Kuala Lumpur, 24 November 2022 – Jenama lampin bayi Molfix
telah menyambut ulang tahun pertamanya di Malaysia bersama duta Scha Alyahya
dan suaminya Awal Ashaari yang bertempat di gedung beli belah di ibu negara.
Molfix yang juga di bawah jenama besar Hayat Kimya, berasal dari negara Turki
merupakan pemain global dalam industri barangan pengguna (FMCG) yang bergerak
pantas.
|
Perasmian sambutan ulang tahun pertama oleh Joanne Wong, Pengurus Pemasaran, Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn Bhd bersama pasangan duta Molfix Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. |
Selain itu, Hayat Kimya merupakan pengeluar lampin ke-5
terbesar dunia dan mereka komited untuk terus mengembangkan kehadirannya di Malaysia melalui jenama lampin berkualiti
tinggi, Molfix. Oleh itu, jenama Molfix kini boleh didapati di lebih 4,500
kedai fizikal dan maya.
Jenama Molfix pertama kali diperkenalkan di Malaysia tahun
lepas seiring dengan rancangan perniagaan strategik Hayat Kimya untuk
mengembangkan jejaknya ke Asia Tenggara. Ini selaras dengan kemasukannya ke
Vietnam dan juga Thailand pada masa yang sama. Penampilan Scha Alyahya selaku
duta menguatkan lagi jenama mereka di pasaran Malaysia. Sejak itu, Molfix telah menjadi pilihan utama berjuta-juta ibu
bapa Malaysia, yang menawarkan ketenangan fikiran sambil memberikan keselesaan
dan kegembiraan kepada bayi pada setiap masa.
Mengulas mengenai Ulang Tahun Pertama Molfix di Malaysia,
Encik Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd.,
berkata, “Sokongan dan kepercayaan yang luar biasa daripada ibu bapa Malaysia
mencerminkan keutamaan mereka terhadap produk yang diperbuat daripada bahan
semula jadi dalam usaha memastikan keselamatan dan melindungi kulit bayi
mereka. Di Hayat, kami percaya akan kepentingan memahamikeperluan dan trend
pengguna kami, justeru kami memberi penekanan yang besar kepada kajian dan
pembangunan (R&D) untuk membangunkan produk inovatif yang organik dan berkualiti
premium.”
“Dalam usaha kami untuk menjadi salah satu jenama terkemuka
di Malaysia, kami akan terus melabur dalam kerjasama strategik, menjalankan
strategi pemasaran yang inovatif, pemasaran digital, meluaskan kehadiran dalam
talian kami, memperkenalkan produk inovatif dan mengembangkan omnichannel,”
tambah En. Bilgili.
Di samping itu, pemilihan pasangan selebriti, Scha Al-Yahya
dan Awal Ashaari sebagai duta telah membantu meletakkan Molfix dalam kalangan
ibu yang sentiasa mencari yang terbaik untuk si manja sambil menikmati
perjalanan keibuan.
|
Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari ketika sesi ulasan lampin Molfix di gerai Molfix TCE Baby Expo sambil bermesra dengan ibu bapa yang hadir. |
Scha Al-Yahya berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi
sebahagian daripada perjalanan ini untuk membina jenama Molfix dalam kalangan ibu
bapa Malaysia dan berkongsi pengalaman, keunikan dan kualiti produk hebat ini yang
tidak pernah gagal membawa kegembiraan, keselesaan dan perlindungan kepada
bayi. Kami berpeluang merasai pengalaman ini dan banyak lagi apabila anak
perempuan kami Lila, yang berusia setahun mencuba produk Molfix. Kami
mempercayai Molfix, dan gembira kerana kami memutuskan untuk bekerjasama dengan
jenama yang diyakini dalam memberikan yang terbaik untuk ibu dan bayi.”
Jenama yang menyebarkan kegembiraan kepada ibu dan bayi di
lima benua di lebih 100 negara di seluruh dunia, dihasilkan dengan penuh berhati-hati
dan direka untuk menjadisangat lembut pada kulit sensitif bayi. Kategori Molfix
‘Natural’ dengan bahan yang khusus seperti gentian buluh dan kapas organik
mampu memberikan kelembutan dan sentuhan mesra kulit seperti yang di terbukti
oleh pakar dermatologi dari Eropah. Kategori ini juga mampu untuk menampung
sejumlah besar kencing bayi. Yang menariknya, data ujian makmal menunjukkan
kekeringan sehinga 14 jam dapat dicapai*.
