Thursday, 12 September 2019

Persidangan Pendidik EduCity Ke-2 2019 - Kerjasama EduCity Iskandar, NUMed, UoRM dan USMC

Pada 6hb September 2019 hari jummat, telah berlangsungnya Persidangan Pendidik EduCity Ke-2 untuk tahun ini di Newcastle University Medicine (NuMed) Malaysia.

Persidangan ini dianjurkan oleh Newcastle University Medicine (NUMed) Malaysia, University of Reading Malaysia (UoRM), University of Southampton Malaysia Campus (USMC) dan EduCity
Iskandar Sdn Bhd.

Pembukaan.

Majlis pada hari tersebut di hadiri sebanyak 150 orang pakar penyumbang daripada pelbagai sektor pendidikan tinggi. Manakala untuk persidangan kali ini, tema yang di pilih ialah “Support in Education” atau dalam bahasa Melayu ialah Sokongan dalam pendidikan.

Di bawah tema ini terdapat 4 topik yang disampaikan iaitu Menyediakan Pendidikan Berkualiti menerusi Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Membina Kesejahteraan dalam Pendidikan Tinggi dan Sokongan Holistik Pelajar sebagai Pengalaman Pelajar.

Antara hadirin.

Penyampaian kali ini menekankan tentang bengkel praktikal dan penyampaian oral, membolehkan peserta untuk mengambil tips dan panduan berguna untuk menaik tarag cara pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan pendidikan dan menyediakan peluang untuk para pendidik saling bertukar-tukar pandangan.

Antara lain, EduCity sebagai salah satu peneraju hub pendidikan tinggi di Malaysia mempunyai objektif untuk memperkenalkan Malaysia sebagai pusat pendidikan cemerlang di dunia. Objektif tersebut serba sedikit terlaksana pada persidangan kali ini dengan kehadiran pakar yang lebih ramai berbanding persidangan tahun lepas.

Dr Zubaidah Aman

Di sesi ucapan pembukaan, Yang Berusaha Dr. Zubaidah Aman,Director of the
Private Higher Education Governance Division, Minister of Education on behalf of Yg Bhg
Dato’ Prof Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Deputy Director of General Higher Education turut berkata bahawasanya tema kali ini mencakupi 'pastoral support' iaitu sistem yang menggalakkan pelajar untuk menaikkan skill sosial, emosi dan peradaban. Antara lain adalah tema kali ini juga menyokong penambahbaikkan sistem akademik, pengambilan pekerja, sokongan psikologi dan skil sokongan untuk pelajar, pengkaji, pelatih dan staff.

Sebagai maklumat tambahan, EduCity Iskandar kini mempunyai 9 buah institusi yang berfungsi iaitu Newcastle University Medicine Malaysia, University of Southampton Malaysia, Multimedia University, University of Reading Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Raffles University, Marlborough College Malaysia, Raffles American School and Management Development Institute of Singapore. Ini amat memudahkan bagi pelajar tempatan atau luar negara untuk belajar tanpa perlu ke tempat universiti asal namun mempunyai kelayakkan yang sama seperti pelajar di sana.

Panel dari kiri: Prof Rebecca Taylor University of Southampton Malaysia,
Prof Christopher Baldwin Newcastle University of Medicine Malaysia,
Prof Wing Lam University of Reading Malaysia dan
En Wan Ahmad Saifuddin MD of EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd,
Diharapkan persidangan kali ini dapat memajukan sistem dan kualiti pendidikan yang bernaung dibawah EduCity Iskandar seterusnya memberi manfaat kepada pelajar, pendidik dan staff yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.iskandarinvestment.com .

13 comments:

  1. cantiknya dia punya interior. and semoga adik adik yang belajar di sini mendapat peluang pekerjaan yang baik di luar sana.

    ReplyDelete
  2. persidangan yang bgs dlm sistem pendidikan. semoga bidang pendidikan di malaysia lebih maju

    ReplyDelete
  3. MALAYSIA ADALAH ANTARA NEGARA ASIA TENGGARA PILIHAN PELAJAR LUAR NEGARA UNTUK SAMBUNG PELAJARAN MEREKA KERANA PENGIKTIRAFAN OLEH PIHAK LUAR ITU YANG KITA HARUS BANGGA DAN JUGA TARAF PENDIDIKAN NEGARA KITA BEGITU MAJU SEKALI..

    ReplyDelete
  4. Dalam pembelajaran, memang pelbagai sokongan diperlukan bagi menjayakannya. And tidak semestinya bermula di institusi pengajian sahaja, parents pun mesti memberikan sokongan dalam pendidikan.

    ReplyDelete
  5. Harap tercapailah objektif mereka untuk memperkenalkan Malaysia sebagai pusat pendidikan cemerlang di dunia.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Moga usaha educity buat conference macam ni dapat memantapkan lagi sokongan dlm pendidikan especially buat private higher university...

    ReplyDelete
  8. Good that they have persidangan mcm ni yg discuss thing to support our education system. Hope Malaysian education will get better and better.

    ReplyDelete
  9. bgusnya ada persidangan macam ni..semoga educity menjadi tempat pendidikan yang bgus nanti untuk anak-anak

    ReplyDelete
  10. teringin nak sertai persidangan macam ni. semoga educity terus menjadi tempat pembelajaran dan pendidikan terulung di Malaysia dan juga seluruh dunia :)

    ReplyDelete
  11. such a great educational forum.. nice to have this kind of activities to foster the love for education

    ReplyDelete
  12. Forum pendidikan begini harus diperluaskan lagi. Beri ibu bapa pendedahan tentang ini dan pastinya akan membuka peluang utk anak-anak mereka pada masa akan dtg. Sebab dari ibu bapa akan salurkan minat belajar kepada anak hingga ke peringkat seterusnya. Ibu bapa bukan aje sediakan wang, malah sokongan padu semasa pembelajaran juga penting. Sebab anak-anak ni mudah lupa dan leka. Huhu

    ReplyDelete
  13. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete