Monday, 23 January 2023

"Hot-Ah" Menu dan Cabaran The Chicken Rice Shop Untuk Tahun Baru Cina 2023!

Huat-ah! Selamat Tahun Baru Cina untuk Tahun 2023. Tahun ini merupakan tahun Arnab dengan penuh keriangan, oleh itu The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina. Menu baharu ini sudah bleh didapati mulai sekarang sehingga 28 Februari 2023. Rasa menu yang memukau ini pasti memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga pada waktu perayaan ini.

Menu Hot-Ah


Menu Hot-Ah ini menggunakan adunan kuah berperisa pedas dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang, hidangan ini pasti akan membuat anda menyuarakan “Hot-Ah”! Menu ini tampil dengan tiga set berbeza untuk dinikmati keseorangan, berpasangan atau berkumpulan.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.

“Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini,” kata Kah Yong.

Ayam Ah-Hot

Tiga set hidangan  dan hidangan ala carte adalah seperti berikut:


Set Menu A (1 Orang)
- Harga RM22.90

Set Menu B (2 Orang)
- Harga RM50.90

Set Menu C (4 Orang)
- Harga RM99.90

Ala Carte (Ayam Ah-Hot sahaja)
- Harga RM19,90
- 2 keping ayam

Air Power
- Ala Carte harga RM9.90
- Tambah atau tukar air dari set hidangan harga RM3.90

Set Meal A berharga RM22.90 untuk seorang.

Review ringkas set menu Ayam Hot-Ah: Saya beli Set Meal A yang berharga RM22.90. Set ni tiada air jadi kena top-up sikit je nak dapatkan air. Set ni ada ayam Hot-Ah dua ketul, sayur sawi saiz kecil, nasi dan sup. 

Ayam Hot-Ah ni di goreng dulu lepas tu baru dia goreng sekali lagi dengan sambal. Masakkan ni macam ayam masak merah je tapi tak manis. Ayam masak merah ada manis sikit, pedas sikit. Berbeza dengan ni, ni tak manis lepas tu pedas terasa tapi tak bagi kebas sesuai untuk orang tak berapa tahan pedas. Memang pekat dengan bawang kisar. Ha tu lah rasanya. 

Ayam dua ketul yang saya dapat pun saiz besar, sambal banyak, tauhu goreng tu pun banyak. Cuma tauhu goreng ni dia potong kecil-kecil dan digoreng. Tauhu tu keras sikit. Walauapapun, menu ni berbaloi untuk dipesan semula!

Cabaran Media Sosial Hot-Ah

“Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian. Di samping itu, kami ingin menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” di mana para peminat boleh mencabar satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing,” tambah Kah Yong.


Oleh itu TCRS mengadakan cabaran di media sosial untuk meningkatkan keriangan perayaan tahun baru cina ini bersempena pelancaran menu baharu ini. Cabaran tersebut ialah ‘Ayam Hot-Ah’ atau #HotAhChallenge, di mana peserta dijemput untuk menghantar video merekodkan jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif. Pemenang berpeluang memenangi baucar sedapZ TCRS tau!

Syarat:
1. Buat #HotAhChallenge dengan jeritan "HOT-AH" terpanjang dan terkuat!
2. Anda boleh menggunakan TikTok timer dan anda bebas menggunakan sebarang filter TikTok mengikut kreativiti video anda.
3. Hantar video cabaran melalui FB reels/ IG reels/TikTok dengan #TheChickenRiceShop dan tag @thechickenriceshop

Pastikan anda memuatnaik video anda dengan setting public agar pihak penganjur boleh lihat hantaran anda ya. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5hb Februari.

*Syarat mungkin berubah, sila rujuk pada sosial media The Chicken Rice Shop untuk panduan terkini ya!

Di bawah pula video yang saya hasilkan untuk cabaran #HotAhChallenge:

Semua peserta akan layak mendapatkan sedapZ baucar Ayam Hot-Ah Meal A  (Untuk seorang) manakala video paling kreatif berpeluang memenangi baucar sedapZ Ayam Hot-Meal C (Set hidangan untuk empat orang)!

Ingat, muat turun aplikasi sedapZ di google store atau apple store untuk kumpul mata ketika pembelian serta tebus baucar jika anda mengikuti cabaran Hot-Ah ya!

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Thursday, 19 January 2023

Bob Sentuhan, Dari Busker Jalanan Ke Dunia Rakaman Dengan Single Sulung “Bukit Bintang” Ft. Maman Teacher’s Pet

KUALA LUMPUR, Januari 18 – Penyayi Busker Bukit Bintang terkenal iaitu Bob Sentuhan kini melangkah masuk ke dunia muzik rakaman dengan single terbaharu iaitu “Bukit Bintang” ft. Maman Teacher’s Pet. Meskipun Bob Sentuhan baru dalam dunia rakaman, dia merupakan satu nama yang tidak asing di kalangan pemuzik dan peminat muzik jalanan di Kuala Lumpur khususnya di Bukit Bintang yang berpengalaman menghiburkan orang ramai hampir 20 tahun lamanya.

Pelancaran Single Bukit Bintang di Bukit Bintang.

Pelancaran single terbaharu yang penuh santai di lancarkan di sebuah restoran di Bukit Bintang sendiri dengan kehadiran media dan rakan artis yang lain. Lagu “Bukit Bintang” ini dihasilkan oleh komposer Maman juga selaku penggubah dan penerbit lagu ini mengambil inspirasi daripada kisah cintanya berjumpa isterinya pertama kali di Bukit Bintang. Selain itu, lagu ini juga diterapkan dengan unsur sebuah kota yang berwarna-warni penuh dengan kisah kehidupan.

Bob Sentuhan.

Bob dalam ucapannya, “"Bukit Bintang" adalah lagu yang sangat istimewa untuk saya kerana Bukit Bintang pernah dan akan terus menjadi pentas untuk saya beraksi. Matlamat saya adalah menjadi seorang penghibur yang menghiburkan. Saya bersyukur dipilih oleh komposer Maman Teacher's Pet untuk merakamkan lagu Bukit Bintang.

Bergelar artis rakaman tidak akan mengubah matlamat saya sebagai artis jalanan kerana nadi perjuangan seni saya adalah untuk menghiburkan, tapa mengira bangsa, warna kulit, agama atau kedudukan”.

Untuk pengenalan ringkas, Bob Sentuhan yang berasal dari Pulau Pinang memulakan kerjayanya sebagai seorang penghibur jalanan, dan telah menjelajah negara dan mendendangkan lagu untuk pengunjung kaki lima. Bob juga turut memperjuangkan bakat dan nasib pemuzik dengan menubuhkan persatuan penyanyi jalanan agar penyanyi jalanan ini lebih dihormati oleh orang ramai.

Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif Meta Music Extreme (MMX) selaku pihak rakaman bagi Bob Sentuhan dan single terbaharu ini, lagu ini bakal dipromosikan di pelbagai media selama tiga bulan. Manakala pada bulan April, pihak rakaman bakal melancarkan album penuh untuk Bob Sentuhan. Ini merupakan berita gembira buat penggemar Bob yang kini boleh menyanyikan lagunya tersendiri.

Kiri: Maman Teacher’s Pet. Kanan: Encik Saharul, Ketua Pegawai Eksekutif MMX.

"Bukit Bintang adalah lagu yang dibuat khas untuk Bob kerana di sinilah dia mula menyanyi dan di sinilah dia mencurahkan semua semangat dan dedikasinva untuk menghiburkan orang ramal dengan nyanyiannya. Bob mempunyai bakat yang besar dan saya yakin, dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang baik, dia mampu pergi jaun. Saya juga kagum kerana 800 bukan sahaja popular di Bukit Bintang malah terkenal dit singapura, Brunei dan Indonesia juga," kata Maman yang kembali ke dunia seni selepas 2 dekad tidak aktif.

Menurut Maman lagi, “"Bukit Bintang" juga merupakan lagu vang dinasilkan Khas sebagai penghormatan Kepada mereka yang membangunkan Bukit Bintang sehingga seperti
sekarang. Bukit Bintang suatu masa dahulu adalah salah satu sisi gelap Kuala Lumpur.

Tetapi hari ini, Bukit Bintang adalah sebuah kawasan yang sibuk dengan pelbagai kehidupan, perniagaan dan peluang. Orang yang paling sedih berjalan di Bukit Bintang, tidak akan kekal bersedih kerana suasana di Bukit Bintang mampu merubah kesedihan dan memberikan kegembiraan. Pelancong dari pelbagai negara dan rakyat tempatan berkumpul di Bukit Bintang untuk bergembira dan bersuka ria”.

Persembahan Single Ketika Pelancaran Bersama Sidang Media.

Berita baik juga untuk Tahun Baru Cina ini, pihak MMX telah bekerjasama dengan 5 kumpulan busker Malaysia di beberapa negeri untuk menyanyikan lagu “Bukit Bintang” sebagai satu usaha promosi. Dijangka akan ada perembahan istimewa bakal dilakukan di Bukit Bintang sendiri agar lebih bermakna. Untuk hebahan promosi lagu ini anda bolehlah jenguk instagram MMX di www.instagram.com/mmx.rocks .

Lihat juga video esklusif di bawah nyanyian Bob Sentuhan dan Maman Teacher’s Pet ketika majlis pelancaran baru-baru ini:
@zandra.zane Esklusif lagu Bukit Bintang oleh Bob Sentuhan dan Maman Teacher’s Pet. Belum masuk YouTube lagi tau. Jom layan.🔥🔥🔥🔥 #bukitbintang #busking #buskingbukitbintang🍂 #bobsentuhan #mamanteacherspet @bobsentuhan @mamanteacherspet ♬ original sound - zandra.zane


Lagu “Bukit Bintang" kini boleh dicari di platfom striming atas talian seperti Apple Music, Spotify dan JOOX. Pihak rakaman MMX juga sedang dalam proses menyiapkan video muzik yang akan tersedia di Youtube dan platfom lain pada 20 Januari 2023.

Untuk mendengar lagu “Bukit Bintang” nyanyian Bob Sentuhan dan Maman Teacher’s Pet boleh layari di pautan ini https://bfan.link/bob-bukitbintang .

Wednesday, 18 January 2023

YES SIR Nyanyian Zamani Ft. Ariff Peter, OST FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG Dilancarkan Penuh Gimik

SUBANG, 17 JANUARI 2023 - Pelancaran lagu tema FILEM COAST GUARD:OPS HELANG iaitu Yes Sir telah dilancarkan di Stesen Udara Maritim Subang dengan penuh gimik yang dilaksanakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim (STAR Team). Turut hadir, Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk penyerahan plak penghargaan.

Pelancaran Lagu Tema Yes Sir.

Antara gimik yang dilakukan pada hari Pelancaran Lagu Tema Yes Sir ialah terjunan dari atas STAR Team mengiringi Sahrul Ridzwan dan Julia Farhana membawa plak penyerahan dan terjunan dari helikopter.

STAR Team mengiringi Julia Farhana dan Saharul Ridzwan.

Terjunan daripada helikopter.

Lagu 'YES SIR' selaku lagu tema filem ini dinyanyikan oleh penyanyi berbakat Zamani berduet dengan penyanyi rap Ariff Peter. Lagu ini diterbitkan oleh terbitan COF Music yang liriknya ditulis oleh Ariff Peter sendiri bersama Hasril Otromen dan Nass. Penghasilan lagu ini datangnya daripada lirik lagu 'Yes Sir' yang diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai STAR Team iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan.

Zamani dan Ariff Peter menyanyikan lagu Yes Sir.

Di bawah merupakan info berkenaan lagu tema filem aksi hebat ini:

Tajuk Lagu: YES SIR
Lirik: Ariff Peter, Pown Hasril, Otromen & Nass
Penyanyi: Zamani Ft. Ariff Peter
Durasi: 3.02 minit
Music Arrangement : Pown Hasril & Jack Jafni
Mixing: Jack Jafni
Master:Jack Jafni
Publisher: COF Music Publishing
Produced: COF Music

Lagu Yes Sir boleh didengar di YouTube di bawah:


Menarik mengenai filem aksi ini, filem in telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sehingga berjaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi "Ops Helang" pasukan Maritim Malaysia. Kerjasama ini bertujuan untuk memastikan penonton dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan ‘coast guard’ negara yang menjalankan tanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.

Majlis pelancaran boleh ditonton dan lihat post media sosial di bawah:
@zandra.zane Info lanjut di www.thirteenpersona.blogspot.com #filemcoastguard #coastguard #yessir #zamani #ariffpeter #ostcoastguard #ost ♬ original sound - zandra.zane

Filem COAST GUARD: OPS HELANG terbitan FLYING DEALS SDN.BHD & ARIE ZAHARIE PRODUCTION ini bekerjasama dengan METROWEALTH PICTURES untuk edaran filem berkenaan yang bakal menemui penonton pada 2 FEBRUARI 2023 di pawagam seluruh negara termasuk SINGAPURA dan BRUNEI.

