Thursday, 12 September 2019

Persidangan Pendidik EduCity Ke-2 2019 - Kerjasama EduCity Iskandar, NUMed, UoRM dan USMC

Pada 6hb September 2019 hari jummat, telah berlangsungnya Persidangan Pendidik EduCity Ke-2 untuk tahun ini di Newcastle University Medicine (NuMed) Malaysia.

Persidangan ini dianjurkan oleh Newcastle University Medicine (NUMed) Malaysia, University of Reading Malaysia (UoRM), University of Southampton Malaysia Campus (USMC) dan EduCity
Iskandar Sdn Bhd.

Pembukaan.

Majlis pada hari tersebut di hadiri sebanyak 150 orang pakar penyumbang daripada pelbagai sektor pendidikan tinggi. Manakala untuk persidangan kali ini, tema yang di pilih ialah “Support in Education” atau dalam bahasa Melayu ialah Sokongan dalam pendidikan.

Di bawah tema ini terdapat 4 topik yang disampaikan iaitu Menyediakan Pendidikan Berkualiti menerusi Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Membina Kesejahteraan dalam Pendidikan Tinggi dan Sokongan Holistik Pelajar sebagai Pengalaman Pelajar.

Antara hadirin.

Penyampaian kali ini menekankan tentang bengkel praktikal dan penyampaian oral, membolehkan peserta untuk mengambil tips dan panduan berguna untuk menaik tarag cara pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan pendidikan dan menyediakan peluang untuk para pendidik saling bertukar-tukar pandangan.

Antara lain, EduCity sebagai salah satu peneraju hub pendidikan tinggi di Malaysia mempunyai objektif untuk memperkenalkan Malaysia sebagai pusat pendidikan cemerlang di dunia. Objektif tersebut serba sedikit terlaksana pada persidangan kali ini dengan kehadiran pakar yang lebih ramai berbanding persidangan tahun lepas.

Dr Zubaidah Aman

Di sesi ucapan pembukaan, Yang Berusaha Dr. Zubaidah Aman,Director of the
Private Higher Education Governance Division, Minister of Education on behalf of Yg Bhg
Dato’ Prof Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Deputy Director of General Higher Education turut berkata bahawasanya tema kali ini mencakupi 'pastoral support' iaitu sistem yang menggalakkan pelajar untuk menaikkan skill sosial, emosi dan peradaban. Antara lain adalah tema kali ini juga menyokong penambahbaikkan sistem akademik, pengambilan pekerja, sokongan psikologi dan skil sokongan untuk pelajar, pengkaji, pelatih dan staff.

Sebagai maklumat tambahan, EduCity Iskandar kini mempunyai 9 buah institusi yang berfungsi iaitu Newcastle University Medicine Malaysia, University of Southampton Malaysia, Multimedia University, University of Reading Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Raffles University, Marlborough College Malaysia, Raffles American School and Management Development Institute of Singapore. Ini amat memudahkan bagi pelajar tempatan atau luar negara untuk belajar tanpa perlu ke tempat universiti asal namun mempunyai kelayakkan yang sama seperti pelajar di sana.

Panel dari kiri: Prof Rebecca Taylor University of Southampton Malaysia,
Prof Christopher Baldwin Newcastle University of Medicine Malaysia,
Prof Wing Lam University of Reading Malaysia dan
En Wan Ahmad Saifuddin MD of EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd,
Diharapkan persidangan kali ini dapat memajukan sistem dan kualiti pendidikan yang bernaung dibawah EduCity Iskandar seterusnya memberi manfaat kepada pelajar, pendidik dan staff yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.iskandarinvestment.com .

Wednesday, 11 September 2019

Kejohanan Kelayakan Esports Dota 2, LoL dan CSGO dibawakan oleh ASUS ROG di Battle Arena - Taiwan Excellence Esports Cup 2019!

Pada 7hb September 2019 lepas telah berlangsungnya sesi pusingan kelayakkan LAN yang ke-10 (terakhir) untuk Kejohanan Taiwan Excellence Esports Cup 2019 (TEEC 2019) di Battle Arena, PJ.

Glamour!

Pentas besar pusingan kelayakkan TEEC 2019 di Battle Arena.


TEEC 2019 kali ini memfokuskan permainan PC Gaming Dota 2, League of Legends (LoL) dan Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO).

TEEC kali ini telah menarik sebanyak 31 pasukan bertanding serta bersaing untuk mendapatkan hadiah teratas yang berjumlah RM 113,000. Namun pada final nanti setiap pemenang kategori akan memenangi RM 10,000.

Menariknya pemenang CS:GO di Pusingan Final pada bulan Oktober nanti akan mewakili Malaysia ke Pertandingan antarabangsa di Taiwan. Di sana, mereka akan bersaing dengan Filipina, Thailand, Taiwan dan India untuk memenangi USD 2,000.

Jom lihat kepanasan pada hari tersebut:

Pemain yang berada di dalam ruang kotak pentas utama

Pemain yang berada di dalam ruang kotak pentas utama bagi permainan
Dota 2

Pemain yang berada di dalam ruang kotak pentas utama

Pemain yang berada di dalam bilik lain di Battle Arena untuk CS:GO

Ruang legar yang sangat santai

Antara penaung dan grafik kad yang digunapakai.

Dihadapan bilik-bilik gaming Battle Arena

Menariknya pada pusingan kali ini, pihak Taiwan Excellence bersama penaja ASUS ROG turut menampilkan hardware gaming yang digunapakai oleh para pemain. Bahkan orang yang berkunjung juga boleh merasai sendiri pengalaman teknologi terkini ini.

Antara yang ditampilkan pada kali ini ialah komputer riba gaming ROG Strix SCAR III , G531prosesor Intel Core i7 9750H, NVIDIA GeForce RTX 2070 GPU dan juga 16GB
RAM

Komputer riba gaming ROG Strix SCAR III

Grafik kad T-Force

Grafic kad T-Force daripada Taiwan

Selain itu, di TEEC 2019 juga menampilkan gabungan hardware jenama lain seperti msi:



Nampak macam msi GeForce-RTX-2080-Ti-SEA-HAWK-X
Sedikit fakta menarik mengenai TEEC 2019:

1) Penyertaannya dibuka secara awam dimana SEMUA orang boleh menyertainya tanpa ada title pro.
2) Penyertaan percuma oleh Taiwan Excellence!
3) Penyertaan terdahulu dibuka secara online
4) Berlangsung setahun sekali!

Jadinya bagi sesiapa yang berminat boleh lah cuba pada tahun depan pula ya! Bahkan bagi yang berminat tapi tiada pasukan juga boleh menyertai pertandingan ini. Pihak TEEC akan mencarikan anda pasukan untuk anda ikuti sekiranya anda lepas pusingan kelayakkan. 

Ini kerana TEEC dan Taiwan Excellence ingin menjadikan kejohanan ini sebagai terbuka serta bersifat komuniti di mana semua orang berpeluang menyertai kejohanan hebat yang dibuat secara gah dengan kelengkapan gaming yang terkini. Antara lain, obejektif mereka ingin menjadikan budaya Esports diterima ramai. 

Barulah semua orang berpeluang merasai permainan sebenar tanpa perlu menjalani proses yang begitu rumit. Menarik kan?

Kembali kepada TEEC 2019, Final Kejohanan TEEC 2019 pula akan berlangsung pada 11 Oktober nanti di Berjaya Times Square di mana orang awam sendiri boleh menyaksikan pertarungan yang mendebarkan. Selain daripada pertandingan Dota 2, LoL dan CS:GO oleh para pemain, penganjur turut mengadakan aktiviti pertandingan ringan bagi pengunjung atau orang awam yang berminat pada 11-13hb Oktober bersempena penganjuran TEEC 2019 nanti!

Bahkan pertandingan ringan tersebut menawarkan wang tunai berjumlah RM 9,000 untuk dimenangi!

Pertandingan ringan atau acara gaming subsidiari ini menampilkan permainan seperti Tekken 7, PES 2019, Mobile Legends: Bang Bang dan Super Smash Bro! Pendaftaran pun sudah dibuka dan segala maklumat lebih lanjut boleh lah singgah ke laman web rasmi mereka.

