Monday, 10 June 2024

Anugerah Guardian Beauty & Wellness 2024: Undi dan Menang Hadiah Menarik

 Kuala Lumpur, 5 Jun 2023: Acara yang paling ditunggu-tunggu, anugerah penghargaan jenama tahunan guardian kembali dengan format baharu yang menarik, menampilkan barisan jenama kecantikan dan kesejahteraan terulung yang paling digemari oleh para pelanggan kami. Tahun ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan beberapa peningkatan, termasuk memperkenalkan Best Sellers 2024 kami, di samping produk Pilihan Pakar, serta peluang untuk para pelanggan kami mengundi jenama kegemaran mereka. 


Pelancaran Anugerah Guardian Beauty & Wellness 2024

Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau menerusi ucapannya bahawa guardian telah muncul sebagai kurator utama dalam keperluan kecantikan dan kesejahteraan, memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.


“Industri kecantikan dan kesejahteraan telah berkembang menjadi sebuah alam yang dipandu oleh pemperibadian dan pengetahuan. Dengan kemajuan pesat dalam teknologi dan inovasi, digandingkan pula dengan pengaruh media sosial, pengguna mencari teman yang dipercayai seperti guardian untuk mengatur pilihan tawaran jenama yang ideal dalam pasaran yang sentiasa berkembang,” jelas Anna.


Best Sellers 2024 guardian:


Dalam kategori Best Sellers 2024 guardian, kami telah menyusun 10 produk inovatif dan terlaris kami dengan teliti dalam setiap segmen Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri, dan Penjagaan Kesihatan, mencerminkan kumpulan pilihan pelanggan kami yang arif.


Pilihan produk terlaris - yang meliputi pilihan jenama untuk memupuk kesihatan dalaman sehinggalah kepada jenama yang menyerlahkan kecantikan luaran anda - adalah antara produk terkini yang terdapat di pasaran, yang telah dilancarkan antara 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2023,” tambah Anna. 


Segmen produk terhangat Pilihan Pakar:


Lima pakar industri terkemuka telah ditugaskan untuk menilai 54 produk terkini yang terdapat di pasaran. Pakar-pakar ini, yang terkenal dalam bidang mereka masing-masing, telah menguji dan meneliti produk-produk dalam kategori Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri, dan Penjagaan Kesihatan. 


Penilaian dibuat bagi menentukan antaranya Produk Baharu Terbaik, Jenama Korea Terbaik, Kosmetik Vegan Terbaik, dan Inovasi Kesejahteraan Terbaik. “Ia adalah satu  usaha yang menarik untuk mendengar daripada panel perintis trend yang menguji sendiri dan memilih produk pilihan mereka di antara produk-produk terbaik,” jelas Anna. 


Barisan panel terdiri daripada:


Dr. Lim Ing Kean – Pakar Dermatologi dan Pencipta Kandungan Kecantikan

Dr. Amanda Elli – Doktor Perubatan dan Pencipta Kandungan Kecantikan

Joanna Soh – Personaliti Kecerdasan dan Kesejahteraan

Japhet Bong – Jurusolek

Rosmah Idayu – Editor, Mingguan Wanita


Pengacara (kiri) berkongsi gelak dengan ahli panel penilai Pilihan Pakar, Japhet Bong (tengah) dan Dr Amanda Elli (kanan) semasa sesi perbualan santai tentang pengalaman mereka dalam menguji produk untuk anugerah tersebut.



Anda berhak memilih: Pilihan Peminat!


Pelanggan guardian juga dijemput untuk menyertai Anugerah guardian Beauty & Wellness 2024 dengan mengundi dalam bahagian Kegemaran Peminat. Pelanggan boleh mengundi jenama kesayangan mereka dalam lebih daripada 85 subkategori merentasi segmen Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Peribadi, dan Penjagaan Kesihatan.


Dengan mengundi, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah sehingga RM50,000 termasuk dua Hadiah Utama berupa Samsung Galaxy S24+ berserta  baucer guardian bernilai RM500 setiap seorang. Penyertaan adalah mudah - log masuk ke laman web peraduan (https://guardianawards.com.my/fan-favourites) dan mula mengundi. Lebih menarik, semua penyertaan yang berjaya akan menerima e-baucer guardian bernilai RM10.


Peraduan undian Fan Favourite yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia sehingga 2 Julai 2024 di mana hadiah berjumlah RM 50,000 boleh dimenangi.

Meraikan Kecemerlangan Bersama Pelanggan Kami


Anugerah Beauty & Wellness 2024 guardian terus menjadi lambang kecemerlangan dan keunggulan dalam industri ini, yang merangkumi pelbagai jenis produk, jenama, dan kategori. Ia berfungsi sebagai bukti definitif untuk jenama-jenama yang paling dekat  di hati pelanggan kami, justeru memberikan pandangan yang sangat bernilai tentang pilihan pelanggan.


Sepanjang tempoh peraduan ini iatu dari 4 Jun 2024 hingga 2 Julai 2024, guardian juga akan mengadakan banyak promosi menarik di stor dengan diskaun sehingga 50% untuk beberapa barangan. 


“Pelanggan kami adalah pakar utama kami, dan suara mereka sangat berharga. Melalui peraduan anugerah ini, kami memberi kuasa kepada mereka untuk menjulang produk-produk terbaik yang terdapat di stor kami, sekali gus memastikan pilihan yang dipilih susun dan diperibadikan selaras dengan keperluan dan keinginan mereka,” tegas Anna.


Untuk maklumat lanjut dan untuk mengambil bahagian dalam Anugerah guardian Beauty & Wellness 2024, termasuk terma dan syarat, sila layari laman web kami atau ikuti kami di platform media sosial. guardian - Your Trusted Partner in Health and Beauty.


Jom mengundi sekarang!

