Warna FedEx menyinari Menara Kuala Lumpur |
Tahun ini menandakan sambutan ke-50 tahun FedEx peringkat global dan sambutan yang ke-30 tahun bertapak di Malaysia. Untuk menyambut peristiwa yang bermakna ini, FedEx memilih untuk menyinari Menara Kuala Lumpur untuk menyatakan komitmen dan rasa berterima kasih kepada pelanggan atas penerimaan mereka selama tiga dekad.
Menara KL |
FedEx di Malaysia bertapak selama 3 dekad. |
Sedikit sejarah mengenai syarikat pengangkutan ekspress ini, FedEx mula beroperasi pada 17hb April 1973 di Memphis, Tennessee di Amerika Syarikat dengan 389 orang pekerja dan 14 buah kapal terbang. Pada hari pertama sahaja, syarikat ini telah menghantar sebanyak 186 pakej ke 25 buah bandar seluruh Amerika Syarikat. Sekarang, FedEx mempunyai hampir 530,000 orang pekerja seluruh dunia dan menghantar sebanyak 16.5 juga pakej setiap hari secara global!
Seiring dengan masa, FedEx melebarkan sayap mereka dengan menambah destinasi antarabangsa dengan melancarkan servis antarabangsa pertama di Asia dan Eropah pada tahun 1984. Pada tahun 1993 pula, FedEx memperkenalkan servis secara langsung kepada pelanggan di Malaysia, dengan ini FedEx lebih mengukuhkan kebolehcapaian dan keupayaannya secara global. Pada tahun 1997 pula, FedEx Malaysia telah melancarkan servis “transpacific next day” di Pulau Pinang manakala pada tahun 2020, FedEx membuka fasiliti di Batu Kawan untuk menguatkan jaringan serta memenuhi permintaan pelanggan yang berterusan.

Dengan pencapaian yang berterusan, FedEx komited untuk sentiasa kehadapan dalam keluk rantaian bekalan dengan memberi tumpuan dalam inovasi “best-in-class” yang akan membuka laluan untuk masa hadapan.
Ahli FedEx terdiri dari Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (AMEA) dan Malaysia telah bergandingan bersama ahli seluruh global untuk menyambut ulang tahun ke-50 FedEx melalui 50 Days of Caring. Ahli FedEx secara sukarela akan memberi sokongan dan bantuan kepada komuniti daripada segi masa dan derma barangan kepada agensi yang memerlukan. Apa sahaja akan dilakukan sama ada membaiki sekolah atau hospital, membersihkan taman dan pantai asalkan bantuan ini memberi makna selari dengan budaya syarikat iaitu menyumbang semula.
Juga, FedEx telah mengumumkan mereka telah mencapai melebihi sasaran FedEx Cares 50 by 50 dalam membantu 50 juta orang sempena ulang tahun ke-50!
Untuk maklumat lanjut mengenai industri logistik, boleh layari: