Tuesday 11 October 2022

Raja Muda Selangor Berkenan Untuk Memberikan Geran Perniagaan Kepada Usahawan OKU SAY LEAD PRO Anjuran Selangor Youth Community

Petaling Jaya, 11 Oktober 2022 – 30 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor untuk menerima geran perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO) anjuran Selangor Youth Community.

Raja Muda Selangor berkenan mengambil gambar bersama
jawatankuasa, tetamu jemputan, usahawan OKU dan para media.

Liga ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Selangor sejak tahun 2017. Program Liga Usahawan OKU Malaysia - SAY LEAD PRO dijalankan dibawah inisiatif Entrepreneurship Selangor dengan membawa visi dan misi Baginda untuk mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia. Liga ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Hasanah melalui “Hasanah Special Grant”. 

Geran yang dianugerahkan ini berbentuk khas mengikut keperluan peralatan yang diperlukan oleh usahawan. Ini bermaksud usahawan boleh menggunakan geran untuk meminta peralatan yang sesuai untuk memajukan lagi produksi perniagaan mereka seperti mesin acuan dan sebagainya. Usahawan akan mendapatkan nasihat daripada mentor untuk memilih keperluan yang bertepatan dan tidak melebihi jumlah RM3,000.

Kriteria pemilihan peserta adalah:

- Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
- Berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun.
- Berupaya untuk hadir ke kelas secara fizikal dan secara dalam talian 
- Berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan.

Meskipun golongan belia adalah dibawah 35 tahun secara amnya, golongan OKU mempunyai keupayaan yang berbeza daripada orang lain. Oleh itu dengan mengambil kira keadaan mereka, had belia bagi OKU untuk program ini dinaikkan agar mereka boleh diberikan peluang sewajarnya.

Program SAY LEAD telah berjalan selama 18 bulan sejak Januari 2022. 60 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan selama 18 bulan yang merangkumi empat fasa.

Empat fasa program SAY LEAD ialah:

Fasa pertama: Unearth The Talent (4 Bulan)
Fasa Kedua: Commercialisation (4 Bulan)
Fasa Ketiga: Sustainability (4 Bulan)
Fasa Terakhir: Giving Back to Societies (4 Bulan) 

Setiap minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa pertama, peserta perlu hadir ke kelas secara fizikal untuk mempelajari amali bagaimana untuk menghasilkan produk/perkhidmatan seterusnya mendapatkan pembekal dan mengekalkan kualiti produk. 

Memasuki fasa kedua Commercialisation, daripada 60 peserta hanya 30 peserta sahaja yang akan dipilih untuk memasuki fasa kedua. Pada fasa ini, peserta akan diberikan ilmu bagaimana hendak untuk mengkomersialkan produk yang dihasilkan sama ada secara fizikal ataupun atas talian. Pada fasa kedua ini, Selangor Youth Community (SAY) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bootcamp selama tiga hari dua malam di International Youth Centre (IYC), Cheras. Hasil daripada bootcamp tersebut, setiap peserta dibimbing dan ditetapkan mentor berdasarkan produk yang dihasilkan kepada tiga kumpulan iaitu F&B, Jahitan dan perniagaan atas talian. 

Hasil bimbingan tersebut, setiap peserta berjaya memiliki produk sendiri berdasarkan bimbingan daripada mentor. Dalam pada itu, fasa ini juga turut dipantau rapat oleh pihak Selangor Youth Community (SAY) dan mentor dengan mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali pada bulan September untuk merekodkan jualan, kaedah pemasaran dan lain-lain lagi. 

Pengarah projek SAY LEAD PRO dalam ucapan pembukaan majlis.

Tujuan SAY LEAD PRO dalam melatih dan menolong usahawan OKU adalah untuk memberikan mereka peluang berdikari dalam masyarakat. Selain itu, secara tidak langsung dapat membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam mengurangkan beban untuk menguruskan kebajikan para OKU berdaftar di Malaysia yang berjumlah lebih 600 ribu orang.

Harapan SAY LEAD PRO dan Selangor Youth Community secara amnya ialah untuk membantu usahawan OKU lebih kehadapan serta melahirkan generasi ikon OKU yang baharu.

Dari kiri: Puan Nurul Azwa Binti Mohd Rodzi, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community, Dato’ Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan Penaja Utama Program Liga Usahawan OKU Malaysia- SAY LEAD PRO , D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Mentor-Mentor Usahawan.
 

