16 September 2023, Kuala Lumpur - Pada hari Malaysia yang bersejarah ini telah berlangsungnya Majlis Tandatangan Kolaborasi antara Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) bersama KL City Art Gallery untuk menempatkan sebuah unit piano dengan terknologi ‘Artificial Intelligence’ (A.I) daripada Music Hive bagi tujuan program demonstrasi.
Ahli Lembaga KOPSTAR dan ahli KOPSTAR. |
Program demonstrasi ini berlangsung selama tiga bulan dengan tambahan tiga bulan Bermuda dari 16hb September 2023. Piano yang dimaksudkan ialah P.Ramlee Classic A.I Smart Piano daripada Music Hive. Piano berteknologi A.I pertama buatan Malaysia bertaraf antarabangsa ini boleh sesuai untuk orang yang baru atau teringin belajar piano kerana piano ini dicipta untuk memudahkan pemain senang mengikut nota muzik dengan perisian yang pintar. Bak kata pencipta piano ini, Encik Peter, anda dapat pandai bermain piano secara asas hanya dengan tiga minit sahaja. Menakjubkan bukan?
Ben Fatah juga turut melakukan demonstrasi. |
Orang awam adalah sangat dialu-alukan untuk ke KL City Art Gallery diruangan Cafe untuk merasai sendiri kehebatan piano buatan Malaysia. Orang awam boleh turut bermain secara ‘walk-in’ ataupun tempahan melalui KL City Art Gallery. Tiada sebarang caj akan dikenakan untuk memasuki KL City Art Gallery dan bermain piano ini. Semuanya ada lah percuma.
Bersesuaian lah dengan ‘tagline’ Music Hive “A Piano In Every Home”, piano ini boleh dimainkan oleh semua peringkat kepandaian. Dengan harga RM4,800, pengunjung yang berminat boleh membeli piano baru yang sama jenis secara terus atau ansuran serendah RM182 sebulan dengan beberapa plan ansuran seperti 12 bulan, 24 bulan dan 36 bulan.
KOPSTAR mensasarkan penjualan sebanyak 100 unit bagi variasi P.Ramlee Classic A.I Smart Piano ini. Pada masa yang sama, KOPSTAR juga dalam perancangan untuk menampilkan tujuh lagi jenis piano daripada Music Hive di KL City Art Gallery.
Daripada hasil jualan ini, keuntungan sebanyak 10% akan disalurkan kepada tabung KOPSTAR, 10% akan disalurkan kepada tabung Cahaya KOPSTAR dan 10% akan disalurkan kepada tabung Haiwan Liar KL City Art Gallery. Tidak secara langsung, program ini dapat menjana pendapatan dan keterlibatan kedekut pihak daripada sudut ekonomi, pendidikan dan promosi.
Majlis tandatangan kolaborasi KOPSTAR bersama KL City Art Gallery diwakili oleb Puan Maizon (kiri) dan Dato’ Rohayati. |
Apa itu KOPSTAR?
Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) adalah merupakan badan koperasi yang berdaftar pada 5hb Mac 2009 di bawah akta suruhanjaya koperasi malaysia. Ia merupakan koperasi yang dianggotai oleh penggiat-penggiat seni muzik, perfileman, produksi, media, tv dan radio serta individu-indivdu yang terlibat secara langsung di dalam industri seni malaysia. Penubuhan KOPSTAR bertujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggota nya melalui aktiviti-aktiviti yang di jalan kan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi.Setelah COVID-19, semua program dan perancangan terpaksa dibekukan dan bertahan dengan segala upaya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan sehingga tempoh waktu tersebut.
Pada penggal 2023, KOPSTAR telah mengadakan mesyuarat agong tahunan bertempat di Kota Damansara mendapat sebulat suara bagi senarai ahli lembaga KOPSTAR terkini yang mengangkat Dato’ Rohayati Binti Hj Sa’ayan sebagai pengerusi, Aishah Sanan (setiausaha), Ahmad Wafiuddin (bendahari) dan ahli lembaga KOPSTAR iaitu Ismail Mohd Sharif, Pakaruddin Lahasim, Nor Farahan Zainudin Mohd Noor Bin Mohd Zain. Sejurus itu, kini KOPSTAR bangkit semula dengan kepimpinan terbaru bagi membaik pulih ekonomi dengan mendapat sokongan dari dua pihak penaja iaitu Music Hive dan KL City Art Gallery Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment