Tuesday, 27 May 2025

40 JUTA MANDIAN DAN TERUS BERTAMBAH! guardian Malaysia Perluas Misi Kebersihan Diri dan Beri Harapan serta Maruah

Kuala Lumpur, 26 Mei 2025 –guardian Malaysia memenukar keperluan harian menjadi tindakan prihatin yang bermakna.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif serantau yang melibatkan lima negara termasuk Malaysia, guardian telah menyumbangkan lebih 40 juta mandian kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dalam tempoh dua tahun yang lalu. Pencapaian luar biasa ini mencerminkan komitmen bersama seluruh rantau untuk memulihkan maruah dan memperbaiki tahap kebersihan diri harian dalam kalangan golongan yang paling memerlukan, membuktikan bahawa amalan ringkas seperti mandi boleh membawa perubahan besar dalam kehidupan seorang kanak-kanak.

Misi Serantau, Impak Setempat

“guardian telah menjadi sebahagian daripada komuniti Malaysia selama 57 tahun, dan hubungan kami dengan masyarakat adalah sangat erat dan peribadi,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia. “Janji jenama kami, #MYWellbeingMatters, melambangkan komitmen kami untuk menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia—di mana sahaja, setiap hari.”

Kebersihan Adalah Hak, Bukan Keistimewaan

Inisiatif ini dilancarkan sebagai respons terhadap kebimbangan yang meningkat semasa dan selepas pandemik COVID-19, apabila peningkatan kos sara hidup memaksa ramai keluarga untuk mengutamakan keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal, berbanding penjagaan diri. Bagi kanak-kanak dalam keluarga ini, menjaga kebersihan diri menjadi satu cabaran harian.

Misi kami mudah tetapi penuh makna: memastikan setiap kanak-kanaktanpa mengira latar belakangmempunyai akses kepada mandian yang bersih,” kata Anna. Kebersihan bukan sahaja menambah keyakinan diri, malah menyumbang kepada kesejahteraan mental dan penglibatan yang lebih baik di sekolah. Ia adalah hak asasi manusia, bukan satu bentuk kemewahan.”

Dari Kanak-Kanak ke Remaja: Jangkauan Yang Lebih Luas

Pada tahun 2025, guardian Malaysia memperluaskan jangkauan misinya dengan menyasarkan golongan remaja kurang bernasib baik, selain kanak-kanak sekolah rendah. Langkah ini diambil berdasarkan kesedaran bahawa remaja, terutamanya dalam komuniti berpendapatan rendah, menghadapi cabaran kebersihan yang tersendiri dalam fasa perkembangan emosi dan sosial yang kritikal.

guardian menganjurkan bengkel kebersihan 
interaktif sebagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat

Walaupun pencapaian 40 juta mandian merupakan hasil usaha gabungan daripada lima pasaran serantau guardian, Malaysia terus memainkan peranan utama dalam menerajui inisiatif tempatan yang memberi impak besar—terutamanya melalui kempen Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”.

Selain menyumbangkan produk penjagaan mandian asas, guardian turut menganjurkan bengkel kebersihan interaktif di sekolah-sekolah, memperkasa pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjaga diri mereka.

Kuasa Tindakan Bersama

Kempen ini turut digerakkan oleh sokongan pelanggan guardian. Dengan setiap pembelian produk mandian guardian bersaiz 1 liter, sebanyak 15 sen disumbangkan kepada kempen inimenjadikan pembelian harian satu bentuk sumbangan yang berimpak.

Beruang dan Tuala guardianCares dijual untuk mengumpul dana

Kami sangat menghargai sokongan berterusan daripada pelanggan kami,” kata Anna. Sokongan mereka telah membantu kami mencapai kejayaan luar biasa ini—40 juta mandian. Dengan sokongan yang berterusan, kami yakin angka ini akan meningkat pada tahun 2025.”