Antara usahawan OKU yang menerima geran perniagaan khas Hasanah.

D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga berkenan melawat meja paparan hasil perniagaan usahawan OKU SAY LEAD PRO pada majlis yang sama.

Antara yang boleh dilihat melalui instagram @selangoryouth menunjukkan Tuanku Raja Muda Selangor melihat hasil tangan usahawan SAY LEAD PRO.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Selangor Youth Community di selangoryouth.com


Monday 10 October 2022

Komuniti Guardian Gaya Squad Sambut Ulang Tahun ke-5 Dengan Pratonton Produk Jenama Baharu dan Esklusif!

Kuala Lumpur, 6 Oktober – Guardian Malaysia baru-baru ini telah menyambut ulang tahun yang ke-55 tahun. Sempena ulang tahunnya pada bulan ini, Guardian turut memperkenalkan barisan jenama baharu dan esklusif melalui majlis sambutan ulang tahun ke-5 Guardian Gaya Squad.

Guardian Gaya Squad merupakan sebuah inisiatif oleh Guardian Malaysia untuk membina hubungan dengan pelanggan menerusi media sosial kini menjadi sebuah saluran penyampaian utama untuk pelanggan mengakses idea dan maklumat untuk kehidupan yang sihat dan bijak. Asalnya Guardian Gaya Squad mempunyai sesi kecil untuk memberi pengalaman langsung secara dua arah iaitu komuniti dan jenama. Namun seiring pencapaiannya, Guardian Gaya Squad berkembang menjadi majlis komuniti yang besar untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Majlis sambutan Guardian Gaya Squad turut dihadiri oleh Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd., orang kuat pemasaran Guardian dan wakil jenama yang terlibat dalam pratonton produk baharu yang bakal dan sudah dilancarkan di Guardian.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd. dalam memberi ucapannya, “Apa yang mulanya hanya sebuah ruang perniagaan sekecil 200 kaki persegi di dalam pasar raya Weld, telah berkembang dalam 5 dekad lalu menjadi peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini, yang telah dipilih sebagai jenama peruncitan nombor satu di Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini. Hari ini, Guardian memiliki lebih daripada 520 stor di seluruh negara, e-stor yang berkembang pesat serta aplikasi yang boleh diakses bila-bila masa”.

“Hari ini, sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami menampilkan 24 ‘muka baru’ di stor kami dan kepada ahli Gaya Squad Guardian. Jenama-jenama baharu dan eksklusif ini merangkumi pelbagai segmen produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, kesihatan dan kecantikan.

Selain itu, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-55 ini, Guardian akan menawarkan promosi dan tawaran menakjubkan dari sekarang hingga 30 Oktober 2022. Malah, kami telah menawarkan 1,000 produk dengan potongan 55% untuk belian item kedua dan banyak lagi tawaran promosi hebat yang lain,” tambah Teo lagi.

“Inisiatif Gaya Squad Guardian yang telah dilancarkan lima tahun lalu kini diterima secara meluas oleh pelanggan kami sebagai satu saluran untuk mendapatkan maklumat trend kesihatan dan kesejahteraan serta produk terkini.”

“Kami memulakan Gaya Squad Guardian sebagai satu saluran utama untuk  memperkenalkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang dijual di stor untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran umum tentang jenama tersebut kepada pelanggan menerusi influencer media sosial yang dijemput ke sesi-sesi itu,” jelas Teo.

 “Dengan cara ini, pelanggan kami belajar lebih banyak tentang jenama yang kami tawarkan,” tambah Teo.

“Ia benar-benar satu inisiatif menang-menang untuk pelanggan kami yang akan mendapat maklumat lebih mendalam tentang jenama kesihatan dan kecantikan terkini di pasaran dan trend terkini manakala pemilik jenama pula mendapat pendedahan jenama untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentangnya,” kata Teo.

“Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-55 kami, kami berbangga dengan apa yang telah kami capai selama ini dan akan terus bekerja bersungguh-sungguh kerana kami komited untuk membantu pelanggan kami mendapatkan kehidupan yang sihat dan Indah - setiap hari,” Teo mengakhiri.

Pada majlis ini, Gaya Squad Guardian telah dijamu dengan pratonton istimewa jenama-jenama baharu dan eksklusif. Jenama yang terlibat dalam mempamerkan produk mereka ketika sesi pratonton selain Guardian ialah Toujours Advanced, Nature’s Way, Swisse, Summerie, Momotani Meishoku, LAF, Chriszen, Kundal dan Canmake. Beberapa dari jenama tersebut turut mempamerkan jenama baharu di bawah jenama besar mereka contohnya Objet daripada Kundal.


Nantikan muatnaik komuniti Guardian Gaya Squad di media social dan blog untuk mengetahui lebih lanjut mengenai majlis ini ya!

Facebook: @Guardianmy

Instagram: @Guardianmy

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp#No1StoreMalaysia

 

Saturday 8 October 2022

Makanan Jalanan Korea Sedia Dimakan Kini di AEON Delicatessen dan La Boheme Kolabarasi Khas AEON X DAEBAK.


KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2022 – AEON CO. (M) BHD. (AEON) dengan MAMEE-DOUBLE DECKER DISTRIBUTION (M) SDN BHD melalui MAMEE FOOD SERVICE di bawah DAEBAK Foods telah bekerjasama untuk menghasilkan pilihan produk makanan bertemakan rasa Korea hebat yang mudah dinikmati serta lazat untuk AEON Delicatessen melalui kempen AEON x DAEBAK.

Majlis perasmian AEON X DAEBAK di AEON Lounge.

Pelancaran telah dilangsungkan secara rasmi di AEON Lounge Mid Valley, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh  Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON dan Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE. Tidak lupa juga, majlis turut diserikan dengan kehadiran mascot rasmi Mamee iaitu Mamee Monster yang cukup menceriakan suasana.

Menurut Azidah, “Kami berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan MAMEE, iaitu jenama snek tempatan terkemuka yang dikenali dengan pelbagai rangkaian produk. Melaluinya, AEON dapat menawarkan lebih banyak pilihan makanan yang mudah dan cepat kepada pelanggan, di samping mengekalkan citarasa Korea dalam rangkaian produk ini”.

Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Makanan AEON

“Demografi pelanggan kini semakin dinamik dan ini mempengaruhi permintaan mereka. Oleh yang demikian, AEON mengambil inisiatif untuk memperkayakan lagi pilihan dengan kolaborasi bersama MAMEE agar pelanggan AEON boleh menikmati aneka makanan ala Korea,” katanya lagi.

Kolaborasi antara AEON dan DAEBAK (atau MAMEE) ini bertujuan menggiatkan lagi pertukaran budaya makanan Korea di AEON Delicatessen. Tambahan pula, permintaan terhadap makanan Korea di Malaysia juga semakin meningkat. Oleh itu, AEON tidak melepaskan peluang untuk memberi kepuasan kepada pelanggan mereka.

Dalam kolaborasi khas ini AEON dan MAMEE telah bekerjasama bersama Chef mereka untuk menghasilkan sos Korea yang sesuai dengan tekak orang Malaysia. Bahkan AEON juga memastikan makanan dari rangkaian ini mengikut piawaian halal JAKIM iaitu halal untuk di makan serta bersih dalam penyediaannya.

Sebanyak lapan jenis makanan telah dihasilkan melalui AEON X DAEBAK yang boleh di dapati di AEON Delicatessen dan La Boheme. Lapan jenis makanan tersebut ialah:

Pita Ayam Bulgogi Spice + Pita Ayam Kimchi (1set) 

Harga: RM8.90 untuk satu set

Sosej Jagung Mini 

Harga: RM 18.90 untuk satu set

Satu set ada 3 jenis sosej jagung. Sosej jagung original, sosej jagung berkeju dan sosej jagung kentang goreng. Sosej jagung mini adalah paling sedap dan kegemaran saya dalam rangkaian makanan AEON X DAEBAK. Walaupun nama sosej ni mini, tapi saiznya tak mini pun. Kenyang jugak makan satu sosej tu. Tak panas pun masih boleh rasa sedap garing tak keras. Harga pun lebih berbaloi daripada yang lain!

 Peha Ayam Suku BBQ Kogi 

Harga: RM8.90

Tak sempat nak rasa tapi tengok depan-depan boleh tahan besar saiz peha ayam ni. Harga yang dipaparkan tu memang sepotong peha ayam tu ya!

Set Ayam Korea 

Harga: RM18.90 untuk satu set

Satu set ada soy sauce tak pedas dan sos gochujang pedas. Nak kata pedas sangat tak tapi kalau tak tahan pedas tu memang boleh rasa sos gochujang tu pedas. Ayam ni memang rangup. Kedua paling saya gemar dalam rangkaian ni.

K-Spiced Sup Oden 

Harga: Harga ikut setiap bahan/cucuk

Ikutkan dekat AEON Delicatessen memang dah ada oden cuma kuahnya kuah tomyam. Kalau perasan ada satu bahagian kita boleh ambil cucuk-cucuk sendiri ambil kuah sendiri dalam mangkuk baru bayar. Kali ni tambah satu jenis sup je iaitu K-Spiced. Sup ni sup kimchi pedas-pedas ada masam sikit.

Ban Ayam Kimchi 

Harga: RM4.50

Ban ayam kimchi ni intinya ayam dan kimci. Luarnya pula sos gochujang. Bagi bebudak, ban ni agak pedas buat mereka lah bahagian luar. Bagi saya lah kan, intinya ada lah rasa sikit ayam dan kimchi. Tapi kimchi dia tak rasa masam sangat. Saya pun ambil masa jugak baru ada rasa nak makan ban ni. Haha.

Ban Ayam Bulgogi

Harga: RM4.50

Ban ni ini isi ayam cincang bulgogi. Inti boleh tahan banyak. Sedap tak pedas. Boleh dinikmati pelbagai peringkat umur. Yang penting, tak suka makanan Korea boleh cuba ini sebab kena dengan tekak orang Malaysia.

Piza Ayam DAEBAK

Harga: RM4.24 per slice (1/6)

Tak makan makanan Korea? Boleh cuba piza Daebak. Satu potongan pun boleh tahan mengenyangkan tau. 'Topping' nya ialah ayam, sos korea dengan lada capasicum hijau. Tak pedas dan rasanya boleh tahan. Makan panas-panas lagi sedap. Boleh cuba panaskan guna 'microwave' ataupun 'airfryer'. Lagi sedap!

Semua makanan ini sudah boleh didapati di semua outlet AEON Delicatessen dan La Boheme di AEON mulai 3 Oktober 2022. Manakala makanan ini juga boleh didapati di AEON BiG bermula 17 Oktober 2022. Menakjubkan lagi apabila makanan ini mendapat sambutan diluar jangka pada beberapa hari lepas sebelum pelancaran rasmi. Beberapa jenis makanan cepat terjual hingga membuatkan AEON dan MAMEE telah meningkatkan produksi pemprosesan makanan. Ini bermaksud makanan yang dihasilkan sedap dan mampu dinikmati oleh orang ramai.

Jennifer Chee selaku wakil MAMEE turut berkata, “MAMEE FOOD SERVICE berbangga kerana dapat bekerjasama dengan peruncit gergasi seperti AEON untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan makanan berasaskan Korea kepada peminat Mamee serta pelanggan AEON. Yang lebih menarik, konsep produk yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak adalah makanan yang ringkas dan boleh terus dimakan. Maka, kolaborasi ini menjadi lebih menarik dan seterusnya mampu menggamit peminat Mamee untuk menikmati tawaran di AEON Delicatessen ini.”

Jennifer Chee, Pengarah MAMEE FOOD SERVICE.

Untuk informasi tambahan, lapan rangkaian makanan yang sedia ada merupakan fasa pertama dalam kolaborasi AEON X DAEBAK dalam menyediakan makanan sedia dimakan. Ada beberapa makanan lain yang masih lagi dalam proses penyelidikan dalam memberikan lebih banyak pilihan makanan Korea kepada pengunjung.

Makanan kat sini memang halal sebab La Boheme dan AEON Delicatessen memang ada sijil halal dan setiap proses makanan mereka diselia. Jadi tak perlu ragu dah kalau nak cuba makanan Korea di AEON. Yang penting, akan ada lagi rangkaian makanan tambahan kolaborasi AEON X DAEBAK ni, mungkin mi? mungkin kimbap? Ha kena tunggu sama-sama.

Apa-apa boleh ke AEON dan AEON BiG cari makanan Korea siap dimakan!

Saturday 1 October 2022

AEON LANCAR KOLEKSI BUSANA PENGANTIN SEDIA UNTUK DIPAKAI (RTW Bridal Collection)

KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Dalam fasa selepas endemik, ramai yang mula melangsungkan majlis perkahwinan sama ada yang baru sahaja berkahwin ataupun sudah berkahwin tapi belum sempat mengadakan majlis akibat PKP. Maka musim perkahwinan ketika ini bertambah meriah justeru permintaan untuk mendapatkan pakaian pengantin mampu milik semakin meningkat. 

