Friday 31 March 2017

Saya dalam TV Magazine Jalan-jalan Cari Makan

Salam semua,

Hari tu saya berpeluang lah masuk sebagai watak kecil dalam TV Magazine Jalan-jalan cari makan. HAHAHA sekejap je kot. Watak kecil gitu. Ni berkaitan dengan aplikasi Jalan-jalan cari makan lah. Bila pakai aplikasi tu dengan cara tertentu seringgit tu akan disalurkan kepada anak yatim.

Yang ni kalau tak silap lah ye. Sebab belum siarkan dalam TV rasanya. Kalau tertiba nampak perempuan pakai "dusty pink shawl" tu, saya lah tu orangya. Konon makan dengan pakwe kat Red Tomato KL.

HAHAHAHAHA..

Saya kongsi gambar hari tu ya kat bawah ni:

Baru kenal kat set. Dari kiri: Azpha, Suzzy, Menor, Saya dan
Jieha. Saya fikir Azhpa krew kot mula-mula jumpa tu.
HAHAHAHAHA..

Banyak-banyak gambar, Azpha sengaja bubuh ni kat
instagram dia. Tengok la Suzzy buat apa kottttt.. KESIAN
akak sorang ni dia buat macam ni. HAHAHA..

Ni kawan Menor ambik gambar, Dia punya senyap kita orang
tak tau dia dah habis ambik gambar ke belum. Akhinya semua
pasrah. Saya pun senyum je lah~~

HAHAHAHA Suzzy lagi kotttt! Yang lain banyak gerak tak
selincah Suzzy. HAHA..

Krew untuk hari tu~~ Kitaorang penggambaran dekat Red Tomato @ TREC.
Dekat sahaja dengan Zouk. Muehuehuehue.. tempat Red Tomato makanan
halal cuma ada hidang minuman beralkohol. Makanan dia sedap jugak boleh tahan.

Azpha tolong tangkap gambar. Apa ni??

Ni Jieha tolong tangkap gambar. Beza sungguh
perempuan dan lelaki ni ambik gambar kan. HAHA..

Sedikit sedutan daripada penggambaran hari tu, Maaf ye,, telefon tu tetiba buat perangai pulak. HAHAHA.

Saya harap ni dapat membantu saya melancarkan lagi perjalanan dalam indusrti peragaan dan juga hiburan. In Sha Allah. Sebab saya bercadang nak jadi pengacara jugak kalau ada kesempatan kan. Mulut saya ni agak pot pet jugak. Haha..

Lepas ni saya cuba dapatkan watak lebih besar dah rajin-rajinkan diri untuk lebih berani! In Sha Allah menjadi~

Terima kasih sudi membaca. Rajin-rajin lah tengok muka saya ye!

Thursday 30 March 2017

Status kat FB saya untuk yang nak mintak tips "Modelling"

Salam semua,

Kali ni saya main salin je terus dari FB saya sebab malas nak tulis semula. HAHAHA.. Jadi baca dan hadam ya!

Untuk melepaskan rasa letih tak dapat tidur ni. Ttba rajin nak bg tips:

Saya nak kata, "Awak patut bekorban tenaga, masa dan Wang untuk berjaya. Bukan smua nak percuma dan senang"

Jadi model atau talent? Mula2 buat apa?

Bina KEYAKINAN. REJECTION adalah sangat normal mula2. Belajar POSE dan REACTIONS. Try go casting and audition.

Ambik pengalaman, buang malu and bina KEYAKINAN. Lepas rasa okay. Buat gmbr cantik/professionals utk dpt job better.

Spt di bawah:

Skdr gmbr biasa tunjuk muka sebenar dan features - natural light make up + compcard shoot (BAYAR)

Gmbr lawa - make up dr MUA (BAYAR) + studio/outdoor shoot (BAYAR)

Gmbr nampak pro - make up MUA (BAYAR) + baju bagus (BAYAR) + studio/outdoor shoot (BAYAR)

Gmbr hi profile - make up + photographer + studio/outdoor + props (BAYARRRRRR)

Bukan smua free okay? Kalau free selalunya lah tak berkualiti (x semua). Pilih qualities baru bayaran berbaloi. Korban dan belajar. Jangan give up. 



Tu saja untuk entri kali ni~ Tata


Tuesday 21 February 2017

Kongsi cerita kerja model produk

Salam smua..

Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua serba sedikit apa kerja yang saya lakukan sebagai model.

Jadi saya akan bercerita melalui gambar ya!

Ni masa kat S7ven studio. Mekap kat Shah Alam. Lokasi
penggambaran di Kajang. Hahaha.. bukan senang tau~ kena
siap-siap mekap dan pergi jauh ke Kajang. MUA tak ikut sekali, Mua waktu
ni Kak Farahana, bapak tinggi. I pendek nak mampuih.. hahahaha..
jadi pandai-pandai jaga mekap. Jangan bagi luntur.. makan minum kena jaga elok-elok.

Peha nampak besar. HAHAHA.. kerana dalam gambar ni nampak
besar, saya terus jaga makan. Apa lagi kamera dslr. Kena nampak cantik kot!!!!
Masa ni tengah ambik bayaran penggambaran. Tak semestinya
hari ni ambik gambar, hari ni juga dapat bayaran ye.

Kena acah-acah gelak tawa. Kitaorang baru pertama kali jumpa.
Penting kalau jadi model kena bergaul dengan semua orang. Jadi keserasian
tu ada. Suka saya ingatkan, ketinggian saya ialah tengah-tengah. Saya tak
pakai kasut tinggi masa ni. Hehehe.. macam pendek pulak.

Akhirnya bergambar dengan MUA kitaorang, namanya Kak Eela. MUA kita orang tu lah sebelah
saya pakai tudung hijau. Dengan MUA sekali ikut turun senang bertulkan mekap. Suka diingatkan ni
penggambaran kat luar. Panas semua kena tahan ye. Bergaya kena kekalkan muka segar.

Ni penggambaran lain. Nampak tak "Set up" tu? Produksi besar dan agak mahal!

Muka pucat sebab masa ni kitaorang dah berapa kali "take" tak habis-habis untuk
satu "scene" saja. Masa ni ramai pulak tu. Mekap pun memang sikit je. Nak bagi
muka natural gitu~

Nampak tak kitaorang dah letih. Ni belum habis. Hehe.. lagipun tak sabar nak tunggu
keluar hasil dia. Masa ni pihak produksi dan agensi sangat jaga kitaorang. Makanan minuman
sangat banyak. Saya makan sosej tak putus-putus. Sosej keju dan sosej cendawan pulak tu.
Belum lagi makanan minuman lain. Bapak ah.. memang produksi besar dan agensi besar ni
jaga elok elok. Memang terbaik!

Tempat yang saya tunjuk tu tempat makanan. Berpanas makanan tu. Sebenarnya kitaorang dah
siap sedia kat lokasi seawal 5.30 pagi!!! Ingat ye. tu baru siap sedia. Tak tukar
baju bagai. Kalau tak sanggup jangan lah susahkan orang nak ikut penggambaran.
Sebab dorang pun kena buat banyak kerja jugak. Tapi bagusnya makanan awal-awal dah sedia. Tak lah
lapar!

Berpanas kotttttt.. Masa ni tengah penggambaran. Siap bawa
telefon nak swafoto. HAHAHAHAHA.. Masa ni babak kena bawa telefon.
Masa tu acah-acah ambik gambar kat depan tapi teracah pulak selfie. Ramai
kan orang kat belakang saya? Ada kenal sesiapa?

Hehehehe, ni dah habis.. kitaorang memang dah lapar dan melantak je..
Seronoknya masa ni dah kenal dengan kru-kru dan bakat lain. Boleh lah berkenalan!

Maaf muka nampak pelik disitu. Semua ni tengah makan dengan gembiranya. 

Ingat dia siapa tak? Hahaha gambar kat atas tu lah.. Alhamdulillah
saya ditemukan kembali dengan Wani untuk penggambaran video pulak.
Wani dah kawen ye. HAHAHAHA.. muka dia macam Hanis Zalikha.  Nampak tak, bila
dah berkenalan, kitaorang dah jadi kawan betul-betul. Tak lah kekok.

Tu lah produk tersebut. Tengah Wani paling kanan Zaqyah. Zaqyah baru je kenal. Tapi masa
hari tu kiteorang boleh ambik gambar suka-suka je. Macam dah lama kenal. Jika ada kesempatan
berkerjasama, mudah serasi dan tak rasa kekok dalam lokasi atau studio. Ingat kena bergaul! Lagipun
agak penting mana tau anda atau model lain perlukan pasangan model dia boleh pilih anda dan anda
boleh pilih mereka!


Terima kasih sudi membaca. Ini yang dapat saya kongsikan hari ni.

