Wednesday 1 February 2023

Tayangan Malam Gala Coast Guard: Ops Helang Meriah!

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2023 – Filem Coast Guard: Ops Helang telah jayanya dilancarkan pada Malam Gaya Tayangan Perdana di pawagam ibu negara. Majlis malam gala ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Bin Nasarah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan beberapa media lain.




Filem ini diterbitkan oleh Flying Deals Sdn. Bhd dan Arie Zahari Production serta penerbit bersekutu dan edaran Metrowealth International Group (MIG) telah menzahirkan setinggi ucapan terima kasih kerana amat menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) dan Dana Kandungan Marketing kepada filem ini demi memastikan filem Coast Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.


Filem aksi ini dibarisi oleh pelbagai barisan pelakon terkenal seperti Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana dan Sabri Yunus sebagai barisan utama. Manakala, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Illiyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah dan Joe Aziz sebagai barisan pelakon pembantu.

Filem karya terakhir pengarah terkemuka iaitu Allahyarham Pitt Hanif berjaya menjadikan Coast Guard mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara. Fenomena baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milik APMM didedahkan secara eksklusif dalam filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan tidak termasuk nilai aset milik APMM yang digunakan. Aset seperti kapal Maritim, helikopter dan bot rigid hull ‘KILAT’ banyak diperlihatkan.

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan. Melalui filem ini, penonton dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata-mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.


Tajuk Filem : COAST GUARD: OPS HELANG
Durasi : 85 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama, Aksi
Klasifikasi : P13
Pengarah : Allahyarham Pitt Hanif
Pelakon : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.
Penerbit : Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production
Edaran : Metrowealth International Group (MIG)

Baca review filem di sini [Review Filem Coast Guard: Ops Helang 2023]

File COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pada 2 Februari 2023 ini!

No comments:

Post a Comment