Friday, 22 April 2022

Ayam Seringgit di Marrybrown? Guna aplikasi Marrybrown lah!

Baru-baru ini telah kecoh di sosial media bahawa ada pelanggan boleh membeli ayam di Marrybrown dengan harga RM1. Bukan sekadar teknik pemasaran semata-mata, Marrybrown rupanya telah melancarkan aplikasi Marrybrown terbaharu.

Tebus dan guna tawaran daripada aplikasi
Marrybrown

Untuk merangsangkan pengguna untuk memuat turun aplikasi dan menggunakannya untuk pembelian di Marrybrown, Marrybrown telah membuat pelbagai tawaran hebat. Tawaran ini lah yang membolehkan pengguna membeli menu Marrybrown dengan harga yang betul-betul tak masuk akal.

Dalam aplikasi ini terdapat dua jenis tawaran iaitu tawaran harga diskaun  dan tawaran pantas. Tawaran tersebut boleh didapatkan di bahagian ‘deals’ dan setelah anda boleh menebusnya anda boleh melihat tawaran anda di bahagian ‘my rewards’.

Perbezaan tawaran adalah seperti berikut:

Tawaran harga diskaun:

- Tawaran ini sentiasa ada 

- Tiada kuota tapi terhad kepada 1 penebusan  setiap jenis bagi 1 akaun

- Boleh tebus pelbagai jenis tawaran harga diskaun

- Sah boleh digunakan dalam hari yang sama bila anda membuat penebusan

- Contoh: Onion Rings RM3 dari RM3.95, Mushroom Soup RM3.90 daripada RM4.20, Cheesy Burger+Cheesy Wedges RM 10.99 daripada RM 12.89 dan lain-lain lagi

Tawaran pantas:

- Tawaran ini hanya seketika sahaja selalunya pada pukul 12 malam!

- Siapa cepat dia dapat

- Harga tidak masuk akal!

- Hanya boleh tebus sahaja mengikut lokasi (semenanjung, Labuan dan Sabah & Sarawak)

- Sah boleh digunakan dalam hari yang sama bila anda membuat penebusan

- Contoh: RM5 untuk 5 Ketul Ayam Crispy Marrybrown, Buddy Meals RM 1 (untuk 2 set ayam goreng bersama kentang dan air) dan lain-lain lagi

Jadi tawaran-tawaran ini perlu lah anda tebus apabila anda hendak pergi ke Marrybrown ya. Penebusan tidak akan dibawa kepada hari seterusnya jika anda tidak menggunakannya. Tawaran pantas pula harus lah direbut secepat mungkin untuk mendapatkankannya.

Ada dua jenis tawaran. Tawaran biasa bewarna hijau dan tawaran pantas bewarna
merah.

Cara menebus dan menggunakan tawaran ini sangat mudah:

1. Muat turun aplikasi Marrybrown dan daftar akaun anda,

2. Pergi ke bahagian ‘deals’

3. Pilih tawaran yang anda inginkan, tekan dan tebus

4. Pergi ke restoran Marrybrown* terdekat dan anda boleh membuat pesanan di kaunter seperti biasa dan bagitau ingin menggunakan tawaran di aplikasi Marrybrown

5. Staf akan mengambil pesanan dan mengimbas code tawaran yang anda tebus di bahagian ‘my rewards’

6. Anda sudah boleh membuat bayaran seperti biasa! Siap~

Lebih menggembirakan, pengguna baharu aplikasi Marrybrown diberi seketul Ayam Crispy Marrybrown. Tawaran ini automatik masuk dalam 'my rewards'. Penggunaan juha seperti biasa iaitu dengan ke kaunter.

Sebenarnya selain tawaran biasa dan tawaran pantas, ada ketika dan waktunya aplikasi ini menunjukkan tawaran yang anda boleh tebus menggunakan mata ganjaran tau!

Memandangkan aplikasi ini sangat baru, anda mungkin akan mengalami beberapa masalah seperti tidak dapat menebus tawaran pantas, mendaftar akaun, dan aplikasi terasa berat. Namun demikian, masalah ini sudah diambil tahu pihak Marrybrown dan mereka telah pun berusaha untuk memperbaiki aplikasi mereka.

