Monday 20 May 2019

Syahirah Korean Secrets – Rahsia ‘K-Beauty Glass Skin Effect’ di dalam dua esen wajah terbaru

Salam semua,

Bulan lepas saya sempat menghadiri majlis pelancaran produk dari rangkaian Syahirah Korean Secrets. Produk yang masih mengekalkan resepi rahsia kecantikkan wanita Korea ini memfokuskan kepada ‘K-Beauty Glass Skin Effect’ atau kita panggil kulit cantik licin persis kaca gitu.

Bersama produk Syahirah Korean Secrets lain.
Dua produk yang dilancarkan pada hari tersebut ialah Hydra Soft Dewy Moist Essence dan White Glow Snowy White Essence. 

Kedua-dua rangkaian tersebut. Packaging yang sangat menarik.Dalamnya ialah bunga sebenar tau!

Keunikkan kedua-dua produk terbaru ini ialah bahan aktifnya dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea.

Terwujudnya ilham untuk mengambil sumber dari Pulau Jeju ini adalah kekayaannya yang penuh dengan flora yang menjadi sumber ubatan dan bahan kecantikkan orang Korea di sana. 

Penggunaannya pula digunakan sejak turun-temurun. Sebab itu lah orang Korea sendiri menerapkan flora ini dalam produk mereka sendiri. Maka kulit wajah mereka menjadi halus dan mulus tanpa perlu solekan tebal. Itulah definisi efek ‘glass skin’ tersebut.

Berbalik kepada dua produk tadi Hydra Soft Dewy Moist Essence dan White Glow Snowy White Essence, jom kita kenali setiap satunya.

Hydra Soft Dewy Moist – Kulit licin, gebu dan lembut

Syahirah Korean Secrets -
Hydra Soft Dewy Moist Essence
Terdiri daripada Tri-Flower Essence:
- Bunga ginseng
- Bunga teh hijau
- Bunga chamomile
Dari kiri: bunga ginseng, bunga teh hijau dan bunga chamomile
Bunga ginseng dapat membantu menyegarkan kulit serta mengimbangkan pengeluaran minyak pada kulit muka. Selain tu membantu dalam pencerahan kompleksi kulit.

Bunga the hijau pula memang dikenali sebagai ‘super ingredient’ yang kaya dengan anti-oksida. Ini lah yang akan membantu menentang radikal bebas yang mampu membuatkan sel kulit kita berusia dan mati. Bunga ini juga dipercayai boleh melembapkan dan mencerahkan kulit juga.

Bunga chamomile pula sebagai bahan penenang kepada kulit daripada segala iritasi yang berlaku. Bahkan bunga ini mampu menstimulasikan tona kulit agar lebih sekata.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga bunga tadi membantu memberi hidrasi pada kulit wajah dengan lebih sihat, licin dan lembut. Barulah dapat efek Glass Skin itu.

White Glow Snowy White Essence – Kulit lebih cerah berseri

Syahirah Korean Secrets -
White Glow Snowy White Essence

Terdiri daripada Tri-Flower Essence:
- Bunga cherry blossom
- Bunfa camellia
- Bunga lotus
Dari kiri: bunga cherry blossom, bunga camelia dan bunga lotus.
Initipati bunga cherry blossom sebenarnya kaya dengan anti-oksida serta dapat membantu melegakan kulit daripada iritasi yang menyebabkan kemerahan yang tidak sihat. Selain itu cherry blossom ni membantu kulit muka lebih cerah sihat kemerah-merahan yang sihat tau.

Bunga camellia pula membantu dari segi kelembapan.

Akhir sekali si bunga lotus yang berfungsi untuk menyihatkan kulit daripada dalam. Sejurus itu membantu pembentukan sel kulit wajah agar lebih sihat dan optimum. Fungsi ini turut membantu dalam proses pencerahan kulit yang sihat dan semula jadi.

Secara keseluruhannya produk ini boleh membantu pengguna cerah berseri secara semula jadi. Ini secara tidak langsung dapat meratakan tona kulit yang tidak sekata agar lebih licin dan halus. Antara lain, bunga-bunga di atas boleh menghalang pembentukkan tompok gelap. Baru lah mulus polos gitu.

Duta baru Syahirah iaitu Arena Iman, Peserta Dewi Remaja tahun ini yang memang sinonim dengan minatnya terhadap
dunia K-Pop. Ini lah poster rasmi bagi efek 'Glass Skin'
Kedua-dua Syahirah Korean Secrets baru ini iaitu boleh didapati di pasaran dengan harga runcit RM 39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan pasaraya terpilih seluruh negara.
Boleh lah dapatkan sekarang kalau nak efek kulit licin mulus gitu!

Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk:

Ketika menghadiri majlis perlancaran.
Sehingga berjumpa di lain entri!


A'Bloom rangkaian terbaru daripada Althea - Mask wajah termurah, pembuang bintik hitam dan span mekap yang comel!

Salam semua,

A'Bloom - label baru yang diperkenalkan oleh Althea yang menampilkan imej comel, riang dan bersifat harian. Agak berbeza dengan keluaran label Althea yang lepas iaitu Althea Collection yang berfokus kepada limited edition dan istimewa gitu.

Cantik tak flat lay saya? Berusaha sungguh tau nak buat!
Menariknya A'Bloom mempunyai packaging yang sangat comel! Sayang tau nak pakai. Tapi nasib lah harga untuk label A'Bloom ini sangat murah berbanding harga pasaran tau.

Untuk permulaan, A'Bloom mengeluarkan tiga jenis produk iaitu:

1. Mask Sheet (Mask muka dengan 4 jenis variasi)

Mask sheet ni di datangi dengan 4 jenis variasi buah iaitu tembikai, lemon, avocado dan peach. Setiap jenis pula untuk fungsi berlainan.

Mana kah jadi pilihan anda?
Fungsinya ialah tembikai - melembap dan meredakan wajah, avocado - anti okisda dan awet muda, lemon - menceah dan menyerikan wajah, peach - mengurangkan cela dan untuk kulit sensitif.

Bila buka daripada bungkusan, agak slimy atau berlendir tapi bukan yang menjijikkan tau. Haha agak banyak jadi siap sedia untuk tangan anda diseliputi produk. Letak kat muka bagi semua kena baru akan rasa selesa. Mask nanti dia perlukan usaha sikit nak bagi rata kat wajah tau. Nasib mask ni lembap boleh adjust ke setiap lekuk pikuk wajah.

Lebihan lendiran yang penuh nutrisi tu boleh sapu kat leher dan lengan. Sekejap je rasa melekit lepas tu dah okay. Bau keempat-empat variasi tidak terlalu kuat agak sesuai bagi siapa yang tak tahan bau kuat sangat. Sensasi dingin mask wajah ni best!

Pakai mask wajah harus bergaya jugak tau. Lofa who? gittewwwww.
Masukkan dalam peti sejuk lagi best!

Harga: RM 2/helai

2. BHA Blackheads Buster

Ni dia sejenis 'stick' yang boleh disapu tonyoh kat muka. Rasa dia tak melekit sebab pakai kat wajah kan. Bau dia arang pudina sikit tak terlalu kuat. Bila pakai ni memang akan rasa macam sejuk pudina sikit. Produk ni sangat selamat nak digunakan hari-hari.

Stick begini je. Senang nak guna tak perlu kotorkan tangan~

Bila saya pakai, bintik hitam yang besar agak degil tak nak keluar. Yang kecik semua dah keluar dah. Tapi bagus jugak sebab yang bintik hitam besar nampak macam nak terjojol keluar tapi belum boleh keluar lagi. Benda ni kena konsisten pakai hari-hari supaya yang degil tu boleh keluar.

Pastikan wajah bersih dulu tau. Baru tonyoh~
BHA Blackheads Buster ni berfungsi melembutkan bintik hitam agar mudah disental lembut ketika hendak mengeluarkannya. Selain itu arang membantu untuk mengeluarkan minyak, menyah bakteria agar pembentukkan bintik hitam baru terhalang. Gitu~ Sains tau!

Tak sabar nak tonyoh tonyoh si degil tu!

Harga: RM 16 

3. Meringue Puff

Si comel ini sebenarnya ialah span mekap! Saiz besar dan kecik. Besar sesuai untuk digunakan sebagai untuk sapu foundation ataupun blusher. Untuk kecik pula sesuai digunakan untuk sapuan blusher, contour dan highlight.

Gilos tak comel. Kucing kat rumah pantang tengok tau. Hahaha
Si kecik didatangkan dalam 3 ketul sekali ya!

Bila rendam dia akan mengembang dengan cepat sehingga 1.5x ganda. Tapi boleh je pakai bila basah dan kering. Tetap tidak akan kasar bila pakai. Cuma saya suka genggam genggam sebab geram!

Harga: RM 8 (besar - 1 comel) dan RM 11 (kecik - 3 comel)

Kesimpulannya, saya memang suka sangat-sangat produk baru dari A'Bloom ni. Banyangkan masa promosi hari tu, saya beli hingga 80 mask wajah tau! Hehe tapi buat masa sekarang SOLD OUT! Kena tunggu ada stok lah gamaknya.

