Monday, 23 January 2023

"Hot-Ah" Menu dan Cabaran The Chicken Rice Shop Untuk Tahun Baru Cina 2023!

Huat-ah! Selamat Tahun Baru Cina untuk Tahun 2023. Tahun ini merupakan tahun Arnab dengan penuh keriangan, oleh itu The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina. Menu baharu ini sudah bleh didapati mulai sekarang sehingga 28 Februari 2023. Rasa menu yang memukau ini pasti memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga pada waktu perayaan ini.

Menu Hot-Ah


Menu Hot-Ah ini menggunakan adunan kuah berperisa pedas dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang, hidangan ini pasti akan membuat anda menyuarakan “Hot-Ah”! Menu ini tampil dengan tiga set berbeza untuk dinikmati keseorangan, berpasangan atau berkumpulan.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.

“Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini,” kata Kah Yong.

Ayam Ah-Hot

Tiga set hidangan  dan hidangan ala carte adalah seperti berikut:


Set Menu A (1 Orang)
- Harga RM22.90

Set Menu B (2 Orang)
- Harga RM50.90

Set Menu C (4 Orang)
- Harga RM99.90

Ala Carte (Ayam Ah-Hot sahaja)
- Harga RM19,90
- 2 keping ayam

Air Power
- Ala Carte harga RM9.90
- Tambah atau tukar air dari set hidangan harga RM3.90

Set Meal A berharga RM22.90 untuk seorang.

Review ringkas set menu Ayam Hot-Ah: Saya beli Set Meal A yang berharga RM22.90. Set ni tiada air jadi kena top-up sikit je nak dapatkan air. Set ni ada ayam Hot-Ah dua ketul, sayur sawi saiz kecil, nasi dan sup. 

Ayam Hot-Ah ni di goreng dulu lepas tu baru dia goreng sekali lagi dengan sambal. Masakkan ni macam ayam masak merah je tapi tak manis. Ayam masak merah ada manis sikit, pedas sikit. Berbeza dengan ni, ni tak manis lepas tu pedas terasa tapi tak bagi kebas sesuai untuk orang tak berapa tahan pedas. Memang pekat dengan bawang kisar. Ha tu lah rasanya. 

Ayam dua ketul yang saya dapat pun saiz besar, sambal banyak, tauhu goreng tu pun banyak. Cuma tauhu goreng ni dia potong kecil-kecil dan digoreng. Tauhu tu keras sikit. Walauapapun, menu ni berbaloi untuk dipesan semula!

Cabaran Media Sosial Hot-Ah

“Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian. Di samping itu, kami ingin menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” di mana para peminat boleh mencabar satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing,” tambah Kah Yong.


Oleh itu TCRS mengadakan cabaran di media sosial untuk meningkatkan keriangan perayaan tahun baru cina ini bersempena pelancaran menu baharu ini. Cabaran tersebut ialah ‘Ayam Hot-Ah’ atau #HotAhChallenge, di mana peserta dijemput untuk menghantar video merekodkan jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif. Pemenang berpeluang memenangi baucar sedapZ TCRS tau!

Syarat:
1. Buat #HotAhChallenge dengan jeritan "HOT-AH" terpanjang dan terkuat!
2. Anda boleh menggunakan TikTok timer dan anda bebas menggunakan sebarang filter TikTok mengikut kreativiti video anda.
3. Hantar video cabaran melalui FB reels/ IG reels/TikTok dengan #TheChickenRiceShop dan tag @thechickenriceshop

Pastikan anda memuatnaik video anda dengan setting public agar pihak penganjur boleh lihat hantaran anda ya. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5hb Februari.

*Syarat mungkin berubah, sila rujuk pada sosial media The Chicken Rice Shop untuk panduan terkini ya!

Di bawah pula video yang saya hasilkan untuk cabaran #HotAhChallenge:

Semua peserta akan layak mendapatkan sedapZ baucar Ayam Hot-Ah Meal A  (Untuk seorang) manakala video paling kreatif berpeluang memenangi baucar sedapZ Ayam Hot-Meal C (Set hidangan untuk empat orang)!

Ingat, muat turun aplikasi sedapZ di google store atau apple store untuk kumpul mata ketika pembelian serta tebus baucar jika anda mengikuti cabaran Hot-Ah ya!

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

No comments:

Post a Comment