Monday, 16 March 2026

AEON MALL Cerita Raya 2026 – Raikan Keindahan Tradisi dan Budaya Malaysia

Musim perayaan ini, AEON MALL menghidupkan semangat Hari Raya melalui kempen “Cerita Raya”, sebuah sambutan meriah yang diinspirasikan daripada keindahan budaya, warisan dan flora tropika Malaysia, hasil kerjasama istimewa bersama Tourism Malaysia.

Kerjasama AEON bersama Tourism Malaysia sempena AEON Cerita Raya 2026

Di AEON MALL seluruh negara, para pengunjung akan disambut dengan dekorasi perayaan yang memukau, menampilkan elemen ikonik Malaysia. Gabungan seni tradisional, inspirasi bunga-bungaan tropika dan estetika Raya yang unik mencipta suasana perayaan yang benar-benar beridentitikan tempatan serta memberikan pengalaman yang imersif kepada semua pengunjung. Menambahkan lagi kemeriahan, para pembeli berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan maskot kesayangan AEON MALL, Wira & Manja, yang akan membuat penampilan eksklusif sepanjang kempen ini berlangsung.

Antara dekorasi dan jualan di atrium

Bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah sempena musim perayaan, AEON MALL turut memperkenalkan Cerita Raya Special Edition Premium Redemptions, hasil kolaborasi eksklusif bersama jenama usahawan tempatan, Bayu Somerset. Para pembeli boleh menebus beg pouch Cerita Raya edisi terhad dengan perbelanjaan minimum RM800 (Ahli AEON / Pemegang Kad UOB) atau RM1000 (Bukan Ahli).

Antara koleksi eksklusif perayaan lain yang boleh ditebus termasuk:
-  Raya Floral Charms – boleh ditebus dengan perbelanjaan RM600 (Ahli AEON / Pemegang Kad UOB) atau RM800 (Bukan Ahli)
-  Raya Money Packets – boleh ditebus dengan perbelanjaan RM150 (Ahli AEON / Pemegang Kad UOB) atau RM250 (Bukan Ahli)

Sampul surat terhad

Menambahkan sentuhan moden kepada sambutan ini, AEON MALL turut bekerjasama dengan Sony Music Entertainment untuk menghasilkan video muzik Cerita Raya khas menampilkan artis Malaysia, Bunga. Selain itu, jelajah promosi yang menarik akan berlangsung di beberapa AEON MALL terpilih, membawa muzik perayaan, tenaga dan interaksi bersama peminat lebih dekat dengan para pengunjung.


Bermula 22 Februari hingga 29 Mac 2026, pengunjung boleh menikmati kemeriahan Riuh Raya melalui pelbagai aktiviti menarik di lokasi, termasuk Mochi Parade yang comel, persembahan tradisional yang memukau seperti gamelan dan kuda kepang, serta pelbagai pameran budaya yang meraikan kekayaan tradisi Malaysia.

Persembahan yang boleh dinikmati

Raikan kisah, tradisi dan keindahan Hari Raya bersama AEON MALL Cerita Raya — di mana budaya, membeli-belah dan kegembiraan perayaan bergabung dalam satu sambutan Malaysia yang tidak dapat dilupakan.

#AEONMALL
#AEONMALLCeritaRaya

Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di media sosial atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL.

Laman web: www.aeonmallmy.com
Facebook: https://aeonmall.my/
Instagram: @aeonmallmalaysia

Saturday, 7 March 2026

Lebaran Lebih Bermakna dengan Hadiah Kesejahteraan dari guardian Malaysia

Kuala Lumpur, 3 Mac 2026 – Menjelang ketibaan Hari Raya Aidil Fitri ini, guardian Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melangkaui tradisi pemberian biasa dan menghayati makna kasih sayang yang lebih mendalam menerusi pemberian hadiah kesejahteraan!


Meskipun tradisi pemberian duit Raya dan juadah perayaan tetap menjadi amalan utama, guardian menyeru ahli keluarga untuk beralih kepada pemberian yang mampu melindungi, memelihara dan memperkasakan insan tersayang - sebagai satu bentuk keprihatinan yang berkekalan walaupun selepas berakhirnya kemeriahan lebaran.

Evolusi Bermakna dalam Pemberian Raya

Berucap di majlis pelancaran kempen Raya guardian, “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”, Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Malaysia & Brunei, guardian Health and Beauty, menegaskan bahawa Raya pada hakikatnya adalah tentang keikhlasan, kesyukuran dan kasih sayang yang tulus.

“Musim perayaan ini, kami ingin menyuntik makna baharu ke dalam tradisi memberi. Selain daripada duit Raya dan juadah tradisi, kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghadiahkan sesuatu yang dapat menyokong kesejahteraan diri kerana manifestasi kasih sayang yang sebenar adalah dengan memastikan keluarga kita sentiasa dilindungi dan dijaga dengan rapi,” kata beliau.

