Wednesday 18 January 2023

YES SIR Nyanyian Zamani Ft. Ariff Peter, OST FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG Dilancarkan Penuh Gimik

SUBANG, 17 JANUARI 2023 - Pelancaran lagu tema FILEM COAST GUARD:OPS HELANG iaitu Yes Sir telah dilancarkan di Stesen Udara Maritim Subang dengan penuh gimik yang dilaksanakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim (STAR Team). Turut hadir, Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk penyerahan plak penghargaan.

Pelancaran Lagu Tema Yes Sir.

Antara gimik yang dilakukan pada hari Pelancaran Lagu Tema Yes Sir ialah terjunan dari atas STAR Team mengiringi Sahrul Ridzwan dan Julia Farhana membawa plak penyerahan dan terjunan dari helikopter.

STAR Team mengiringi Julia Farhana dan Saharul Ridzwan.

Terjunan daripada helikopter.

Lagu 'YES SIR' selaku lagu tema filem ini dinyanyikan oleh penyanyi berbakat Zamani berduet dengan penyanyi rap Ariff Peter. Lagu ini diterbitkan oleh terbitan COF Music yang liriknya ditulis oleh Ariff Peter sendiri bersama Hasril Otromen dan Nass. Penghasilan lagu ini datangnya daripada lirik lagu 'Yes Sir' yang diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai STAR Team iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan.

Zamani dan Ariff Peter menyanyikan lagu Yes Sir.

Di bawah merupakan info berkenaan lagu tema filem aksi hebat ini:

Tajuk Lagu: YES SIR
Lirik: Ariff Peter, Pown Hasril, Otromen & Nass
Penyanyi: Zamani Ft. Ariff Peter
Durasi: 3.02 minit
Music Arrangement : Pown Hasril & Jack Jafni
Mixing: Jack Jafni
Master:Jack Jafni
Publisher: COF Music Publishing
Produced: COF Music

Lagu Yes Sir boleh didengar di YouTube di bawah:


Menarik mengenai filem aksi ini, filem in telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sehingga berjaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi "Ops Helang" pasukan Maritim Malaysia. Kerjasama ini bertujuan untuk memastikan penonton dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan ‘coast guard’ negara yang menjalankan tanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.

Majlis pelancaran boleh ditonton dan lihat post media sosial di bawah:
@zandra.zane Info lanjut di www.thirteenpersona.blogspot.com #filemcoastguard #coastguard #yessir #zamani #ariffpeter #ostcoastguard #ost ♬ original sound - zandra.zane

Filem COAST GUARD: OPS HELANG terbitan FLYING DEALS SDN.BHD & ARIE ZAHARIE PRODUCTION ini bekerjasama dengan METROWEALTH PICTURES untuk edaran filem berkenaan yang bakal menemui penonton pada 2 FEBRUARI 2023 di pawagam seluruh negara termasuk SINGAPURA dan BRUNEI.

1 comment: