Thursday 17 August 2023

MIG Tandatangani Memorandum Perjanjian Bersama Akademi MEATECH untuk latihan industri

WISMA METROWEALTH, PJCC , 16 OGOS 2023- Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara MEATECH CREATIVE ACADEMY (MEATECH) dan METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) telah berlangsung dengan kehadiran para media, pelajar MEATECH, wakil MIG dan artis serta pengarah veteren tanah air. MOA ini dilaksanakan untik menyahut seruan pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan Latihan Industri (LI) kepada para pelajar yang dapat memberi pengalaman sebenar industri serta pembelajaran lebih luas.

MOA bersama MIG dan MEATECH

Umum mengetahui, MIG merupakan antara syarikat produksi yang sentiasa mencipta serta melahirkan bintang terkenal selama 23 tahun MIG ditubuhkan. Antara artis yang bermula di MIG adalah seperti Shahiezy Sam, Nora Danish, Farid Kamil, Lisa Surihani, Intan Ladyana dan Liyana Samsudin.

Ini selaras dengan visi MIG iaitu Bintang Dicipta Bukan Dilahir. Bagi Mr. David Teo, selaku CEO MIG, bukan hanya bintang malah Karyawan Serta Anak Seni juga boleh dicipta menjadi pakar yang hebat. Bermula dari bawah hinggalah ke atas, MIG memberi pendedahan kepada artis mereka hingga menempa nama di industri tanah air.

David Teo, Ketua Pegawai Eksekutif MIG

Misi Pembangunan Modal Insan sentiasa diterapkan dalam MIG demi menggalas tanggungjawab dalam mencipta pelapis baharu dan konsistensi MIG membuka peluang di antara MIG dan Meatech untuk menjalinkan kerjasama.

MOA ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meatech Creative Academy, Puan Shahralin Bt Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mr. David Teo, diringi oleh Ketua Pegawai Urusan Meatech Creative Academy, Mohd Zaharizan Bin Abdul Mubin dan turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Persijilan Kompetensi JPK, Encik Mohd Sukri Bin Ismail.

Sesi menandatangani MOA

Pelaksanaan LATIHAN INDUSTRI (LI) DAN INTERNSHIP DALAM SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) ini dilihat dapat membantu para pelajar merasai sendiri bagaimana penggiat seni menghasilkan sebuah karya yang berkualiti bermula dari proses awal hingga ke proses yang terakhir.

MOA ini tertakluk pada perisian perjanjian persetujuan perkongsian kemahiran dan peluang dari pihak MIG kepada pelajar Meatech Creative Academy untuk diserap masuk ke bidang pekerjaan industri seni kreatif yang sebenar. Menurut David Teo, pelajar yang mengikuti latihan industri mereka dijaga dari segi kebajikkan termasuk elaun bulanan dan tempat tinggal bagi yang memerlukan. Ini untuk memastikan para pelajar dapat memberikan komitmen yang bagus.

Kerjasama strategik bakal dilaksanakan bagi mempromosikan memorandum perjanjian ini demi mencapai Matlamat Bersama untuk melahirkan lebih ramai Bakat Muda dalam industri seni.

Pada majlis yang sama juga, majlis penyerahan Diploma Kemahiran Malaysia Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy kepada Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi dan Aziz M Osman atas kejayaan mereka menamatkan pengajian serta menyumbang perkongsian pengalaman besar kepada para pelajar.

Aziz M Osman menerima sijil diploma daripada MEATECH

Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi menerima sijil diploma

Dalam masa yang sama, pelajar kumpulan pertama dari MEATECH yang sedang menjalankan latihan industri di MIG turut mendapat penghargaan.

Bersama pelajar kumpulan pertama daripada MEATECH


Untuk maklumat lanjut boleh layari https://metrowealth.com.my dan https://www.meatech.edu.my .

Thursday 27 July 2023

HUAWEI MALAYSIA MENYAMBUT KECEMERLANGAN ARTISTIK MELALUI MAJLIS ANUGERAH ZOOM INTO MALAYSIA 2023

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2023 – Huawei Malaysia telah meraikan kegemilangan Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia dengan majlis anugerah yang meriah di The Raw Studio oleh Metal Bees. Acara tersebut meraikan bakat-bakat luar biasa di sebalik lensamengiktiraf pemenang-pemenang dengan hadiah-hadiah yang dinantikan seperti HUAWEI P60 Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeBuds 5Sambutan yang menggalakkan terhadap peraduan ini mempamerkan komitmen Huawei untuk memupuk kreativiti dalam komuniti fotografi di Malaysia.

Pemenang utama XMAGE AWARD 2023

Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia, yang berlangsung dari Mei hingga Jun, berjaya menarik seramai 4,100 peserta dariseluruh Malaysia, menyediakan platform yang menarik bagipara profesional dan penggemar fotografi dan videografi mobiluntuk mempamerkan kemahiran fotografi dan videografi merekayang unik. Para peserta dijemput untuk merakam keindahan Malaysia yang mengagumkan menggunakan telefon pintar Huawei, membolehkan mereka mengekspresikan kreativiti dan perspektif mereka dalam menggambarkan pemandangan alamyang unik dan detik budaya yang meriah.


Trofi dan hadiah utama.

Encik Victor Xu, Pengarah Negara Huawei Malaysia Consumer Business Group (CBG) menyatakan, “Kami kagum dengan tahap kreativiti dan kepintaran yang ditunjukkan oleh semua pesertaPeraduan Fotografi Zoom Into Malaysia bukan sahaja merakamkan visual yang menakjubkan tetapi juga menyatukan para jurugambar dari pelbagai latar belakang, masing-masing menyumbangkan penceritaan unik mereka melalui lensa telefon pintar Huawei.”


Encik Viktor Xu

Dilancarkan pada 2022, jenama XMAGE memberi tumpuankepada sistem optikalstruktur mekanikalteknologi imbasandan pemprosesan imej dalam bidang fotografiKeempat-empat asas XMAGE kini membentuk prinsip teknologi kamera telefon pintar baharu Huawei yang tersedia dalam Siri HUAWEI Mate50 Kamera Apertur Ultra dan HUAWEI P60 Pro Telefoto Ultra Lightning Kameramenghasilkan imej yang mengagumkan siang dan malam dengan keupayaan menangkap cahaya penuh yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.


HUAWEI PRO.

Dengan sokongan teknologi XMAGE, Huawei terusmemperkasakan jurugambar dengan alatan termaju untukmerakam keindahan landskap dan detik budaya Malaysia. Dalam pandangan ke hadapan, Huawei tetap berkomitmen untuk memupuk kreativiti dan memajukan fotografi melalui teknologi inovatif. Masa depan menjanjikan harapan besar bagi komuniti fotografi, kerana Huawei terus menolak sempadan teknologi pengimejan dan memberi inspirasi kepada juru gambar untuk menjelajahi alaf baru.

Majlis penyampaian anugerah.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Huawei yang akan datangsila lawati Laman Web Rasmi HUAWEIlaman Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram.

Friday 7 July 2023

Ayam Bakar Oh-Semm The Chicken Rice Shop Jadi Menu Kekal!

Kuala Lumpur, 4 July 2023 - The Chicken Rice Shop (TCRS) menjangkau ulang tahun yang ke-23. Sempena sambutan ulang tahun ini, TCRS sangat teruja untuk mengumumkan kembalinya Ayam Bakar Oh-Semm (ABOS) yang sangat dinanti-nantikan dan hidangan ini akan kekal dalam menu. Ini tidak lain tidak bukan kerana permintaan peminat yang menggalakkan, hidangan istimewa ini kini boleh dinikmati di seluruh negara sepanjang tahun! 

Ayam Bakar Oh-Semm

Ayam Bakar Oh-Semm ialah karya kulinari yang dicipta dengan adunan rempah ratus dan dipanggang sempurna untuk menghasilkan aroma yang menggiurkan dan kelazatan yang tak terhingga. Digabungkan dengan ‘Ayam Bakar Oh-Semm Sauce’ yang lain daripada yang lain, hidangan ikonik ini menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan yang pasti membuat anda inginkan lagi.

Demi memenuhi permintaan pelanggan, Ayam Bakar Oh-Semm kini tersedia dalam tiga set berbeza yang sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan atau individu. Sama ada anda makan bersama-sama para sahabat dan ahli keluarga atau pun bersendirian, pilihan menu yang tersedia pasti memuaskan citarasa semua.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa tahun ini sangat istimewa kerana restoran tempatan tersebut kini meraikan ulang tahun yang ke-23 dalam industri F&B. Untuk menambahkan kemeriahan, TCRS mengambil peluang ini untuk memenuhi permintaan para pelanggan dengan mengembalikan hidangan yang sangat digemari ramai.

“Di TCRS, kami menghargai maklum balas pelanggan dan kami komited untuk menyediakan pengalaman santapan yang terbaik bagi mereka. Permintaan yang memberangsangkan untuk Ayam Bakar Oh-Semm telah mendorong kami untuk menjadikannya sebagai item tetap dalam menu TCRS dan kami sangat teruja untuk mengembalikan hidangan ikonik ini supaya pelanggan kami dapat ‘eat like a boss’ with ABOS,” kata Kah Yong.

Sempena sambutan ulang tahun ke-23 dan pengumuman menu Ayam Bakar Oh-Semm, TCRS mengadakan peraduan yang sangat mudah buat pengunjung. Caranya hanya menikmati kelazatan Ayam Bakar Oh-Semm dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik sehingga berjumlah RM50,000 dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023!

Ini pula langkah penuh peraduan Ayam Bakar Oh-Semm sempena ulang tahun yang ke-23:

1) Belanja minimum RM30 dalam satu resit di mana-mana cawangan TCRS
2) Imbas kod QR yang ada di menu Ayam Bakar Oh-Semm di TCRS dan isi google form dan muat naik foto resit & profil sedapZ anda.
3) Lengkapkan slogan “Saya suka Ayam Bakar Oh-semm & TCRS kerana ___” dan hantar penyertaan anda.

Terma dan syarat boleh rujuk di sini -> https://bit.ly/3MX5fOs 

Mudahkan? Lepas bayar dapat resit, bagitau je juruwang untuk ikut peraduan atau minta menu balik untuk imbas kod QR. Terus sertai dengan cepat! Atau boleh je rujuk poster kat bawah ni.

Menu Ayam Bakar Oh-Semm



Baru cuba di cawangan Midvalley, saiz ayam besar. Sangat mengenyangkan!

Ini pula review ringkas saya mengenai menu Ayam Bakar Oh-Semm. Ayam Bakar tak kering tak keras, masih lembut di luar. Rasa ayam pun cukup rempah yang diperam. Tak lokek dari segi rasa serta tak masin. Cukup rasa dari segi masin, manis yang tak seberapa dan tak memuakkan. Bila gabung dengan sos ‘Ayam Bakar Oh-Semm sauce’, terus rasa macam makan kat kedai Melayu betul. Sedap! Sos ni saya rasa macam air asam dengan sedikit manis sos cili. Patut lah banyak peminat sampai jadi menu kekal kan!

Apa lagi? Jom kita sama-sama menikmati warisan masakan tempatan yang pasti menambat hati dan menjamu selera macam bos dengan ABOS!

Untuk maklumat lanjut mengenai menu & peraduan Ayam Bakar Oh-Semm, boleh layari pautan di bawah:

Laman web rasmi: www.thechickenriceshop.com 




Tuesday 27 June 2023

Pencarian Guardian The Face of Healthy Beauty Kembali Dengan Tawaran Hingga Bernilai RM20,000!

Kuala Lumpur, 26 Jun 2023 - Guardian Malaysia kini melancarkan kembali peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB) untuk tahun 2023. Ini merupakan TFHB yang kedua selepas pencarian pertama pada tahun 2019 yang dimenangi oleh empat wanita penuh persona.

Dari kiri: Karyll Chee, Angela Teo, Aimi Ghani dan Yasmin Khalid.

Angela Teo, Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata, “Pencarian pertama The Face of Healthy Beauty Guardian pada tahun 2019 adalah satu kejayaan besar dimana kita telah berjaya menemui ramai wanita Malaysia yang hebat yang melambangkan visi kecantikan sihat kami. Malangnya, disebabkan pandemik kami terpaksa menangguhkan acara tersebut sehingga tahun ini dan kini, kami sangat teruja.”

“Pencarian The Face of Healthy Beauty Guardian BUKAN pertandingan kecantikan. Bahkan kempen ini untuk meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri mereka luar dan dalam, kecantikan dalaman dan luaran mereka.”

“Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria, penyayang dan menginspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara holistik. Mereka juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka,” tambahnya lagi.

Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beautyadalah usaha seluruh negara untuk mencari EMPAT individu yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian. Ini merupakan satu konsep baru yang ditampilkan berbanding sebelum ini apabila TFHB tahun ini turut membuka peluang kepada kaum lelaki untuk menyertai pencarian ini dan bukan hanya terbuka kepada wanita sahaja.

Teo menjelaskan bahawa konsep Healthy Beauty adalah teras falsafah jenama Guardian dan ia terhasil daripada wawasan pengguna yang meyakini bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar.

“Kami mendapati bahawa pelanggan kami percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuh badan yang sihat dan mental yang sejahtera,” kata Teo.

“Dan trend ini juga telah membantu Guardian berkembang daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan, kepada sebuah jenama dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani hidup yang sihat dan indah. Untuk mencapai misi ini, kakitangan jualan kami telah dilatih untuk menjadi penasihat penjagaan kecantikan dan kesihatan, manakala stor kami terus menawarkan produk terkini dan paling inovatif dari seluruh dunia pada nilai terbaik kepada pelanggan,” tambah Teo.

Bagi The Face of Healthy Beauty 2023, sebanyak empat individu akan dipilih menjadi pemenang justeru akan menerima:

• Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian
• Penampilan muka hadapan Katalog Guardian & material jualan lain
• Wang tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000
• Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian
• Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang

Angela Teo bersama bekas peserta dan pemenang TFHB.

Menariknya lagi, peserta yang terpilih menyertai pencarian ini turut berpeluang untuk bekerjasama dengan Guardian dan beberapa jenama lain seperti yang ditawarkan kepada beberapa bekas peserta musim lepas. TFHB turut menjadi platform kepada para peserta untuk meluaskan lagi capaian mereka.

Untuk menyertai pencarian TFHB ini adalah sangat mudah. Syarat tersebut adalah seperti:

- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun ke atas (hingga tiada had umur)
- Lelaki atau wanita
- Menang hantar penyertaan atas talian mulai
- Muat naik video durasi 30 saat menerangkan ‘Mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty’
- Menyediakan satu gambar berukuran penuh (badan)
- Menyediakan satu gambar passport

Penyertaan atas talian dan muat naik video serta gambar boleh dilakukan melalui pautan https://theface.guardian.com.my atau imbas kod QR seperti di bawah. Penyertaan dibuka bermula 26hb Jun 2023 hingga 6hb Ogos 2023.

Imbas kod QR untuk hantar penyertaan anda.

Selepas itu, seramai seratus dua puluh (120) peserta akan disenarai pendek untuk dipilih menghadiri peringkat separuh akhir di:

▪ Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023),
▪ Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023),
▪ Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023) dan
▪ Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023).

Selepas itu, seramai lima peserta separuh akhir dari setiap wilayah akan berentap di Pusingan Akhir yang bakal berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023.

Mulai 18 September 2023 hingga 8 Oktober 2023 juga, pelanggan Guardian juga boleh mengundi di laman mikro untuk memilih pemenang pilihan mereka pada Pusingan Akhir. Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang 40% daripada jumlah markah di Peringkat Akhir.

Butiran lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

Jom ajak kawan-kawan dan ahli keluarga yang berminat serta berpotensi menjadi pebimbing yang baik untuk menyertai pencarian TFHB 2023 ini!

Sedikit tips:
- Pastikan anda boleh bercakap di pentas tak malu dengan kamera. Kerana anda akan bercakap di atas pentas seorang diri dihadapan juri dan orang ramai jika anda terpilih.
- Penampilan menarik dan kemas itu wajib!
- Ambil gambar elok agar nampak anda bersedia. Jangan hantar gambar ‘selfie’!
- Pastikan sosial media anda dalam mod ‘public’ serta nampak kemas dan tak ada benda yang menyebarkan kebencian, politik berlebihan, kelucahan melampau dan sebagainya. Sosial media anda akan memainkan peranan penting dalam pemilihan atas talian tau!

Semoga berjaya!

Maklumat lanjut juga boleh layari:

Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMy
#faceofguardianmy
#FaceofHealthyBeauty2023