Monday, 16 January 2023

Guardian Tambah Produk Segmen Penjagaan Diri Jenama Guardian Sendiri! (Sabun, Syampu dan Pencuci Muka)

Guardian ni sinonim dengan kedai yang menjual barang penjagaan diri, wajah serta produk kecantikan yang lain. Tapi tahukah anda bahawa Guardian kini menampilkan pelbagai jenis produk jenama mereka sendiri?

Ada yang sudah perasan Guardian telah lama menjual barangan jenama mereka sendiri seperti tisu, kapas wajah, berus dan sebagainya. Kini Guardian memperkenalkan lebih banyak produk jenama mereka sendiri dengan memasuki segmen produk penjagaan diri iaitu produk mandian, produk penjagaan (cucian) wajah dan produk penjagaan rambut.

Di bawah merupakan produk yang ada setakat blog ini ditulis:

Produk Mandian (Bath Care)

Untuk rangkaian produk mandian ada beberapa produk di bawah kategori ini iaitu sabun mandi, sabun cuci tangan, pencuci bahagian intim wanita dan gel pembasmi kuman.

1. Sabun mandi
Terdapat dalam saiz 10ml dan 1000ml mengikut jenis produk
- Mempunyai paket isian semula bersaiz 550ml dan 600ml mengikut jenis produk
- Harga sabun untuk saiz 10ml ialah RM3.00 (Sabun susu kambing) dan saiz 1000ml pula bermula daripada RM11.00 ke atas mengikut jenis sabun mandi
- Harga paket isian bermula daripada RM6.50 ikut jenis saiz dan jenis sabun mandi


2. Sabun Cuci Tangan
Terdapat dalam saiz 250ml dan 500ml
- Harga untuk saiz 250ml ialah dan saiz 500ml ialah RM9.50

3. Pencuci Bahagian Intim Wanita
Terdapat dalam saiz 250ml
- Beharga RM10.90

4. Gel Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer)
Terdapat dalam saiz 50ml
- Beharga RM5.00

Produk Penjagaan Rambut (Hair Care)

Bagi rangkaian produk penjagaan rambut, terdapat tiga jenis produk iaitu syampu, perapi rambut dan krim rawatan rambut.

1. Syampu 
- Terdapat dalam saiz 350ml dan 700ml
- Harga bagi saiz 350ml ialah RM12.90 dan saiz 700ml ialah RM23.90

2. Perapi Rambut
Terdapat dalam saiz 350ml dan 700ml
- Harga bagi saiz 350ml ialah RM12.90 dan saiz 700ml ialah RM23.90


3. Krim Rawatan Rambut
Terdapat dalam saiz 180ml
- Beharga RM12.90

Produk Penjagaan (Cucian) Wajah (Skincare & Cleansing)

1. Pencuci Wajah
Terdapat dalam saiz 100ml sahaja
- Beharga RM12.90


2. Scrub Wajah
- Terdapat dalam saiz 100ml sahaja
- Beharga RM12.90


3. Tisu Micellar
- Tisu untuk membuang mekap daripada wajah
- Terdapat dalam paket 10 helai dan 25 helai
- Harga untuk paket 10 helai tisu micellar ialah RM6.90
- Harga untuk paket 25 helai tisu micellar ialah RM13.90


4. Air Micellar
- Terdapat dalam saiz 300ml
- Beharga RM25.90

Harga yang dipaparkan adalah berdasarkan harga pada waktu artikel ini ditulis. Kebanyakkan harga produk barangan cucian jenama Guardian ini adalah jauh lebih rendah berbanding jenama lain. Walaupun demikian, kualiti jenama Guardian masih dijaga dengan teliti agar boleh menepati citarasa pengguna. Ini juga adalah pilihan tepat bagi mereka yang ingin berbelanja secara hemat tanpa perlu berkompromi soal kualiti dan keselesaan mereka.

Semua produk ni anda dah boleh lihat dan beli di laman web kedai Guardian. Berbaloi ya beli di laman web kedai Guardian kerana selalu ada promosi pembelian seperti diskaun hebat, beli dua untuk harga jimat dan sebagainya. Anda boleh layari Guardian web di sini !!