Laman Utama: https://guardianawards.com.my 

Fan Favourites: https://guardianawards.com.my/fan-favourites 

Expert Picks: https://guardianawards.com.my/expert-picks 

Best Sellers: https://guardianawards.com.my/best-sellers


Senarai Pemenang Produk Terlaris 2024 guardian


COSMETICS

No

Sub-Categories  

Product

1

Cushion Foundation

SKINTIFIC Cover All Perfect Cushion SPF35 PA++++

02 Ivory 11g

2

Eyeshadow

CATRICE The Coral Nude Collection Eyeshadow Palette 010 Peach Passion

3

Eyeliner

MAYBELLINE Tattoo Liner 48H Liquid Pen

4

Mascara

MAYBELLINE Lash Sensational Sky High Waterproof Mascara Very Black

5

Lipstick

BARENBLISS Peach Makes Perfect Lip Tint 01 Paradise Found

6

Makeup Based

SILKYGIRL Instant Pore Fix Primer

7

Liquid Foundation

MAYBELLINE Fit Me Matte+Poreless Liquid Foundation Classic Ivory 120

8

Blusher

WARDAH Colorfit Cream Blusher 01 Sandy Coral

9

Eyebrow

SILKYGIRL Hi-Definition Brow Liner Dark Brown

10

Setting Spray

RIMMEL Lasting Finish Fix & Go 2IN1 Primer and Setting Spray



SKIN CARE

No

Sub-Categories  

Product

1

Facial Cleanser

WARDAH Lightening Whip Facial Foam 100ml

2

Facial Toner

HADA LABO Hydrating Lotion (Light) 170ml

3

Serum

GARNIER Skin Naturals Bright Complete Vitamin C Booster Serum 30ml

4

Facial Moisturiser

SKINTIFIC 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel 30g

5

Hand & Body

VASELINE Healthy Brght Gluta-HYA Serum Burst Lotion Dewy Radiance 330ml

6

Acne Care

AIKEN Prebiotic Hydra Plus Moisturiser 40g

7

Derma Skin Care

EUCERIN Spotless Brightening Booster Serum 30ml

8

Sun Care

BIORE UV Perfect Protect Milk Moisture SPF50+ PA+++ 25ml

9

Sensitive Skin Care

CETAPHIL Bright Healthy Radiance Brightness Reveal Creamy Cleanser 100g

10

Micellar Water

GARNIER Skin Naturals Micellar Water Pink 400ml



PERSONAL CARE

No

Sub-Categories  

Product

1

Shampoo/Conditioner

SUNSILK Shampoo Silky Smooth 625ml

2

Hair Color

GARNIER Color Naturals 7.3 Golden Brown

3

Styling/Treatment

GATSBY Set & Keep Spray 180g - Super Hard 180g

4

Body Wash

LIFEBUOY Total 10 Shower Gel 950ml

5

Toothpaste

DARLIE 225g Pack-of-2

6

Toothbrush

SYSTEMA Toothbrush Super Value Pack Fullhead 3S

7

Men’s Deodorant

REXONA Men Deodorant Spray Invisible Dry 2x135ml

8

Women’s Deodorant

VASELINE Dry Serum Ultra Bright 45ml

9

Feminine Care

KOTEX Proactive Guard Overnight 32cm 24s

10

Head to Toe Baby Wash

CARRIE JUNIOR Hair & Body Wash Cheeky Cherry 1L



HEALTH CARE

No

Sub-Categories  

Product

1

Natural Food Supplement

BRANDS Essence of Chicken 70g Pack of 30

2

General Nutrition

ENSURE Gold Vanilla 800g

3

Pain Relief Patch

TIGER BALM Medicated Plaster Warm (L) 2s

4

Muscular Stiffness & Shoulder Pain

AMMELTZ YOKO-YOKO 48ml

5

Health Gut

BIO-LIFE A.B Junior Pre & Probiotic 2.3g x 10s

6

Traditional Chinese Medicine

HURIX’S Gamat & Madu Plus 100ml

7

Family Planning

DUREX Love 12s

8

Vitamin C

REDOXON Triple Action Effervescent Orange 30s x 3

9

Skin Health

VITAHEALTH Skinthru 30s

10

Heart Health

BLACKMORES Omega-3 Triple Strength Fish Oil 1500mg 60s



Senarai Pemenang Pilihan Pakar


COSMETICS

No

Sub-Categories  

Product

1

Best Newcomer

WARDAH Instaperfect Skincover Air Cushion 22 Light Ivory 11g

2

Best Exclusive Brand

ILY By Jeong Family Magic Pearl Lipstick - Chuchu

3

New Trending Brand

BARENBLISS Peach Makes Perfect Lip Tint 01 Paradise Found

4

Hot Seller Cosmetic

MAYBELLINE Tattoo Liner 48H Liquid Pen

5

Best Vegan Cosmetic

PALLADIO Eyeland Vibes Eyeshadow Palette EP02 Paradise



SKIN CARE

No

Sub-Categories  

Product

1

Best Newcomer

SKINTIFIC 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel 30g

2

Best Exclusive Brand

MEDIHEAL Labocare Pantenolips Sence 10ml

3

Best Trending Brand

SKINTIFIC 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel 30g

4

Best Korean and Japanese Brand

MEDICUBE Zero Pore Pad 2.0 155g

5

Best Clean Beauty Brand

ROUND LAB 1025 Dokdo Suncream 50ml



PERSONAL CARE

No

Sub-Categories  

Product

1

Best Newcomer

KOSE Cosmeport Je L’Aime Ip Concentrate Hair Mask 200g

2

Best Exclusive Brand

GRACE AND GLOW Brightening Solution Body Wash Black Opium 400ml

3

Best Scalp Solutions

GRAFEN Root Booster Shampoo Special Edition For Dry Scalp 500ml (Anti Hair Loss)

4

Best Beauty Bath

DOVE Beauty Nourishing Body Wash 1L

5

Best Oral Beauty

ORAL-B Pro Cross Action Battery Powered Toothbrush 1s



HEALTH CARE

No

Sub-Categories  

Product

1

Best Beauty Drink

NH Colla Plus Advance 50ml x 10s

2

Best Wellness Innovative

NUGEVITY Keto Brew With Coffeeberry 267

3

Best Anti-Aging Innovative 

KITSUI Stemcell Mix Berries 15g x 15s

Saturday, 18 May 2024

Pencuci Mulut AEON "Sucree Amor" Kini Boleh Didapati di Semua Pasaraya AEON dan Dijamin Halal.

16 Mei 2024, Kuala Lumpur - AEON Malaysia dengan bangganya melancarkan pencuci mulut "Sucree Amor" secara rasmi di MidValley Mega Mall dengan kehadiran para media dan tetamu undangan. 

Antara variasi Sucree Amor.

Pelancaran ini dirasmikan oleh Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen & AEON Food Malaysia dengan persembahan silap mata yang menarik di ruangan Delicatessen. Majlis ini juga turut menampilkan beberapa variasi pelbagai jenis Sucree Amor yang sudah boleh didapati di AEON.

Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen & AEON Food Malaysia ketika perasmian.

Menurut Azidah, Sucree Amor yang berasal daripada perkataan Perancis menggambarkan pencuci mulut dengan cara yang terbaik, iaitu "the endearment of sweetness" atau dalam bahasa melayu "kemanisan yang penuh kasih sayang". AEON memilih untuk menggunakan nama ini kerana mereka menggunakan teknik dan bahan berkualiti tinggi  untuk mencipta pelbagai jenis hidangan manis yang indah untuk pelanggannya.

Selain itu, pencuci mulut Sucree Amor tampil dengan rupa yang menakjubkan dan kombinasi rasa dan tekstur yang sempurna. Sucree Amor juga menawarkan pelbagai jenis macaron, kek potong yang lembut, puding krim, dan banyak lagi. Kategori lengkap bagi pencuci mulut di bawah Sucree Amor ialah:

1) Japanese Dessert
2) Cakes










3) Pudding
4) Macaron








5) Mochi









6) Brownies
7) Jelly
8) Waffle









9) Pancake

Setiap kategori pula mempuyai pelbagai variasi yang boleh menambat pelbagai citarasa pelanggan yang datang.

Tag atau stiker Sucree Amor bewarna hijau zamrud utama melambangkan harmonisasi kualiti mewah dan citarasa yang dimiliki dalam pelbagai pencuci mulut AEON manakala yang bewarna kuing melambangkan pilihan orang ramai namun masih dengan kualiti dan rasa yang tinggi. Paling penting, harga yang ditawarkan untuk Sucree Amor semuanya berpatutan dan mampu milik.

Bahagian Sucree Amor di AEON Delicatessen MidValley Mega Mall.

Kini Sucree Amor boleh didapatkan di semua pasaraya AEON  di seluruh Malaysia dan diyakini halal. Jom!

Friday, 17 May 2024

AL-IKHSAN SPORTS MENGUMUMKAN PEMENANG PERADUAN ‘THE ULTIMATE SPORTS EXPERIENCE – SPEND AND WIN’

Kuala Lumpur, 16 Mei 2024 – Bersempena ulang tahun Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. yang ke-30, Syarikat telah melancarkan peraduan ‘ The Ultimate Sports Experience - Spend & Win’ yang telah berlangsung sejak Julai 2023 sehingga Mac 2024. Hampir RM 1juta nilai hadiah yang ditawarkan, antaranya adalah telefon bimbit, perkakas rumah dan baucer tunai.

Pemenang Al-Ikhsan The Ultimate Sports Experience, Spend and Win

Berikut adalah senarai nama 10 pemenang:

1

Mohd Muazzin bin Rosely

·     Tiket penerbangan dan penginapan selama tujuh (7) hari enam (6) malam di Paris.

·     Dua (2) tiket Majlis Pembukaan Suka Olimpik 2024.

Bernilai RM 50,000

2

Muhammad Adzim Imran bin Razali

·     Tiket penerbangan dan penginapan selama lima (hari) empat (4) malam di Jerman.

·     Dua (2) tiket perlawanan akhir bola UEFA EURO 2024.

Bernilai RM 40,000

3

Tan Yee Sing

·     Tiket penerbangan dan penginapan selama lima (5) hari empat (4) malam di Jerman.

·     Dua (2) tiket perlawanan kelayakan UEFA EURO 2024.

