Monday 19 December 2022

Konsert Agungnya Cinta, Konsert Islamik Menampilkan Ustaz Don Daniyal, Raihan, Naim Daniel dan Ramai Selebriti.

Kuala Lumpur, 19hb Disember - Konsert Agungya Cinta kini diubah menjadi konsert sepenuhnya tanpa makan malam serta lebih mampu milik kepada orang ramai. Sebelum ini Konsert Agungya Cinta bakal dilaksanakan dengan makan malam santai dengan persembahan pelbagai daripada penyanyi, pensyair, pendakwah dan pelakon namun atas permintaan ramai, konsert ini diubah.

Poster rasmi konsert Agungya Cinta.

Walaupun diubah, objektif dan barisan artis termasuk aturcara persembahan masih dikekalkan seperti ternyata dalam artikel lepas iaitu Konsert & Makan Malam Agungnya Cinta. Artis yang akan membuat persembahan pelbagai ialah Ustaz Don Daniyal yang juga pengacara majlis, Imam Muda Megat Mohd Zaid,  Raihan, UNIC, Mirwana, Naim Danial, Man Raja Lawakdan  Galuh Cendra Kirana.

Tempat duduk konsert akan dibahagikan mengikut 5 zon warna iaitu biru, ungu, merah, hijau dan kuning. Berikut merupakan harga bagi setiap zon:

Biru - RM88
Ungu - RM138
Merah - RM188
Hijau - RM288
Kuning - RM388

Kedudukan dan harga tiket.

Konsert Agungnya Cinta tetap akan dilangsungkan di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 30hb Disember 2022. Konsert akan berlangsung pada pukul 8 malam dan pendaftaran dibuka seawal 6 petang. Surau ada disediakan untuk memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat.

Oleh kerana makan malam tiada, makanan tetap akan dijual di dalam premis Sime Darby Convention Centre. Dukacita juga dimaklumkan bahawa kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak lagi dibenarkan mengikut konsert ini atas dasar keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Untuk membuat pembelian tiket dan maklumat lanjut boleh layari pautan ini Konsert Penuh Agungnya Cinta 20hb Disember . Saksikan sedikit penyampaian kisah Nabi oleh Ustaz Don mengenai cinta pertama Nabi Muhammad:
@zandra.zane Nak Ustaz Don Daniyal story lagi kena datang Konsert Amal Agungnya Cinta okay! Nanti up artikel di Thirteen Persona Blog.🥰 #konsertagungnyacinta #dondaniyal ♬ original sound - zandra.zane

Jom sama-sama memeriahkan konsert Islamik ini sambil berhibur tanpa lagha dan beramal.



No comments:

Post a Comment