Tuesday, 27 June 2023

Pencarian Guardian The Face of Healthy Beauty Kembali Dengan Tawaran Hingga Bernilai RM20,000!

Kuala Lumpur, 26 Jun 2023 - Guardian Malaysia kini melancarkan kembali peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB) untuk tahun 2023. Ini merupakan TFHB yang kedua selepas pencarian pertama pada tahun 2019 yang dimenangi oleh empat wanita penuh persona.

Dari kiri: Karyll Chee, Angela Teo, Aimi Ghani dan Yasmin Khalid.

Angela Teo, Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata, “Pencarian pertama The Face of Healthy Beauty Guardian pada tahun 2019 adalah satu kejayaan besar dimana kita telah berjaya menemui ramai wanita Malaysia yang hebat yang melambangkan visi kecantikan sihat kami. Malangnya, disebabkan pandemik kami terpaksa menangguhkan acara tersebut sehingga tahun ini dan kini, kami sangat teruja.”

“Pencarian The Face of Healthy Beauty Guardian BUKAN pertandingan kecantikan. Bahkan kempen ini untuk meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri mereka luar dan dalam, kecantikan dalaman dan luaran mereka.”

“Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria, penyayang dan menginspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara holistik. Mereka juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka,” tambahnya lagi.

Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beautyadalah usaha seluruh negara untuk mencari EMPAT individu yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian. Ini merupakan satu konsep baru yang ditampilkan berbanding sebelum ini apabila TFHB tahun ini turut membuka peluang kepada kaum lelaki untuk menyertai pencarian ini dan bukan hanya terbuka kepada wanita sahaja.

Teo menjelaskan bahawa konsep Healthy Beauty adalah teras falsafah jenama Guardian dan ia terhasil daripada wawasan pengguna yang meyakini bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar.

“Kami mendapati bahawa pelanggan kami percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuh badan yang sihat dan mental yang sejahtera,” kata Teo.

“Dan trend ini juga telah membantu Guardian berkembang daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan, kepada sebuah jenama dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani hidup yang sihat dan indah. Untuk mencapai misi ini, kakitangan jualan kami telah dilatih untuk menjadi penasihat penjagaan kecantikan dan kesihatan, manakala stor kami terus menawarkan produk terkini dan paling inovatif dari seluruh dunia pada nilai terbaik kepada pelanggan,” tambah Teo.

Bagi The Face of Healthy Beauty 2023, sebanyak empat individu akan dipilih menjadi pemenang justeru akan menerima:

• Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian
• Penampilan muka hadapan Katalog Guardian & material jualan lain
• Wang tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000
• Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian
• Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang

Angela Teo bersama bekas peserta dan pemenang TFHB.

Menariknya lagi, peserta yang terpilih menyertai pencarian ini turut berpeluang untuk bekerjasama dengan Guardian dan beberapa jenama lain seperti yang ditawarkan kepada beberapa bekas peserta musim lepas. TFHB turut menjadi platform kepada para peserta untuk meluaskan lagi capaian mereka.

Untuk menyertai pencarian TFHB ini adalah sangat mudah. Syarat tersebut adalah seperti:

- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun ke atas (hingga tiada had umur)
- Lelaki atau wanita
- Menang hantar penyertaan atas talian mulai
- Muat naik video durasi 30 saat menerangkan ‘Mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty’
- Menyediakan satu gambar berukuran penuh (badan)
- Menyediakan satu gambar passport

Penyertaan atas talian dan muat naik video serta gambar boleh dilakukan melalui pautan https://theface.guardian.com.my atau imbas kod QR seperti di bawah. Penyertaan dibuka bermula 26hb Jun 2023 hingga 6hb Ogos 2023.

Imbas kod QR untuk hantar penyertaan anda.

Selepas itu, seramai seratus dua puluh (120) peserta akan disenarai pendek untuk dipilih menghadiri peringkat separuh akhir di:

▪ Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023),
▪ Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023),
▪ Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023) dan
▪ Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023).

Selepas itu, seramai lima peserta separuh akhir dari setiap wilayah akan berentap di Pusingan Akhir yang bakal berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023.

Mulai 18 September 2023 hingga 8 Oktober 2023 juga, pelanggan Guardian juga boleh mengundi di laman mikro untuk memilih pemenang pilihan mereka pada Pusingan Akhir. Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang 40% daripada jumlah markah di Peringkat Akhir.

Butiran lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

Jom ajak kawan-kawan dan ahli keluarga yang berminat serta berpotensi menjadi pebimbing yang baik untuk menyertai pencarian TFHB 2023 ini!

Sedikit tips:
- Pastikan anda boleh bercakap di pentas tak malu dengan kamera. Kerana anda akan bercakap di atas pentas seorang diri dihadapan juri dan orang ramai jika anda terpilih.
- Penampilan menarik dan kemas itu wajib!
- Ambil gambar elok agar nampak anda bersedia. Jangan hantar gambar ‘selfie’!
- Pastikan sosial media anda dalam mod ‘public’ serta nampak kemas dan tak ada benda yang menyebarkan kebencian, politik berlebihan, kelucahan melampau dan sebagainya. Sosial media anda akan memainkan peranan penting dalam pemilihan atas talian tau!

Semoga berjaya!

Maklumat lanjut juga boleh layari:

Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMy
#faceofguardianmy
#FaceofHealthyBeauty2023



No comments:

Post a Comment