Hai semua,
Pada 28hb Ogos 2019 lepas, saya telah berkesempatan ke Pelancaran Vrinity di Mall of Medini, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Vrinity ini merupakan pusat Virtual Reality (Realiti Alam Maya) yang menampilkan LAPAN permainan dengan RATUSAN pilihan mode permainan.
|
Dihadapan premis Vrinity. |
Pelancaran telah dilangsungkan dengan jemputan pelbagai media daripada dalam negara dan luar negara seperti Media Singapura dan Media Batam juga di hadiri oleh beberapa orang kehormat untuk merasmikan pembukaan ini.
Sebagai pengenalan ringkas, Vrinity yang dimiliki oleh Virtua Realm Sdn Bhd ini merupakan projek kerjasama antara Iskandar Inovations Sdn Bhd bersama KT Corporation daripada Korea. Maka teknologi yang digunakan dibawa khas daripada Korea dan pusat yang sama hanya dibuka sebanyak 3 lokasi sahaja didunia! 2 di Korea dan 1 di Malaysia!
Pembukaan di mulakan dengan doa, kata-kata ucapan oleh Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi (Pengerusi Virtua Realm), YB Jimmy Puah (Pengerusi International Trade, Investment, Utilities Committee of Johor) dan Mr Kim Hoonbae (Senior Vice President dan Head Retail of New Media, KT Corporation).
|
Bersama tetamu kehormat dan ahli Vrinity di ruang hadapan. Antara tetamu kehormat yang hadir YB Dzulkefly Ahmad, Ahli Dewan
Chairman of Housing, Communication and Multimedia of Johor dan juga Undangan Negeri
(ADUN) Kota Iskandar, YBhg Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad, President / Chief Executive Officer of
Iskandar Investment Berhad dan YBhg Datuk Ismail Ibrahim, Chief Executive of Iskandar Regional
Development Authority (IRDA) |
Permainan VRINITY
Terdapat 8 permainan semuanya dimana dua antaranya ialah permainan Signature dan enam ialah permainan lain. Permainan Signature tersebut ialah Special Force VR: Ace dan Black Badge: Signal. Manakala permainan lain ialah Tobot VR, Dynamic Theatre, Taekwon V reality, World War Toons, VR Sports dan VR Room.
Permainan Signature
Special Force VR: ACE
Pemain: 1-4 orang (boleh sehingga 8 orang jika main secara PVP)
Umur: 12 tahun ke atas
Masa bermain: 5-10 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main tembak-tembak, main berpasukan lawan pasukan lain, ala2 counter strike tapi version Virtual Reality lengkap dengan gear baju dan penembak.
|
Sila ambil gambar di sini sebab lawa. |
|
Fefeeling dia seram! Tapi depa alahai santai nya main tembak-tembak. Tapi serius sangat cool untuk dipandang dan
sangat cool untuk bermain sekali. |
|
Ruang kosong. |
Black Badge: Signal
Pemain: 2-4 orang
Umur: 12 tahun ke atas
Masa bermain: 9 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main berpasukan untuk menyelesaikan misi-misi yang dibagi dengan menyelesaikan beberapa masalah. Kena memahami signal-signal yang dibagi. Kena mencari orang, cari kapal dan sebagainya.
|
Mohon bawa kawan yang sangat tenang ya untuk dibawa bermain bersama menyelesaikan masalah. Hahaha. |
|
Kita boleh tengok permainan orang lain juga. Tapi sangat futuristic kan gelanggang ni? |
Permainan Lain
Tobot VR
Pemain: 1 orang (sehingga 8 orang secara PVP)
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 9 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main lumba-lumba, main lumba sambil tembak-tembak. Kumpul point dekat racing track sambil kena tembak dan menembak terbabas terselekoh semua tu. Macam mainan train dalam telefon tu. Ada 2 pilihan peta untuk dipilih sama ada bandar ataupun dipersisiran gitu.
