Friday, 18 October 2019

ETIQA Memberi Perlindungan Ke Atas Penyakit Mental, Pertama di Malaysia!

20hb September lepas secara rasminya ETIQA mengiktiraf penyakit mental sebagai salah satu penyakit kritikal yang boleh dilindungi di bawah pelan perlindungan kesihatan kritikal tambahan mereka (atau dikenali sebagai 'critical illness rider').

Saya berkesempatan untuk menghadiri perasmian ini. Justeru itu saya lebih boleh memahami apa itu Pelancaran 'IL CI Plus with Mental Illness' di Bangunan ETIQA Bangsar. Buat pengetahuan semua, perasmian turut mengadakan sesi ruang bicara panel mengenai masalah mental namun saya 'skip' terlebih dahulu untuk saya bicarakan lebih khusus apa itu 'IL CI Plus with Mental Illness'.

ETIQA IL CI Plus 

Sebagai pengenalan awal, topik kesihatan mental kini lebih terbuka dan diterima oleh masyarakat berbanding sebelum ini yang dianggap tabu. Bahkan lebih sinonim dengan perkataan 'gila', 'meroyan' dan 'dahagakan perhatian'. 

Namun dengan kehadiran sosial media, kekerapan pakar psikologi yang berkongsi informasi dan pesakit yang meluahkan perasaan, menjadikan situasi ini nampak jelas oleh masyarakat. Bahawasanya isu ini dialami oleh pelbagai peringkat umur tidak mengira bangsa, latar belakang ataupun jantina. Isu kesihatan mental ini merupakan isu yang makin menjadi-jadi dan meningkat dari masa ke masa.

"Lebih mengejutkan, melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2017 yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 27% penduduk menghidapi penyakit mental!"

Penyakit mental ini agak berbahaya jika dibiarkan kerana penyakit ini adalah bentuk disfungi yang akan menjurus pelbagai masalah seperti faktor risiko penyakit lain, kecederaan fizikal dan lain-lain. Bahkan penyakit mental ini adalah penyakit kritikal dan memerlukan rawatan. Sebahagian rawatan mental pula boleh menjurus kepada perbelanjaan yang agak banyak terutama kes yang berat.

Sesi pelancaran IL CI Plus dengan tambahan perlindungan penyakit Mental oleh YB Hannah Yeoh selaku Timbalan
Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Oleh itu ETIQA mengambil inisiatif untuk mengiktiraf kesihatan mental ini sebagai satu perkara yang serius dan harus dibantu. Sekurang-kurangnya kita dapat melepaskan kerisauan dari segi perbelanjaan rawatan jika benda ini terjadi kepada diri sendiri ataupun orang terdekat. Di bawah merupakan beberapa perkara penting untuk diketahui dalam pelan perlindungan kesihatan tambahan mereka.

1. Apa itu ETIQA Critical Illness Rider - Pelan Perlindungan Kesihatan Kritikal Tambahan

Pelan Perlindungan Kesihatan Kritikal Tambahan ini merupakan pelan tambahan yang boleh diambil oleh pelanggan insurans di ETIQA. Pelan seumpama ini yang pertama kali di Malaysia ini merupakan sebahagian daripada IL CI Plus (Investment-Linked Critical Illness Plus rider).  Pelan ini berbeza dengan pelan perlindungan kesihatan yang lain dari segi senarai dan jumlah penyakit kritikal yang tersenarai.
"IL CI Plus Rider mempunyai 68 senarai penyakit kritikal yang boleh dilindungi seperti diabetis, kegagalan buah pinggang, kanser, strok, aids, koma dan terbaharu penyakit mental."
Contohnya jika anda ingin melanggan pelan ini, anda perlu terlebih dahulu melanggan salah satu pelan induk seperti Pelan Asas SecureLink Investment-Linked di ETIQA kemudian tambah sahaja IL CI Plus Rider.

2. Penyakit Mental yang boleh dilindungi.

Meskipun ETIQA telah memasuki penyakit mental dibawah perlindungan insurans mereka, tidak semua penyakit mental yang boleh dilindungi. Buat masa sekarang hanya 4 penyakit mental yang diiktiraf seperti dibawah:

a. Gangguan Bipolar Afektif
b. Gangguan Kemuruan Utama @ Major Depressive 
c. Schizophrenia
d. Gangguan Schizoafektif

Untuk pengesahan, surat dan sebagainya harus dirujuk kepada pihak ETIQA terlebih dahulu untuk mengenalpasti siapa yang berkelayakkan untuk mengeluarkan bukti kesihatan mental, di mana boleh mendapat rawatan, membuat saringan dan sebagainya.

Anda WAJIB selidik semua ini dan dapatkan penjelasan secukupnya untuk kemudahan anda di masa akan datang. Dapatkan sekali senarai hitam putih yang disahkan oleh pihak ETIQA.

3. Kelayakkan.

Mana-mana pelanggan yang diterima oleh ETIQA atau layak dibawah terma perlindungan berpandukan kepada proses pemohonan yang sedia ada. Pelanggan berusia 2-65 tahun namun perlindungan ini sehingga berumur 100 tahun.

4. Jumlah Perlindungan yang di Tawarkan dan Faedah

Sering kali kita bertanya apa yang saya dapat melalui pelan itu pelan ini bukan? Ini adalah antara yang boleh kita perolehi:

a. Bayaran terus (Lump sum) satu kali
b. Faedah bayaran terus (Lump sum) ialah 15% daripada jumlah perlindungan CI Rider
c. Tuntutan sehingga RM 30,000 setiap satu polisi 

5. Kelebihan IL CI Plus - Pelan Rider Tambahan

Umumnya pelan tambahan kesihatan adalah lebih murah berbanding pelan kesihatan insurans yang dibeli secara asing. Meskipun apabila di tambah dengan pelan induk, bayaran bulanan menjadi lebih tinggi tapi jumlah perlindungan adalah jauh lebih besar. Pelan kesihatan ini juga merujuk kepada insurans atau kad perubatan yang dijual oleh pelbagai nama dan kelebihan. 

Manakala untuk kelebihan yang saya boleh rumuskan secara umum untuk IL CI Plus ini ialah:

a. Lebih murah berbanding langgan secara asing.
b. Sesuai untuk yang berkeluarga/sendiri untuk menjamin dari segi kewangan jika musibah melanda.
c. Melindungi kos perubatan seperti kos rawatan, kos pembedahan, kos ubatan, kos penginapan dan sebagainya tertakluk kepada terma yang disetujui oleh pelanggan.
d. Sebahagian daripada pelan ini bertujuan untuk pelaburan dan pelanggan boleh menerima faedah/dividen atau mana-mana bahagian untung pelaburan tertakluk kepada terma yang disetujui oleh pelanggan.
e. Salah satu cara menabung bulanan 'duit kecemasan' dan melabur secara terkawal dan konsisten.

Apa yang saya kongsikan adalah dalam bentuk ringkas untuk memudahkan anda memahami sedikit sebanyak pelan ETIQA baharu ini. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk di lama rasmi mereka di https://www.etiqa.com.my atau hubungi ETIQA online di 1300-13-8888. Ataupun jumpalah mana-mana ejen ETIQA yang berdekatan.

Peringatan bagi sesiapa yang ingin melanggan mana-mana pelan. Pastikan jangan terpengaruh dengan orang lain
bahawa Pelan insurans dan sebagainya itu membazir bahkan pelan sekarang adalah berbentuk pelaburan. Pastikan juga tidak terpengaruh dengan ejen yang ingin 'menjual' sehingga anda bersusah payah membayar bulanan yang sangat tinggi.

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai ETIQA:


Sebelum menutup entri ini, jika anda rasa anda dalam keadaan murung, sila berjumpa doktor atau cari sesorang untuk meluahkan perasaan. Ambilah pelan yang mengikut kemampuan diri. Tanyalah ejen yang betauliah dan jujur.