Tata!

Sunday 1 January 2017

Buat Compcard - Hubungi Mereka. :D

Assalammualaikum,

Maaf jika tak dapat balas emel-emel anda. Oleh itu saya terus saja buat entri kat mana nak buat compcard. Anda hubungi je mereka terus ye. :)

COMPCARD - PORTFOLIO - MODEL - MODEL MUSLIMAH - MALAYSIA - BUAT COMPCARD - BUAT PORTFOLIO

Sebelum itu baca peringatan di bawah:

1. Compcard ni umpama "resume" bagi model.
2. Hubungi dan tegur secara berhemah. Guna gelaran encik ke atau cik sebaiknya.
3. Minta gambar (bentuk softcopy) satu-satu selain compcard.  Hal ini disebabkan tak semua klien nak compcard ada jugak mintak gambar satu-satu.
4. Berurusniaga denga elok.
5. Perbaharui compcard anda setiap tahun!
6. Pilih mengikut apa yang terbaik untuk anda bukan setakat dekat atau murah sahaja ya! Tengok gaya fotografi juga. ;)
7. PASTIKAN ada sekurang-kurangnya gambar penuh+separuh badan+muka (Full body, half body and face)
8. Sila tanya mereka untuk maklumat lebih lanjut dan pakej terkini. Saya hanya berkongsi dengan anda. Maaf jika harga pakej berbeza.

Silakan:

1. Denoy

- Area: Shah Alam
- Pakej: Compcard RM 200 (Sesi satu jam + compcard + softcopy photo)
- No telefon: 0113 5505355
- Media:
* Facebook: Encik Denoy
* Instagram: denoy_mahayudin

2. Azam Abdullah

- Area: Klang = Radiant Arts Studio, Tingkat 2, 4219, Persiaran Raja Muda Musa, 42000 Port Klang, Selangor.
- Pakej: [Sila tanya beliau]
- No telefon: 018 3666498
- Media:
* Facebook: Azam Abdullah

3. Haikal Photog

- Area: Shah Alam
- Pakej: Compcard RM 180. Profile RM 450 (Siap album)
- No telefon: +6010 363 4790
- Media:
* Facebook: facebook.com/hnacreative
* Instagram: haikal_photography
* Website: hnacreativestudio.wixsite.com/hnacreative


4. Hazrul Fikrah

- Area: Johor Pasir Gudang = Fikrah Photohraphy Studio
- Pakej: Compcard RM 150 dan Portfolio RM 250 (Boleh bawa 3-4 pakaian)
- No telefon: 017 7654467
- Media:
* Facebook: Hazrul Fikrah Photography

5. Encik Syifak Fisal (Saya buat compcard yang saya kongsi dalam blog dekat sini)

- Area:Seksyen 7, Shah Alam.
- Pakej: Compcard RM 200 ( 1 jam sesi termasuk edit)
- No telefon: 017 9834534
- Media :
* Instagram: simplepix.photography (Boleh DM jugak)

6. Encik Bad 

- Area: Pulau Pinang - Kedah
- Pakej: Outdoor photography sahaja untuk PORTFOLIO.
- No telefon: 017 5312848
- Media:
* Facebook: Badrulhisham Bin Harun

7. Mecolos Dsg Studio @ Hannah Zarina (PA)

- Area: Kepala Batas Pulau Pinang = Mecolos Dsg
- Pakej: Compcard RM 150 dan Video Profile RM 500
- No telefon: 016 2286933
- Media:
* Email: mecolosdesign@gmail.com
* Instagram: mecolosdesign
* Facebook:Mecolos Design


IKLAN

Still planning your wedding events? 
Let's grab our photography package starting as low RM1000 for nikah + sanding + outdoor session !!!
😱 😱 😱 😱 😱.
.
Sila sertakan maklumat berikut dan
Sila klik link whatsapp dibawah dan sertakan maklumat seperti dibawah:
.
Majlis : nikah + sanding / sanding / bertunang
Tarikh majlis:
Lokasi majlis:
Nama :
.
Sila whatsapp maklumat berkenaan
👇🏻👇🏻👇🏻
http://whatsapp-us-now.wanzulfadliart.my
.
More Photos visit our Instagram or web pages:
.
Web : http://wanzulfadliart.my
Insta: https://www.instagram.com/wanzulfadliart/


-iklan tamat-

Saya akan kemaskini jika ada maklumat dan jurugambar baharu ya. :D