artikel SIRI BEG TRAVEL TOKIDOKI X GUARDIAN di sini]

GUARDIAN Malaysia