AEON Malaysia melancarkan koleksi busana pengantin siri Puteri di AEON Alpha Angle baru-baru ini.

Oleh itu AEON CO. (M) BHD. (AEON) mengambil langkah untuk melancarkan koleksi busana pengantin yang bertemakan “Permaisuri Sehari” sesuai dengan permintaan ramai. Oleh itu majlis pelancaran telah dilaksanakan di AEON Mall Alpha Angle, Wangsa Maju baru-baru ini dengan menampilkan koleksi busana pengantin kali pertama.

AEON dengan bangganya memperkenalkan busana pengantin dan juga busana pengapit di bawah label Puteri sedia untuk dipakai (RTW/Ready-to-Wear) dengan harga mampu-milik dan tersedia dalam pelbagai saiz. Untuk mendapatkan koleksi busana pengantin ini, pelanggan boleh mendapatkannya di lapan (8) cawangan AEON terpilih iaitu di AEON Taman Maluri, Alpha Angle, Bandar Utama, MidValley, Shah Alam, Kota Bharu, Kuching dan Nilai.

Busana pengantin berpasangan di AEON.

Antara koleksi yang tersedia secara fizikal di AEON.

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia, “AEON memang faham cabaran untuk merancang perbelanjaan perkahwinan jadi bila tibanya peluang untuk membantu mengurangkan stress, label PUTERI terus mengambil inisiatif untuk memperkenalkan koleksi busana yang mesra-bajet, moden dan dengan 15 pilihan yang boleh terus dipakai serta tersedia dalam semua saiz.”

Sebenarnya pelancaran koleksi bermula dengan pameran perkahwinan sejak 26 September lalu, cuma kali ini pameran perkahwinan “Permaisuri Sehari” bukan sahaja menampilkan koleksi Puteri tapi juga turut disertai oleh Shasha’s Designer, Ghadeez KL, Ikhwan Designer, Nana Bridal dan Jess Wedding. Pameran ini membantu memperkenalkan pemilik busana pengantin tempatan dan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pelanggan AEON untuk mendapatkan pelbagai pakej perkahwinan dan busana pengantin. 

 
Busana pengantin dari Shasha’s Designers.

Busana pengantin sedondon daripada Nana Bridal.

Busana pengantin wanita rekaan klasik dan moden berasaskan songket dari Ikhwan Mohamad.

Kesemua jenama terbabit yang turut hadir juga memperlihatkan koleksi busana mereka dalam satu pertunjukan fesyen yang meriah dan menarik. Pada hari pertunjukkan juga, Aini Sophie iaitu pemenang Miss Malaysia Kebaya 2018/2019 dan Ikon Wanita Melayu 2019 turut memperagakan koleksi Puteri bersama-sama dengan pemenang peraduan kempen media sosial AEON “Permaisuri Sehari”, sebuah kempen media sosial iaitu Nursyuhaidah Mohd Razib dari Keramat, Nurul Natasha Jamaludin dari Ampang dan Rosnazira Jamil dari Penang. 

Ikon Wanita melayu bersama tiga pemenang kempen “Permaisuri Sehari” AEON.

Buat ketika ini, busana pengantin boleh didapati secara fizikal sahaja di lapan buah cawangan seperti di atas. Busana pengantin bukan sahaja untuk wanita tapi juga lelaki dengan pelbagai saiz dan kemasan. Untuk busana pengantin AEON, busana pengantin rekaan tradisi Melayu tradisi dan moden sahaja yang ada, namun jangan bimbang, rekaan tradisi kaum dan agama busana pengantin lain mungkin akan menyusul.

Bagi saya adalah berbaloi untuk mendapatkan pakaian pengantin di sini kerana kualitinya yang kemas, rekaan malar segar tanpa sarat, mudah mendapatkan saiz, sopan dan harga yang berpatutan. Harga pakaian pengantin di sini sekitar RM100-RM300 sahaja. Sewa pun lagi mahal tau. Berbaloi kan! Pakaian pengantin Puteri AEON ni sesuai juga untuk dipakai pada mana-mana majlis lain. 

Antara perincian rekaan busana pengantin AEON. Rekaan tidak sarat dan malar segar serta tampak elegan.

Jemput lah ke AEON yang berkenaan untuk lihat sendiri koleksi busana pengantin ini ya!