Saturday 29 October 2022

Raihan, Ustaz Don Daniyal dan Naim Daniel Antara Barisan Selebriti Konsert Amal Agungnya Cinta Disember Ini.

PERHATIAN!! - Konsert & makan malam ini sudah diubah menjadi konsert sepenuhnya. Sila layari artikel terbaharu mengenai maklumat baru dan harga tiket yang lebih rendah di sini Konsert Penuh Agungnya Cinta Baharu.

Kuala Lumpur, 28hb Oktober – Yayasan UNITI dan Afocus Media Ventures (AMV) telah bekerjasama dalam menganjurkan konsert amal hibrid yang dinamakan Agungnya Cinta yang akan berlangsung di Sime Darby Convention Centre pada ambang tahun baru.

Majlis Perasmian Konsert Agungnya Cinta.

Yayasan UNITI telah ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan yayasan gerak kerja amal yang telah banyak membantu ramai orang yang berkeperluan termasuk para pelajar dalam melahirkan 1 Graduan dalam 1 Keluarga. Oleh itu, melalui Konsert Agungnya Cinta, Yayasan UNITI dijangka mensasarkan sumbangan kepada:

-          Feet 4 Life

Program ini merupakan program pemberian kaki palsu prostetik percuma kepada lebih 700 OKU Asnaf di seluruh Malaysia. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Uniti Waqi Sdn. Bhd. dan Kedidi Global Sdn. Bhd.

-          1 Keluarga 1 Graduan

Program ini menampilkan beberapa siri program pendidikan yang khusus ditujukan kepada pelajar daripada golongan keluarga B40. Melalui program ini, mereka berharap agar sekurang-kurangnya seorang pelajar daripada setiap keluarga ini layak melanjutkan pelajaran sehingga ke IPT.

-          Tuisyen Percuma

Program Tuisyen Khas telah dijalankan sejak tahun 2010 lagi. Tujuan tuisyen percuma ini diwujudkan adalah untuk meringkan beban keluarga dengan membiayai sebagaian kos pendidikan serta menjadi penggerak kepada pelajar untuk terus meningkatkan potensi diri dalam bidang akademik.

-          Waqaf Tunai ASEAN Mall

Pusat beli-belah yang terletak di Pattani ini merupakan ASEAN Mall yang berfokuskan dalam memasarkan produk dan makanan halal untuk masyarakat tempatan serta bertindak sebagai gerbang produk halal wilayah ASEAN atau secara ringkasnya pusat sehenti barangan halal ASEAN. Melalui ASEAN Mall juga, usahawan Malaysia boleh memasarkan produk mereka di tahap antarabangsa.

ASEAN Mall ditubuhkan oleh Kumpulan UNITI Asia iaitu kumpulan induk bagi Yayasan Uniti, Pattani Holdings dan Koperasi Islam.

Bagi pihak AMV pula selaku produser media Islamik kontemporari pula menjayakan konsert dalam pemilihan penyampai cerita dan penyanyi bertepatan dengan demografik bakal penonton dalam menjayakan konsert ini kelak. AMV juga memastikan susun atur program konsert berjalan lancar serta menghiburkan.

Sesi soal jawab media bersama penganjur dan selebriti terlibat.

Berkenaan dengan Konsert Agungnya Cinta, konsert amal hibrid ini amat berbeza daripada konsert amal lain kerana konsert ini adalah sebuah makan malam dengan hidangan ala mediterranean yang dilengkapi pengisian sirah Nabi Muhammad SAW diselang-selikan dengan persembahan nasyid dan sebagainya. Tidak seperti konsert lain juga, konsert ini tidak menetapkan had umur di mana konsert ini sesuai buat seisi keluarga termasuk kanak-kanak.

Konsert yang dijangka dihadiri 800 orang ini bakal dihiburkan dengan riwayat Rasullah dalam bentuk tazkirah oleh Ustaz Don Daniyal yang juga pengacara majlis dan Imam Muda Megat Mohd Zaid. Melengkapi konsert, penyanyi yang turut hadir ialah Raihan, UNIC, Mirwana dan Naim Danial. Juga, terdapatnya persembahan sketsa oleh Man Raja Lawak dan persembahan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.

Ustaz Don ketika menyampaikan sedikit sirah Nabi yang bakal diceritkan pada hari Konsert.

Tambahan pula Konsert Agungnya Cinta ini merupakan alternatif terbaik dalam meyambut ambang Tahun Baru 2023 tanpa hiburan yang melaikan.

Butiran konsert pula adalah seperti berikut:

                Konsert Agungnya Cinta

                Tarikh: 30 Disember 2022
                Masa: 8.00pm -11.30pm
                Lokasi: Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur dan Siaran Langsung Berbayar

                Tiket (Sumbangan):

Pakej SUMBANGAN 1 - RM250

1 x Bahagian Sumbangan
1 x Cenderahati Eksklusif
1 x Pas Maya #KAC2022

Pakej SUMBANGAN 2 - RM500

2 x Bahagian Sumbangan
2 x Cenderahati Eksklusif
2 x Pas Maya #KAC2022

**Pakej SUMBANGAN 1 & 2 Hanya mendapat akses kepada Siaran Langsung Berbayar sahaja.

Pakej INDIVIDU - RM1,100

1 x Bahagian Sumbangan
1 x Cenderahati Eksklusif
1 x Tiket ke #KAC2022

Pakej BRONZE - RM10,000

10 x Bahagian Sumbangan
10 x Cenderahati Eksklusif
10 x Tiket ke #KAC2022
1 x Meja di BRONZE Zone

Pakej SILVER - RM20,000

20 x Bahagian Sumbangan
20 x Cenderahati Eksklusif
20 x Tiket ke #KAC2022
1 x Meja di SILVER Zone

Pakej GOLD - RM30,000

30 x Bahagian Sumbangan
30 x Cenderahati Eksklusif
30 x Tiket ke #KAC2022
3 x Meja di GOLD Zone

Pakej PLATINUM - RM50,000

30 x Bahagian Sumbangan
30 x Pas Meet & Greet
30 x Cenderahati Eksklusif
30 x Tiket ke #KAC2022
3 x Meja di PLATINUM Zone
Perletakan Logo & Penghargaan Lisan

***Tiket atau sumbangan boleh mengikuti harga pakej atau ditambah mengikut keikhlasan.
****Tiket juga boleh dipindah milik atau diwakafkan oleh penyumbang. 

Segala maklumat lanjut mengenai Konsert Agungnya Cinta, Yayasan UNITI, AMV, kempen dan urusan pembelian tiket boleh lah layari di pautan https://kac.amv.events/ .

 

No comments:

Post a Comment