Thursday 19 January 2023

Bob Sentuhan, Dari Busker Jalanan Ke Dunia Rakaman Dengan Single Sulung “Bukit Bintang” Ft. Maman Teacher’s Pet

KUALA LUMPUR, Januari 18 – Penyayi Busker Bukit Bintang terkenal iaitu Bob Sentuhan kini melangkah masuk ke dunia muzik rakaman dengan single terbaharu iaitu “Bukit Bintang” ft. Maman Teacher’s Pet. Meskipun Bob Sentuhan baru dalam dunia rakaman, dia merupakan satu nama yang tidak asing di kalangan pemuzik dan peminat muzik jalanan di Kuala Lumpur khususnya di Bukit Bintang yang berpengalaman menghiburkan orang ramai hampir 20 tahun lamanya.

Pelancaran Single Bukit Bintang di Bukit Bintang.

Pelancaran single terbaharu yang penuh santai di lancarkan di sebuah restoran di Bukit Bintang sendiri dengan kehadiran media dan rakan artis yang lain. Lagu “Bukit Bintang” ini dihasilkan oleh komposer Maman juga selaku penggubah dan penerbit lagu ini mengambil inspirasi daripada kisah cintanya berjumpa isterinya pertama kali di Bukit Bintang. Selain itu, lagu ini juga diterapkan dengan unsur sebuah kota yang berwarna-warni penuh dengan kisah kehidupan.

Bob Sentuhan.

Bob dalam ucapannya, “"Bukit Bintang" adalah lagu yang sangat istimewa untuk saya kerana Bukit Bintang pernah dan akan terus menjadi pentas untuk saya beraksi. Matlamat saya adalah menjadi seorang penghibur yang menghiburkan. Saya bersyukur dipilih oleh komposer Maman Teacher's Pet untuk merakamkan lagu Bukit Bintang.

Bergelar artis rakaman tidak akan mengubah matlamat saya sebagai artis jalanan kerana nadi perjuangan seni saya adalah untuk menghiburkan, tapa mengira bangsa, warna kulit, agama atau kedudukan”.

Untuk pengenalan ringkas, Bob Sentuhan yang berasal dari Pulau Pinang memulakan kerjayanya sebagai seorang penghibur jalanan, dan telah menjelajah negara dan mendendangkan lagu untuk pengunjung kaki lima. Bob juga turut memperjuangkan bakat dan nasib pemuzik dengan menubuhkan persatuan penyanyi jalanan agar penyanyi jalanan ini lebih dihormati oleh orang ramai.

Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif Meta Music Extreme (MMX) selaku pihak rakaman bagi Bob Sentuhan dan single terbaharu ini, lagu ini bakal dipromosikan di pelbagai media selama tiga bulan. Manakala pada bulan April, pihak rakaman bakal melancarkan album penuh untuk Bob Sentuhan. Ini merupakan berita gembira buat penggemar Bob yang kini boleh menyanyikan lagunya tersendiri.

Kiri: Maman Teacher’s Pet. Kanan: Encik Saharul, Ketua Pegawai Eksekutif MMX.

"Bukit Bintang adalah lagu yang dibuat khas untuk Bob kerana di sinilah dia mula menyanyi dan di sinilah dia mencurahkan semua semangat dan dedikasinva untuk menghiburkan orang ramal dengan nyanyiannya. Bob mempunyai bakat yang besar dan saya yakin, dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang baik, dia mampu pergi jaun. Saya juga kagum kerana 800 bukan sahaja popular di Bukit Bintang malah terkenal dit singapura, Brunei dan Indonesia juga," kata Maman yang kembali ke dunia seni selepas 2 dekad tidak aktif.

Menurut Maman lagi, “"Bukit Bintang" juga merupakan lagu vang dinasilkan Khas sebagai penghormatan Kepada mereka yang membangunkan Bukit Bintang sehingga seperti
sekarang. Bukit Bintang suatu masa dahulu adalah salah satu sisi gelap Kuala Lumpur.

Tetapi hari ini, Bukit Bintang adalah sebuah kawasan yang sibuk dengan pelbagai kehidupan, perniagaan dan peluang. Orang yang paling sedih berjalan di Bukit Bintang, tidak akan kekal bersedih kerana suasana di Bukit Bintang mampu merubah kesedihan dan memberikan kegembiraan. Pelancong dari pelbagai negara dan rakyat tempatan berkumpul di Bukit Bintang untuk bergembira dan bersuka ria”.

Persembahan Single Ketika Pelancaran Bersama Sidang Media.

Berita baik juga untuk Tahun Baru Cina ini, pihak MMX telah bekerjasama dengan 5 kumpulan busker Malaysia di beberapa negeri untuk menyanyikan lagu “Bukit Bintang” sebagai satu usaha promosi. Dijangka akan ada perembahan istimewa bakal dilakukan di Bukit Bintang sendiri agar lebih bermakna. Untuk hebahan promosi lagu ini anda bolehlah jenguk instagram MMX di www.instagram.com/mmx.rocks .

Lihat juga video esklusif di bawah nyanyian Bob Sentuhan dan Maman Teacher’s Pet ketika majlis pelancaran baru-baru ini:
@zandra.zane Esklusif lagu Bukit Bintang oleh Bob Sentuhan dan Maman Teacher’s Pet. Belum masuk YouTube lagi tau. Jom layan.🔥🔥🔥🔥 #bukitbintang #busking #buskingbukitbintang🍂 #bobsentuhan #mamanteacherspet @bobsentuhan @mamanteacherspet ♬ original sound - zandra.zane


Lagu “Bukit Bintang" kini boleh dicari di platfom striming atas talian seperti Apple Music, Spotify dan JOOX. Pihak rakaman MMX juga sedang dalam proses menyiapkan video muzik yang akan tersedia di Youtube dan platfom lain pada 20 Januari 2023.

Untuk mendengar lagu “Bukit Bintang” nyanyian Bob Sentuhan dan Maman Teacher’s Pet boleh layari di pautan ini https://bfan.link/bob-bukitbintang .

1 comment:

  1. Terima kasih kerana hadir dan support PC pelancaran single BUKIT BINTANG - Bob Sentuhan feat Maman Teacher's Pet.

    Dengarkan lagu BUKIT BINTANG di platform-platform digital: https://bfan.link/bob-bukitbintang

    Official music video BUKIT BINTANG akan ditayangkan secara eksklusif pada hari Sabtu, 21 Januari 2023, jam 11:00 pagi di channel YouTube Meta Music Xtreme
    https://youtube.com/@metamusicxtreme

    ReplyDelete