Thursday, 17 August 2023

MIG Tandatangani Memorandum Perjanjian Bersama Akademi MEATECH untuk latihan industri

WISMA METROWEALTH, PJCC , 16 OGOS 2023- Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara MEATECH CREATIVE ACADEMY (MEATECH) dan METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) telah berlangsung dengan kehadiran para media, pelajar MEATECH, wakil MIG dan artis serta pengarah veteren tanah air. MOA ini dilaksanakan untik menyahut seruan pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan Latihan Industri (LI) kepada para pelajar yang dapat memberi pengalaman sebenar industri serta pembelajaran lebih luas.

MOA bersama MIG dan MEATECH

Umum mengetahui, MIG merupakan antara syarikat produksi yang sentiasa mencipta serta melahirkan bintang terkenal selama 23 tahun MIG ditubuhkan. Antara artis yang bermula di MIG adalah seperti Shahiezy Sam, Nora Danish, Farid Kamil, Lisa Surihani, Intan Ladyana dan Liyana Samsudin.

Ini selaras dengan visi MIG iaitu Bintang Dicipta Bukan Dilahir. Bagi Mr. David Teo, selaku CEO MIG, bukan hanya bintang malah Karyawan Serta Anak Seni juga boleh dicipta menjadi pakar yang hebat. Bermula dari bawah hinggalah ke atas, MIG memberi pendedahan kepada artis mereka hingga menempa nama di industri tanah air.

David Teo, Ketua Pegawai Eksekutif MIG

Misi Pembangunan Modal Insan sentiasa diterapkan dalam MIG demi menggalas tanggungjawab dalam mencipta pelapis baharu dan konsistensi MIG membuka peluang di antara MIG dan Meatech untuk menjalinkan kerjasama.

MOA ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meatech Creative Academy, Puan Shahralin Bt Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mr. David Teo, diringi oleh Ketua Pegawai Urusan Meatech Creative Academy, Mohd Zaharizan Bin Abdul Mubin dan turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Persijilan Kompetensi JPK, Encik Mohd Sukri Bin Ismail.

Sesi menandatangani MOA

Pelaksanaan LATIHAN INDUSTRI (LI) DAN INTERNSHIP DALAM SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) ini dilihat dapat membantu para pelajar merasai sendiri bagaimana penggiat seni menghasilkan sebuah karya yang berkualiti bermula dari proses awal hingga ke proses yang terakhir.

MOA ini tertakluk pada perisian perjanjian persetujuan perkongsian kemahiran dan peluang dari pihak MIG kepada pelajar Meatech Creative Academy untuk diserap masuk ke bidang pekerjaan industri seni kreatif yang sebenar. Menurut David Teo, pelajar yang mengikuti latihan industri mereka dijaga dari segi kebajikkan termasuk elaun bulanan dan tempat tinggal bagi yang memerlukan. Ini untuk memastikan para pelajar dapat memberikan komitmen yang bagus.

Kerjasama strategik bakal dilaksanakan bagi mempromosikan memorandum perjanjian ini demi mencapai Matlamat Bersama untuk melahirkan lebih ramai Bakat Muda dalam industri seni.

Pada majlis yang sama juga, majlis penyerahan Diploma Kemahiran Malaysia Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy kepada Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi dan Aziz M Osman atas kejayaan mereka menamatkan pengajian serta menyumbang perkongsian pengalaman besar kepada para pelajar.

Aziz M Osman menerima sijil diploma daripada MEATECH

Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi menerima sijil diploma

Dalam masa yang sama, pelajar kumpulan pertama dari MEATECH yang sedang menjalankan latihan industri di MIG turut mendapat penghargaan.

Bersama pelajar kumpulan pertama daripada MEATECH


Untuk maklumat lanjut boleh layari https://metrowealth.com.my dan https://www.meatech.edu.my .

No comments:

Post a Comment