Bersama dengan Molfix ‘Extra Dry’, kedua-dua kategori
lampin dapat memberikan daya serap yang unggul. Terima kasih kepada teknologi
lapisan kering tambahan yang membolehkan penyerapan secara cepat dan mudah. Ini
memberikan perlindungan penuh kepada bayi dan memastikan kulit mereka kering
dan sihat. Ibu berasa tenang kerana mengetahui bahawa bayi mereka kekal selesa
sepanjang hari.
Lampin bayi Molfix didatangi dengan dua jenis iaitu Natural
dan Extra Dry dengan dua variasi setiap jenis iaitu lampin pita dan lampin
seluar. Semua lampin boleh didapati daripada saiz NB (Newborn) sehingga XXXL!
|
Lampin bayi Molfix |
Tidak lengkap penggunaan lampin bayi jika tiada tisu basah
bagi ibu bapa di Malaysia. Moflix juga turut hadir dengan tisu basah bayi serba
guna tanpa alcohol, paraben dan menggunakan bahan mesra kulit bayi. Tisu basah
Molfx didatangi dengan tiga jenis iaitu Natural Fresh Clean, Natural
Antibacterial dan Natural Newborn Gentle.
|
Tisu basah Molfix |
Dalam usahanya untuk mewujudkan kesedaran dan mengembangkan
jenama, Molfix terlibat dengan banyak organisasi, dan rakan kongsi perniagaan
seperti hospital, kedai runcit dan sekutu dalam talian sambil mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dihadiri pengguna seperti MITEC Baby Fair
2022, TCE Baby Expo yang telah berlangsung ketika ini dan banyak lagi.
Antara lain, inisiatif penjenamaan dan pemasaran yang kukuh
telah dilaksanakan sebaiknya bagi pihak Molfix dalam memperkenalkan jenama
mereka di Malaysia. Usaha mereka membuahkan hasil apabila dalam tahun pertama sahaja,
Molfix telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk MamaPapa 2022 untuk
kategori Pita Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik.
Acara sambutan untuk memperingati ulang tahun pertama Molfix
turut diadakan dengan kehadirian En. Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic
Products Malaysia Sdn. Bhd.; Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari; Encik Sheikh
Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd.; Joanne Wong,
Pengurus Pemasaran, Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd.; dan para ibu
bapa di gerai Molfix TCE Baby Expo di Midvalley.
|
Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn Bhd.; (tengah) bersama Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn Bhd., (lima dari kiri) di gerai Molfix TCE Baby Expo. |
|
Ibu bapa yang memenangi hadiah pertandingan media sosial turut dijemput hadir ketika sambutan ulang tahun pertama Molfix. |
Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, 10 pengguna Molfix
menerima produk eksklusif Molfix, yang ditandatangani khas oleh Scha Al-Yahya
dan Awal Ashaari. Kedua-dua duta jenama ini berkongsi pengalaman mereka dengan
jenama Molfix.
Komitmen Hayat Kimya terhadap pertumbuhannya di Asia Tenggara
diperkukuh lagi dengan pembinaan kilang pembuatan serantau baharu di Vietnam, yang
bertindak sebagai hab ASEAN untuk produk Molfix. Kilang itu akan memenuhi
permintaan rantau ini termasuk pasaran Malaysia. Ini akan membolehkan pengguna
menikmati produk berkualiti premium dengan harga yang kompetitif, yang
dihasilkan di rantau ini, dan seiring dengan keperluan dan trend semasa mereka.
Produk-produk Molfix kini boleh didapati di pasar raya dan
pasar raya hiper terpilih seperti AEON Big, AEON Retail, Lotus’s, Giant,
Billion Shopping Centres, Econsave, TF Value Mart, HeroMarket, Manjaku, dan
lain-lain serta platform atas talian utama.
Untuk malumat lanjut boleh layari http://www.molfix.com.my/ .
Untuk pembelian di Shopee boleh layari di pautan di bawah:
- Molfix Tape Diaper -> Lampin pita (termurah di Shopee!)
- Molfix Pants Diaper -> Lampin seluar
- Molfix Wet Tissue -> Tisu basah
Review Molfix oleh Awal Ashaari dan Scha Alyahya:
*Berdasarkan kepada keputusan makmal dengan purata jumlah cecair
bayi boleh buang air kecil dalam tempoh 14 jam. Keputusan ini berbeza
bergantung kepada bayi.
**Bagi aspek kebersihan, sila tukar lampin secara kerap (setiap 3 – 4 jam atau
bila ia kotor).