Tuesday, 27 May 2025

40 JUTA MANDIAN DAN TERUS BERTAMBAH! guardian Malaysia Perluas Misi Kebersihan Diri dan Beri Harapan serta Maruah

Kuala Lumpur, 26 Mei 2025 –guardian Malaysia memenukar keperluan harian menjadi tindakan prihatin yang bermakna.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif serantau yang melibatkan lima negara termasuk Malaysia, guardian telah menyumbangkan lebih 40 juta mandian kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dalam tempoh dua tahun yang lalu. Pencapaian luar biasa ini mencerminkan komitmen bersama seluruh rantau untuk memulihkan maruah dan memperbaiki tahap kebersihan diri harian dalam kalangan golongan yang paling memerlukan, membuktikan bahawa amalan ringkas seperti mandi boleh membawa perubahan besar dalam kehidupan seorang kanak-kanak.

Misi Serantau, Impak Setempat

“guardian telah menjadi sebahagian daripada komuniti Malaysia selama 57 tahun, dan hubungan kami dengan masyarakat adalah sangat erat dan peribadi,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia. “Janji jenama kami, #MYWellbeingMatters, melambangkan komitmen kami untuk menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia—di mana sahaja, setiap hari.”

Kebersihan Adalah Hak, Bukan Keistimewaan

Inisiatif ini dilancarkan sebagai respons terhadap kebimbangan yang meningkat semasa dan selepas pandemik COVID-19, apabila peningkatan kos sara hidup memaksa ramai keluarga untuk mengutamakan keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal, berbanding penjagaan diri. Bagi kanak-kanak dalam keluarga ini, menjaga kebersihan diri menjadi satu cabaran harian.

Misi kami mudah tetapi penuh makna: memastikan setiap kanak-kanaktanpa mengira latar belakangmempunyai akses kepada mandian yang bersih,” kata Anna. Kebersihan bukan sahaja menambah keyakinan diri, malah menyumbang kepada kesejahteraan mental dan penglibatan yang lebih baik di sekolah. Ia adalah hak asasi manusia, bukan satu bentuk kemewahan.”

Dari Kanak-Kanak ke Remaja: Jangkauan Yang Lebih Luas

Pada tahun 2025, guardian Malaysia memperluaskan jangkauan misinya dengan menyasarkan golongan remaja kurang bernasib baik, selain kanak-kanak sekolah rendah. Langkah ini diambil berdasarkan kesedaran bahawa remaja, terutamanya dalam komuniti berpendapatan rendah, menghadapi cabaran kebersihan yang tersendiri dalam fasa perkembangan emosi dan sosial yang kritikal.

guardian menganjurkan bengkel kebersihan 
interaktif sebagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat

Walaupun pencapaian 40 juta mandian merupakan hasil usaha gabungan daripada lima pasaran serantau guardian, Malaysia terus memainkan peranan utama dalam menerajui inisiatif tempatan yang memberi impak besar—terutamanya melalui kempen Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”.

Selain menyumbangkan produk penjagaan mandian asas, guardian turut menganjurkan bengkel kebersihan interaktif di sekolah-sekolah, memperkasa pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjaga diri mereka.

Kuasa Tindakan Bersama

Kempen ini turut digerakkan oleh sokongan pelanggan guardian. Dengan setiap pembelian produk mandian guardian bersaiz 1 liter, sebanyak 15 sen disumbangkan kepada kempen inimenjadikan pembelian harian satu bentuk sumbangan yang berimpak.

Beruang dan Tuala guardianCares dijual untuk mengumpul dana

Kami sangat menghargai sokongan berterusan daripada pelanggan kami,” kata Anna. Sokongan mereka telah membantu kami mencapai kejayaan luar biasa ini—40 juta mandian. Dengan sokongan yang berterusan, kami yakin angka ini akan meningkat pada tahun 2025.”

Tindakan Pantas Ketika Krisis

Apabila bencana melanda, guardian bertindak segera.

Sebagai lanjutan kepada misi kesihatan dan kebersihan, guardian juga komited untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas dalam situasi krisis. Sebagai contoh, ketika insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights baru-baru ini, guardian bertindak pantas dengan mengedarkan 80 pek penjagaan diri melalui MERCY Malaysia kepada keluarga yang terjejas.

guardian mengagihkan 80 pek penjagaan diri kepada mangsa insiden
kebakaran paip gas di Putra Heights melalui Mercy Malaysia 

Selain itu, ketika banjir besar melanda Pantai Timur dan Malaysia Timur, guardian telah bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk menyalurkan bantuan barangan penjagaan asas bernilai lebih RM140,000 kepada mangsa-mangsa banjir di Semenanjung dan Malaysia Timur.

Menjamin Kesejahteraan

Sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara dalam kalangan wanita di Malaysia, sebanyak 10,000 kit pemeriksaan sendiri kanser payudara “Pink Glove” telah diagihkan kepada wanita kurang bernasib baik melalui Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia pada Oktober tahun lalu.

Janji guardian

Selama lebih 57 tahun, guardian Malaysia telah menjadi rakan kesihatan dan kecantikan yang dipercayai rakyat. Hubungan kami dengan komuniti bukan sekadar urusan jual beli, ia berakar umbi dari keprihatinan.

Melalui pendekatan bersepadu merangkumi pendidikan, bantuan kecemasan, dan tindakan prihatin setiap hari, guardian memperkasakan rakyat Malaysia untuk “Serlahkan Kecantikanmu”—baik dari segi kebersihan fizikal mahupun kesejahteraan emosi.

Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram:  @guardianMY

www.guardianmy.com

  

No comments:

Post a Comment