Friday 31 March 2017

Saya dalam TV Magazine Jalan-jalan Cari Makan

Salam semua,

Hari tu saya berpeluang lah masuk sebagai watak kecil dalam TV Magazine Jalan-jalan cari makan. HAHAHA sekejap je kot. Watak kecil gitu. Ni berkaitan dengan aplikasi Jalan-jalan cari makan lah. Bila pakai aplikasi tu dengan cara tertentu seringgit tu akan disalurkan kepada anak yatim.

Yang ni kalau tak silap lah ye. Sebab belum siarkan dalam TV rasanya. Kalau tertiba nampak perempuan pakai "dusty pink shawl" tu, saya lah tu orangya. Konon makan dengan pakwe kat Red Tomato KL.

HAHAHAHAHA..

Saya kongsi gambar hari tu ya kat bawah ni:

Baru kenal kat set. Dari kiri: Azpha, Suzzy, Menor, Saya dan
Jieha. Saya fikir Azhpa krew kot mula-mula jumpa tu.
HAHAHAHAHA..

Banyak-banyak gambar, Azpha sengaja bubuh ni kat
instagram dia. Tengok la Suzzy buat apa kottttt.. KESIAN
akak sorang ni dia buat macam ni. HAHAHA..

Ni kawan Menor ambik gambar, Dia punya senyap kita orang
tak tau dia dah habis ambik gambar ke belum. Akhinya semua
pasrah. Saya pun senyum je lah~~

HAHAHAHA Suzzy lagi kotttt! Yang lain banyak gerak tak
selincah Suzzy. HAHA..

Krew untuk hari tu~~ Kitaorang penggambaran dekat Red Tomato @ TREC.
Dekat sahaja dengan Zouk. Muehuehuehue.. tempat Red Tomato makanan
halal cuma ada hidang minuman beralkohol. Makanan dia sedap jugak boleh tahan.

Azpha tolong tangkap gambar. Apa ni??

Ni Jieha tolong tangkap gambar. Beza sungguh
perempuan dan lelaki ni ambik gambar kan. HAHA..

Sedikit sedutan daripada penggambaran hari tu, Maaf ye,, telefon tu tetiba buat perangai pulak. HAHAHA.

Saya harap ni dapat membantu saya melancarkan lagi perjalanan dalam indusrti peragaan dan juga hiburan. In Sha Allah. Sebab saya bercadang nak jadi pengacara jugak kalau ada kesempatan kan. Mulut saya ni agak pot pet jugak. Haha..

Lepas ni saya cuba dapatkan watak lebih besar dah rajin-rajinkan diri untuk lebih berani! In Sha Allah menjadi~

Terima kasih sudi membaca. Rajin-rajin lah tengok muka saya ye!

No comments:

Post a Comment