Monday 18 September 2023

MAD Coffee Kini Di 7-Eleven Malaysia

14hb September, Puchong - MAD Coffee kini rasmi di 7-Eleven Malaysia dengan tema #IAMMAD. MAD Coffee merupakan minuman kopi susu bersumberkan tumbuhan daripada MAD Foods iaitu jenama dari negara jiran kita Singapura.

Pelancaran MAD Coffee di 7-Eleven Malaysia

MAD Foods diasaskan oleh dua rakan iaitu Angelique dan Bobby pada tahun 2019 untuk mencipta minuman yang mudah, sihat dan lestari. Oleh itu jenama MAD komited untuk menghasilkan minuman berasaskan tumbuhan tanpa soya, tenusu dan kekacang.

Selalunya apabila seseorang ingin meminum kopi tanpa tenusu, kekacang dan sebagainya terpaksa pergi ke kedai kopi yang menyediakan kopi yang dibuat khas. Kopi tersebut pula selalunya dijual dengan harga yang lebih mahal. Di sini lah MAD Coffee mencipta peluang menembusi pasaran tersebut.

Pelancaran di 7-Eleven Malaysia

Mendapat sambutan hangat di negara asal dengan produk kopi susu mereka, kini MAD Coffee tembus ke Malaysia sejak bulan julai tahun 2023 dan rasmi dengan pelancaran di kedai serbaneka 7-Eleven pada 14hb September 2023.

Angelique, pengasas MAD Foods

Menurut Angelique, dia ingin orang membeli MAD Coffee kerana kesedapan kopi tersebut baru lah memikirkan mengenai kelebihan kopi itu kemudian. Ini adalah kerana dia ingin orang ramai minum MAD Coffee atas kualiti rasa kopi tersebut.

Apa itu MAD Coffee?

MAD Coffee menggunakan biji kopi arabika dan di bru sejuk. Penggunaan biji kopi arabika ini sesuai untuk kebanyakkan orang kerana lebih lembut dan beraroma.

Kopi yang dibru sejuk pula akan menghasilkan kopi dengan kadar keasidan rendah serta rasa yang lebih lembut.

Susu yang digunakan pula merupakan susu oat yang sedia maklum penuh dengan khasiat. Rasa susu oat pula hampir mirip dengan susu lembut bahkan susu oat juga terasa manis semula jadi! Sebab tu MAD Coffee tiada tambahan gula tau.

Tiga jenis MAD Coffee

MAD Coffee datang dengan kopi tin bersiap 200ml dan mempunyai tiga jenis variasi yang menjadi pilihan iaitu Decaf, Single Shot dan Double Shot. Setiap variasi kopi pula turut diwakili oleh tiga karakter kartun berbeza iaitu Max, Miles dan Maua. Ketiga-tiga karakter menunjukkan personaliti tahap kopi masing-masing.

Dari kiri: Maya (Decaf), Miles (Single Shot) dan Max (Double Shot)

Maka MAD Coffee ni boleh jadi kopi pertama untuk sesiapa yang ingin meminum kopi ataupun pilihan baru peminat kopi.

Perancangan Masa Hadapan

MAD Coffee cuba untuk memenuhi penghantaran stok je cawangan 7-Eleven di Malaysia dan berhasrat ingin mengembangkan lagi kepelbagai rangkaian agar lebih ramai orang boleh menikmati MAD Coffee.

Memandangakan MAD Coffee merupakan produksi di bawah MAD Foods, jenama MAD Foods bakal mengeluarkan minuman susu oat jenama mereka sendiri.

Peraduan #GetMAD menang RM500 setiap hari!

Sempena pelancaran MAD Coffee di 7-Eleven Malaysia, MAD Coffee dengan berbesar hati memberi hadiah sebanyak RM500 melalui peraduan #GetMAD setiap hari selama 30 hari bermula hari pelancaran!

RM 500 untuk dimenangi setiap hari!

Caranya:

1. Beli minuman MAD Coffee dari mana-mana 7-Eleven Malaysia di Semenanjung.

2. Tangkap gambar atau video.

3. Muat naik gambar atau video di Instagram atau TikTok.

4. Follow akaun @iammad.co dan tag 3 orang kawan.

5. Guna #IAMMAD dan #GetMAD

Pastikan akaun Instagram atau TikTok anda adalah 'public' supaya penganjur boleh tengok post anda. 30 pemenang akan dipilih setiap hari dari 14hb September sehinga 13hb October 2023.

Maklumat penuh peraduan boleh baca di Terma & Syarat

Review MAD Coffee

Memandangkan saya pergi sendiri ke pelancaran ini, saya dah cuba rasa ketiga-tiga variasi MAD Coffee. Review berdasarkan tekak saya yang bukan seorang kaki minum kopi ya!

Sesi merasa kopi

Decaf: Kopi Decaf ni lebih rasa susu oat berbanding kopi. Manis tapi tak muak. Susu oat boleh rasa manis berkrim tanpa berlemak. Rasa kopi pun masih boleh terasa. Ini kegemaran saya. 
Decaf - Karakter Maya

Single shot: Rasa dia lebih kurang macam decaf tapi lebih rasa kopi. Rasa macam kopi susu dalam tin biasa.
Single Shot - Karakter Miles

Double shot: Bayangkan rasa kopi susu kaw. Macam tu la rasanya. Rasa kopi kuat tak tak terlampau kuat sampai pahit. Saya pun masih boleh teguk dengan amannya. Haha.
Double Shot - Karakter Max

Kesimpulan daripada apa yang saya boleh rasa, ketiga-tiga kopi ni tak buat kan saya sakit kepala atau sakit perut. Selalu kalau saya minum kopi dalam tin atau kopi segera selalu sakit kepala lah, pening la dan rasa nak membuang lah. Ini semua aman-aman.

Paling penting, tak ada rasa susu manis muak berlemak tu. Manis cukup-cukup berkrim gitu. Semua lembut masuk tekak.

Harga pula tak semahal kopi buatan khas di kedai kopi. Harga berbeza-beza antara 7-Eleven tau. Sangat berbaloi kalau nak minum kopi ni sebab boleh jaga kesihatan sekali.

Apa lagi? Jom dapatkan MAD Coffee di 7-Eleven Malaysia sekarang!

Sunday 17 September 2023

KOPSTAR Bawa A.I Piano Buatan Malaysia Bertaraf Antarabangsa Ke KL City Art Gallery

16 September 2023, Kuala Lumpur - Pada hari Malaysia yang bersejarah ini telah berlangsungnya Majlis Tandatangan Kolaborasi antara Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) bersama KL City Art Gallery untuk menempatkan sebuah unit piano dengan terknologi ‘Artificial Intelligence’ (A.I) daripada Music Hive bagi tujuan program demonstrasi.

Ahli Lembaga KOPSTAR dan ahli KOPSTAR.

Program demonstrasi ini berlangsung selama tiga bulan dengan tambahan tiga bulan Bermuda dari 16hb September 2023. Piano yang dimaksudkan ialah P.Ramlee Classic A.I Smart Piano daripada Music Hive. Piano berteknologi A.I pertama buatan Malaysia bertaraf antarabangsa ini boleh sesuai untuk orang yang baru atau teringin belajar piano kerana piano ini dicipta untuk memudahkan pemain senang mengikut nota muzik dengan perisian yang pintar. Bak kata pencipta piano ini, Encik Peter, anda dapat pandai bermain piano secara asas hanya dengan tiga minit sahaja. Menakjubkan bukan?

Ben Fatah juga turut melakukan demonstrasi.

Orang awam adalah sangat dialu-alukan untuk ke KL City Art Gallery diruangan Cafe untuk merasai sendiri kehebatan piano buatan Malaysia. Orang awam boleh turut bermain secara ‘walk-in’ ataupun tempahan melalui KL City Art Gallery. Tiada sebarang caj akan dikenakan untuk memasuki KL City Art Gallery dan bermain piano ini. Semuanya ada lah percuma.

Bersesuaian lah dengan ‘tagline’ Music Hive “A Piano In Every Home”, piano ini boleh dimainkan oleh semua peringkat kepandaian. Dengan harga RM4,800, pengunjung yang berminat boleh membeli piano baru yang sama jenis secara terus atau ansuran serendah RM182 sebulan dengan beberapa plan ansuran seperti 12 bulan, 24 bulan dan 36 bulan.

KOPSTAR mensasarkan penjualan sebanyak 100 unit bagi variasi P.Ramlee Classic A.I Smart Piano ini. Pada masa yang sama, KOPSTAR juga dalam perancangan untuk menampilkan tujuh lagi jenis piano daripada Music Hive di KL City Art Gallery.

Daripada hasil jualan ini, keuntungan sebanyak 10% akan disalurkan kepada tabung KOPSTAR, 10% akan disalurkan kepada tabung Cahaya KOPSTAR dan 10% akan disalurkan kepada tabung Haiwan Liar KL City Art Gallery. Tidak secara langsung, program ini dapat menjana pendapatan dan keterlibatan kedekut pihak daripada sudut ekonomi, pendidikan dan promosi.

Majlis tandatangan kolaborasi KOPSTAR bersama KL City Art Gallery diwakili oleb Puan Maizon (kiri) dan Dato’ Rohayati.

Apa itu KOPSTAR?

Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) adalah merupakan badan koperasi yang berdaftar pada 5hb Mac 2009 di bawah akta suruhanjaya koperasi malaysia. Ia merupakan koperasi yang dianggotai oleh penggiat-penggiat seni muzik, perfileman, produksi, media, tv dan radio serta individu-indivdu yang terlibat secara langsung di dalam industri seni malaysia. Penubuhan KOPSTAR bertujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggota nya melalui aktiviti-aktiviti yang di jalan kan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi.

Setelah COVID-19, semua program dan perancangan terpaksa dibekukan dan bertahan dengan segala upaya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan sehingga tempoh waktu tersebut.

Pada penggal 2023, KOPSTAR telah mengadakan mesyuarat agong tahunan bertempat di Kota Damansara mendapat sebulat suara bagi senarai ahli lembaga KOPSTAR terkini yang mengangkat Dato’ Rohayati Binti Hj Sa’ayan sebagai pengerusi, Aishah Sanan (setiausaha), Ahmad Wafiuddin (bendahari) dan ahli lembaga KOPSTAR iaitu Ismail Mohd Sharif, Pakaruddin Lahasim, Nor Farahan Zainudin Mohd Noor Bin Mohd Zain. Sejurus itu, kini KOPSTAR bangkit semula dengan kepimpinan terbaru bagi membaik pulih ekonomi dengan mendapat sokongan dari dua pihak penaja iaitu Music Hive dan KL City Art Gallery Kuala Lumpur.

Music Hive - Kedai Alat Muzik Tempatan

Music Hive merupakan kedai alat muzik berasal dari Sabah ini sememangnya sudah terkenal di negeri di bawah bayu. Kini Music Hive mempunyai beberapa cawangan di Sabah, satu di Bandar Baru Puchong dan satu lagi bakal di buka di Maluri Cheras.

Pemiliknya Encik Peter merupakan peminat P.Ramlee, oleh itu beliau memutuskan untuk menamakan alat muzik beliau dengan nama Peter Ramlee atau singkatannya P.Ramlee. Piano yang dihasilkan oleh Music Hive ialah piano Malaysia pertama yang dikeluarkan dan dilancarkan di peringkat antarabangsa.

Seni Bersama KL City Art Gallery

KL City Art Gallery yang bertempat di Wisma YBR, Taman Seputeh, Kuala Lumpur ini merupakan galeri untuk meraikan kreativiti, toleransi dan keterbukaan untuk pelbagai idea budaya dan seni. Galeri ini juga mempamerkan karya artis Malaysia dalam semua genre untuk mencerminkan pemikiran mereka tentang isu sosiobudaya kita.

Di galeri ini juga, pelbagai bengkel turut diadakan untuk orang awam boleh sertai. 

P.Ramlee Classic A.I Smart Piano.

Anda adalah sangat dialu-alukan ke KL City Art Gallery untuk mencuba sendiri P.Ramlee Classic A.I Smart Piano. Bawalah rakan-rakan dan keluarga anda. Anda boleh datang secara terus atau tempat slot bermain melalui KL City Art Gallery KL di 013-394 7717 (WhatsApp atau buat panggilan).

Untuk maklumat lanjut melalui KOPSTAR boleh layari laman web www.kopstar.com.my .

Thursday 7 September 2023

MARRYBROWN FIESTA MEXICANA, MENU BAHARU HIDANGAN KHAS MEXICO.

MALAYSIA, 18 OGOS 2023 – Hola warga Malaysia! Anda sudah bersedia untuk mencuba hidangan terbaru? Mengangkat konsep hidangan khas Mexico, Marrybrown, restoran perkhidmatan pantas tempatan terbesar memperkenalkan menu terbaharunya: Fiesta Mexicana! Menu terbaharu ini disempurnakan dengan gabungan rasa manis, masam, dan segar yang pastinya akan memikat citarasa rakyat tempatan! Para pelanggan berpeluang menikmati hidangan istimewa ini bermula pada hari ini sehingga hujung bulan September!


Marrybrown sentiasa menyediakan ‘sesuatu yang berbeza’ untuk peminat Memang Best mereka. Keterujuaan kali ini, menawarkan pelbagai menu khas Mexico seperti Mexicana Chicken & Chips, Mexicana Chicken Wrap, Mexicana Feast, Nacho Cheesy Crunch dan banyak lagi.

Istimewanya untuk hidangan khas Mexico - Mexicana Feast terletak pada sos istimewa Mexicana, Salsa Fresca, Corn Chips dan juga air minuman Fresca Frizz.

“Untuk melengkapi pengalaman yang berbeza, Marrybrown sememangnya mengutamakan sajian yang unik dalamusahasama oleh Penyelidikan dan Pembangunan kami, yang menitikberatkan kepuasan pelanggan dalam menyajikan hidangan yang istimewa. Kami sedar bahawa anak-anak muda tempatan kini lebih berani mencuba citarasa yang berbeza. Oleh itu, kami yakin bahawa Fiesta Mexicana ini akan mendapat sambutan yang positif oleh masyarakat!” kata Dato’ Joshua, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Menu Fiesta Mexicana adalah seperti berikut:

Mexicana Chicken & Chips
Sajian dengan potongan ayam rangup bersama sos istimewa Mexicana yang manis dan pedas, Salsa Fresca berserta dengan kentang goreng. Juga datang dengan segelas Fresca Fizz.
Harga: bermula daripada RM17.90. 


Kombo Mexicana Chicken Wrap 
Disajikan bersama dengan kepingan ayam yang dihidangkan dengan Salsa Fresca dan sos istimewa Mexicana yang pasti menggiurkan!Turut datang dengan segelas Fresca Fizz.
Harga: bermula daripada RM18.90.

Kombo 2-ketul Mexicana Chicken  
Setiap hidangan kombo didatangkan dengan 2-ketul Mexicana Chicken dan segelas Fresca Fizz yang segar bersama hidangan sampingan Corn Chips dan Salsa Fresca.
Harga: bermula daripada RM20.80.


Mexicana Feast 
Dilengkapi dengan 1-ketul Mexicana Chicken, Mexicana Chicken Wrap, Corn Chips, dan segelas Fresca Fizz. 
Harga: bermula daripada RM25.80. 


Nacho Cheesy Crunch
Menu tambahan.
Harga: bermula daripada RM6.20.


Apple Pie 
Menu tambahan.
Harga: bermula daripada RM3.50.


“Pelancaran menu Fiesta Mexicana oleh Marrybrown ini akan disusuli dengan pelbagai menu baharu yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Kami tidak sabar untuk menerima keterujaan para penggemar kami dalam menikmati keenakan hidangan terbaharu ini, sekaligus menjadikan hidangan khas Mexico ni akan menjadi menu keunggulan bagi mereka,” kata Dato’ Joshua.

Menu Fiesta Mexicana ini sudah boleh didapati di Restoran Marrybrown sekarang sehingga 30hb September ini sahaja.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. 

Review ringkas Menu Fiesta Mexicana:

Saya pesan menu Mexicana Feast, menu Kombo Mexicana Chicken Wrap dan menu tambahan Apple Pie.

Mexicana Feast.

Ayam Rangup Marrybrown tentu-tentu dah rangup, bila salut dengan sos Mexicana pun masih rangup lagi. Masih sedap dimakan tak lembik!

Untuk sos Mexicana ni, rasanya ala-ala sos bbq berasap pedas tak manis sangat. Kalau budak kecil mungkin tak tahan. 

Salsa Fresca pula terbaik. Rasa salsa masam sikit dengan potongan timun, tomato dan bawang tu serasi sangat nak makan dengan Corn Chips dan Ayam Rangup Marrybrown. Mak saya pun suka tau. Salsa Fresca terbaik!

Corn Chips kat Marrybrown ni saya suka! Tak masin lepas tu tak buat gatal tekak. Rasa jagung tu ada. Antara Corn Chips paling sedap saya pernah rasa. Rangup lagi!

Bagi Mexicana Chicken Wrap, mula-mula tengok ala macam nipis kecil je. Tapi tidak ya, makan boleh kenyang. Isi dia ketulan Ayam Rangup Marrybrown dengan sos Mexicana istimewa dengan salsa. Kalau tambah Corn Chips kat dalam mungkin jadi lebih sedap.

Air minuman Fresca Frizz rasa dia masam-masam. Rasa macam teh dengan sedikit air asam jawa tapi bukan lah air asam jawa pun cuma rasa seakan-akan. Tambah dengan daun pudina, air rasa masam segar. Bila makan dengan menu Mexicana Feast macam kenduri. Sedap serasi. Makan minum makan minum je kerja.

Akhir sekali ialah Apple Pie. Panas-panas rangup, memang mengancam. Paling penting tak terlampau manis isi kat dalam. Tak muak nak makan. Boleh jadi menu tetap ni. 

Atas dari kiri: Mexicana Feast, Apple Pie, Apple Pie (Inti dalam)
Bawah dari kiri: Kombo Mexicana Chicken Wrap, Fresca Frizz, Chicken Wrap (Inti dalam)

Apa lagi jom cuba menu Mexicana Feast di Marrybrown sekarang!

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari pautan di bawah:

Laman Web: https://marrybrown.com/

Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

TikTok: Marrybrownmy

Threads: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

#MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBFiestaMexicana

Wednesday 6 September 2023

CUTI-CUTI MALAYSIA BERSAMA GUARDIAN DENGAN PEMBELIAN MINIMUM RM20!

Kuala Lumpur, 5 September 2023: Guardian hari ini melancarkan “Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”, sebuah kerjasama pintar unik bersama Tourism Malaysia bagi mempromosikan pelancongan domestik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang destinasi pelancongan tempatan.

Perasmian Kempen Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian.

Bermula 4 September hingga 1 Oktober 2023, kempen selama sebulan oleh Guardian dan Tourism Malaysia ini juga menawarkan hadiah bernilai sehingga RM200,000 untuk dimenangi melalui peraduan yang akan diadakan sempena kempen ini.

Anna Hull, Pengarah Komersial Malaysia & Brunei, Pengarah Jenama Sendiri Asia Tenggara Guardian berkata: “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk membantu memantapkan pelancongan domestik di Malaysia. Saya sendiri sebagai seorang ekspatriat yang telah beberapa tahun menetap di Malaysia, boleh memberi jaminan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai beberapa destinasi percutian terbaik di dunia. Pasti ada sesuatu untuk semua orang di sini.

Anna Hull.

“Dan kami ingin rakyat Malaysia tahu bahawa dimana sahaja anda berada di Malaysia, Guardian sentiasa bersedia untuk menyediakan segala keperluan kesihatan dan kecantikan yang anda perlukan untuk percutian anda.

“Kami memiliki lebih 600 stor di seluruh Malaysia, yang menyediakan pelbagai jenis produk farmaseutikal, kesihatan dan kecantikan, jadi stor kami pastinya boleh ditemui dimana sahaja lokasi yang anda lawati di negara ini. Jika anda memerlukan pelindung matahari untuk percutian pantai, snek sihat untuk anak-anak atau sebarang ubat-ubatan untuk luka dan lebam, kami mempunyai produk yang anda perlukan di stor kami.”

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar, yang hadir di majlis pelancaran tersebut menambah, “Kempen promosi bersama Guardian yang tepat pada masanya ini bertujuan untuk menonjolkan keunikan budaya serta keindahan semula jadi yang terdapat di Malaysia dan seterusnya, membantu memperkasakan ekonomi setempat yang dimakmurkan dengan adanya pelancongan domestik. Dan memandangkan orang ramai perlu kekal sihat dan cergas semasa melancong, tiada cara yang lebih baik daripada bekerjasama dengan Guardian Malaysia yang memiliki stor di setiap destinasi pelancongan di seluruh negara.

Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Guardian yang menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan untuk semua jenis perjalanan, contohnya seperti percutian pantai peranginan, percutian keluarga, percutian tanah tinggi dan percutian penggemar makanan.”

Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar.

Anna turun berkata bahawa waktu kempen ini diadakan iaitu pada bulan September juga sangat bermakna kerana ia adalah bulan sambutan Hari Malaysia.

“Ia sememangnya waktu yang baik untuk menyambut Hari Malaysia dan menunjukkan semangat cintakan tanah air dengan berkunjung ke lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Malaysia pada musim cuti. Di samping menikmati juadah dan kudapan yang lazat, pada masa yang sama kita membantu menaikkan ekonomi tempatan. Lebih ramai orang melancong di dalam negara, lebih banyak mereka akan berbelanja dan membantu penduduk setempat,” jelas Anna.

Sehubungan dengan itu, Anna turut berkongsi bahawa Guardian akan bekerjasama dengan beberapa pempengaruh media sosial yang akan turut terlibat dalam penghasilan kandungan untuk mempromosikan kempen pelancongan domestik ini.

Bersempena dengan kempen “Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”, Guardian juga akan mengadakan peraduan seluruh negara, dimana pelanggan Guardian yang berbelanja sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah percutian, kesihatan dan kecantikan bernilai sehingga RM200,000.

Hadiah Utama Basikal.

Antara hadiah utama yang bakal dimenangi ialah:
• Sebuah Basikal Brompton C-Line : Basikal Lipat Keluli Klasik
• Baucar pelancongan domestik bernilai RM12,000
• Sunway Camp Out 2Hari1Malam 
• Pas masuk Sunway Lagoon
• Bagasi Samsonite 

Banyak lagi hadiah menarik yang boleh didapati. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, cara penyertaan dan hadiah lain "Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian" boleh klik di pautan ini -> https://campaign2023.guardian.com.my/ 

“Jadi, jom “Cuti -Cuti Malaysia Bersama Guardian” dan jangan lupa untuk membuat persediaan rapi untuk semua keperluan penjagaan kecantikan, penjagaan dan kebersihan diri anda dengan Guardian untuk menikmati percutian yang lebih menyenangkan,” jelas Anna mengakhiri ucapannya.

Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY

#cuticutiMYbersamaguardian
#GuardianMYApp
#guardianMy
#malaysiatrulyasia