Antara lain, seperti pusingan LAN ke-10 di Battle Arena, Pusingan Final di Berjaya Times Square juga menampilkan teknologi terkini dalam dunia perkomputeran dan PC gaming. Segala komputer riba ASUS ROG terbaharu, kad grafik NVIDIA GeForce dan lain-lain pc hardware lain juga di pamerkan. Bahkan orang awam boleh mencuba kehebatan teknologi ini.



Oleh itu, semua dijemput hadir untuk ke Pusingan Final TEEC 2019 dan menyertai aktiviti yang disediakan oleh Taiwan Excellence di:

Lokasi: Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Tarikh: 11-13hb Oktober (Final 11hb Oktober & aktiviti 11-13hb Oktober)

Maklumat lanjut boleh layari Taiwan Excellence (Malaysia):

Laman rasmihttps://www.taiwanexcellence.org/my
Facebook rasmihttps://www.facebook.com/TaiwanExcellence.MY
Instagram rasmihttps://www.instagram.com/taiwanexcellencemy/

Sebelum mengakhiri entri, saya sendiri merasakan bahawa TEEC 2019 ini memerlukan akaun sosial media rasmi sendiri seperti Facebook dan Instagram untuk lebih memfokus kepada Esports ni. Anda pula rasa bagaimana?

Apa yang anda boleh bagi cadangan untuk TEEC lebih dikenali dan dapat sambutan di masa hadapan? Atau ada apa-apa cadangan lain?

Jom komen di bawah!

Friday, 6 September 2019

Perkongsian Pencapaian Peribadi Sebagai Seorang Blogger Baru dan Sejarah Blog Thirteen Persona [TIPS]

Hai semua,

Sebelum memulakan entri saya nak letak penafian siap-siap sebab tak nak dikecam berjemaah. Haha.
Post ini bertujuan untk saya berkongsi secara terbuka dengan para pembaca mengenai salah satu pekerajaan saya iaitu sebagai seorang blogger, tak kurang tak lebih cukup-cukup je.

Kenapa saya kata baru?
Alaaa senang je, ramai yang tak pernah jumpa saya dan baru jumpa saya beberapa kali je. Hehe. Kerap jugak orang cakap, "saya tak pernah nampak awak sebelum ni". Secara jujurnya saya memang baru ya tak sampai lagi lima tahun!

Sebagai permulaan, saya buat blog ini pada Mac 2012 ketika berusia 18 tahun lepasan SPM. Masa tu terdetik nak buat blog sebab kakak saya ada buat blog dia sendiri dalam bahasa inggeris. Jadinya asal blog ini juga dalam bahasa inggeris. Sebab tu nama blog ini pun dalam bahasa inggeris.

Tapi memandangkan masa tu tak ada wifi kat rumah hanya menggunakan modem, kelajuan internet umpama macam siput sedut dan kebetulan pula saya masuk PLKN, seterusnya masuk universiti. Blog ini sebijik macam chipsmore kejap ada kejap tak ada. Selalunya macam tak pernah wujud pun! Hahaha.

Post-post lama pun agak kuat merapu meraban. Biasalah kita semua ada fasa 'kenapa begitu'. Sampailah saya jumpa Balqis Athirah (Qis). Saya jumpa dia masa tu dekat event. Dua-dua datang sebagai jemputan bukan blogger, media ke apa. Kena jemput ala-ala datin. Haha.

Ni Qis Qis, dia memang kawan kat luar dalam dalam dunia Blogger. 

Mula lah rapat dengan Qis dan dapat tau rupanya Qis ni blogger. Blogger yang memang dijemput untuk 'cover event' bukan setakat kisah peribadi putus cinta zaman emo rambut tutup mata ittew. Borak punya borak dengan Qis, saya sampaikan hajat nak jadi blogger betul-betul nak 'cover event' jugak a.k.a blogger professional berbayar.

Masa tu, saya memang buat modeling, berlakon iklan dan buat kerja-kerja instafamous (promoter instagram). Memang ada pendapatan lain. Kira blogging ni tambah satu cabang lah sebab memang minat nak menulis pepanjang. Sejak itu lah Qis bawak pergi event, kenalkan I dengan kawan-kawan blogger lain dan ajar cara berblogging secara senonoh.

Dari budak hingusan sampailah saya boleh buat blog ni penuh dengan bahasa melayu. Ye, sebab saya nak dapatkan 'job' blog, saya tukar blog saya untuk masuk ke market Melayu sebab banyak permintaan. Sehingga kini nampak lah hasil dituai daripada didikan Qis, buat kajian sendiri dan beberapa tunjuk ajar yang dikongsikan oleh rakan blogger lain.

Kini saya rasa terharu sangat-sangat bila tengok page view dalam sehari cecah minimum 500. Duluuuuu, nak dapat seratus sehari tu rasa nak menangis pun ada. Sebulan pun tak sampai dua ribu pun kadang-kadang tau. Rasa rendah diri sangat-sangat.

Sekarang ni boleh bernafas lega sikit. Heee.
Ini saya klik view bulanan. Pageview today tu abaikan sebab screenshot awal sangat. (tak nak kalahhh hahaha)
Mungkin lepas ni saya target minimum 700-1000 PV sehari? Saya pun tak tau selalu orang dapat berapa. Berapa PV
yang dikatakan agak selamat ya?

Okay, bila nampak ni memang lah tak sehebat orang lain. Ececeh tapi bangga saya tu macam dah menang anugerah blogger paling bahagia sedunia tau. Akhirnya ada jugak orang baca blog saya. Syukur yang amat!

Segala usaha tu nampak terbalas lah. Cuma ya saya masih guna blogspot.com sebab malas nak bayar domain. Hehe. Lagipun saya masih rasa saya terlalu baru untuk bagi komitmen ke arah sana. Sebab terus terang saya agak 'noob' lagi ya. Ad sense tak lepas lagi. Back link pun tak reti! HAHAHA.

Lagipun saya rasa bila saya dah boleh kerap menulis dan selalu ada 'hit entry' baru saya akan ke arah mengubah kepada yang lebih hak. Tak nak terlalu tamak atau terburu-buru nanti nak kejar kesempurnaan membuat 'website' hingga lupa untuk menjadikan penulisan itu sempurna.

Tapi apa yang paling buat saya bangga?

1. Hasil saya gigih tak gigih, rajin tak rajin tu nampak lah potensi blogger cemerlang tu. Hahaha.
2. Qis dah puji bahawasanya anak didik dia paling degil ni 'improve' banyak dan di puji berdikari pandai tanpa perlu menyusahkan dia sangat. Hoho!
3. Saya dipuji orang. HAHAHA


Bila dapat gelaran 'Best Blogger' oleh PR/Company/Client. Jujur saya cakap, daripada duduk malas-malas kat sofa tu saya jerit berdiri tau macam menang loteri. Siap kata 'I mean it'. Tak rasa menusuk ke sanubari? Memang bahagia sungguh. Masa menaip ni pun saya dah senyum simpul tau!



Lagi satu bila blogger senior yang paling top top meletop puji artikel lengkap dan dia seronok baca artikel yang ditulis oleh saya. TAK BANGGA TAK TAU LAHHHH. Dub dab dub dab jantung laju semacam, deras darah mengalir ke pipi tau. Tak tipu, sungguh!

Memang lah saya tunjuk bab kena puji dalam post ni. Karang tunjuk bab saya kena tegur bab penulisan dan sebagainya, saya sendiri murung karang. Haha. Biarlah post ni gembira sikit. Benda yang ditegur tu dijadikan pengajaran lah untuk menambah baik kualiti kerja. 

Ramai yang agak kurang percaya dengan saya sebagai blogger. Umpama nak guna muka je masuk bidang ni. Saya pun boleh tau, boleh rasa. Sebab saya muda, 'literally no-one', tak ada kenalan 'famous' dan masuk dalam industi blogger ni secara tiba-tiba eh muncul. Saya pun rasa macam tu jugak dengan diri sendiri sebenarnya! 

Oleh sebab tu saya 'non-stop' belajar benda-benda baru supaya mutu blog saya menjadi sumber ilmiah satu masa nanti. Itu aim saya!

Macam dah panjang kan sampai sini?

Jadinya marilah saya nak kongsikan beberapa TIPS secara ringkas apa yang saya belajar dan diberi tunjuk ajar oleh Qis, rakan-rakan blogger lain, hasil kajian sendiri dan lain-lain sebagai seorang blogger. Tips ni banyak kepada 'attitude' dan luaran sebagai blogger berbanding penulisan.

Acah je kan macam BBNU nak kongsikan tips. Haha.

TIPS tersebut ialah:

1. Selalu jaga penampilan diri.

- Biar sentiasa lengkap atas bawah kemas, gaya selari dan nampak boleh dipercayai untuk membawa jenama client.

2. Datang awal atau tepati waktu event.

- Ye saya tau, majoriti event di Malaysia ni mengalami sindrom masa terbabas ke angkasa dan  selalu mula lewat berbanding masa yang diberikan.
- Tapi dengan datang awal atau tepat, anda memberi indikasi bahawa anda boleh dipercayai, berpegang pada janji dan seorang yang profesional. Sangat mengambil berat dengan tugasan diberikan.
- Masa ni adalah sangat bagus untuk membuat sesi 'NETWORKING'

3. Tidak balik terlalu awal.

- Sebolehnya bila event dah habis baru balik. Elakkan tinggalkan event ketika tengah berlangsung atau terus balik sejurus program tamat.
- Seboleh-bolehnya guna masa ini untuk membuat sesi 'NETWORKING',  'PROSPECTING' dan 'RECRUITING'. Hahaha bukan MLM tau tapi konsep dia tu boleh diterapkan sikit.
- Antara lain, ini memberikan impak penampilan blogger esklusif seterusnya menjadikan anda 'mahal'.

4. Jangan copy paste press release.

- Gubah ayat sendiri, tambah kajian sendiri dan guna gambar sendiri.
- Ini menjadikan anda dipercayai untuk diberikan tugasan lain kerana sikap berdikari anda. Barulah client suka!

5. BERSIHKAN HATI, KUATKAN AKAL dan JAGA LISAN

- Ini adalah sangat-sangat penting yang diajar kepada saya dan sejujurnya agak susah untuk mengekalkannya.

- Dulu-dulu saya cepat cemburu bila orang lain dapat job, tertanya-tanya kenapa saya tak dapat job tu, selalu mengadu dengan Qis kenapa saya tak dapat job blog bagai. Siap kata, alah mesti pilih kroni ni nak blogger famous amos, nak blogger senior je. Kenapa tak bagi peluang kat blogger baru? Kenapa asyik orang sama je dapat job tu?

- Ha sampai gitu kau punya buruk fikiran. Salah sendiri tak sedar masa tu. Masa tu blog macam haram, benda lain tak jaga, tapi ada hati nak job blog banyak. Hahaha.

- Lepas tu Qis selalu pesan bersihkan hati jangan kuat rasa dengki dan lihat semua benda tu penuh hikmah. Baru-baru ni pun ada blogger lain jugak pesan yang sama. Sebab pentingnya benda ini adalah hati menunjukkan peribadi diri. Hati bersih ini umpama magnet yang menarik seribu satu kebaikkan yang menjemput rezeki.

- Keduanya kuatkan akal jangan melulu dan mudah terngadah bila kita disentuh. Jangan mudah putus asa dan selalu lihat peluang dengan lebih luas. Bahwasanya peluang dan rezeki itu bukan hanya pada satu kolam bahkan begitu banyak kolam lain yang ada. Rezeki mana yang kita dustakan?

- Akhir sekali jaga lisan dan penulisan di social media. Kalau tak puas hati dengan sesiapa tak perlu nak menyebar, tak perlu sampai menyakitkan hati dan tak perlu pun nak kutuk mengutuk penuh drama bawang-bawangan. Sebab dengan lisan itu kita akan gunakan untuk cari rezeki kita. Jika tercemar kotor di situ, masakan rezeki nak singgah? Orang lain pun seram nak percaya berkawan dengan kita takut kita pulak kena kemudian hari.

- Satu benda saya nak kongsi sendiri ialah JANGAN LOKEK untuk berkongsi rezeki. JANGAN LOKEK untuk membantu selagi termampu. JANGAN LOKEK sampai semua benda nak simpan untuk diri sendiri. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita dapat. PERCAYA je yang ni.

- Paling mudah contohnya, like post kawan tu, baca blog kawan tu, tinggalkan komen kat kawan tu, swipe up post kawan tu, beri kata-kata semangat kat kawan tu, atau semudah share posting kawan tu. Kadang-kadang teman kawan kita jadi plus one pun dah okay. Nampak simple tapi percayalah benda-benda gini lah sebenarnya dah cukup sangat-sangat.

Panjang jugak kan TIPS dia? Tapi tu je lah yang saya boleh kongsi. Benda-benda teknikal ni saya tak cukup ilmu di otak nak kongsikan. Hehe. Cuba amalkan dan tengok perubahan baik akan datang dekat siapa yang yakin.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saja simpan gambar ni sebab tetiba rasa lawa. Haha.

Percayalah rezeki tu kalau milik kita, tentu akan jadi milik kita kalau kita pergi ambil. Jangan usik rezeki orang lain. Gembira untuk rezeki orang lain. Kalau ada salah silap benda nak ditegur, tegur dengan berhemah secara peribadi. Kita semua manusia ada hati ada perasaan tentu sekali tak sempurna ada silap. 

Sehingga berjumpa lagi gaisssss!

Tata~

Friday, 30 August 2019

VRINITY - Pusat Virtual Reality tarikan terbaharu di Johor Bahru kini telah dibuka! [GAMBAR]

Hai semua,

Pada 28hb Ogos 2019 lepas, saya telah berkesempatan ke Pelancaran Vrinity di Mall of Medini, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Vrinity ini merupakan pusat Virtual Reality (Realiti Alam Maya) yang menampilkan LAPAN permainan dengan RATUSAN pilihan mode permainan.

Dihadapan premis Vrinity.
Pelancaran telah dilangsungkan dengan jemputan pelbagai media daripada dalam negara dan luar negara seperti Media Singapura dan Media Batam juga di hadiri oleh beberapa orang kehormat untuk merasmikan pembukaan ini.

Sebagai pengenalan ringkas, Vrinity yang dimiliki oleh Virtua Realm Sdn Bhd ini merupakan projek kerjasama antara Iskandar Inovations Sdn Bhd bersama KT Corporation daripada Korea. Maka teknologi yang digunakan dibawa khas daripada Korea dan pusat yang sama hanya dibuka sebanyak 3 lokasi sahaja didunia! 2 di Korea dan 1 di Malaysia!

Pembukaan di mulakan dengan doa, kata-kata ucapan oleh Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi (Pengerusi Virtua Realm), YB Jimmy Puah (Pengerusi International Trade, Investment, Utilities Committee of Johor) dan Mr Kim Hoonbae (Senior Vice President dan Head Retail of New Media, KT Corporation).

Bersama tetamu kehormat dan ahli Vrinity di ruang hadapan. Antara tetamu kehormat yang hadir YB Dzulkefly Ahmad, Ahli Dewan Chairman of Housing, Communication and Multimedia of Johor dan juga Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, YBhg Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad, President / Chief Executive Officer of Iskandar Investment Berhad dan YBhg Datuk Ismail Ibrahim, Chief Executive of Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

Permainan VRINITY


Terdapat 8 permainan semuanya dimana dua antaranya ialah permainan Signature dan enam ialah permainan lain. Permainan Signature tersebut ialah Special Force VR: Ace dan Black Badge: Signal. Manakala permainan lain ialah Tobot VR, Dynamic Theatre, Taekwon V reality, World War Toons, VR Sports dan VR Room.

Permainan Signature

Special Force VR: ACE

Pemain: 1-4 orang (boleh sehingga 8 orang jika main secara PVP)
Umur: 12 tahun ke atas
Masa bermain: 5-10 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main tembak-tembak, main berpasukan lawan pasukan lain, ala2 counter strike tapi version Virtual Reality lengkap dengan gear baju dan penembak.

Sila ambil gambar di sini sebab lawa. 

Fefeeling dia seram! Tapi depa alahai santai nya main tembak-tembak. Tapi serius sangat cool untuk dipandang dan
sangat cool untuk bermain sekali.

Ruang kosong. 


Black Badge: Signal

Pemain: 2-4 orang
Umur: 12 tahun ke atas
Masa bermain: 9 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main berpasukan untuk menyelesaikan misi-misi yang dibagi dengan menyelesaikan beberapa masalah. Kena memahami signal-signal yang dibagi. Kena mencari orang, cari kapal dan sebagainya.

Mohon bawa kawan yang sangat tenang ya untuk dibawa bermain bersama menyelesaikan masalah. Hahaha.

Kita boleh tengok permainan orang lain juga. Tapi sangat futuristic kan gelanggang ni?


Permainan Lain

Tobot VR

Pemain: 1 orang (sehingga 8 orang secara PVP)
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 9 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main lumba-lumba, main lumba sambil tembak-tembak. Kumpul point dekat racing track sambil kena tembak dan menembak terbabas terselekoh semua tu. Macam mainan train dalam telefon tu. Ada 2 pilihan peta untuk dipilih sama ada bandar ataupun dipersisiran gitu.

Ye anda boleh memandu dan merasai loncatan yang ada. Sila pakai safety belt.

Sejurus permainan mula, anda akan diangkat ya. Untuk
pengalaman yang lebih dalam. (Saya start gelabah bila
kerusi tu naik hahaha)

Dynamic Theatre

Pemain: 1-2 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 3-5 minit
Konsep: Roller coaster atau mini movie time. Kalau nak tengok mini movie ke main roller coaster kat sini lah tempat dia sambil-sambil di tiup angin-angin. Boleh pilih untuk merasai pengalaman No Limit, Before Sunset, The Great Wall atau Jeju WindCoaster. 

Pengalaman waktu ni betambah seram bila orang sebelah saya menjerit ketakutan. Ye, bila dah seram bertambah seram ya.
Bagi yang ada Vertigo atau cepat pening dengan gegaran semua tu tidak digalakkan ya. Begitu juga dengan wanita mengandung dan sebagainya. Pastikan jangan makan terlalu banyak sebelum itu takut termuntah. Haha. 

Taekwon V reality

Pemain: 1 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 3-5 minit
Konsep: Boleh pilih saja-saja nak tengok zaman kemusnahan tu atau nak main sebagai penyelamat bumi daripada di hujani meteor dan raksasa.

Mestilah saya pilih untuk menjadi penyelamat bumi tembak-tembak meteor tu. Sampai kepala tu teleng atas teleng
kanan teleng kiri. Mulut nganga. Hahaha. Ni fefeeling macam dalam Star Trooper pun ada.

World War Toons

Pemain: 1 orang (sehingga 2 orang secara PVP)
Umur: 12 tahun ke atas
Masa bermain: 15-20 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main tembak-tembak dan aksi tapi secara berhemah dengan karakter-karaketer santai dan mungkin comel hehe. Tak segarang seperti permainan dewasa. Banyak pilihan karakter dan mode di sini.

Saya tak main kat sini. Sebab saya acah dewasa sangat masa ni. Tapi mainan kat sini media lain yang cuba kata menarik!

VR Sports

Pemain: 1 orang (sehingga 2 orang secara PVP)
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 5-9 minit (Setiap pusingan)
Konsep: Konsepnya sangat mudah iaitu SUKAN. Ada enam sukan boleh dipilih iaitu tenis, badminton, table tennis, memanah, squash dan baseball. Tak berkaitan dengan lari-lari ya tapi melibas-libas tu confirm ada!

Adik ni melibas-libas ya. Dengan ke kanan ke kirinya. Masa ambil gambar dia ni, saya kena bagitau sesiap,
kalau tak percuma je kena hempuk dengan dia. Ole-ole dari Iskandar Puteri gitu.

Ye ada dua bilik boleh main 4 orang pada satu-satu masa. Siap ada fefeeling penonton lagi kat depan tu. Haha.

VR Room

Pemain: 1 orang (sehingga 2 orang secara PVP)
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 5-9 minit (Setiap pusingan)
Konsep: Konsep permainan ni meluas daripada main tembak-tembak, menari kuca-kuca, adventure, explorasi mainan stratergi dan macam-macam lagi lah. Boleh pilih banyak-banyak jenis kat sini. 

Maaf saya mampu pilih main tembak-tembak potong-potong tengkorak je.
Zombie tu MAHA MENAKUTKAN! Terketar-ketar terjerit-jerit dah saya tengok
orang yang main. Of course saya gibab don kipidab masa tu. 

Ni ha, adik ni ya ampun dia main zombie, dengan saya sekali cemas semacam. Jerit dia tu satu Vrinity boleh dengar. Haha.

VR Room pun ada dua. Boleh main 4 orang pada satu-satu masa jugak.

Kesemua 8 hardware permainan akan di tambah baik mengikut feedback pengunjung. Begitu juga dengan pelan untuk menambah lagi beberapa permainan software dalam perisian hardware yang sedia ada untuk memberi lebih lagi pengalaman kepada pengunjung.

Di anggarkan tahun pertama ini, Vrinity menyasarkan 40 ribu pengunjung. Lebih-lebih lagi tahun depan ialah 'Visit Malaysia' dan 'Visit Johor', maka tarikan VR di Iskandar Puteri ini menjadi tambahan destinasi yang sedia ada seperti Legoland dan Sanrio.


Galeri VRINITY dan extra!


Kat ruang kaunter. Cantik kannnn? Siap ada 'merchandise' lagi.

Ketika sidang media berlangusng. Sebab tu dapat 'extra information' di sini. Hehe.

Ruang simpanan berkunci yang banyak. Maka boleh lah bermain tanpa sedarkan diri di alam realiti ya!

Menariknya boleh jalan kaki 3 minit je ke Legoland sebeb tu sempat wefie.
Haha. Bila masuk ke dunia alam impian alam kayangan kat Legoland, boleh
jugak singgah ke alam realiti maya selepas tu. Confirm berbeza!

Oh sebelum tu, pihak Virtua Realm Sdn Bhd dan Vrinity membuka peluang secara meluas kepada pencipta game tempatan, pemilik IP, dan anak-anak muda untuk bekerjasama dengan mereka untuk menghasilkan permainan yang bercirikan tempatan seperti sejarah, budaya dan hero tempatan!

Harga tiket VRINITY

Harga tiket dibahagikan kepada harga promosi dan harga sebenar. Buat masa sekarang, harga promosi masih berlangsung untuk All-You-Can-Play dan bermain secara ala carte.


Harga sebenar:



Harga setiap satu permainan (bermain secara ala carte)

Permainan signature - RM 75
Permainan lain - RM 35

Harga PROMOSI pembukaan:


Harga All-You Can play (boleh main semua sekali tanpa had)

Warganegara - RM 69 bagi kanak kanak 6-8 tahun dan RM 83 untuk 9 tahun ke atas
Bukan warganegara - RM 83 bagi kanak kanak 6-8 tahun dan RM 98 untuk 9 tahun ke atas

Harga setiap satu permainan (bermain secara ala carte)

Permainan signature - RM 30
Permainan lain - RM 15

Harga promosi pula akan berjalan dalam tempoh 3 bulan sehingga akhir November iaitu 30hb November 2019. Namun pihak Vrinity boleh memberhentikan atau melanjutkan harga promosi pada bila-bila masa.

Lokasi dan masa operasi VRINITY

Vrinity bertempat di Lot G27-G29, Ground Floor, Mall of Medini. Senang sangat nak cari. Kalau dari ruang utama Mall, anda hanya perlu berjalan sampai ke ruang tengah dan jalan sikit je sebelah kanan dah jumpa dah Vrinity ni.

Pusat virtual reality juga dibuka setiap hari, dari Isnin hinggalah Ahad dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

--------------------------------------------------------------------

Diharap anda semua berpeluang untuk merasai permainan alaf baharu di Vrinity apabila anda menjejaki ke Johor Bahru serta merembat peluang harga promosi yang ada. Saya sendiri pun rasa seronok sangat bila boleh melepaskan stress kerja dan masuk ke alam maya!

Jadi untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh membuat rujukan di:

VRINITY (Virtua Realm Sdn. Bhd.)
Laman Web Rasmi:https://vrinity.com
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/vrinitymalaysia/
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/vrinitymalaysia/

Terimalah artis tak terkenal daripada KL ini~ Tak sabar nak ke JB lagi. Nak singgah sini nak main semua!

Sekian sahaja untuk kali ini. Saya mungkin akan ke sana lagi sebab hari tu tak puas nak main sangat sebab kena terbang balik ke KL. Jadi ada yang nak ikut sama ke JB dalam dua bulan kehadapan ni tak? Jom lah join sekali!

Tata~