Bernilai RM 35,000.

4

Wan Muhammad Izha bin Wan Shamsorlallah Said

·     Tiket penerbangan dan penginapan selama empat (4) hari tiga (3) malam di Stadium Anfield.

·     Dua (2) tiket perlawanan EPL.

Bernilai RM 25,000

5

Mohammad Yusof bin Mohammad

·     Tiket penerbangan dan penginapan selama tiga (3) hari dua (2) malam di Sinagpore.

·     Dua (2) tiket Formula One Grand Prix.

Bernilai RM 12,500

6

Mohamad Lutfi bin S H Dial Sebri

·     Pengalaman Perlumbaan di Litar Antrabangsa Sepang.

 

Bernilai RM 10,000

7

Mohamad Hazim Bin Mohd Noor Shaharuddin

·     Baucer Tunai

Bernilai RM 7,500

8

Nur Muhammad Akmal Bin Roslan

·     Baucer Tunai

Bernilai RM 7,500

9

Mohammad Faizal Bin Mat Isa

·     Baucer Tunai

Bernilai RM 7,500

10

Siti Nurnida

·     Baucer Tunai

Bernilai RM 7,500

 

Menurut kenyataan Encik Farouk Abdul Khalid, Ketua Pegawai Sumber Manusia Al-Ikhsan, "Kami sangat gembira untuk mengumumkan dan memberikan hadiah kepada pemenang untuk bulan Mac dan pemenang hadiah utama keseluruhan kempen. Keutamaan kami adalah memastikan bahawa pelanggan kami yang telah menyokong kami sepanjang masa berasa berpuas hati dan gembira. Saya mewakili Syarikat Al-Ikhsan, mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang teguh selama 30 tahun penubuhan dan tahniah."

Pemenang utama bernilai RM50,00 ke Olimpik Paris 7 hari 6 Malam, Moh Muazzin Bin Rosely

Tidak diragukan lagi, kehadiran Al-Ikhsan selama 30 tahun di Malaysia, sedar atau tidak, telah mempengaruhi lebih ramai peminat sukan untuk kekal aktif dengan Al-Ikhsan Sports, yang dikenali sebagai pusat runcit sukan berkualiti menawarkan harga yang berpatutan dari pelbagai jenama antarabangsa termasuk jenama dalam (in-house brand) seperti AL dan ALX.

Saturday, 11 May 2024

Guardian #IYKYK Beauty Cecah 76 Jenama Trending Dengan Tawaran Esklusif Untuk Pelanggan

Kuala Lumpur, 3 Mei 2024: Guardian Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelebaran besar-besaran kategori ikoniknya, #IYKYK Beauty, melalui penambahan 34 jenama kecantikan dan kesejahteraan yang membentuk trend baharu di seluruh stornya, menawarkan secara keseluruhannya 76 jenama.



Pelebaran ini memperkukuhkan lagi komitmen Guardian untuk menawarkan produk kecantikan terkini kepada para pelanggannya, menyediakan mereka pilihan jenama terkini yang sukar ditandingi dan sangat diidamkan, yang telah melanda dunia dalam talian, mengaut jualan yang besar dan menjadi buah mulut warga industri.

Anna Hull, Pengarah Komersial di Guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau tentang perkembangan tersebut, “Melalui kategori #IYKYK Beauty, kami telah menempatkan diri kami sebagai peneraju dalam mempamerkan trend-trend kecantikan yang baharu muncul di Malaysia. Menerusi kerjasama dengan platform media sosial dan pencipta kandungan, kami telah berjaya menyusun sebuah koleksi jenama sensasi yang telah menarik perhatian peminat-peminat kecantikan dalam talian di seluruh negara.”

Sejak pembentukannya pada Januari 2024, kategori #IYKYK Beauty telah meraih kejayaan yang luar biasa, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk-produk kecantikan yang inovatif dan membentuk trend.

Anna menjelaskan, “Sambutan memberangsangkan terhadap kategori #IYKYK Beauty menggariskan kepercayaan kami terhadap kepentingan menjadikan jenama-jenama dalam talian yang sensasi ini mudah diakses oleh pelanggan kami, di dalam talian mahupun di stor fizikal.

