Friday, 12 December 2025

AEON MALL Festive Season is here with DC Chibi Christmas!

AEON MALL proudly presents Merrier Christmas Ever, a festive celebration filled with colour, joy and unforgettable experiences for families and shoppers, happening now till 1st January 2026. This year, AEON MALL brings an exciting highlight—Exclusive Limited-Edition DC Chibi Heroes Premiums, a must-have collectible series that shoppers will definitely want to grab before they’re gone!

DC Chibi Heroes Christmas at AEON Mall Malaysia

Shoppers can redeem these exclusive premiums with 3 combined same-day receipts:

     Limited Edition DC Chibi Heroes Premium with spending of RM1,000 (Non-AEON    Member / Non-UOB Card Holder) or RM600 (AEON Member / UOB Card Holder).
    Unicorn Dessert Forks Set with spending of RM600 (Non-AEON Member / Non-UOB Card Holder) or RM400 (AEON Member / UOB Card Holder).
    Special Santa Paper Bag with spending of RM250 (Non-AEON Member / Non-UOB Card Holder) or RM150 (AEON Member / UOB Card Holder).

Exclusive Premium to Redeem

These seasonal collectibles are limited, premium and absolutely unmissable — a must-grab for every fan and festive collector!

Adding excitement to the celebration, AEON MALL is also hosting a special Count & Win Contest where shoppers stand a chance to win prizes worth RM30,000 by simply spending RM50 in a single receipt at any AEON MALL tenant and count the number of santas at the display board.

This year’s Christmas atmosphere takes a new level of wonder with different themed setups across AEON MALL nationwide — from vibrant DC Heroes zones to charming Christmas Market concepts, offering unique photo spots and heartwarming experiences with loved ones.

One of DC Chibi Attraction

One of the Chrismast Vibrant Attraction

To elevate the festive joy, AEON MALL presents an exciting line-up of activities including the enchanting Fairy Dance, adorable Little Heroes Parade, energetic Mochi Parade, and many more cheerful performances throughout the campaign.




Shoppers are invited to dress up with their loved ones as their favourite superheroes and experience the 1st ever Chibi Heroes Meet & Greet exclusively at AEON MALL — a magical moment not to be missed!


This Christmas, let AEON MALL light up your holidays — more colour, more joy, more magic. Come celebrate the Merrier Christmas Ever and create memories that shine brighter than the season itself. 

Terms and conditions apply.

For more information, please visit:
• Facebook: @AEONMallMY
• Instagram: aeonmallmalaysia
• Tik Tok : aeonmall.malaysia
• Website : www.aeonmallmy.com

Sunday, 7 December 2025

Musim Perayaan Disember Meriah dengan DC Chibi Super Heroes di AEON Mall Seluruh Malaysia

Tahun 2025 bakal melabuhkan tirai maka bermulalah musim perayaan dan musim cuti sekolah pada bulan disember, dengan itu AEON Mall tidak melepaskan peluang ini untuk menyambut musim ini dengan tema DC Chibi dan Krismas di 27 cawangan AEON Mall seluruh Malaysia.

Pelancaran majlis DC Chibi Super Heroes Krismas di AEON Mall

DC Chibi Super Heroes

DC Chibi Super Heroes merupakan karakter ikonik dengan kepala besar yang comel pasti memikat penggemar pelbagai usia dan AEON Mall merupakan yang pertama membawa Belon DC Chibi Super Heroes berskala besar mengelilingi AEON Mall sempena musim perayaan ini.

Hiasan meriah yang pasti membuatkan pengunjung tertarik.

Belon besar yang dibuat khas untuk AEON Mall ini memastikan pengunjung berpeluang untuk melihat dan bergambar sehingga 360 darjah. Pasti ibu bapa dan kanak-kanak turut teruja.

Jangan lepaskan peluang keemasan apabila ke AEON Mall untuk berjumpa dan bermesra dengan watak DC Chibi Super Heroes seperti Wonder Woman dan Superman. Pengunjung boleh berpeluang untuk bergambar mengabdikan kenangaan manis ini.

Kotak Misteri DC Chibi Super Heroes

Berita baik juga buat pengunjung dan peminat DC Super Heroes, pengunjung yang berbelanja minimum RM800 bagi ahli AEON dan pemegang kad UOB atau belanja minimum RM1,000 bagi bukan ahli AEON dan bukan pemegang kad UOB boleh mendapatkan kotak misteri DC Chibi Super Heroes!

Kotak Misteri di AEON Mall

Kotak Misteri mengandungi DC Super Heroes Plush Pillow dengan karakter krismas Wonder Woman, Batman, Superman, Aquaman dan Super Girl. Anda boleh sertai dengan gabungan maksiumum 3 resit bertarikh sama daripada mana-mana kedai di AEON Mall termasuk AEON Retail sendiri!

Pasar bertemakan perayaan Krismas

Disember juga mengalu-alukan kedatangan Krismas maka AEON Mall juga menyerikan pusat beli-belah dengan pasar bertemakan Krismas dengan hiasan yang menarik. Juga, terdapatnya promosi perayaan, hadiah dan aktiviti menarik menunggu pengunjung yang sesuai untuk seisi keluarga.

Karusel dan gashapon yang ada di ruang utama AEON Mall

Antara yang menarik ialah Karusel (Carousel) Krismas seperti di AEON Mall Shah Alam, gashapon, majlis Light-Up Countdown dan macam-macam lagi.

Jom ke AEON Mall!

Jom ramai-ramai ke AEON Mall sekarang!

Mari kita ke AEON Mall pada bulan disember ini dan saksikan sendiri konsep menarik yang pertama menggabungkan DC Chibi Super Heroes dan Krismas.

Friday, 5 December 2025

Butik Evita Mairesse Kini Buka di Kuala Lumpur!

Pereka fesyen kelahiran Indonesia, Evita Mairesse, hari ini mengumumkan pembukaan butik persendirian pertamanya di Heritage House, Kuala Lumpur. Butik eksklusif ini beroperasi melalui janji temu, menjadi satu lagi simbol pencapaian penting dalam perjalanan lima tahun Evita membina jenamanya yang kini diiktiraf di Malaysia dan rantau Asia. Rekaan beliau telah digayakan oleh selebriti terkenal seperti Whulandary, Aishah Sinclair, Ruhainies, serta wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik antarabangsa termasuk Miss Universe, Miss World, Miss Grand dan Miss Charm.

Evita Mairesse (dua dari kiri) ketika upacara memotong riben.

Evita kini dikenali dalam dunia ratu cantik melalui rekaan busana pentas yang anggun dan penuh glamor. Dedikasi dan kreativiti Evita telah melayakkan beliau digelar Dressmaker to the Beauty Queens, sebagai pengiktirafan terhadap kehalusan perincian dan rekaan busana yang menggabungkan keanggunan, keyakinan dan unsur budaya.

Majlis pelancaran yang penuh classy ini disertai ratu cantik, selebriti dan pempengaruh, ramai di antaranya mengenakan rekaan Evita Mairesse. Antara tetamu yang hadir termasuk Eshwin Kaur, Miss Supranational Malaysia 2025, pelakon Natasya Mahyan, model Sharwita, penyanyi Syada Amzah, serta personaliti media Sunshine Kelly dan pengacara televisyen Fiera Afendi.

Tetamu datang menggayakan rekaan Evita Mairesse

Acara ini dihias dengan palet hitam dan putih, identiti signature Evita, serta instalasi bunga di segenap ruang butik yang mencerminkan motif floral berstruktur yang sering digunakan dalam rekaan beliau. Pelancaran ini turut memberi peluang kepada tetamu menghargai kehalusan dan perincian setiap helaian busana couture rekaan Evita. Beberapa busana pertandingan yang pernah digayakan di pentas antarabangsa turut dipamerkan, menonjolkan seni dan ketelitian Evita.

Antara rekaan yang ada di butik.

“Pembukaan butik ini adalah detik istimewa bagi saya. Saya mahu ia menjadi ruang di mana wanita merasa dihargai, mendapat ilham dan di mana setiap rekaan menjadi sebahagian daripada kenangan berharga mereka. Ia juga langkah untuk memperkukuh hubungan dengan pelanggan sambil mengembangkan jenama saya ini dengan cara yang lebih organik dan telus”, jelas Evita.

Evita bersama suami beliau, Fabien
Mairesse

Butik baharu di Heritage House ini bukan sahaja bakal menjadi pusat couture, tetapi juga ruang kreatif untuk prebiu eksklusif, sesi penggayaan dan pertunjukan fesyen. Ia memberi peluang kepada pelanggan memahami visi kreatif Evita dan seni di sebalik setiap helaian rekaannya.

Butik ini menawarkan suasana eksklusif untuk konsultasi tempahan couture, gaun perkahwinan dan gaun karpet merah. Evita Mairesse juga mempunyai satu lagi outlet di Fahrenheit Bukit Bintang yang menampilkan koleksi ready-to-wear termasuk busana tradisional dari label keduanya, Mirnasari.


Monday, 17 November 2025

Ahli Farmasi Guardian Kini Pakar Kulit! Dapatkan Analisis Kulit Percuma Dalam 3 Minit di Guardian Malaysia.

Kuala Lumpur, 15 November 2025 – guardian Malaysia mengumumkan bahawa ahli farmasinya di seluruh negara kini bergelar Pakar Derma Bertauliah. Dengan pengetahuan yang lebih mendalam dan tepat, mereka kini lebih bersedia untuk memberikan rundingan profesional serta menjawab persoalan pelanggan berkaitan penjagaan kulit, terutamanya dalam aspek penjagaan kulit derma dan keperluan kulit sensitif. 


Satu sesi ‘previu’ eksklusif telah diadakan dengan menghimpunkan hampir 150 wakil media, pempengaruh dan tetamu jemputan khas. Para tetamu berpeluang merasai sendiri sesi rundingan peribadi secara bersemuka bersama Pakar Derma Bertauliah. Kaunter pemeriksaan kesihatan kulit dan reruai penyelesaian penjagaan kulit turut disediakan di samping sesi bengkel interaktif. 


Peningkatan pengetahuan ahli farmasi guardian yang diperkasakan dengan penggunaan alat Pemeriksaan Kesihatan Kulit Berasaskan AI kini diperkenalkan di stor-stor Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 seluruh negara. Peranti Pemeriksaan Kesihatan Kulit yang direka dari Korea itu membantu pelanggan mengenal pasti  keperluan kulit mereka menerusi 12 parameter, antaranya kedutan, lingkaran gelap, cela, liang pori dan jerawat, SEMUANYA dalam hanya 3 minit. 


Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, berkata: “Sebagai destinasi pilihan utama untuk semua keperluan penjagaan kulit, guardian Malaysia berbangga menjadi peruncit kesihatan dan kecantikan pertama di negara ini yang mengetengahkan kepakaran ahli farmasi sebagai pakar kulit derma.” 


Beliau menambah bahawa inisiatif ini direalisasikan melalui Akademi Radiance oleh guardian, yang bekerjasama dengan rakan-rakan jenama untuk menyusun dan membangunkan kurikulum yang memfokuskan kepada isu-isu kulit yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk ekzema, jerawat, hiperpigmentasi dan kulit sensitif. 



Sebagai sebahagian daripada kurikulum berstruktur itu, ahli farmasi juga didedahkan kepada pelbagai topik mengenai penjagaan kulit yang disampaikan oleh pakar dan pelatih daripada rakan jenama serta pakar-pakar dermatologi terkemuka Malaysia. 



Kata Pakar: Penjagaan Kulit dan kaitannya dengan Kesihatan Menyeluruh


Turut hadir pada acara tersebut ialah Dr Ch’ng Chin Chwen, pakar dermatologi yang menegaskan: “Kebanyakan orang ‘terlupa’ bahawa kulit merupakan organ terbesar tubuh manusa. Ia berfungsi sebagai ‘perisai’ penting yang melindungi tubuh, organ sensori, membantu dalam sintesis vitamin D dan mengawal suhu badan seseorang. Oleh itu, amatlah penting untuk menjaga kesihatan kulit memandangkan peranannya yang besar dan pelbagai dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan individu.” 


Melihat kepada peningkatan ketara masalah kulit derma dan keperluan kulit sensitif, timbul persoalan sama ada rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang tepat untuk menjaga kesihatan kulit mereka?


Akses kepada nasihat pakar boleh terus dipertingkatkan, dan pengetahuan adalah kuasa. Apabila rundingan dan analisis kulit dilakukan dengan betul, kesedaran terhadap kesihatan sebenar kulit akan membantu individu memilih penyelesaian yang tepat untuk menangani masalah kulit mereka,” tambah Dr Ch’ng. 


Ahli Farmasi guardian: Pakar Derma Mesra Kejiranan Anda


Nasihat pakar tidak seharusnya disamakan dengan maklumat rambang dari Internet atau petua turun-temurun daripada keluarga, sahabat dan rakan sekerja. “Terlalu banyak maklumat terdapat di luar sana dan sebahagiannya tidak tepat. Ini menyebabkan pelanggan keliru atau tersilap faham,” jelas Priscilla. 


Hasrat untuk menawarkan analisis kulit peribadi menggunakan peranti berkuasa AI di samping memastikan pelanggan mendapat akses kepada ‘maklumat yang betul’, telah menjadi pencetus kepada penubuhan Akademi Radiance. Dengan sokongan rakan-rakan jenama dalam menyusun kurikulum komprehensif untuk ahli farmasi guardian, inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran ahli farmasi guardian Malaysia, malah ia menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan profesional berterusan yang membolehkan mereka memperoleh mata CME (Continuous Medical Education).


“Pelancaran Pemeriksaan Kesihatan Kulit Berasaskan AI dan Pensijilan Kepakaran Derma untuk ahli fasmasi kami menegaskan komitmen guardian Malaysia untuk memperkasakan ANDA dengan pengetahuan dan panduan yang tepat ke arah kulit yang lebih sihat,” kata Priscilla.




Mereka yang mempunyai kebimbangan tentang kesihatan kulit digalakkan untuk mendapatkan rundingan daripada Pakar Derma Bertauliah kami. Ahli MYguardian Rewards berpeluang menikmati baucar ganjaran dan kit sampel. Ketahui lebih lanjut di Derma Skin Lab guardian Malaysia

#guardianNo1

#guardianSkinHealthCheck

#MYguardian


Saturday, 30 August 2025

4Forty & Cloudworks Entertainment Lancarkan “Cinta Sampai Akhir”

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2025 – Cloudworks Entertainment dengan bangganya mempersembahkan pelancaran rasmi “Cinta Sampai Akhir”, single terbaharu daripada trio vokal Malaysia 4Forty, dalam satu persembahan eksklusif di Saprah KL. Acara ini menghimpunkan barisan suara hebat termasuk ikon vokal negara Jaclyn Victor, Noryn Aziz, dan Dina Nadzir.

Pelancaran single “Cinta Sampai Akhir”

Persembahan istimewa ini yang dihadiri pihak media, pemimpin industri, dan para peminat, menjadi satu lagi pencapaian penting bagi Cloudworks Entertainment — sebuah syarikat yang terkenal dalam pengurusan dan penerbitan projek muzik berkualiti tinggi di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Terdiri daripada Adeep Nahar (bekas anggota The Fabulous Cats), Luqman Hakim, dan Mohd Fakhiz (kedua-duanya bekas anggota Enquire), 4Forty kini menjadi simbol keharmonian vokal dan keunggulan muzik. Sejak ditubuhkan di bawah naungan Cloudworks Entertainment, kumpulan ini telah memukau penonton dengan persembahan penuh
emosi dan bunyi yang kekal relevan sepanjang zaman.

Adeep, Fakhiz dan Hakim

Majlis bermula dengan tayangan perdana video muzik Cinta Sampai Akhir, diikuti dengan persembahan secara langsung yang menggabungkan 4Forty bersama para artis jemputan. Persembahan ini menyerlahkan keharmonian suara khas kumpulan ini serta kekuatan vokal tersendiri daripada Jaclyn Victor, Noryn Aziz, dan Dina Nadzir.

“Cinta Sampai Akhir ialah lagu yang menyentuh hati tentang cinta sejati dan kesetiaan yang abadi,” kongsi 4Forty.

“Kami berterima kasih kepada Cloudworks Entertainment kerana mempercayai visi kami, dan juga kepada rakan artis yang turut serta menjadikan detik ini begitu bermakna.”

Pengasas Cloudworks Entertainment, Aszuad Zakaria, turut berkata, “Di Cloudworks, misi kami sentiasa untuk memperjuangkan suara hebat dan lagu-lagu yang memberi kesan. Cinta Sampai Akhir bukan sekadar single — ia adalah satu penghargaan terhadap bakat Malaysia yang bekerjasama menghasilkan muzik yang berkualiti dan berkekalan.”

Aszuad Zakria (kiri) ketika majlis pelancaran

Pelancaran ini disokong oleh MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi, yang secara konsisten
melaksanakan inisiatif bagi memperkasakan bakat tempatan dan mengukuhkan ekonomi kreatif Malaysia. 

Melalui pembiayaan, latihan, dan sokongan promosi, organisasi-organisasi ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi kreatif para artis, penerbit muzik, pembikin filem dan penggiat seni, serta membantu mereka bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab bersama media, sesi bergambar dan sesi ramah mesra, memberi peluang kepada para tetamu untuk berinteraksi dengan para artis serta meraikan komitmen bersama dalam memajukan industri hiburan tanah air.



Thursday, 19 June 2025

Samsung Malaysia Launches 2025 AI TVs Built for the Way You Live

Beyond Entertainment – How AI Television Technology Now Orchestrates Kitchen, Bedroom, and Every Connected Device in Malaysian Homes

Kuala Lumpur, 3 June 2025 - Samsung Malaysia today announced the nationwide availability of its groundbreaking 2025 AI TV lineup, featuring advanced Vision AI technology that transforms televisions into intelligent home ecosystems. Following strong consumer response during the pre-order phase, the complete range is now available across authorized retailers and Samsung Online Store, with exclusive launch gifts worth up to RM5,017 available from June 2-30, 2025.

The 2025 lineup represents a significant leap in home entertainment technology, with AI-powered features that automatically adapt to viewing conditions, content types, and individual family preferences, effectively transforming Malaysian homes from simple living spaces into intelligent environments that anticipate and enhance daily life.

Whether it's family movie night, quiet time with your favorite K-drama, or simply setting the right ambiance in your living room, today's home is more than just space—it's a reflection of your lifestyle. With the right technology, it can be smarter, more beautiful, and seamlessly in tune with your daily routine.

 

Intelligence That Adapts to Your World

Powering this transformation is Samsung's most advanced Vision AI[1] technology, which combines machine learning with computer vision to create viewing experiences that feel naturally intuitive. The system recognizes scenes, faces, objects, and text in real-time, then intelligently adjusts contrast, brightness, sharpness, and sound based on who's watching, what's playing, and where your TV lives in your home.

Imagine AI Picture and AI Sound Pro working together to ensure every family member enjoys their content exactly as intended—whether your teenager is gaming with friends or grandparents are catching up on their favorite K-drama. The technology makes content-aware adjustments that keep every scene immersive yet comfortable for the eyes.

The Adaptive Picture Pro feature becomes particularly valuable in Malaysia's dynamic lighting conditions, automatically fine-tuning visuals as natural light shifts throughout the day. Combined with Glare Free technology that minimizes reflections and distractions, you can enjoy clear, comfortable viewing regardless of room lighting. No more getting up to adjust settings when the afternoon sun hits your screen or when evening falls during your favorite show.

 

For busy Malaysian families juggling work, school, and social time, the Smart Hub creates personalized spaces for every family member. Each person gets their own curated content recommendations and privacy settings, while EyeComfort Mode automatically reduces blue light during evening hours—perfect for those late-night viewing sessions before bed.

 

Designed for How Malaysians Really Live

From compact Kuala Lumpur apartments to spacious family homes in Petaling Jaya, the 2025 lineup offers ultra-slim designs and flexible sizing that complement any Malaysian living space. The multi-view options support everything from parents working from home while kids study nearby, to those memorable family karaoke nights that bring everyone together.

Choose the NeoQLED 8k (Q990F/Q900F) for picture clarity so detailed you'll feel like you're stepping into the screen, or explore the vibrant OLED models (S95F/S90F/S85F) that make every colour pop with lifelike intensity. For those who appreciate form as much as function, The Frame Pro doubles as stunning wall art when you're not watching, seamlessly blending technology with your home's aesthetic.

Complete your entertainment sanctuary by pairing any TV with Samsung's Q-Series soundbars featuring Q-Symphony technology. This creates surround sound that syncs seamlessly with your TV's audio, transforming your living room into a private cinema where every whisper and explosion feels precisely balanced.

 

Buy Now, Thanks Us Later

Samsung's 2025 AI TVs are now available across authorized retailers and the Samsung Online Store nationwide. To celebrate bringing this intelligent entertainment to Malaysian homes, Samsung is offering exclusive gifts worth up to RM5,017[2] with the purchase of selected 2025 models from June 2-30, 2025.

 

These aren't just promotional add-ons – every reward enhances how you experience Vision AI technology:

 

·       Galaxy Tab (worth up to RM4,299)[3] enhances your ecosystem for on-the-go productivity, gaming, or controlling your smart home devices right from your couch.

·       Slim Fit Wall Mount (worth RM499)[4] provides sleek, flush mounting that completes your TV's clean aesthetic and maximizes your living space.

·       1-Year Art Store Subscription (worth RM219)[5] for unlocks over 2,000 pieces from world-class galleries across The Frame, Neo QLED, and QLED models, letting you refresh your display art as often as you change your mood.

·       Customizable Bezels (worth up to RM899)[6] for The Frame allow you to swap styles to match seasons, special occasions, or interior updates.

 

The Ideal Time to Transform Your Home

There's never been a better time to reimagine your home entertainment experience. The 2025 Samsung AI TVs don't just offer industry-leading technology—they provide genuine lifestyle value, seamless design, and intuitive experiences that evolve with your family's needs.

 

With limited-time gifts worth thousands of ringgit available during this launch window, Malaysian families can get more intelligence, more immersion, and more elegance in their homes while enjoying exceptional value. Your living room is waiting to become smarter, more beautiful, and perfectly tuned to the way you really live.

 

To purchase, please visit : https://samsung.com/my/tvs/launch/ 



[1] Samsung Vision AI features are available on 2025 Neo QLED, OLED, QLED (excluding Q6F model) and The Frame as of Q1 2025. Supported models may vary depending on the feature.
[2] The promotion is on a first come first served basis, while stocks last. Terms and conditions apply.
[3] The promotion is on a first come first served basis, while stocks last. Terms and conditions apply.
[4] The promotion is on a first come first served basis, while stocks last. Terms and conditions apply.
[5] The promotion is on a first come first served basis, while stocks last. Terms and conditions apply.
[6] The promotion is on a first come first served basis, while stocks last. Terms and conditions apply.