Pada 9 dan 10hb Oktober lepas saya telah berkesempatan mengikuti rombongan Tourism Malaysia. Rombongan kali ini berfokuskan kepada Pengembaraan South Eco Kedah Siri Baling dan Kulim. Hanya 2 hari 1 malam je.
Tujuan pengembaraan ini tidak lain tidak bukan untuk mengwara-warakan pilihan destinasi untuk Tahun Melawat Malaysia tahun depan #VisitMalaysia2020 . Namun, kalau nak pergi sekarang pun boleh tau! Jom saya kongsikan apa yang aktiviti menarik serta cerita ringkas perjalanan saya di Baling (tajuk ber-highlight kuning) dan Kulim (tajuk ber-highlight biru).
[Ini adalah entri ringkas trip saya sahaja, entri ini akan disunting dari masa ke masa apabila entri susulan sudah tersedia - harap bersabar, bertendang-tendang dahulu kerana saya nak bagi data secukupnya bagi memudahkan trip anda haha]
Hari Pertama - 9hb Oktober 2019 (Rabu)
1. Bertolak menggunakan ETS dari stesen KL Sentral
Saya bertolak dari rumah seawal 5.00am terus ke KL Sentral untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Kalau tak bertolak awal, nanti terlepas tren yang bertolak pukul 7.12am.
Perjalanan mengambil masa dalam lima jam menggunakan tren ETS dari stesen KTM KL Sentral ke stesen KTM Sungai Petani, Kedah.
Rombongan daripada Kuala Lumpur. Kiri sekali tu Encik Muadz dari Tourism Malaysia tapi tak dapat ikut sekali ada kerja. Haha |
Yang bagi sign peace ni lawa-lawa orangnya. Hahaha. |
2. Makan santai di Sungai Dusun Tok Wan (Kawasan Pak Long)
Sejurus sampai rombongan kami di Stesen KTM Sungai Petani, kami disambut oleh rombongan bahagian utara pulak dan terus menuju ke daerah Baling. Destinasi pertama di Baling ialah Kawasan Pak Long.
Rombongan dari Kuala Lumpur bergabung dengan rombongan dari Utara. |
Sampai-sampai sahaja, kami di alu-alukan dengan beberapa pengenalan dan ucapan daripada Pak Long. Barulah boleh menjamu selera di Sungai. Sambil celup-celup kaki, sambil makan.
Ini lah dia tempat makan kat Sungai. |
Ya saya memang makan banyak. Hahaha. |
Antara rombongan yang masih di meja makan. |
3. Bermain permainan tradisi di Dusun Tok Wan Desa Sentosa (Kawasan Pak Long)
Setelah usai makan, kami ke Dusun Tok Wan pula untuk bermain permainan tradisi yang disediakan oleh Pak Long. Dari tempat makan ke Dusun adalah sangat dekat sebab satu kawasan yang sama. Memandangkan hari tu cuaca kurang baik dek hujan turun, air sungai menjadi deras. Maka permainan tradisi di sungai digantikan dengan permainan di darat.
Sebelum mula permainan, kami diarahkan untuk membuat sebanyak empat pasukan yang akan bertanding antara satu sama lain.
Permainan pertama - Lipatan daun kelapa
Ha yang ni pula akan mengimbau kembali zaman kelas pendidikan seni anda! Setiap pasukan diberikan pelepah dan lantak hangpa lah nak lipat tang mana dan mana asalkan anda dapat menghasilkan beberapa ciptaan yang kreatif!
Ni kumpulan saya. Agak duduk bersepah ya. Hahaha. |
Dari kiri: Mikrofon kut haha, beg tangan dan kipas a.k.a topi fesyen alaf baharu. |
Jika anda masih ingat cerita Tan Sri P.Ramlee yang betajuk Musang Berjanggut anda pasti tahu permainan ini dilakukan.
Ye, sebanyak 4 jenis bahan yang berbentuk butiran kecil seperti beras, bertih jagung, kacang hijau dan gandum yang digaul rata di atas talam. Pasukan yang paling pantas mengasingkan bahan-bahan tersebut akan menjuarai permainan ini.