Untuk BHA Blacheads Busters dan Meringue Puff masih ada lagi stok tau~

Boleh beli produk Althea A'Bloom disini

Sehingga berjumpa lagi semua!

#AltheaAngels #AltheaABloom #AltheaKorea

Pencarian 'The Face of Healthy Beauty' oleh Guardian. Empat wanita bakal begelar duta Guardian dan memiliki RM 10,000 tunai!

Assalammualaikum semua,

‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY?’ !!!! Adakah anda yang dicari oleh Guardian ni?

Adakah anda boleh menjadi penghias wajah Guardian seterusnya?
Pencarian bagi EMPAT Wanita untuk mengisi kekosongan ‘The Face of Healthy Beauty’ untuk menjadi duta yang membawa nama Guardian. Pencarian secara besar-besaran ini bermula hari ini 20 Mei secara atas talian!

Pencarian ini ialah tidak kena mengena pun dengan pertandingan ratu cantik bak kata Guardian CEO South East Asia iaitu Soren Lauridsen.

Encik Soren Lauridsen
Katanya lagi, “Definisi Healthy Beauty bagi kami, adalah seorang yang benar-benar menikmati hidup dengan cara yang sihat, dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menyenangkan. Dia juga mempunyai sikap yang positif, memberi keutamaan kepada kesihatan dan juga kecantikan diri.”

Senang cerita, Guardian ingin mencari pemenang yang menepati ciri kecantikan sebenar dengan kesihatan yang baik. Ini adalah untuk membawa imej yang boleh dicontohi oleh orang lain juga. Bahkan pelanggan Guardian percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada jasmani dan mental yang sihat.

Namun, jika anda kurang dari segi tersebut tapi anda berkeyakinan untuk membawa perubahan. Anda sangat dialu-alukan. Saya pun nak join sekali tau!

I Am Healthy Beauty! Adakah anda?

Jom saya bawa anda kepada hadiah, syarat, cara penyertaan dan lain-lain yang perlu diberi perhatian buat anda.

Hadiah ‘The Face of Healthy Beauty’

1. SATU TAHUN KONTRAK menjadi duta Guardian
2. Menjadi penghias wajah di Guardian di dalam majalah, katalog, banner dan lain-lain
3. RM 10,000 wang tunai
4. RM 10,000 baucar tunai Guardian
5. Produk daripada pihak penaja
6. RM 5,000 tunai untuk disumbangkan kepada organisasi kebajukan yang dipilih oleh pemenang.

Setiap habuan di atas ialah untuk setiap pemenang! Pihak penaja ialah Bio-Essece, Blackmores, Garnier, Loreal, Maybelline, Nivea, Safi dan TRESemme.

Penaja untuk Pencarian kali ini.

Siapa yang layak mengikuti pencarian ini?

1. WANITA
2. Warganegara Malaysia
3. Berusia 18 tahun dan ke atas
4. Boleh berbahasa Malaysia dan Inggeris atau Inggeris dan Mandarin
5. Tidak menjadi duta kepada mana-mana produk terutama untuk produk kecantikkan dan kesihatan

Tak kisah bujang ataupun dah berkahwin ataupun yang dah ada anak mahupun cucu tau! Setiap wanita layak menyertainya.

Semua layak menghantar penyertaan! Ayuh satu Malaysia wanita kita bergabung!
Cara penyertaan:

1. Pastikan anda sudah menyediakan dan muat naik video 30 saat ke Youtube mengenai:
- Pengenalan diri
- Mengapa anda ingin menjadi ‘The Face of Healthy Beauty’
2. Anda mempunyai 1 gambar full body dan 1 gambar berukuran passport/close up
3. Membeli barangan di Guardian serta mendapatkan resit tersebut. Tangkap gambar resit sebagai bukti. Tiada pembelian minimum.
4. Melakukan pendaftaran di https://theface.guardian.com.my.

Pendaftaran nanti memerlukan anda untuk mengisi maklumat peribadi anda, memuat naik gambar yang dipinta, memuat naik resit pembelian di Guardian, memilih tempat casting separuh akhir jika terpilih. 

Selain itu anda akan dipinta untuk mengisi pautan atau link Youtube Video 30 saat anda, pautan Facebook dan Instagram anda.

Perjalanan pertandingan

1. Penyertaan Online : 20 Mei – 12 Jun (3 Minggu)

Penyertaan akan dibuka selama 3 Minggu sahaja terbuka untuk satu Malaysia. Namun hanya 100 penyertaan akan dipilih untuk menghadiri peringkat seterusnya.

2. Casting + Separuh Akhir: 15 Jun – 7 Julai (4 Minggu)

Johor Bahru City Square
15 Jun (Sat) – Casting
16 Jun (Ahad) – Separuh Akhir

Gurney Plaza Penang
22 Jun (Sat) – Casting
23 Jun (Sun) – Separuh Akhir

Central I-City, Shah Alam, Klang Valley
29 Jun (Sat) – Casting
30 Jun (Sun) – Separuh Akhir

1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah
6 Julai (Sat) – Casting
7 Julai (Sun) – Separuh Akhir

25 peserta daripada setiap lokasi akan di senarai pendek untuk memasuki separuh akhir. Setalah itu mereka akan berentap untuk  merebut 4 kedudukan ke Final di Klang Valley. Jumlah peserta yang akan memasuki ke Final ialah sebanyak 16 orang peserta!

3. Final, The Beauty Final: 27 Julai 2019 ( 1 Hari)

16 Peserta yang terpilih akan berentap di Final Round di Klang Valley. Di jangka akan dilakukan di Central I-City, Shah Alam.

Empat pemenang akan diumumkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’. Selain daripada empat pemenang, terdapat lapan pemenang lain akan diumumkan! Pemenang kategori ini akan dinobatkan oleh para penaja mengikut kriteria produk mereka.

Antara kategorinya adalah Paling Sihat (Blackmores), Paling Elegan (Bio-essence), Paling Kelihatan Muda (Garnier), Mata Paling Menawan (L'Oréal), Paling Bersemangat (Maybelline), Paling Yakin (Nivea), Paling Ceria (Safi) dan Paling Menawan (TRESemmé).

Poster rasmi Pencarian.
Agak mendebarkan kerana ini kali pertama di Malaysia apabila jenama sebesar Guardian mencari duta mereka secara besar-besaran yang terbuka untuk satu negara! Bahkan mereka mengalu-alukan orang sebenar untuk menyertainya. 

Berbalik kepada pencarian ini, orang luar juga boleh mengundi finalis kegemaran mereka yang dirasakan layak untuk menang. 
Undian dibuka bermula 8 Julai – 24 Julai 2019 di laman mikro. Undian yang diperolehi oleh setiap finalis akan menyumbang sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan dalam pertandingan akhir.

Caranya, mereka diberikan satu undi percuma di laman mikro terebut. Namun untuk mengundi lebih banyak iaitu 5 undian, mereka perlu membeli sebarang barangan daripada Guardian dan untuk 10 undian, mereka perlu membeli sebarang produk daripada jenama penaja dalam satu resit. 
Ohoh semakin hebat!

Jika peserta berkenaan menang dalam pertandingan akhir, peserta tersebut boleh memilih seorang pengundi bertuah. Setiap pemenang akan memilih seorang pengundi maka empat cabutan bertuah akan diadakan. 
Pengundi terpilih akan menerima baucar Guardian bernilai RM500.

Selain itu, terdapat juga peraduan Scan & Win untuk pelanggan bermula 10 Jun hingga 7 Julai 2019. Kod QR akan diletakkan di stor-stor Guardian untuk diimbas oleh pelanggan. Setelah imbasan dibuat, mereka perlu menjawab empat soalan berkenaan kecantikan sihat.

Selesai menjawab, mereka akan menerima baucar segera untuk pembelian seterusnya.

Baik hati sungguh Guardian ya!

Pengacara bagi pelancaran pencarian. Meraka akan menjadi pengacara bagi Pencarian kali ini. Naz dan Nadia Heng.
Manakala untuk juri bakal diumumkan secara rasmi kemudian. Namun yang rasmi sekarang ini ialah Jen Chia,
Mawar Rashid dan seorang pakar fitness Asia. Tunggu ya~
Maklumat lanjut tentang pencarian ini serta terma dan syarat penuh untuk penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

Selamat maju jaya semua! Kalau saya join, doakan saya menang ya! Hehe.

Tadaaaa antara produk penaja yang ditampilkan!
#guardianmalaysia
#FACEofguardianMY

Sunday 19 May 2019

Alfio Raldo Koleksi Raya 2019 - Pilihan beg tangan dan kasut wanita yang sangat banyak! (Jam tangan lelaki juga ada!)

Salam semua,

Kalau saya tak berkongsi memang tak sah kan. Hari tu kongsi pasal makanan kali ni nak kongsi pasal kasut dan beg raya pulak.