|
Ye anda boleh memandu dan merasai loncatan yang ada. Sila pakai safety belt. |
|
Sejurus permainan mula, anda akan diangkat ya. Untuk
pengalaman yang lebih dalam. (Saya start gelabah bila
kerusi tu naik hahaha) |
Dynamic Theatre
Pemain: 1-2 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 3-5 minit
Konsep: Roller coaster atau mini movie time. Kalau nak tengok mini movie ke main roller coaster kat sini lah tempat dia sambil-sambil di tiup angin-angin. Boleh pilih untuk merasai pengalaman No Limit, Before Sunset, The Great Wall atau Jeju WindCoaster.
|
Pengalaman waktu ni betambah seram bila orang sebelah saya menjerit ketakutan. Ye, bila dah seram bertambah seram ya. |
Bagi yang ada Vertigo atau cepat pening dengan gegaran semua tu tidak digalakkan ya. Begitu juga dengan wanita mengandung dan sebagainya. Pastikan jangan makan terlalu banyak sebelum itu takut termuntah. Haha.
Taekwon V reality
Pemain: 1 orang
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 3-5 minit
Konsep: Boleh pilih saja-saja nak tengok zaman kemusnahan tu atau nak main sebagai penyelamat bumi daripada di hujani meteor dan raksasa.
|
Mestilah saya pilih untuk menjadi penyelamat bumi tembak-tembak meteor tu. Sampai kepala tu teleng atas teleng
kanan teleng kiri. Mulut nganga. Hahaha. Ni fefeeling macam dalam Star Trooper pun ada. |
World War Toons
Pemain: 1 orang (sehingga 2 orang secara PVP)
Umur: 12 tahun ke atas
Masa bermain: 15-20 minit (setiap pusingan)
Konsep: Main tembak-tembak dan aksi tapi secara berhemah dengan karakter-karaketer santai dan mungkin comel hehe. Tak segarang seperti permainan dewasa. Banyak pilihan karakter dan mode di sini.
|
Saya tak main kat sini. Sebab saya acah dewasa sangat masa ni. Tapi mainan kat sini media lain yang cuba kata menarik! |
VR Sports
Pemain: 1 orang (sehingga 2 orang secara PVP)
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 5-9 minit (Setiap pusingan)
Konsep: Konsepnya sangat mudah iaitu SUKAN. Ada enam sukan boleh dipilih iaitu tenis, badminton, table tennis, memanah, squash dan baseball. Tak berkaitan dengan lari-lari ya tapi melibas-libas tu confirm ada!
|
Adik ni melibas-libas ya. Dengan ke kanan ke kirinya. Masa ambil gambar dia ni, saya kena bagitau sesiap,
kalau tak percuma je kena hempuk dengan dia. Ole-ole dari Iskandar Puteri gitu. |
|
Ye ada dua bilik boleh main 4 orang pada satu-satu masa. Siap ada fefeeling penonton lagi kat depan tu. Haha. |
VR Room
Pemain: 1 orang (sehingga 2 orang secara PVP)
Umur: 8 tahun ke atas
Masa bermain: 5-9 minit (Setiap pusingan)
Konsep: Konsep permainan ni meluas daripada main tembak-tembak, menari kuca-kuca, adventure, explorasi mainan stratergi dan macam-macam lagi lah. Boleh pilih banyak-banyak jenis kat sini.
|
Maaf saya mampu pilih main tembak-tembak potong-potong tengkorak je.
Zombie tu MAHA MENAKUTKAN! Terketar-ketar terjerit-jerit dah saya tengok
orang yang main. Of course saya gibab don kipidab masa tu. |
|
Ni ha, adik ni ya ampun dia main zombie, dengan saya sekali cemas semacam. Jerit dia tu satu Vrinity boleh dengar. Haha. |
|
VR Room pun ada dua. Boleh main 4 orang pada satu-satu masa jugak. |
Kesemua 8 hardware permainan akan di tambah baik mengikut feedback pengunjung. Begitu juga dengan pelan untuk menambah lagi beberapa permainan software dalam perisian hardware yang sedia ada untuk memberi lebih lagi pengalaman kepada pengunjung.
Di anggarkan tahun pertama ini, Vrinity menyasarkan 40 ribu pengunjung. Lebih-lebih lagi tahun depan ialah 'Visit Malaysia' dan 'Visit Johor', maka tarikan VR di Iskandar Puteri ini menjadi tambahan destinasi yang sedia ada seperti Legoland dan Sanrio.
Galeri VRINITY dan extra!
|
Kat ruang kaunter. Cantik kannnn? Siap ada 'merchandise' lagi. |
|
Ketika sidang media berlangusng. Sebab tu dapat 'extra information' di sini. Hehe. |
|
Ruang simpanan berkunci yang banyak. Maka boleh lah bermain tanpa sedarkan diri di alam realiti ya! |
|
Menariknya boleh jalan kaki 3 minit je ke Legoland sebeb tu sempat wefie.
Haha. Bila masuk ke dunia alam impian alam kayangan kat Legoland, boleh
jugak singgah ke alam realiti maya selepas tu. Confirm berbeza! |
Oh sebelum tu, pihak Virtua Realm Sdn Bhd dan Vrinity membuka peluang secara meluas kepada pencipta game tempatan, pemilik IP, dan anak-anak muda untuk bekerjasama dengan mereka untuk menghasilkan permainan yang bercirikan tempatan seperti sejarah, budaya dan hero tempatan!
Harga tiket VRINITY
Harga tiket dibahagikan kepada harga promosi dan harga sebenar. Buat masa sekarang, harga promosi masih berlangsung untuk All-You-Can-Play dan bermain secara ala carte.
Harga sebenar:
Harga setiap satu permainan (bermain secara ala carte)
Permainan signature - RM 75
Permainan lain - RM 35
Harga PROMOSI pembukaan:
Harga All-You Can play (boleh main semua sekali tanpa had)
Warganegara - RM 69 bagi kanak kanak 6-8 tahun dan RM 83 untuk 9 tahun ke atas
Bukan warganegara - RM 83 bagi kanak kanak 6-8 tahun dan RM 98 untuk 9 tahun ke atas
Harga setiap satu permainan (bermain secara ala carte)
Permainan signature - RM 30
Permainan lain - RM 15
Harga promosi pula akan berjalan dalam tempoh 3 bulan sehingga akhir November iaitu 30hb November 2019. Namun pihak Vrinity boleh memberhentikan atau melanjutkan harga promosi pada bila-bila masa.
Lokasi dan masa operasi VRINITY
Vrinity bertempat di Lot G27-G29, Ground Floor, Mall of Medini. Senang sangat nak cari. Kalau dari ruang utama Mall, anda hanya perlu berjalan sampai ke ruang tengah dan jalan sikit je sebelah kanan dah jumpa dah Vrinity ni.
Pusat virtual reality juga dibuka setiap hari, dari Isnin hinggalah Ahad dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
--------------------------------------------------------------------
Diharap anda semua berpeluang untuk merasai permainan alaf baharu di Vrinity apabila anda menjejaki ke Johor Bahru serta merembat peluang harga promosi yang ada. Saya sendiri pun rasa seronok sangat bila boleh melepaskan stress kerja dan masuk ke alam maya!
Jadi untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh membuat rujukan di:
VRINITY (Virtua Realm Sdn. Bhd.)
Laman Web Rasmi:
https://vrinity.com
Facebook Rasmi:
https://www.facebook.com/vrinitymalaysia/
Instagram Rasmi:
https://www.instagram.com/vrinitymalaysia/
|
Terimalah artis tak terkenal daripada KL ini~ Tak sabar nak ke JB lagi. Nak singgah sini nak main semua! |
Sekian sahaja untuk kali ini. Saya mungkin akan ke sana lagi sebab hari tu tak puas nak main sangat sebab kena terbang balik ke KL. Jadi ada yang nak ikut sama ke JB dalam dua bulan kehadapan ni tak? Jom lah join sekali!
Tata~