Semua tercenguk-cenguk kat bawah sebab agak kecil ya semua butiran itu. |
Masa ni saya dah terlalu fokus dan rabun. Yang topi terbalik tu saya ya jangan salah orang meski agak jantan di sini. Haha. |
Nama pun boling kampung jadi memang gaya kampung habis!
Bola untuk lemparan ialah kelapa tua manakala pin ialah botol air. Cara permainan bukan biasa-biasa ya, kena ada teknik ajaib hehe. Sebab salah lempar dia pergi ke tepi langgar orang. Haha.
Sesi demo boling kampung. |
Ini lah pin boling kampung. Kreatif kan! |
Tiga perkataan je nak cakap - gaya lebih je! Haha haruk! |
4. Minum Petang di Ruang Makan Ladang Lebah Kelulut Desa Lestari (Kawasan Pak Long)
Usai permainan kami dibawa untuk melepas lelah di Ladang Lebah Kelulut Desa Lestari. Namun kami terus ke ruang makan di atas untuk menikmati minum petang.
Pintu masuk Ladang Lebah dan Rumah Ndoi. Rumah Ndoi terletak di atas bukit Ladang Lebah ni sahaja. |
Ruang makan Ladang Lebah Kelulut Desa Lestari. |
Sebelum tu macam biasa Pak Long akan menerangkan beberapa perkara seperti kebaikkan madu kelulut, jamuan apa disediakan dan lain-lain. |
En Jefri wakil KTM sedia ber-posing! |
5. Melawat Rumah Ndoi (Kawasan Pak Long)
Rumah Ndoi ni kat atas bukit, cuma perlu panjat sikit. Tak letih pun, ada jalan untuk dilalui. 'Ndoi' bermaksud buaian, jadinya Rumah Ndoi bermaksud Rumah Buaian. Tapi bukan buai laju-laju, buaian hammock yang orang selalu pakai pergi berkemah kat hutan tu.
Nampak sangat klasik! |
Khemah pun ada jugak. |
Tempat ni luas dan selesa untuk bermalam. Lihatlah ada lampu-lampu kat atas. Romantik! |
Di bawah kawasan beratap itulah Ndoi di pasang siap ada kelambu lagi yang bewarna putih tu. |
Romantik kan? |
6. Menginap dan bersantai di Kolam Air Panas Ulu Legong
Waktu malam pun menjelma dan kami pun dah keletihan, maka sudah tiba untuk ke tempat kami menginap. Memandangkan kami ramai, tak muat lah Rumah Ndoi nanti. Hehe.
Ramai yang tak tau sebenarnya kat Kedah ada kolam air panas semula jadi kan??? Ya, semula jadi. Ya, kolam air panas! Kolam Air Panas Ulu Legong ni dibuka tiap hari dan dibuka tiap masa. 24 jam sehari. Perghhhh.
Kat sini ada penginapan di sediakan atau anda boleh berkhemah di tepi air panas. Menarik bukan!
Kolam air panas di Ulu Legong ni luas. Dan ada fasa 2 dan fasa 3 pula dalam pembinaan! |
Sungai kecil yang ada di dalam Ulu Legong ni. Tempat ni rasa dia macam kat luar negara pun ada. Pemandangan sangat-sangat indah dengan bukit-bukau yang nan hijau. |
Bersama Kak Anie (teman sebilik hehe). |
Hari Kedua - 10hb Oktober 2019 (Khamis)
1. Sarapan di Ruang Makan Ladang Lebah Kelulut Desa Lestari
Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi di Ladang Lebah Kelulut Pak Long. Kami di sajikan dengan nasi lemak dan makanan tradisi Pek Nga. Kedua-duanya dibuat sendiri oleh Pak Long dan isteri beliau yang mesra disapa Mak Long.
Pek Nga ni kiranya lempeng kelapa parut gitu. Kalau kat sini, kena makan dengan madu kelulut asli.
Ini lah nasi lemak Mak Long. Bapak serius sedap. Saya makan tiga bungkus pagi itu. Nak ambil lagi takut lain tak cukup makan. Hehe. |
Selain tiga bungkus nasi lemak, saya makan sekeping Pek Nga. |
Pagi-pagi makan nasi lemak dan Pek-Nga. |
2. Melawat Ladang Lebah Kelulut
Sarapan pun sudah, kini tiba untuk kami di bawa melawat ke Ladang Lebah Kelulut untuk merasai sendiri madu kelulut dari bekas dia. Woohoo!
Kat sini, kami di berikan penyedut dan diarahkan untuk sedut bekas madu kelulut terus daripada rumah lebah tersebut. Memang sedikit kelam kabut ya sebab lebah berterbangan, tapi tak perlu risau sebab depa tak gigit.
Dari jauh je ke merakam tu Aryl? HAHAHA. |
Si Irfan ni sebelum kes menyedut, dia di harung lebah kelulut tu. Entah pemanis apa dia pakai. Hahaha. |
3. Berjalan di Tree Top Walk Sungai Sedim
Jambatan yang dipasak sehingga 950m dari awal hingga ke akhir ini dibuat dengan besi bersalut aluminium. Pembinaan dilakukan mengikut kehidupan hutan itu sendiri untuk meminimakan kerosakkan ke atas alam sekitar.
*Informasi dan pengalaman berjalan di Tree Top Walk boleh klik sini*
4. Water rafting di Sungai Sedim
Ini merupakan aktiviti yang terakhir kami di Kulim. Kami menjamu selera dan berpisah mengikut rombongan masing-masing.
5. Balik ke KL dari stesen KTM Bukit Mertajam menggunakan ETS
Kesimpulannya, Pengembaraan South Eco Kedah Siri Baling dan Kulim bersama Tourism Malaysia adalah terbaik! Tak letih sangat, penuh ilmu, kaya budaya dan yang penting indahnya pengalaman.
Terima kasih kepada semua pihak terlibat dari pihak Tourism Malaysia, KTMB, Majlis Daerah Baling dan Majlis Daerah Kulim. Terima kasih jua buat semua orang yang sangat-sangat membantu di dalam pengembaraan ini. Umur panjang, kita jumpa lagi ya!
Kredit gambar secara pukal: Abam-abam Denaihati (@denaihatinetwork) Aryl ( IG @aryl_je ) , Halim dari Harian Metro (@allimsllh), Ika & Ira dari Backpackers, Irfan, En Jefry dari KTMB dan lain-lain lagi yang nama tak disebut. Haha nanti saya minta mereka tuntut ya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tourism Malaysia boleh rujuk di bawah:
Tourism Malaysia
Laman rasmi: https://www.malaysia.travel/ms-my/my
Instagram: https://www.instagram.com/malaysia.truly.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/malaysia.travel.my/
Sebelum menutup entri, diharap anda berkesempatan untuk mengalami keindahan budaya, pemandangan, aktiviti tempatan kita. Kulim dan Baling ni sebenarnya banyak yang anda boleh terokai, lebih lagi daripada apa yang saya kongsi.
Jom lah bercuti di Baling dan Kulim!
Sehingga berjumpa di lain entri!
Paparan Tree Top Walk. Saya tak tau Halim buat apa masa ni, mungkin tengah 'streching' haha. |
Sangat-sangat tenang! |
Ni jambatan yang melintang di atas sungai. Yang menghubungkan antara daerah Baling dan Kulim! |
Bersama Ika yang sangat-sangat muda ya! |
*Informasi dan pengalaman berjalan di Tree Top Walk boleh klik sini*
4. Water rafting di Sungai Sedim
Selepas jalan menikmati keindahan aktiviti 'Tree Top Walk', kini sudah tiba aktiviti yang saya paling tak sabar nak buat iaitu 'Water Rafting'.
Hehe, saya tak lah pemberani bahkan ini kali pertama cuma saya lagi teruja bila buat benda yang saya takut dan mencabar. Di sini memerlukan keyakinan dan ketenangan yang tinggi kerana kami harus berakit di arus jeram yang deras!
Ini pose bangga namanya bila berjaya dapatkan warna pelindung kepala dan jaket keselamatan bewarna biru. |
Bukan saya. Haha. |
Sebelum 'briefing' dimulakan. |
5. Balik ke KL dari stesen KTM Bukit Mertajam menggunakan ETS
Kami dari rombongan KL dibawa menggunakan bas ke stesen terdekat iaitu Stesen KTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Masa perjalanan sampai ke stesen KL Sentral ialah dalam 4 jam lebih.
Sebelum tu, gambar kumpulan lagi. Haha. |
Touch down! Sampai stesen KL Sentral dan semua pun dah barai! Jap yang belakang sekali tu siapa? Ohmy! |
Kesimpulannya, Pengembaraan South Eco Kedah Siri Baling dan Kulim bersama Tourism Malaysia adalah terbaik! Tak letih sangat, penuh ilmu, kaya budaya dan yang penting indahnya pengalaman.
Terima kasih kepada semua pihak terlibat dari pihak Tourism Malaysia, KTMB, Majlis Daerah Baling dan Majlis Daerah Kulim. Terima kasih jua buat semua orang yang sangat-sangat membantu di dalam pengembaraan ini. Umur panjang, kita jumpa lagi ya!
Kredit gambar secara pukal: Abam-abam Denaihati (@denaihatinetwork) Aryl ( IG @aryl_je ) , Halim dari Harian Metro (@allimsllh), Ika & Ira dari Backpackers, Irfan, En Jefry dari KTMB dan lain-lain lagi yang nama tak disebut. Haha nanti saya minta mereka tuntut ya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tourism Malaysia boleh rujuk di bawah:
Tourism Malaysia
Laman rasmi: https://www.malaysia.travel/ms-my/my
Instagram: https://www.instagram.com/malaysia.truly.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/malaysia.travel.my/
Sebelum menutup entri, diharap anda berkesempatan untuk mengalami keindahan budaya, pemandangan, aktiviti tempatan kita. Kulim dan Baling ni sebenarnya banyak yang anda boleh terokai, lebih lagi daripada apa yang saya kongsi.
Jom lah bercuti di Baling dan Kulim!
Sehingga berjumpa di lain entri!
menarik gile tempat die siap ade khemah bagai lagi..boleh ajak member2 ni try sane plak next year..
ReplyDeletesalam singgah n done follow
Seronoknya lahai dapat aktiviti macam ni. Lagi lagi kalau pergi dengan kawan sebab banyak outdoor. Perhh best ambik gmbr banyak banyak.
ReplyDeleteBelum pernah ke sini, baharru tau tempat nj. Sesuai disyokan untuk mereka yang suka adventure.
ReplyDeleteBestnya semua aktiviti. Dah pernah pergi dah tree top walk tu best mandi air terjun semua. Tak sabar nak repeat lagi
ReplyDeleteWow I would love to be in such a beautiful place. The white water rafting must be really enjoyable and challenging at the same time.
ReplyDeleteSeronoknya tengok aktiviti mereka menarik giler yang best makan kat dalam sungai tu and teguk madu kelulut kita pernah cuba sekali jer madu tu hehehehe banyak yang menarik kat Kedah kita nak pergi sana juga hujung bulan ni boleh pergi tempat-tempat ini kan..
ReplyDeleteBanyak juga tempat menarik kat sana. Dulu saya study kat belah utara tak tau pulak pasal tempat2 ni. Nampak sangat nerd haha btw thanks for sharing this!
ReplyDeleteBestnyaaa pergi sini. Taktahu pulak ada tmpt mcmni kat kedah. Huhu ni mmg kena try pergi ni
ReplyDeleteWah... Bestnya! Penjelajahan yang cukup padat, aaktiviti yang menarik, penuh budaya, adat dan sejarah.
ReplyDeleteMemang plan nak bawak family pi kolan air panas tu nanti.
bagusnya baling skrang ni, banyak dah tarikan pelancong untuk menjana ekonomi di sana. tahniah kedah!
ReplyDeletepoker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
ReplyDeleteayo di kunjungi agen AJOQQ :D