Buat ejen di luar sana, jangan hanya menjual dan mementingkan komisen. Ingatlah bahawa ramai yang ingin membeli pelan insurans dan sebagainya tapi tak mampu apabila disuapkan dengan marketing terlampau. 

Apa itu marketing terlampau? Memaksa memujuk rayu pelanggan untuk mengambil pelan tambahan banyak serta momokkan yang menakut-nakutkan orang tentang akibat tidak mengambil insurans. Biarlah berpada-pada jadilah manusia yang memahami kesusahan orang lain juga.

Moga semua dapat info berguna, sehingga berjumpa lagi. Jaga diri.

15 comments:

  1. Zaman sekarang ni insurans memang merupakan keperluan untuk semua individu. Yaya sendiri pun memang dah ambil insurans nyawa dan medical sebelum kahwin. Mana tahu kan so kita sediakan payung sebelum hujan :)

    ReplyDelete
  2. First time reading about insurance coverage for mental illness. Sad to hear that there are nowadays many people suffers from stress, anxiety & depression but good that Etiqa offers such a coverage as protection.

    ReplyDelete
  3. Hi Zandra, lame mix baca blog you. Good post btw. Than you for sharing this information. This kinda service is totally needed now. Take care dear. Have a good weekend.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfat ini. Insurans memang sangat penting. Alhamdulillah, semoga lebih ramai yang beringat-ingat tentang insurans.

    ReplyDelete
  5. Sebagai langkah berjaga-jaga, I pun da ada insurans sendiri. Mungkin boleh masukkan sekali untuk cover mental illness ni. Mana tahu masa depan berguna juga

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah mmg insurance sgt penting walaupun company da sedialan insurance tapi tetap juga buat asing addition incase anything happen in future pd kita

    ReplyDelete
  7. Insuran kad medikal ni memng kene ada setiap orang..kita tak tau apa kan jadi dekat kita..jadi standby..so apa2 berlaku dh ada duit yang boleh bantu

    ReplyDelete
  8. saya setuju bab medikal kad ambillah, especially mereka yang di bandar2 besar di mana hospital awam selalu je penuh dan waiting time sangat tinggi

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing! Medical card is so important nowadays!
    With our living expenses are high , education , medicines, but it's good to have protection in future. Because we might not know what will happened to us.

    ReplyDelete
  10. Wahhh first time dgr insurans utk pesakit mental. Bagus la kan. Medical card ni mmg keperluan tp ada jg yg tak aware

    ReplyDelete
  11. Yes i suka dengan penutup you tu. Marketing bukan main lagi, hujung2 kita jadi mangsa. Dah ada 3x pengalaman buruk. Sis pun sekarang murung dan nak cari kaunselor je rasa. Pernah disurun ke klinik sebab deprsi. Tapi sekarang ok. Baguslah Etiqa dah cover mental illness.

    ReplyDelete
  12. Good to hear about this, mental health is also an issue especially for the modern society.

    ReplyDelete
  13. Jarang dengar insurans yg cover penyakit mental ni. Tapi memang penting pun sekarang sebab penyakit mental dah semakin meningkat sekarang. Orang makin lama makin stress la.

    ReplyDelete
  14. Wow firstime dengar ada pelindungan untuk penyakit mental yer hurmmm menarik ni hehehe tapi kalau orang mental macam mana nak claim balik mereka punya insurance ni wakakaka mungkin keluarga terdekat lah kan..

    ReplyDelete
  15. This is so true dear Zandra... mudah difahami juga tepat dan padat dengan isi yang perlu diketahui... umum mengetahui bahawasanya insurans merupakan antara pelan perlindungan yang penting... walau bagaimanapun, maklumat yang tepat perlulah diberikan agar kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli) beroleh manfaat... thumbs up for the write up Zandra...

    ReplyDelete