Wednesday, 21 December 2022

Lagu & MV Selimut Kasih Untuk Misi Kemanusiaan Peduli Insan Dilancarkan.

SHAH ALAM, 20 Dis 2022 - Pertubuhan Kemanusiaan, Peduli Insan meneruskan misi bantuan musim sejuk tahun 2022 yang mensasarkan tiga negara iaitu, Syria, Palestin dan Yaman.

Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) iaitu  Ustaz Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan dalam kenyataan hari ini berkata melalui Ikon Kemanusiaan mereka, Inteam, berjaya mengumpulkan dana bantuan untuk Syria sebanyak RM1,025,252.75 sepanjang tahun 2022.

Ikon Kemanusiaan Peduli Insan, Inteam bersama Pengerusi Peduli Insan,
Ustaz Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan  (Ditengah).

“Dana yang terkumpul itu telah dimanfaatkan kepada 10,000 pelarian Syria sepanjang tahun 2022 di dalam bentuk bantuan berupa kit makanan, membaik pulih khemah, pendidikan, bantuan kecemasan serta alat pemanas dan bahan bakar yang amat penting untuk mengharungi musim sejuk,” katanya.

Pengerusi Peduli Insan juga turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua kumpulan media yang telah menyokong kempen-kempen kemanusiaan yang dilaksanakan Peduli Insan dan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya nilai ihsan demi insan dapat diterapkan kepada masyarakat.

Inteam yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Lagu & Muzik Video Selimut Kasih menzahirkan rasa syukur di atas sokongan peminat yang turut sama menyumbang bagi membantu pelarian Syria berharap agar kerjasama yang terjalin bersama Peduli Insan ini dapat diteruskan dengan usaha yang pelbagai di masa hadapan yang mampu memberikan impak positif melalui nilai kreatif. Lagu Selimut Kasih telah tercalon di dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) pada September lalu.

“Alhamdulillah Inteam telah menghasilkan sebuah lagu berjudul Selimut Kasih yang menceritakan keperitan hidup sebagai seorang pelarian melalui bait lirik tulisan yang diilhamkan oleh air tangan Fedtri Yahya. Muzik video lagu ini juga dirakamkan ketika Inteam menyertai misi kemanusiaan Musim Sejuk Syria bersama Peduli Insan pada awal tahun ini,” kata Syah selaku ketua kumpulan dan pencipta lagu Selimut Kasih.

Inteam ketika sesi soal jawab.

 “Pengalaman menyertai misi kemanusiaan di kem pelarian Syria yang terletak di kawasan utara Syria di mana Inteam dapat melihat dan merasai sendiri kesusahan dan penderitaan yang dialami pelarian menjadikan kami semakin menghayati tiap bait lirik lagu ini,” kata Hazamin pula.

Melihat kepada muzik video yang dikongsikan secara rasmi buat pertama kali kepada pihak media, jelas menimbulkan rasa simpati terhadap pelarian Syria yang hilang segalanya dalam sekelip mata akibat dari kesan peperangan dan krisis ini telah berlanjutan sehingga hampir 12 tahun.

Perasmian lagu & muzik video Selimut Kasih.

Dalam pada itu, Inteam berharap melalui lagu Selimut Kasih ini mampu meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk terus membantu pelarian Syria serta pelarian yang menghadapi nasib serupa di Palestin dan Yaman. Pengerusi Peduli Insan juga menzahirkan rasa terima kasih kepada semua kumpulan media yang telah menyokong kempen-kempen kemanusiaan yang dilaksanakan Peduli Insan dan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya nilai ihsan demi insan dapat diterapkan kepada masyarakat.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan pelarian Syria, Palestin dan Yaman boleh menyumbang ke dalam akaun rasmi Bank Islam 0704 3011 06 2019 di atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia.

Ihsan Demi Insan

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia 

www.peduliinsan.org

Monday, 19 December 2022

Borong Produk Fellera Beauty Boleh Menang RM7,000 dan Kereta?

KUALA LUMPUR: Saban tahun menganjurkan jualan harga murah, pengasas produk yang juga pemilik empayar perniagaan, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin teruja mengumumkan promosi terkini yang akan berlangsung 20 hingga 27 Disember ini.

Syarifah Khyra bersama produk kebanggaannya, Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral

Pengusaha produk viral, suplemen berasaskan jeli, Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral dan Jus Ajaib itu berkata harga ditawarkan hingga diskaun 15 peratus. Malah, tidak hanya tawaran harga runtuh tidak masuk akal, jualan hujung tahun itu turut menawarkan ganjaran wang ringgit tunai dan sebuah kereta.

“Cabutan bertuah kami anjurkan sempena jualan hujung tahun ini termasuklah menawarkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza, wang tunai RM7,000 dan banyak lagi.

“Harga jualan hujung tahun ini memang tak masuk akal. Boleh borong barang keluaran syarikat saya. Dan siapa tahu hadiah cabutan bertuah ditawarkan bakal jadi milik anda.

“Ada juga item edisi istimewa termasuk ‘come back’ The Best Lipmatte dan Parfait Sponge Foundation. Tekan pautan Fellera IG Reels untuk lebih lanjut atau klik saja Fellera Skin Onpay atau pun Fellera Skin HQ,” katanya.

Dalam pada itu, Syarifah Khyra takjub dan teruja kerwna Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral terus menjadi pilihan ramai wanita termasuk selebriti popular.


Malah tanpa berselindung, pemilik nama penuh, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin, 30, berkata, setiap kali meneliti testimoni pengguna terhadap keberkesanan produknya, dia pasti mengalirkan air mata. Tambah Syarifah Khyra, senario positif itu terus membakar semangatnya untuk terus memperkasa golongan wanita dalam kehidupan seharian asbab memakan jeli fenomena dipasarkan.

“Ada yang hampir bercerai sebab tak dikurniakan anak. Ada yang dihina berbakul-bakul dengan mentua kerana tak mampu memberikan cucu. Tak kurang yang diherdik dan dipandang sinis kerana belum ada anak hingga suami minta mencari jalan.

“Malah ada digelar dengan panggilan jahat iaitu mandul kerana tak mampu melahirkan anak. Namun asbab jeli saya dan izin Tuhan, derita itu bertukar bahagia.

“Ada testimoni yang sudah lapan tahun berkahwin, namun dengan izin menjadi pengguna jeli ini, pasangan itu dikurniakan cahaya mata. Semuanya paparan realiti hidup yang pahit dilihat, namun setiap usaha itu pasti ada hasil indah,” katanya.




Ibu kepada tiga cahaya mata ini bersyukur kerana produk jelinya yang terkenal dengan tagline sekali sedut, tak cari lain itu mampu menyuntik senyum ramai wanita dari anak dara hingga ke usia emas.

“Lebih beruntung produk jeli ini juga menjadi kepercayaan ramai selebriti popular tanah air. Termasuklah Neelofa, Rozita Che Wan, Elfira Loy dan Syatilla Melvin.

“Malah kebanyakan daripada artis itu digunakan khidmat mereka mempromosikan tanpa terlalu ‘hardsell’. Ternyata selebriti ini sendiri mengakui khasiat jeli berkenaan seperti wanita lain.

“Pendek kata, ramai wanita diberi kesempatan indah untuk hamil, suami makin sayang, dalaman diri makin cantik asbab menggunakan produk jeli ini,” katanya.

Dalam pada itu, Syarifah Khyra sendiri takjub melihat kebahagiaan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail saat dikurniakan Muhammad Bilal. “Saya mahu ramai lagi golongan wanita mengecapi nikmat hidup sama seperti Neelofa dengan kehadiran cahaya mata. Insya-Allah. Kita jangan putus harap dan usaha ya!.

Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral terus menjadi pilihan selebriti dan ramai


“Semoga produk jeli ini dalam bentuk stik berasaskan vitamin, ekstrak buah dan 30 peratus campuran jamu ini terus menjadi pelengkap kaum Hawa.

Produk Bellarossa.