Kategori #IYKYK Beauty direka untuk menonjolkan jenama yang telah menambat hati warga dalam talian, yang hangat diperbincangkan di platform seperti Instagram dan TikTok. Dengan membawa masuk jenama-jenama ini ke dalam stor guardian di seluruh negara, syarikat itu menyasarkan untuk menyediakan pelanggan akses langsung kepada produk yang telah menguasai perbualan di dalam talian itu.

Pelebaran itu merangkumi enam bahagian berbeza dalam kategori #IYKYK Beauty:

Salah satu jenama yang ada di Guardian #IYKYK 

1. Trending Beauty

2. Clean Beauty

3. Gentle To Skin

4. MY Beauty

5. Glass Skin

6. Glowing Inside Out


Dalam ruangan Clean Beauty, guardian kini menawarkan 13 jenama, manakala 14 jenama akan tersedia dalam segmen Gentle To Skin. Selain itu, enam jenama baru akan ditampilkan dalam kategori Trending Beauty, bersama enam jenama untuk Glass Skin dan 14 jenama untuk Glowing Inside Out. Di samping itu, 12 jenama baharu buatan Malaysia akan melengkapkan 11 jenama yang sedia ada.

Anna menegaskan komitmen guardian untuk kekal di hadapan dalam trend kecantikan global dan memastikan bahawa pelanggan mendapat akses kepada inovasi terkini pada harga yang kompetitif.

“Guardian kini menjadi destinasi utama anda untuk semua barangan yang mewarnai ruangan penjagaan kecantikan. Kategori #IYKYK Beauty akan dikemaskini secara kerap dengan jenama-jenama yang baharu diperkenalkan tepat pada masanya, memastikan pelanggan sentiasa mendapat trend kecantikan dalam talian terkini. Dan inilah yang kami lakukan selama ini,” jelas Anna.

Tambahan pula, House of Creators Guardian, yang bertujuan untuk melibatkan, mendidik dan memperkasakan pencipta kandungan di Malaysia tentang hal-hal terhangat dan terkini selain mempertingkatkan kemahiran mereka, telah menghasilkan kemajuan yang besar dengan lebih 80 pencipta kandungan digital kini dilatih untuk mencipta kandungan yang lebih baik dan lebih berkesan. Kelas House of Creators yang terbaharu telah melatih 40 Pencipta Kandungan tentang cara menghasilkan cerita yang hebat dengan bantuan jenama-jenama #IYKYK Beauty Cuura dan BBIA.

“Melalui usaha ini, kami juga dapat menghasilkan ekosistem kandungan media sosial yang dinamik dan membina generasi pencipta kandungan Kesihatan dan Kecantikan yang seterusnya,” kata Anna.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan jenama-jenama baharu ini, yang dijangka bakal mencetuskan keterujaan di kalangan peminat kecantikan di seluruh negara. Selain itu, kami berhasrat untuk berkhidmat sebagai pentas untuk jenama kecantikan Malaysia yang telah mencapai kejayaan yang signifikan di dunia dalam talian,” tambah beliau.

Pelanggan boleh meneroka ruangan #IYKYK Beauty di stor fizikal dan di dalam talian menerusi laman web dan aplikasi guardian. Bahagian ini akan menawarkan banyak maklumat, termasuk video Tip-Tip dan Trend Kecantikan, ciri-ciri jenama, butiran produk, tawaran istimewa, dan banyak lagi, semuanya disesuaikan untuk menyerlahkan jenama #IYKYK Beauty yang ditawarkan.

Guardian kekal teguh dengan komitmennya untuk menyediakan produk kesihatan dan kecantikan terunggul kepada pelanggan pada nilai terbaik, memastikan orang ramai dapat menikmati trend kecantikan terkini dengan yakin dan mudah.

Jom tonton pelancaran Guardian #IYKYK yang meriah di IOI City Mall, Putrajaya:
  

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web guardian atau muat turun aplikasi guardian.