Pengalaman saya sendiri, saya tidak dapat menebus tawaran pantas dan hanya boleh menebus tawaran biasa sahaja. Meskipun saya menggunakan tawaran ini, saya masih berpeluang mendapatkan mata ganjaran di Marrybrown. Bila dah banyak nanti boleh lah saya gunakan untuk menebus tawaran yang ada.

Antara menu yang saya dapatkan.

Apa lagi?

Muat turun aplikasi Marrybrown dan dapatkan tawaran hebat ini segera di playstore dan appstore atau boleh ke laman web MB app

*Anda hanya boleh menggunakan tawaran yang ditebus di beberapa Marrybrown terpilih sahaja dan anda boleh rujuk di sini Restoran MB terpilih 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut boleh lah hubungi Marrybrown melalui pautan di bawah:

Marrybrown Malaysia

Instagram: @marrybrownmy 

Facebook: @marrybrownMalaysia 

Twitter: @MarrybrownMY

Laman web rasmi: https://marrybrown.my 

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBApp

Monday, 18 April 2022

AEON x JOVIAN Nusantara koleksi raya premium esklusif hanya di AEON.

Pada 16 April 2022, AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah memperkenalkan kolaborasi Koleksi AEON Raya 2022 terkininya bersama pereka fesyen dan usahawan terkemuka, Dato’ Jovian Mandagie dalam pelancaran media eksklusif di AEON Mall Shah Alam. Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara ialah hasil daripada kolaborasi ini.

Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN

Sempena raya tahun ini, Jovian telah mendalami asal-usul Nusantara. Nusantara pula adalah nama Jawa Kuno yang pada asalnya merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit yang bermula pada abad ke-13. Manakala, wanita di kepulauan nusantara ketika itu telah sebati dalam sejarah dan budaya sebagai simbol kecantikan. Maka tercetusnya inspirasi koleksi sedia pakai (RTW) premium ini. 

Sebagai tambahan, Koleksi AEONxJOVIAN Nusantara ini turut mengambil tema serta idea daripada asal usul keturunan Dato’ Jovian sendiri iaitu Malaysia dan Indonesia. OIeh hal itu, potongan kain bercirikan Malaysia dan corak kain bercirikan Indonesia mampu dilihat di koleksi ini. 

Antara ciri tersendiri rekaan koleksi ini.

Potongan Malaysia, Corak Indonesia.

Bercakap berkenaan koleksi ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata, “Sesebuah perayaan itu  secara intrinsiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen yang mampu mengimbangkannya dengan kebebasan dan ekspresi moden – sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato’ Jovian Mandagie yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya. Akhirnya terhasil lah senarai pra-pesanan yang panjang di platfom iAEON Lifestyle kami. Harapan kami agar pelanggan setia kami akan berpuas hati sebagaimana usaha keras yang kami laksanakan semasa persediaannya sejak Oktober tahun lepas.”

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran
AEON, Low Ngai Yuen di tengah-tengah diapit orang kuat kolaborasi ini.

Sebagai pengenalan ringkas, Dato’ Jovian Mandagie merupakan salah seorang pereka paling berjaya di Malaysia. Beliau terkenal dengan pengaruh Mal-Indo merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen yang bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie house (JM).

Dalam ucapan Dato’ Jovian, “Koleksi RTW kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ianya telah memenuhi keperluan wanita di Malaysi dan memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN juga direka dengan pendekatan yang sama.”

Dato' Jovian Mandagie ketika ucapan
majlis pelancaran.

Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara ini bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah pakaian raya untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Selain itu, koleksi ini juga dilengkapi dengan pelitup muka tiga lapis dan KF94 dengan rekaan unggul Jovian Mandagie. Pelitup muka dalam rekaan Nusantara baharu ini dibuat untuk dipadankan dengan corak pakaian perayaan khusunya koleksi ini sendiri.

Untuk pengetahuan semua, koleksi Nusantara ini mempunyai 12 rekaan kesemuanya. Manakala setiap rekaan hanya dihasilkan sebanyak 200 helai sahaja. Ini adalah untuk memastikan koleksi premium ini tetap esklusif. Adalah digalakkan untuk membuat pembelian awal memandangkan stok semakin cepat habis.

Antara Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN:





Sebagai tambahan, pakaian ini direka khas sesuai dengan iklim di Malaysia yang sentiasa panas. Oleh itu, material yang digunakan ialah campuran polister untuk membuatkan kain baju ‘sejuk’ dan selesa digunakan walaupun sepanjang hari. 

Tambahan pula, meskipun rekaan ini bersifat premium dan esklusif dengan corak dan potongan unik, koleksi baju raya ini senang untuk dicuci dengan tangan tanpa perlu dihantar ke servis dobi. Manakala harga koleksi ini pula amat berpatutan dengan harga koleksi bagi kanak-kanak bermula dari RM139, harga bagi koleksi lelaki bermula dari RM179 dan koleksi wanita bermula dari RM229. 

Koleksi ini sudah boleh didapatkan bermula pada 15hb April tersedia secara di tujuh buah cawangan AEON iaitu AEON MALL Shah Alam, AEON MALL Wangsa Maju, AEON MALL Taman Maluri, AEON Mid Valley, AEON Queensbay, AEON MALL Kota Bharu dan AEON MALLTebrau City. Koleksi Nusantara AEON X JOVIAN juga boleh didapatkan secara atas talian untuk semua pra-pesanan iAEON Lifestyle di iAEON Lifestyle - JOVIAN .

Koleksi ini dilancarkan sempena promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna.  Pelbagai promosi istimewa Raya yang sedang berlangsung juga boleh didapati di www.aeonretail.com.my .

Wednesday, 6 April 2022

Buka Puasa Di De'Kenduri

Berbuka puasa makan makanan kenduri? Makan makanan kenduri pelbagai jenis di Malaysia?

Pertama kali di Malaysia apabila Iftar @ De' Kenduri menyediakan juadah berbuka puasa mengikut jenis makanan kenduri yang ada di Malaysia. Terletak di Jln Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, De' Kenduri ni dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi di tengah-tengah bandar. Namun demikian, De' Kenduri masih mengekalkan kawasan tapak lama yang memberikan suasana nyaman.

De' Kenduri oleh Lutfi Yussof

PERTAMA kali dlm sejarah Iftar yg mana menampilkan pelbagai menu menarik utk setiap jenis Kenduri di Malaysia. Ini lah yang cuba ditampilkan oleh pemilik De'Kenduri iatu Lutfi Yussof. 

Lutfi Yussof berkata, "Kami di sini memang fokus menyediakan menu makanan ala kenduri kerana tempat kami memang asalnya untuk tempahan kenduri apabila di bulan lain selain bulan puasa. Kami selalu menerima tempahan kenduri kahwin, kenduri hari jadi, kenduri doa selamat dan lain-lain lagi."

Tambahnya lagi, "Oleh itu kami memutuskan untuk membuat ala kenduri kerana kami memang berkebolehan dalam berbuat demikian. Lagipun, bulan puasa ni kita nak lebih ramai orang merasa makanan kenduri. Bukan selalu kita dapat merasa kenduri bukan."

Lutfi Yussof

Selain itu, Lutfi turut menyatakan bahawa lokasi De'Kenduri ini unik kerana sekeliling tempat ini banyak didirikan bangunan tinggi dan baharu namun dia masih untuk memilih tapak bekas kuaters kerajaan lama ini sebagai tempat mengadakan kenduri. Tambahan pula, kedudukannya juga bersebelahan kawasan tempat letak kereta yang memudahkan pelanggan yang datang membawa kereta.

Antara lain, tempat ini dilengkapi dengan tempat solat, ambil wudhuk dan tandas bagi kegunaan pelanggan. Bagi yang membawa anak kecil, di sini juga menyediakan tempat duduk bayi dan kanak-kanak kecil tapi sangat terbatas jumlah kerusi yang ada. 

Jadi mari kita lihat apa yang menarik apabila anda memilih untuk berbuka puasa di De' Kenduri:

Antaranya menu yang boleh anda jamu di Iftar @ De'Kenduri:

Kenduri Kawin

Nasi Briyani/Nasi Minyak/Nasi Tomato/ Nasi Hjn Panas
Ayam Msk Merah/Madu/Kurma/Kicap Mamak
Daging Kari/Kurma/Rendang Hitam/Rendang Minang
Acar Jelatah/Acar Buah/Pajeri Nenas

Kenduri Tahlil

Nasi Putih
Keli Berlada/Keli Sambal Hijau/Keli Msk Lemak + Pucuk Maman/Keli Lmk Belimbing Buluh Sambal
Udang Petai/Masak Lemak Udang Galah/Masak Lemak Perut+Udang
Ikan Masak Cuka/Asam Pedas Ikan/Ikan Kari
Masak Lemak Pucuk Manis/Masak Lmk Pucuk Paku/Mask Tempoyak Pucuk Ubi
Ikan Kering/Ikan Pekasam
Aneka Ulaman Aneka Sambal

Kenduri Kesyukuran

Ayam Cashew Nut/Ayam Paprik/Chicken Salted egg/ Ayam Kam Heong/Masak lemak Ayam + Pegaga Daging Black Pepper/Fish Fillet Sweet Sour/Butter Milk Prawn/Masak Lemak Telur Itik Mix Vege/Tauhu Jepun Sos Telur Kerabu Pucuk Paku + Kerang/ Kerabu Taugeh + Perut/ Kerabu Kacang Botol

Kenduri Buat Rumah Baru (Style Kpg2)

Bubur Kacang/Pengat Pisang/Bubur Chacha/Bubur Keledek/Bubur Pulut Hitam
Pulut Kuning + Rendang Ayam

Kenduri Naik Pangkat

Char Kuew Teow (Live)
Mee Rebus/Mee Kari/Laksa/ Soto/ Laksa Johor
Cucur2 dan Gorengan
Roti Jala + Kuah Durian

Kenduri Hari Jadi

Dessert/Kuih2 Melayu
Pastries n cakes
Cendol Kordial Teh tarik

Kenduri Rumah Terbuka

Kambing Bakar
Satay Ayam n Daging
Lontong
Nasi Impit

Antara makanan yang dihidangkan untuk juadah berbuka nanti:








Antara suasana yang boleh dilihat di De' Kenduri:




SILA BUAT TEMPAHAN ANDA mengikut maklumat seperti di bawah:

Harga iftar:

DEWASA RM60.00  
KANAK2
RM40.00 (5-11 tahun)

*Sila buat tempahan dahulu untuk mengelakkan ketiadaan tempat duduk. 'Walk-in' adalah tidak digalakkan.

Lokasi:

Alamat: De' Kenduri Kuala Lumpur, No 103, 7, Off Jln Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

*10 minit jalan kaki dari Avenue K (LRT KLCC) melalui Ascott & Star Residence. Tempat pejalan kaki elok, luas dan terbuka.

Hari Operasi:

Isnin: Terbuka hanya untuk tempahan kumpulan minima 250 orang
Selasa-Ahad: Individu biasa, keluarga dan kumpulan kurang dari 250 orang

Tarikh Operasi: 6-30hb April 2022

Nombor tempahan:

http://www.wasap.my/60182231235

 http://www.wasap.my/60182231235

http://www.wasap.my/60182231235

Anda juga boleh melawati instagram rasmi De' Kenduri di sini ---> @dekendurikualalumpur


Smart Bio Golden Remedy Peneraju Produk Cenkudu

Kuala Lumpur, 2hb April – Smart Bio Golden Remedy telah berkerjasama dengan Koperasi Karyawan untuk memasarkan produk mereka yang berasaskan daripada mengkudu dan cendawan merah. Kerjasama ini berlangsung dengan kehadiran pihak Smart Bio Golden Remedy (SBGR), ahli jawatankuasa Koperasi Karyawan, para artis veteran dan para media.

Majlis kerjasama Smart Bio Group Remedy bersama
Koperasi Karyawan

Produk Cenkudu ini sebenarnya dihasilkan daripada dua bahan utama iaitu buah mengkudu dan cendawan merah. Malahan perkataan cengkudu ini sangat popular di dunia perubatan serta makanan minuman tambahan orang melayu.

