Wednesday 2 January 2019

Desa Home Adakan Jualan Hebat Besar-Besaran – Promosi Harga Murah Untuk Barangan Kelengkapan Rumah

Assalammualaikum,

Selalunya nak masuk tahun baru ni ramai yang tengah survey dan tetunggu-tunggu jualan murah kan? Ada yang dah terfikir nak beli barangan kelengkapan rumah yang baru, gantikan yang dah lama ataupun rosak atau saja nak beli untuk pengantin baru.

Ha, jadi oleh sebab tu saya nak kongsi pengalaman saya memborong dan meninjau Jualan Hebat Besar-Besaran oleh Desa Home ni!


Di hadapan ruang masuk Desa Home di One City, USJ. Masuk-masuk
boleh nampak besar dah. Tak sabar nak merembat!

Desa Home pada tahun lepas aje telah mengadakan jualan Akhir Tahun dan Clearance Stock sehingga 1/01/2019. Namun jangan risau, anda masih berpeluang lagi rembat promosi jualan awal tahun baru sehingga stock promosi habis! 



Saya ambil peluang ni cepat-cepat ke Desa Home cawangan One City, USJ. Masa datang tu ramai yang dah duduk-duduk kat depan kaunter nak bayar. Jadi ramai orang pun datang masih selesa lagi dan ramai staff akan membantu.
Apa yang saya sempat borong ialah Air Fryer Phillips, Microwave Oven Sharp, Headphone Sony dan Earphone Pioneer. Semua ni hanya RM 701! Jimat sehingga RM 510! Jimat banyak sangat tuuuu!


Microwave jenama SHARP hanya RM 189 daripada RM 279!

Ni pula Sony headphone yang cantik sangat sangat harga asal RM 105
jadi RM 95. Beli untuk kawan yang tolong tangkapkan gambar saya ni.
Katanya mengidam nak headphone. Jadi belikan aje lah~ Hadiah birthday
terus. Hehe.

Ini ialah CINTAAAA. Lama dah mengidam Philips Air Fryer ni! Dok tengok iklan kat FB, Youtube dan TV pasal bendalah ni. Ya Allah. Dapat jugak akhirnyaaaaaa. RM 399 daripada RM 799 tu! Rembat terus. Saya dapat
stock kedua terakhir beserta free gift baking tray dua. Happy sangat-sangat teramat!

Lepas saya beli kan diri sendiri earphone Pioneer untuk diri sendiri~
Harga RM 18 daripada RM 28! Staff Desa Home kata, ni dia pakai sendiri,
pintal punya pintal punya pakai dia kata tahan lama. Saya pun ONz!
Selain itu anda juga boleh dapatkan produk terkemuka lain seperti Samsung, LG, Toshiba, Haier, Hisense, Electrolux, Onkyo, Marantz, Denon, KEF, Wharfedale, Klipsch, TEAC, Cambridge Audio, NAD, Polk Audio, Paradigm, BMB, BIK, D-Voice dan banyak lagi lah! Sebab Desa Home ni merupakan pengedar berkeutamaan bagi produk-produk di atas. Mereka mempunyai pengetahuan jelas akan produk ni. Ha, jangan risau kalau nak tanya apa-apa tau.
Semua staff kat situ friendly sangat-sangat sampai nak test theatre set ala wayang pun boleh! Sepanjang tinjauan dan berinstagram situ, staff semua senyum happy je. Macam ni baru best shopping!
Mari saya tunjukkan anda beberapa barangan jualan potongan harga kaw kaw lain pulak kat Desa Home ni. Lihat saja gambar-gambar saya sempat snap di Desa Home:


TV ku TV mu jua~ 

Ni promosi cantik punya~ Nanti kalau pindah rumah nak beli satu~
Sebab fungsi dia ada separate items and bagus untuk orang
kaki kena penyakit alergik macam saya ni. Tunggu saya ye baby!

Samsung ada sini! Ada special price tau!

Sebanyak banyak peti sejuk, mana kah yang akan berada di rumah anda?

Tengok lah promosi banyak ni~ Ada lagi banyak tau aircond murah. Saya saja up gambar ni sebab
nak acah duta aircond kejap~

Suggested untuk datang ke tempat ni pertama untuk rembat barang. Sebab sangat-sangat limited stock atas ni! Lepas
tu baru pusing satu kedai okie. Kalau letih jangan risau, ada tempat duduk~

Dengar ada jualan hebat? Dengar kata saya sempat rembat?
Eceh ceh ceh. Anda bila lagi?

Comel tak saya?

Aduh nak beli mana eh?

Sini pun ada hob and hood tau~ Boleh tengok design yang ada. Promosi
jugak ler~ Pengantin baru bulan 12 tu, meh rembat!

Buka buka buka! Bukakanlah dompetmu!

Hmmm, canggih benor oven. Macam besi dari baju Iron Man je. 

Benda yang saya sangat suggest untuk anda beli ialah barangan kelengkapan dapur, peti sejuk, pendingin hawa dan dekat section khas clearance sale depan kaunter kat Desa Home. Boleh rujuk beberapa gambar yang tengah dalam jualan di Katalog Jualan Stok Selagi Ada
Pergi cepat-cepat ya!
Maklumat lanjut, korang boleh dapatkan di :


Sebelum habis entri, set reminder anda dan bagitau keluarga dan rakan-rakan anda untuk datang ke : 

[JUALAN HEBAT DESA HOME]

Tarikh : Awal tahun sehingga habis stok
Lokasi : 
Desa Home HQ : Ground Floor, Anchor Tenant, Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur.
Desa Home [One City Mall] : One Space at One City Jalan USJ 25/1C, One City, 47100 Subang Jaya, Selangor

Extra - Bilik cuba try test home theatre and karoake lounge dorang. Lawa gilossssss. Macam personal wayang pun ada. Ada 3 bilik semuanya iaitu bilik mini pawagam, bilik full set home theatre dan bilik karoake ala VIP gitu.



Bilik full set home theatre~

Bilik mini pawagam~

Bilik karaoke VIP style gitu~

Saranghaeyo <3 

Itu sahaja kali ini~ Selamat ber-shopping, selamat ber-Desa Home dan selamat jumpa lagi. Tata~

1 comment:

  1. Kita pun nak shopping jugak. Best tengok barang canggih-canggih

    ReplyDelete