Tindakan Pantas Ketika Krisis

Apabila bencana melanda, guardian bertindak segera.

Sebagai lanjutan kepada misi kesihatan dan kebersihan, guardian juga komited untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas dalam situasi krisis. Sebagai contoh, ketika insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights baru-baru ini, guardian bertindak pantas dengan mengedarkan 80 pek penjagaan diri melalui MERCY Malaysia kepada keluarga yang terjejas.

guardian mengagihkan 80 pek penjagaan diri kepada mangsa insiden
kebakaran paip gas di Putra Heights melalui Mercy Malaysia 

Selain itu, ketika banjir besar melanda Pantai Timur dan Malaysia Timur, guardian telah bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk menyalurkan bantuan barangan penjagaan asas bernilai lebih RM140,000 kepada mangsa-mangsa banjir di Semenanjung dan Malaysia Timur.

Menjamin Kesejahteraan

Sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara dalam kalangan wanita di Malaysia, sebanyak 10,000 kit pemeriksaan sendiri kanser payudara “Pink Glove” telah diagihkan kepada wanita kurang bernasib baik melalui Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia pada Oktober tahun lalu.

Janji guardian

Selama lebih 57 tahun, guardian Malaysia telah menjadi rakan kesihatan dan kecantikan yang dipercayai rakyat. Hubungan kami dengan komuniti bukan sekadar urusan jual beli, ia berakar umbi dari keprihatinan.

Melalui pendekatan bersepadu merangkumi pendidikan, bantuan kecemasan, dan tindakan prihatin setiap hari, guardian memperkasakan rakyat Malaysia untuk “Serlahkan Kecantikanmu”—baik dari segi kebersihan fizikal mahupun kesejahteraan emosi.

Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram:  @guardianMY

www.guardianmy.com

  

Sunday, 11 May 2025

AEON X IZZATI SUZA - Koleksi Gadis Gadang untuk Saiz Besar Wanita

Sekali lagi AEON Malaysia berkolaborasi bersama artis terkenal tempatan, Izzati Suza, untuk koleksi edisi isitimewa untuk pakaian wanita bersaiz besar. Selepas kejayaan kolaborasi pertama Plus Collection x Izzati Suza, AEON Malaysia memperkenalkan kempen terbaru iaitu: Gadis Gadang – nama yang melambangkan cita-cita, impian dan kekuatan. Koleksi ini meraikan wanita pada setiap peringkat kehidupan—dari remaja, ibu, hingga wanita berkerjaya.


Apa Koleksi Gadis Gadang ni?

Fokus Kepada Positif Tubuh: Koleksi ini membawa mesej bahawa Setiap Saiz Itu Cantik, dan menggalakkan cinta diri serta keyakinan melalui fesyen.

Rekaan Gaya Izzati Suza: Koleksi ini menampilkan karya seni eksklusif daripada Izzati Suza yang terkenal dengan rekaan yang ceria dan berinspirasikan budaya tempatan. Setiap helaian menggambarkan gaya seni unik beliau, diselitkan dengan unsur lawak dan budaya Malaysia.

Saiz Inklusif: Ditawarkan dalam pelbagai saiz, koleksi ini memastikan setiap individu tanpa mengira bentuk atau saiz badan dapat menikmati pakaian bergaya yang selesa dan padan.

Edisi Terhad: Kolaborasi ini merupakan edisi terhad, menjadikan item koleksi ini sangat dicari oleh pencinta fesyen dan seni. Terdapat di 18 cawangan AEON di Malaysia!

18 cawangan tersebut ialah Taman Maluri, Melaka, Wangsa Maju, Bandar Utama, Ipoh, Mid Valley, Bandar Puchong, Seremban 2, Tebrau City, Cheras Selatan, Queensbay, Bukit Tinggi, Rawang, Shah Alam, Kuching Sentral, Nilai & Putrajaya.

Inspirasi Rekaan: Koleksi ini diinspirasikan daripada pendekatan seni unik Izzati Suza yang menggabungkan warna-warna terang, karakter ceria, dan motif budaya. Rekaan ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada si pemakai dengan gabungan keselesaan, gaya, dan penghargaan terhadap kekayaan budaya Malaysia.

Juga semestinya untuk Wanita!

Siapa je boleh pakai?


Pengguna Bersaiz Besar: Individu yang mencari pakaian bersaiz inklusif yang bergaya, padan dan selesa.

Peminat Seni & Budaya: Peminat hasil seni Izzati Suza dan mereka yang menghargai fesyen yang membawa cerita budaya.

Penyokong Positif Tubuh: Mereka yang menyokong mesej bahawa kecantikan hadir dalam pelbagai rupa dan saiz.

Koleksi Gadis Gadang


Pakaian: Item seperti t-shirt, sweater, kardigan, baju besar (oversized shirt), skirt denim, jaket dan jeans dengan rekaan unik oleh Izzati Suza.

Warna & Corak: Warna-warna terang, corak berani dan rekaan ceria yang menonjol dan menarik perhatian.

Saiz: Bermula dari 18 hingga 24 atau 2XL hingga 7XL.

Pelancaran 10 Mei 2025

10 Mei lepas, Koleksi Gadis Gadang telah dilancarkan rasmi di AEON Mall Shah Alam. Dilancarkan secara santai terdapat beberapa aktiviti seperti sesi beramah mesra bersama Izzati Suza, ada servis tampal Patch percuma, persembahan fesyen mini dan lain-lain lagi.


Juga boleh lihat di instagram saya ketika hari pelancaran di:


Jom ikuti AEON Malaysia dan Izzati Suza di media sosial!

AEON Malaysia

• Facebook, Instagram, TikTok dan X: AEON Retail Malaysia
• XHS: AEON Malaysia
• LinkedIn: AEON Group Malaysia
• Laman web: https://aeonretail.com.my/fashion/pluscollection/

Izzati Suza
www.kedaisuza.com
www.instagram.com/izzatisuza

Friday, 18 April 2025

Mi Wantan Segera, Halal dan Sedap oleh Meet Me X Nisa Bakri Gourmet

Bila kata Mi Wantan terus teringat mi ni orang cina je banyak makan dan susah nak jumpa yang betul-betul halal.

Pelancaran Chilli Wantan Mee bersama Meet Mee X Nisa Bakri Gourmet. Puan Sri Nisa (di tengah barisan atas).

Kali ni tak perlu susah-susah sebab ada Mi Wantan segera, halal dan sedap - Chilli Wantan Mee yang baru saja dilancarkan oleh Meet Mee dan Nisa Bakri Gourmet. Meet Mee, jenama yang memang terkenal dengan mi segera yang berkualiti berkolaborasi bersama Nisa Bakri Gourmet yang juga terkenal dengan produk masakan Malaysia berkualiti bertaraf antarabangsa.

Pelancaran awal Chilli Wantan Mee

Khamis lepas saya sempat hadir di majlis pelancaran awal Chilli Wantan Mee di Galeri KL Wellness City. Wakil daripada Meet Mee turut berkata, “Kami amat teruja dan berbangga kerana dapat menjalinkan kerjasama bersama Puan Sri Nisa Bakri, yang terkenal dengan kepakaran beliau dalam mencipta resepi-resepi yang kaya dengan warisan budaya dan cita rasa Malaysia. Chilli Wantan Mee merupakan gabungan inovatif antara kualiti dan rasa yang memenuhi selera rakyat Malaysia.”

Dalam pada masa yang sama, Puan Sri Nisa Bakri turut menyatakan rasa syukur atas peluang untuk berganding bahu dengan Meet Mee dan berharap kolaborasi ini akan memperluaskan lagi jenama tempatan ke peringkat lebih tinggi melalui pendekatan digital dan kontemporari.

Puan Sri Nisa ketika ditemu ramah

Menurut Puan Sri Nisa, sebelum terhasilnya Chilli Wantan Mee ini, pihak mereka telah membuat penyelidikan dan pembangunan agar mi yang dihasilkan mudah dimasak tanpa mengganggu kualiti rasa. Bahkan sebelum penjualan bermula bulan puasa lepas, Puan Sri Nisa turut memberi pelanggan bazar ramadan di TTDI masakan percubaan mi wantan tersebut. Rata-rata memberikan komen positif dan membina.

Bila saya tanya, orang cina pernah tak rasa sendiri mi wantan ni? Ye lah Mi Wantan memang masakan cina walaupun ramai bangsa lain pun suka makan. Puan Sri Nisa menerangkan bahawa ramai juga orang berbangsa cina merasai mi wantan ini meskipun bagi mereka ada sedikit pedas, tapi pedas tersebut lebih menaikkan rasa mi wantan tersebut. Tapi jangan risau, paket cili diasingkan dengan perencah lain, jadi kita boleh kawal rasa pedas mi tersebut. Manakala Chilli Wantan Mee ni jenis mi wantan kering, bukan mi wantan sup tau.

Chilli Wantan Mee oleh Meet Mee X Nisa Bakri Gourmet

Bagi nak beli, harga sebungkus Meet Me X Nisa Bakri Gourmet Chilli Wantan Mee ialah dalam RM6.70 je. Berat 145gram. Bila beli ada:
- Mi Wantan
- Sos perencah
- Sambal udang
- Chili Oil
- Keropok ikan

Siap dalam masa 3 minit je. Nak rebus dulu mi tu pun boleh atau nak tuang air panas sekejap pun boleh. Ye, memang segera. Senang nak bawa pergi jalan jauh atau nak makan cepat. 

Mi Wantan yang dimasak pada hari pelancaran

Bayangkan kalau masak tampah dengan sayur sawi celur dengan rebus telur setengah masak, memang dah macam kat kedai terus! Saya dah cuba rasa sendiri waktu majlis pelancaran. Waktu saya rasa tu kira dah sejuk tau, tapi sejuk gitu masih sedap. Tak rasa macam mi wantan segera. Siap ambil banyak kali walapun perut masa tu dah penuh lepas pergi rumah terbuka. Haha. Saya pun bayangkan, kalau makan masa panas-panas mesti lagi sedap.

Pedas pun boleh tahan terasa juga, kalau tak tahan pedas, tolong jangan campur terus. Rasa dulu kat sudu sikit. Sebab takut yang langsung tak boleh tahan tu tak dapat makan. Sambal udang pun jenis yang garing-garing guna udang kering. Saya pun dah dapat dua bungkus, nanti saya cuba masak pula.

Jadi boleh lah dapatkan Chilli Wantan Mee daripada Meet Me X Nisa Bakri Gourmet melalui platform rasmi TikTok berikut:

TikTok Rasmi Meet Mee: @meetmee2u

TikTok Rasmi Nisabakri Gourmet: @nisabakrigourmet

Dah cuba jangan lupa tag Puan Sri Nisa dan Meet me di media sosial okay. Sama-sama kita sokong buatan tempatan yang halal dan sedap ni.

Saturday, 29 March 2025

Hikayat Ayam Zamrud, Menu Sempena Ramadan dan Syawal di The Chicken Rice Shop!

Kuala Lumpur, 27 Mac 2025 - Menjelang Ramadan dan Syawal, The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan bangganya memperkenalkan hidangan istimewa musim ini, Hikayat Ayam Zamrud, yang diinspirasikan oleh semangat kebersamaan dan tradisi. Tersedia untuk masa terhad, hidangan istimewa ini bakal menambahkan lagi keceriaan berbuka puasa dan musim perayaan dengan cita rasa yang menggamit selera dan gaya hidangan yang menarik.


Hikayat Ayam Zamrud, menu ilham tradisi

Sambutan Hari Raya telah melalui banyak perubahan dari masa ke masa. Hikayat lama menceritakan bahawa suatu ketika dahulu, semangat perayaan terasa suram, dengan tradisi yang sederhana dan warna-warna kelam menyelubungi suasana. Walaupun dinantikan dengan penuh keterujaan, kemeriahannya masih kurang dirasai. Namun, pada suatu hari, tersebutlah sebuah penemuan istimewa — sebuah beg cili hijau yang berkilauan bak zamrud telah ditemui. Kilauan warnanya mengilhamkan menu sambal hijau pedas yang luar biasa.

Tahun ini, TCRS menjemput anda untuk merasakan sesuatu yang luar biasa dengan Hikayat Ayam Zamrud — hidangan yang mencerminkan semangat, kebahagiaan, dan cita rasa Hari Raya. Diilhamkan dari tradisi, hidangan ini menggabungkan ayam yang empuk dengan sambal hijau yang memukau — gabungan sempurna cili hijau pedas, herba beraroma, dan rasa masam limau yang menyegarkan. Setiap suapan menceritakan kisah transformasi, hidangan yang penuh dengan rasa dan warna ini dicipta khas untuk menyampaikan rasa sebenar kulinari Malaysia.

Berkongsi makna di sebalik hidangan eksklusif ini, Cik Jane Wong dari TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata, “Hikayat Ayam Zamrud melambangkan komitmen kami dalam mencipta pengalaman kulinari yang bermakna yang menyatukan keluarga.  
“Hidangan ini bukan sekadar menggamit selera, tetapi juga meraikan warisan budaya kita yang kaya dan hubungan yang terjalin apabila kita makan bersama. Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kami ingin menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa untuk menghormati tradisi sambil mencipta kenangan baharu di meja makan.”


Sumbangan TCRS kepada anak-anak yatim

Dalam menyemai semangat Ramadan, TCRS turut meraikan semangat perayaan ini melangkaui pintu restorannya dengan menganjurkan program sumbangan makanan khas. Dengan misi untuk menyebarkan kegembiraan, TCRS telah menyumbangkan hidangan Hikayat Ayam Zamrud kepada tiga rumah anak yatim di Lembah Klang: Rumah Anak-Anak Yatim Shifa, Rumah Penyayang Nur Iman, dan Rumah Titian Kaseh.
Melalui inisiatif ini, TCRS berhasrat untuk memastikan bahawa anak-anak dan penjaga di rumah-rumah kebajikan ini dapat menikmati hidangan yang enak dan menyelerakan, sekali gus merasakan kemeriahan Ramadan. TCRS berharap untuk menginspirasikan orang lain untuk menghayati nilai belas kasihan dan perpaduan, terutamanya pada musim yang menekankan kebersamaan.  
Menu Ayam Zamrud
1. Pada Satu Hari



- Set makanan untuk seorang
- Minuman Lagenda Kurma kena tambah*

2. Dua Sejoli



- Set makanan untuk dua orang - Minuman Lagenda Kurma kena tambah*

3. Sekampung Mari



- Set makanan untuk tiga ke empat orang
- Minuman Lagenda Kurma kena tambah*

4. Hikayat Ayam Zamrud


- Menu Hikayat Ayam Zamrud ala-carte

5. Lagenda Kurma


- Minuman istimewa sempena Hikayat Ayam Zamrud
Sudah boleh didapatkan di semua TCRS!
Hidangan istimewa Ramadan dan Syawal ini amat sesuai untuk keluarga yang mencari juadah lazat dan mengenyangkan selepas seharian berpuasa, serta buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati sajian bermusim yang istimewa. Sama ada dinikmati untuk berbuka puasa, pertemuan jamuan perayaan, atau sebagai hidangan santai, Hikayat Ayam Zamrud menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai menu terkini, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook TCRS di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/