Berkenaan dengan majlis yang diadakan secara tertutup ini, keputusan yang dibuat oleh SBGR bersama Koperasi Karyawan amat mengejutkan banyak pihak. Ini adalah kerana Koperasi Karyawan baru sahaja ditubuhkan seminggu yang lalu. Usaha sama ini tidak lain tidak bukan direalisasikan oleh Helmi Gimmick yang juga seorang artis veteren, ahli karyawan dan peniaga SBGR sendiri.

Kerjasama ini terbentuk apabila Helmi merasakan bahawa ramai artis veteren karyawan mempunyai masalah kesihatan sehinggakan ada yang terpaksa meminta sumbangan daripada orang ramai untuk menampung kos rawatan mereka. Dia merasa ingin membuat sesuatu untuk membantu mereka yang terkesan dengan menjadikan SBGR sebagai produk yang membantu kesihatan mereka dan mendapat pendapatan.

Antara yang menghadiri majlis pada hari tersebut

Helmi berkata, “Melalui kerjasama ini, setiap pembelian produk SBGR daripada Koperasi Karyawan, sebanyak rebat 20% diberikan kepada tabung koperasi. Melalui tabung ini, lebih ramai ahli karyawan yang boleh dibantu. Pada masa yang sama juga, sebanyak 7 orang artis diberi tajaan produk dan pengawasan selama 3 bulan untuk mengatasi masalah kesihatan pada diri mereka.”

Maznah Hamid, salah seorang artis yang menerima
tajaan produk daripada Smart Bio Group Remedy

Tambahnya lagi, “Kami juga ingin memberi peluang kepada artis karyawan untuk menjadi peniaga melalui produk ini untuk memperolehi pendapatan lebih. Kita tahu berapa lama kita boleh bertahan dalam industri. Jika tiada tawaran maka tiada lah pendapatan. Oleh itu sebaiknya kita berniaga untuk diri kita agar tidak mengalami masalah kewangan.”

Pada majlis sama, Pegawai esekutif operasi SBG, Muhammad Shukri Amin turut memberi ucapan, “kerjasama ini dijalankan atas sebab kedua-dua SBGR dan Karyawan saling bergantung sama lain. Kami ingin membantu lebih ramai di luar sana untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik dengan rangkaian produk kami yang boleh digunakan dari bangun  pagi hinggalah bila nak tidur.”

Katanya lagi, “Kami bukanlah produk OEM. Kami menghasilkan produk kami sendiri dari ladang kami sendiri. Kami juga menambah baik produk lama melalui hasil kajian yang berterusan agar produk kami masih releven dalam membantu pengguna.”

Pegawai Esekutif Operasi ketika memperlihatkan
ladang mengkudu mereka

SBGR mempunyai 15 produk yang dijual bawah seperti jus cenkudu, jus enzime, madu, ubat sapu cenkudu, ubat gigi cenkudu dan lain-lain lagi. Harga produk mereka juga tidak lah terlalu mahal dan bermula daripada RM 10 sahaja. Produk-produk ini mendapat pengiktirafan organic Malaysia, halal JAKIM, dan bahan mengkudu yang digredkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Lebih membanggakan produk ini merupakan 100% buatan Malaysia daripada hasil bumi, pembuatan, hasil bumi sehinggalah pekerja yang diambil.

Jus Cenkudu, antara produk yang paling
dikenali ramai

Sedikit pengenalan mengenai SBGR, SBGR diuruskan oleh Smart Bio Group (SBG) yang bertindak sebagai  ejen pemasaran dan pengedaran tunggal bagi produk dari Sureco Sure Return (SURECO). Kedua-dua SBGR dan SBG baru ditubuhkan pada dua tahun lepas ketika pandemik hampir bermula.

Ketika itu SBG telah mengambil alih SURECO sepenuhnya bermula daripada ladang, pengurusan, kilang, pemasaran hingga ke produk. Mereka memutuskan untuk masih mengekalkan nama SURECO sebagai nama produk dan kilang kerana masih ramai yang mengenali SURECO sebagai produk pengeluar pertama berasaskan cengkudu. Ini adalah kerana sudah lebih dua dekad produk tersebut berada di Malaysia sebelum bertukar pemilik.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SBGR dan ingin membeli produk anda boleh lah melawat laman web www.sureco.my dan www.smartbiogr.com