“Ia dapat menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, cyst, fibroid, hubungan kelamin selain komplikasi kulit. Jeli ini juga tinggi kandungan antioksida untuk ketahanan diri daripada serangan virus,” katanya.

Antara testimoni yang menggunakan produk #jellyajaibviral:



Jangan lupa dapatkan produk daripada Fellera Beauty dengan jimat ketika jualan hujung tahun 20hb sampai 27hb Disember ini. Iklan promosi boleh klik di pautan ini Fellera Skin HQ.



Konsert Agungnya Cinta, Konsert Islamik Menampilkan Ustaz Don Daniyal, Raihan, Naim Daniel dan Ramai Selebriti.

Kuala Lumpur, 19hb Disember - Konsert Agungya Cinta kini diubah menjadi konsert sepenuhnya tanpa makan malam serta lebih mampu milik kepada orang ramai. Sebelum ini Konsert Agungya Cinta bakal dilaksanakan dengan makan malam santai dengan persembahan pelbagai daripada penyanyi, pensyair, pendakwah dan pelakon namun atas permintaan ramai, konsert ini diubah.

Poster rasmi konsert Agungya Cinta.

Walaupun diubah, objektif dan barisan artis termasuk aturcara persembahan masih dikekalkan seperti ternyata dalam artikel lepas iaitu Konsert & Makan Malam Agungnya Cinta. Artis yang akan membuat persembahan pelbagai ialah Ustaz Don Daniyal yang juga pengacara majlis, Imam Muda Megat Mohd Zaid,  Raihan, UNIC, Mirwana, Naim Danial, Man Raja Lawakdan  Galuh Cendra Kirana.

Tempat duduk konsert akan dibahagikan mengikut 5 zon warna iaitu biru, ungu, merah, hijau dan kuning. Berikut merupakan harga bagi setiap zon:

Biru - RM88
Ungu - RM138
Merah - RM188
Hijau - RM288
Kuning - RM388

Kedudukan dan harga tiket.

Konsert Agungnya Cinta tetap akan dilangsungkan di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 30hb Disember 2022. Konsert akan berlangsung pada pukul 8 malam dan pendaftaran dibuka seawal 6 petang. Surau ada disediakan untuk memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat.

Oleh kerana makan malam tiada, makanan tetap akan dijual di dalam premis Sime Darby Convention Centre. Dukacita juga dimaklumkan bahawa kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak lagi dibenarkan mengikut konsert ini atas dasar keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Untuk membuat pembelian tiket dan maklumat lanjut boleh layari pautan ini Konsert Penuh Agungnya Cinta 20hb Disember . Saksikan sedikit penyampaian kisah Nabi oleh Ustaz Don mengenai cinta pertama Nabi Muhammad:
@zandra.zane Nak Ustaz Don Daniyal story lagi kena datang Konsert Amal Agungnya Cinta okay! Nanti up artikel di Thirteen Persona Blog.🥰 #konsertagungnyacinta #dondaniyal ♬ original sound - zandra.zane

Jom sama-sama memeriahkan konsert Islamik ini sambil berhibur tanpa lagha dan beramal.



Tuesday, 13 December 2022

Penyanyi Rap dan Hip Hop Singapura YHB Sleepsalot Luah Rindu Kepada Kuala Lumpur Melalui Lagu ‘Tukar Currency’

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2022 - Bintang rap dan hip hop Singapura berusia 21 tahun, YHB Sleepsalot telah mengeluarkan single baharu berjudul Tukar Currency yang kini sudah berada di semua platform digital menerusi Universal Music sejak 4hb November lepas. Tukar Currency adalah lagu pertamanya untuk tahun ini selepas menutup tahun 2021 dengan karya romantiknya Jatuh Boi.

YHB Sleepsalot ketika perhipunan media di DefJam Recordings.

Sejak sempadan negara dibuka selepas pandemic melanda, warga Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah Malaysia dan sebaliknya. Ini turut dirasakan YHB Sleepsalot yang terus ke Kuala Lumpur (KL) pada Mac untuk bertemu semula dengan sahabat serta rakan artis dalam industri muzik hip hop dan rap.

Dalam persiapannya menuju ke sini, tercetus sebuah perasaan yang menurutnya kembali segar dalam diri, lantas ideanya terhasil daripada gambaran betapa terujanya dia dapat melangkau keluar dari Singapura. "Sewaktu pergi menukar wang, ia serta-merta mengembalikan semula kenangan itu, "katanya teringat masa itu. "Rasanya agak pelik dan pada masa sama mengingatkan saya betapa pentingnya melawat KL. Ada saja berlaku pertukaran budaya dan idea. la benar-benar buatkan saya terinspirasi."

Semua idea rasa itu diluahkan dalam lagu Tukar Currency yang diterjemah ke bahasa Melayu daripada istilah inggeris, Currency Exchange. Lagu ini juga dibuat dengan kerjasama daripada SonaOne dan angggota FORCEPARKBOIS iaitu Nakalness serta menggunakan rentak 'breezy trap' Yang dicipta RIDEM.

Sejak mula berkarya dalam muzik, YHB ambil berat terhadap populariti dirainya dari luar Singapura meskipun agak asing buatnya kerana ketika itu baru pertama kali menulis lirik. Dia memiliki peminat dari Malaysia yang serta-merta menyukai corak hip hop tersendirinya selepas mendengar lagunya di platform penstriman dan media sosial.

YHB ketika sesi temu ramah.

YHB Sleepsalot menambah, “Saya tidak mengehadkan diri saya pada sejenis genre sahaja. Saya juga akan menerokai lebih banyak genre seperti R&B. Malah saya juga sangat meminati Sheila Majid dan lagu-lagu beliau!”.

Dia yang mula menulis lagu seawal umur 13 tahun dan melancarkan muzik sendiri pada 16 tahun menggunakan rentak yang ditemuinya menerusi YouTube selain mempelajari sendiri produksi penghasilan lagu turut berkata, "la memberi saya peluang untuk mendewasa dan berkembang sebagai individu dan juga artis,"

Muzik video (MV) Tukar Currency turut member kelegaan buatnya kerana dapat menjalani penggambaran sendiri di kota ini. MV terdahulunya menerusi Jatuh Boi menampilkan pemandangan KL yang dirakam kru tempatan sebelum diberikan kepada mereka di Singapura. Sekembalinya ke Singapura, dia sangat bersemangat untuk menguasai industri rap semula dan pelancaran Tukar Currency melambangkan ikatan istimewa antara dua negara ini. "Negara kita sudah ibarat bersaudara, baik rakyatnya, makanan, dan budaya," katanya.

"Begitu indah melihat persamaan mahupun perbezaan yang kita ada! Sekarang saya cuma ingin terus hasilkan lebih banyak muzik dan bekerjasama dengan pengkarya dari luar negara.” YHB Sleepsalot terus ingin melakukan lebih eksperimen dalam menghasilkan karya muzik dan arah tuju video dengan mengambil beberapa insipirasi daripada penyanyi rap antarabangsa tambahnya lagi.

Tukar Currency kini bole dinikmati di semua platform penstriman. Muzik videonya juga sudah boleh ditonton di YouTube.



Hebatnya YHB Sleepsalot, lagu ciptaannya iaitu Karabujan meraih perhatian ikon hip hop serantau iaitu SonaOne dan ALYPH. Dikuti lagu Terminal dan Blow Up yang memasuki senarai lagu dimainkan di Spotify's New Era: Asian Hip Hop. Bakat muda ini juga pernah menjadi artis pembuka tirai persembahan penyanyi rap terkenal serantau termasuk MK K-Clique, Kidd Santhe, dan Tuju K-Clique.

Ketika persembahannya baru-baru ini.
Sumber IG: @yhbsleepsalot

YHB Sleepsalot yang mula mencipta pengalaman membuat beberapa persembahan di beberapa lokasi di Malaysia kini turut mempersembahkan dua lagu iaitu Tukar Currency dan Jatuh Boi di Uni-Verse Fest Finale di Kolej Melati UiTM Shah Alam pada 16 Disember mendatang.