Bersama Cik Vasantha Malar (Berbaju hitam merah), wakil
Alfio Raldo
Kenal jenama Alfio Raldo? Ala, yang sinonim dengan The Italian Elegance gitu.

Pada raya tahun ini, Alfio Raldo telah melancarkan koleksi Hari Raya. Konsep pada tahun ini ialah trendy, ranggi dan elegan. Di samping warna-warna hitam, kulit, natural dan pastel, Alfio Raldo juga menampilkan warna ‘bold’ agar menepati citarasa warga muda yang sentiasa ingin bergaya dari atas sampai bawah!

Bak kata Pengarah Urusan Alfio Raldo, Encik Jordan Ling, “Bergaya mengikut majlis dan aktiviti harian pasti membuatkan semua akan terpegun dengan gaya mewah dan menawan anda nanti”.

Rekaan kali ini masih menampilkan rekaan anggun, klasik namun masih mewah dan bergaya. Bukan setakat hari raya je boleh pakai, hari kebiasaan nak pergi kerja dan majlis-majlis pun boleh.
Jom kita meneliti setiap jenis koleksi Alfio Raldo raya ni.

Kasut

Kasut mula-mula mesti kita nak pilih yang cantik dan orang kata memang yang terkini. Di samping itu kita mesti pilih yang selesa untuk digayakan. Memanglah ‘beauty is pain’ tapi kat sini ‘beauty is comfortable’ tau!

Koleksi kasut terdiri daripada Wedges, tumit tinggi, tumit rendah, sandal, sneakers dan loafers.

Ni sangat cantik kalau nak lip lap lip lap!

Antara kegemaran saya. Cantik sangat, BOLD namun tak OVER.

Antara flat atau loafer wanita yang ada. Bersaiz sehingga 10 tau. Selesa bila
dipakai. Nak raya sampai malam pun boleh!

Antara beberapa yang saya suka juga!

Ini koleksi glitter heels yang tersangat cantik! Sesuai jugak untuk majlis pada waktu malam di hotel-hotel gitu.

Amtara yang sempat di tangkap. Cantik, menarik ada yang ringkas. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur~

Beg

Bagi beg pula, koleksi terdiri daripada tas tangan saiz sederhana dan besar, tote bag, handheld beg dan juga sling bag.

Tadi dah kongsi koleksi kasut dan beg wanita kan? Mari kita ke jam tangan pula.

Ini beg tangan handheld yang sangat cantik!

Padan pulak beg ni dengan saya ya!

Ini ringkas tapi cantik! Antara kegemaran saya!

OOTD Alfio Raldo gitu~ Dengan beberapa pilihan beg disebelah kiri gambar.
'SO BOLD'!

Antara yang sempat ditangkap pada hari pelancaran.
Jam Tangan

Alfio Raldo juga mempunyai koleksi jam tangan tau. Antara yang sangat dikenali ialah jam tangan wanita Alfio Raldo berkolaborasi dengan Linda Rafar. Selain itu, ada juga koleksi lain untuk lelaki yang hendak bergaya ketika raya, berkerja ataupun untuk aktiviti harian biasa.

Sesuai untuk pakai hari-hari dan tidak terlalu
kecik atau terlalu besar di tangan lelaki tau.
'Just nice!'

Mengenakan jam tangan putih koleksi Linda Rafar X Alfio Raldo.

Jam tangan lelaki yang bergaya untuk dipakai raya dan untuk hari-
hari/berkerja.
Ada yang berminat untuk di beli? Saya sendiri pun dah membeli satu tau ketika berkunjung di hari pelancaran hari tu.
Yang berbulat merah itu ialah kasut yang saya beli. Hehe tak sempat nak
OOTD. Kena tunggu raya tau!
Anda boleh membeli produk berkualiti Alfio Raldo di:

Butik fizikal
- Parkson Grand
- Isetan
- Metrojaya

Butik online
- Alfio Raldo
- Shopee
-Lazada
- Zalora

Selamat membeli belah di Alfio Raldo semua! Agak berbaloi ya meski ada yang terfikir agak mahal perlu mengeluarkan duit lebih daripada RM 50 namun kualiti Alfio Raldo memang tidak boleh disangkal. Jahitan yang kemas dan kuat serta buatan yang teliti membuatkan semua produk Alfio Raldo ni tahan lama.

Bagi saya biar beli mahal terus tapi tahan lama sebenarnya lebih jimat!

Sehingga berjumpa di lain entri ya! Tata~