Saturday, 8 April 2023

Ayam Kilau - Menu The Chicken Rice Shop Sempena Bulan Mulia

Sabtu, 8 April - The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan berbesar hati memperkenalkan menu baharu sempena bulan ramadan dan raya ini iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup. Ayam Kilau ini sudah pun tersedia sejak bulan lepas sehingga 21 Mei 2023 di semua cawangan TCRS.

Ayam Kilau The Chicken Rice Shop

Ayam Kilau ini terinspirasi daripada perkataan kilau yang berkaitan dengan seni pertahanan diri kaum Melayu iaitu silat. Ayam Kilau ini dimasak dengan gabungan tempahan perapan secukupnya dengan rasa yang melambangkan keberanian, digandingkan pula dengan sambal Hijau Kilau yang mengasyikan.

Menu Ayam Kilau

Ayam Kilau TCRS ini datang dengan 3 set berbeza seperti dibawah:

Meal A (Set 1 orang)
  • Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (saiz kecil)
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 sup
  • 1 air minuman Slurpp Bandung*
  • Harga: RM28.90
Meal B (Set 2 orang)
  • Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
  • Satu ayam hidangan saiz individu (Pilihan roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (saiz biasa)
  • Sup Sai To Fish Ball (saiz biasa)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (biasa) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (biasa)
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 sup
  • 2 Slurrrp Bandung*
  • Harga: RM63.90
Meal C (Set 4 Orang)
  • Ayam Kilau (saiz 1/2 ayam)
  • Ayam saiz 1/4 (Pilihan: roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (besar)
  • Penang Rojak (besar)
  • Penang Famous Chicken Rolls (3 keping)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (besar) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (besar)
  • 4 mangkuk nasi
  • 4 sup
  • 4 Slurrrp Bandung*
  • Harga: RM114.90
*Slurrrp Bandung ala carte beharga RM10.90 satu gelas
*Tambah boba untuk minuman pilihan anda dengan harga RM3 segelas

Untuk lebih berbaloi, guna aplikasi sedapZ untuk pembayaran dan jimat RM5 untuk pilihan set Meal B dan set Meal C. Aplikasi sedapZ ni juga menawarkan pelbagai tawaran hebat selain berfungsi untuk pengumpulan mata ganjaran.

Ini pula review saya:

Saya beli set Meal A untuk seorang dan tambah lagi satu Sambal Hijau ala carte.


Sirap bandung ada sedikit karbonat/gas. Ada cincau sikit dan beberapa agar-agar atau jelly yang warna warni tu. Saya kurang sikit dengan ni. Hehe.


Walaupun anda beli set Ayam Kilau, tetap akan dapat cili dan bawang TCRS. Set Meal A ni kira sangat sangat mengenyangkan untuk makan seorang. Harga RM28.90 lebih jauh berbaloi daripada bufet ramadan!


Saiz ayam yang diberikan memang 1/4. Perapan ayam memang rasa sampai ke dalam isi. Kriuk kriuk sedap, ayam pun rangup di luar lembut di dalam. Saya suka!

Oh ye, ayam ni rasa macam diperap dengan kunyit dan bahan ayam berempah sikit. Macam rasa ayam goreng ala Indonesia. Rasa ‘deep’ gitu.

Tauhu dan tempe pun digoreng segar. Semua rasa cukup. Siap dengan ulam segar. Lebih banyak sayur!

Sambal hijau bagi saya sedap tapi tak pedas. Sesuai lah untuk dimakan bagi semua. Berbaloi juga untuk tambah satu sambal hijau ala carte sebab satu tak cukup. Haha.

Banyak pujian kan? Sebab memang sedap~


Apa lagi? Jom ke The Chicken Rice Shop terdekat untuk mendapatkan Ayam Kilau ini! Berbaloi!

Maklumat lanjut:

IG: @thechickenriceshop https://www.instagram.com/thechickenriceshop/
FB: @The Chicken Rice Shop https://www.facebook.com/thechickenriceshop
TCRS website: https://www.thechickenriceshop.com/

#thechickenriceshop
#tcrsmy
#AyamKilau
#SambalHijauKilau

Saturday, 1 April 2023

Beli Baju Raya 2023 Di Butik Chenta Lunar

Shah Alam, 1 April - Telah masuk 10 Ramadan umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah berpuasa. Maka dalam 20 hari lagi Syawal mendatang dan raya aidilfitri disambut meriah. Untuk perayaan hari raya di Malaysia pula, bukan orang Islam dan Melayu sahaja yang menyambutnya bahkan seluruh negara tanpa mengira agama dan kaum turut menanti.

Beli baju raya di Butik Chenta Lunar.

Oleh demikian, baju raya merupakan antara perkara yang terlintas difikiran. Nak beli baju raya yang mesra bajet tapi masih kelihatan cantik bergaya dengan potongan sopan? Jom tengok di Butik Chenta Lunar yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Butik Chenta Lunar menawarkan konsep “Celestial In Style” untuk semua yang membawa masked cakerawala a tau ‘heavenly’. Kaitannya ialah untuk memperkenalkan rekaan malar hijau yang terkini boleh diguna lama.

Kelebihan Membeli Baju Raya di Chenta Lunar:
- Terdapat baju raya wanita dan kanak-kanak perempuan sedondon
- Saiz baju wanita daripada saiz S sehingga 2XL
- Potongan baju tidak ketat dan sopan
- Jahitan kemas dan kain tidak panas
- Harga bermula daripada RM100!
- Pilihan rekaan biasa, berbunga dan elegan untuk baju raya
- Selain baju raya ada baju dress, office attire, casual, cardigan, jump suit, tudung, aksesori dan lain-lain lagi

Baju kanak-kanak pelbagai saiz bermula dari 2 tahun.
Baju kurta lelaki esklusif.

Rekaan baharu.

Antara baju raya wanita.

Pilihan Raya Butik Chenta Lunar:

Baju kurung potongan lurus dan sopan berbunga.

Baju kebarung rekaan ringkas sedondon ibu dan anak serendah
RM150.

Baju rekaan malar segar.

Benda menarik di Butik Chenta Lunar:
- Tempat persalinan disediakan untuk mencuba pakaian
- Tempat duduk yang banyak agar peneman boleh berehat
- Cermin banyak dan besar!
- Ada jualan kuih raya dan beberapa aksesori wanita juga
- Boleh guna kasut masuk ke butik!

Untuk raya ini juga, pihak butik berbesar hati memberi hadiah percuma berupa sampul raya dengan pembelian RM150 dan ke atas.

Sampul raya Chenta Lunar

Bagi memuaskan hati pelanggan membeli baju raya, pelanggan boleh membuat pesanan tambahan dengan segera untuk menambah manik, lace dan sebagainya. Bahkan pada hari biasa pun, butik Chenta Lunar memang menerima tempahan jahitan untuk baju nikah, baju bersanding, baju pengapit, baju graduation serta baju korporat. 

Kelebihan khidmat di atas sudah semestinya dilakukan oleh tenaga pakar butik sendiri yang berkebolehan dalam melakar dan menjahit tempahan khusus. 

Jom lihat video berkunjung ke Butik Chenta Lunar:
@zandra.zane Beli baju raya untuk satu keluarga yang sopan tapi tetap bergaya? Ada kat Butik Chenta Lunar.❤️ Bacaan lanjut di: https://thirteenpersona.blogspot.com/2023/04/beli-baju-raya-di-chenta-lunar-shah-alam.html? #bcl #chentalunar #ChentaRaya2023 #bajuraya2023 #bajukurung ♬ Raya Last Minit - Andi Bernadee & Ryan Bakery
 

Maklumat Lanjut:

Butik Chenta Lunar.

Chenta Lunar
Alamat: 65, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. (Terletak sebelah PKNS Biz Point Seksyen 7 Shah Alam)
Masa dan Hari Operasi: Selasa - Ahad (10 pagi-7 malam), Isnin tutup
Nombor telefon: 019-754 2705

Jom singgah ke Butik Chenta Lunar sekarang.

Friday, 31 March 2023

Video Raya Guardian 2023 Tampilkan Amy Mastura dan Sham Visa!


Kuala Lumpur, 27 Mac 2023- Guardian Malaysia hari ini mengadakan tayangan perdana ‘Guardian Raya Untuk Semua’, video Raya Guardian untuk Hari Raya 2023, bersempena dengan pelancaran tawaran Hari Rayanya yang menakjubkan!

Klip dari Video Raya Guardian

Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata, “Video Raya 2023 kami, bertajuk ‘Guardian Raya Untuk Semua’, dihasilkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya di masa-masa berharga seperti Hari Raya."

Angela Teo

“Kami turut menggunakan kesempatan ini untuk menyerlahkan peranan Guardian dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan membantu mereka berhari raya secara sihat dan bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan dan kecantikan hebat pada nilai yang lebih baik tahun ini!” jelas beliau di majlis tayangan video raya dan berbuka puasa bersama media.

Video Raya tersebut, menampilkan Amy Mastura dan Sham Visa selaku pemain utama bersama empat wanita yang mewakili generasi muda. Video raya istimewa Guardian ini seakan musik video dengan lagu berirama joget oleh Guardian dengan tema - ‘Keluarga yang ceria bersama, kekal bersama’ (A family that plays together, stays together).

Amy Mastura dan Sham Visa.

Di sebalik perbezaan mereka, berlainan personaliti dan perangai, apabila seisi keluarga bersatu, mereka teguh ibarat sebuah rumah yang kukuh, saling membantu antara satu sama lain agar hubungan lebih harmoni dan gembira.

Teo turut berkata, “Di Guardian, kami meraikan kelainan dan kepelbagaian. Guardian adalah untuk semua. Tidak kira siapa anda, apa keperluan anda, usia atau jantina anda, Guardian adalah jenama yang memenuhi segala keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan keluarga dan kami akan sentiasa bersama anda.”

Selain  Amy Mastura dan Sham Visa, Guardian turut menampilkan empat pelanggan setia Guardian. Empat wanita ini merupakan antara finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian yang diadakan pada 2019.

Mereka ialah Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi, adalah pelanggan setia Guardian dan merupakan testimoni hidup Healthy Beauty - konsep kehidupan yang diperjuangkan oleh Guardian dalam semua acaranya.

Barisan watak video raya Guardian.

Untuk membantu pelanggan kekal sihat dan cantik menjelang Hari Raya, Teo turut mengumumkan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian yang menampilkan promosi penjimatan sehingga 50% yang akan bermula di semua stor fizikal dan dalam talian mulai 30 Mac 2023.

Antara tawaran istimewa Hari Raya termasuk:

▪ Hadiah Percuma Eksklusif
o Percuma Beg Penyusun Kecantikan dengan pembelian RM160 dan ke atas
o Percuma Set Hadiah Pinggan Seramik 3 Keping dengan pembelian RM120 dan ke atas
o Percuma Bekas Kaca Meadows dengan Penutup Buluh dengan pembelian RM120 dan ke atas

▪ Belian dengan Belian Air Fryer Mini Eksklusif 1.5L pada RM89 dan jimat 50% (tertakluk terma dan syarat)

▪ Percuma Kupon Penjagaan Kulit RM10 dengan pembelian RM80 dan ke atas

▪ Percuma Baucar Jenama Penjagaan Kulit bernilai RM118

▪ Diskaun 70% untuk barangan kedua untuk produk penjagaan diri terpilih jenama Guardian

Di bulan Ramadan yang mulia ini, bulan dimana kita digalakkan untuk berusaha melakukan amalan baik dan kebajikan, pelanggan Guardian juga boleh membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dengan membeli mana-mana produk mandian jenama Guardian. Untuk setiap liter yang dijual, Guardian akan mendermakan RM0.15 ke tabung yang telah diwujudkan untuk membeli produk penjagaan mandian untuk mereka.

“Jadi, rebutlah tawaran menakjubkan yang telah kami sediakan untuk anda sempena Hari Raya ini. Pastikan anda kelihatan segak, anggun dan sihat apabila pulang menziarahi sanak saudara di kampung di Hari Raya nanti,” kata Teo mengakhiri.

Jom tontotn Video Hari Raya ‘Raya Untuk Semua’ Guardian:



Tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian pula boleh dilihat di www.guardian.com.my dan di aplikasi mudah alih Guardian.

@guardianMY
#guardianraya2023
#guardianmy

Sunday, 12 February 2023

Beli Sofa? Baca Kelebihan Beli Designer Sofa di Zinus!

Zinus, jenama tilam dan perabot global sudah ada di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Zinus ni merupakan jenama daripada Korea yang ditubuhkan pada tahun 1979. Kini jenama ini sudah pun berada di 15 pasaran antarabangsa seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan kini di Malaysia.

Sofa Zinus daripada Korea sudah ada di Malaysia.

Mereka membuka cawangan pertama dan satu-satunya di Puchong bersebelahan dengan IOI Puchong sahaja. Sebelum ini mereka terkenal dengan jualan tilam yang berteknologi tinggi seperti lembut dan sejuk, kini Zinus membawa masuk sofa designer juga dengan fitur menarik dengan harga berpatutan.

Designer Sofa Zinus

Pada masa ini, Zinus hanya menawarkan tiga jenis pilihan sofa iaitu Josh Contemporary, Jackie Modern dan Ricardo Designer. Ketiga-tiga sofa ini pula di datangkan dengan dua variasi 3 tempat duduk dan 2 tempat duduk.

Ketiga-tiga sofa ini juga mempunyai warna neutral kontemporari seperti kelabu dan warna beige cerah. Sesuai untuk kebanyakkan decor dan cat rumah. 

Josh Contemporary 2 Seater

Ricardo Designer 3 Seater

Jackie Modern 3 Seater

Rekaan sofa tiga tempat duduk dan dua tempat duduk adalah hampir sama cuma dibezakan dengan kepanjangan sofa.

Kelebihan Sofa Zinus

Dalam membuat pilihan sofa, ramai antara kita memilih sofa yang senang dicuci dan sesuai untuk rumah yang bersaiz sederhana dan kecil. Juga kita memilih sofa yang senang dibawa masuk dan diangkat keluar rumah sewa terutama bagi yang berhijrah jauh daripada kampung halaman kan?

Ini merupakan kelebihan Sofa Zinus:

- Didatangakan dengan satu kotak padat yang boleh dipasang sendiri dengan mudah
- Bantal boleh dicabut untuk membersihkan sofa
- Sarung bantal boleh cabut dan cuci
- Gebu, lembut tapi padat kuat selesa untuk diduduki (tidak mudah mendap)
- Kain jenis mudah dicuci, tidak panas dan tidak mudah melekat habuk!
- Kain di bawah sofa tidak mudah terurai
- Saiz yang tidak terlalu kecil atau terlalu besar, sesuai untuk apartment
- Penghantaran percuma!!!

Kelebihan Sofa Zinus

Kelebihan yang ada pada Sofa Zinus ini secara tidak langsung menjimatkan pengguna dalam masa panjang apabila membeli sofa berkualiti yang tahan lama. Juga, sofa ini sangat menyenangkan fikiran buat pelanggan apabila sofa ini tidak mudah kotor dan tidak cepat rosak.

Kain Designer Sofa Zinus ni selesa pada kulit. Lembut je sejuk.

Lagi satu, sofa ni tak buatkan kita rasa melekit bila duduk. Kain dan jenis span dalam sofa ni sejuk je. Bayangkan baru balik rumah daripada cuaca panas di Malaysia terus nak duduk. Selesanya rasa!

Harga Sofa Zinus

Harga Sofa Zinus bermula daripada RM1999 untuk sofa dua tempat duduk hingga RM2799 bagi sofa tiga tempat duduk. Harganya tidak lah termasuk dalam kategori murah tapi sangat berpatutan dengan kualiti dan daya tahan sofa ini.

Berita baik juga, Zinus sekarang membuat harga jualan yang bermula daripada RM999 untuk sofa dua tempat duduk hingga RM1399 untuk sofa tiga tempat duduk.

Anda boleh lihat jenis sofa dan harga jualan di Sofa Zinus

Jom ke Zinus

Apa lagi? Jom ke Zinus dan cuba sendiri Designer Sofa yang berkualiti ini. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

Zinus Malaysia

Pameran Zinus

Alamat :1-1, Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor (Shop lots bersebelahan IOI Puchong)
No. tel: 03-8082 3359 (Office)
WhatsApp: 011-3129 9882 (Customer Service)
Laman web rasmi: https://zinus.com.my/
Masa Operasi: 10am to 8pm (Mon to Fri) & 12pm to 8pm (Sat/Sun/PH)