“Selama lebih 58 tahun, guardian teguh sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai rakyat Malaysia. Setiap hadiah kesihatan dan kecantikan yang dipilih dengan teliti bukan sekadar produk semata-mata - ia adalah satu nikmat dan lambang keprihatinan yang berpanjangan.”

Kisah Kasih Sayang Merentasi Generasi

Mesej utama kempen ini dizahirkan melalui filem Raya terbaharu guardian bertajuk, “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran.”

Filem ini menyelami hubungan antara Rina dan neneknya, memaparkan bagaimana pemberian sederhana berteraskan kesejahteraan sepanjang tahun mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menyokong kesihatan mereka. Ia diakhiri dengan pesanan yang menyentuh jiwa - bahawa hadiah Raya yang paling bernilai adalah kesihatan yang baik, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, serta doa yang tulus.

Filem Raya guardian ini kini boleh ditonton di YouTube dan semua platform media sosial guardian.


Meluaskan Ihsan kepada Komuniti

Menghayati kemuliaan bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh keberkatan dan kasih sayang, guardian turut meraikan 80 kanak-kanak perempuan daripada pelbagai rumah kebajikan pada majlis pelancaran kempen yang berlangsung di Orange Atrium, Sunway Pyramid.


Acara atrium Raya guardian ini, yang sedang berlangsung dari 2 hingga 8 Mac 2026, menampilkan pelbagai tawaran menakjubkan serta zon pengalaman menarik daripada pelbagai jenama terkenal.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan guardian untuk memperkasakan golongan belia Malaysia dengan pengetahuan kesejahteraan praktikal dan pendidikan penjagaan diri, kanak-kanak tersebut telah menyertai sesi pendidikan kesejahteraan yang dikendalikan oleh ahli farmasi guardian serta rakan jenama terpilih. Kemuncak keriangan mereka diteruskan dengan aktiviti membeli-belah sakan di acara Atrium dan di stor guardian Sunway Pyramid. Dengan bimbingan warga kerja guardian serta rakan media, mereka berpeluang memilih sendiri produk kesihatan dan kecantikan idaman sebelum diraikan dalam majlis berbuka puasa istimewa.

Bagi meluaskan lagi impak positif sepanjang bulan Ramadan, guardian akan meneruskan sumbangan kesejahteraan amal melalui program santun masyarakat dan inisiatif kesejahteraan di beberapa komuniti. Dengan peruntukan sumbangan melebihi RM55,000, ia dijangka bakal memberi manfaat kepada hampir 2,000 penerima daripada pelbagai rumah kebajikan di seluruh negara.

Raikan Lebaran dengan MYguardian Rewards

Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, ahli MYguardian Rewards berpeluang menyertai Peraduan Ganjaran Emas, yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000.


Bermula 25 Februari hingga 31 Mac 2026, ahli yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit (termasuk jenama yang mengambil bahagian) layak secara automatik untuk memenangi:

Hadiah Utama: Set Rantai dan Loket Rama-Rama Emas 999 daripada Habib Jewels

Empat Hadiah Kedua: Rantai Tangan emas 999 daripada Habib Jewels

Ganjaran Mingguan: 200 pemenang setiap minggu akan menerima baucar Habib Jewels bernilai RM50 (jumlah keseluruhan 1,000 baucar)

Tahun ini, Fiziwoo sekali lagi bekerjasama dengan guardian untuk menghasilkan rekaan sampul Raya eksklusif. Sebagai sebahagian daripada inisiatif #LoveForLocal guardian yang mengangkat kehebatan jenama tempatan, rekaan tahun ini memberikan penghormatan kepada warisan seni Malaysia melalui motif batik kontemporari yang berani. Ahli yang berbelanja RM68 ke atas akan menerima satu pek sampul raya eksklusif Fiziwoo, yang turut mengandungi baucar guardian bernilai RM5.


Kesejahteraan untuk Setiap Generasi

Bagi membantu keluarga membuat persiapan Raya, guardian juga menawarkan diskaun sehingga 50% untuk lebih 7,500 produk di semua stor di seluruh negara serta stor dalam talian. Ini bertujuan memudahkan rakyat Malaysia memilih hadiah yang mengutamakan aspek kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan harian buat insan tersayang.

“Tiada hadiah yang lebih bermakna selain mengetahui insan yang kita sayangi sentiasa terjaga dan dilindungi,” tambah Priscilla.

“Lebaran ini, marilah kita menghadiahkan sesuatu yang memperkasakan mereka untuk menempuh hari-hari mendatang - sebuah pemberian kesejahteraan yang mencerminkan kasih sayang, keikhlasan, dan doa yang tulus.”


TAMAT

#SeikhlasPemberian
#SeindahLebaran
#RayaBersamaGuardian
#MYguardian