Sunday, 8 August 2021

Kempen Derma RM 1 Kulim Berhad - #kulim88 di Media Sosial

Kulim (Malaysia) Berhad dengan kerjasama MyFundAction telah mengadakan kempen di Media Sosial yang bertajuk #kulim88 untuk membantu masyarakat yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Sebagai pengenalan, Kulim (Malaysia) Berhad merupakan antara syarikat peneraju utama penaman sawit di Malaysia. Selain daripada tanaman sawit, Kulim (Malaysia) Berhad juga terlibat dalam penanaman nanas, kelapa dan tanaman komoditi lain. Walaupun agak sinonim dengan penanaman berskala besar, syarikat ini juga menjalankan perniagaan perladangan lembu untuk sektor halal.

Bagi MyFund Action pula, entiti ini merupakan entiti yang sudah terkenal di antarabangsa sebagai satu entiti Badan Kebajikan yang beroperasi secara global di beberapa tempat. MyFundAction yang berpusat di Malaysia turut beroperasi di negara dan kontinen seperti New Zealand, Mesir, Jepun, Indonesia dan Afrika.

Berbalik semula kepada Kempen #kulim88, anda dijemput menyertai kempen ini dengan memuatnaik hantaran gambar atau video dalam media sosial anda untuk membantu masyarakat yang terjejas oleh pandemik COVID19.

Cara untuk membantu mereka yang terjejas adalah sangat mudah iaitu dengan membuat hantaran seperti yang disebut. Setiap hantaran, Kulim (Malaysia) Berhad akan menyumbangkan RM1 ke MyFundAction dengan sasaran sehingga RM88,888 pada penghujung bulan. Kempen ini telah pun bermula pada 6hb Ogos yang lepas dan akan berakhir pada 22hb Ogos 2021.

**Kemaskini - Kempen dilanjutkan sehingga 29hb Ogos 2021.
Cara menyertai kempen #kulim88 dengan 3 langkah mudah: 1. Ikuti FB & IG Kulim (M) Berhad.

Facebook Kulim Malaysia Berhad

Instagram Kulim Berhad
2. Muatnaik hantaran dengan tanda pagar #kulim88 serta tag Kulim (Malaysia) Berhad. Tiada had bilangan hantaran.
3. Pastikan akaun media sosial anda adalah umum.

Mudah kan!

Selain daripada membuat hantaran gambar dan video untuk tujuan derma, hantaran yang mendapat komen dan likes terbanyak berpeluang menjadi salah seorang daripada 10 pemenang mingguan untuk memenangi wang tunai sebanyak RM 88. 10 PEMENANG SETIAP SESI!!!

Lebih mengujakan, terdapatnya hadiah utama berupa wang tunai RM 888 bagi pemenang utama untuk hantaran yang terpilih!! Pemenang utama ini akan diumumkan pada 25hb Ogos 2021 kelak.

Oleh itu, jom sertai kempen #kulim88 dengan segera serta jemput rakan-rakan dan keluarga anda untuk inisiatif ini. Mari lah sambil menderma, sambil berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

*Peringatan:

1. Anda boleh memuatnaik hantaran gambar atau video di Facebook atau Instagram tanpa had.
2. Sebarang hantaran boleh dimuatnaik. Tiada peraturan khusus untuk jenis hantaran mengikut kreativiti anda asalkan mempunyai mesej positif.
3. Pastikan hantaran anda boleh dilihat oleh penganjur.
4. Pemenang dipilih mengikut jumlah like sama ada facebook atau instagram. Tips, muatnaik di platform yang anda pasti anda boleh dapatkan like dan komen yang banyak.
5. Anda boleh menggunakan bahasa melayu ataupun bahasa inggeris.
6. Sila teliti semula syarat penyertaan sebelum membuat hantaran.

Kemaskini ---> 10 Pemang Mingguan sesi 1 sudah diumumkan di sini!!!

Maklumat lanjut: www.kulim.com.my

Thursday, 11 February 2021

5 Kedai 'Healthy & Beauty -Drugstore' Di Shopee

Hampir setiap bulan ataupun setiap minggu pasti singgah ke kedai untuk membeli barang kecantikkan dan penjagaan diri seperti syampum, panadol , minyak panas, lipstik, tuala wanita dan sebagainya. Namun musim Perintah Kawalan Pergerakkan yang berlangsung, mesti kita nak kurangkan perjalanan keluar dari rumah bukan.

Kedai ini lah yang dinamakan Kedai 'Healthy & Beauty - Drugstore' ni atau dalam bahasa melayu boleh lah saya panggil kedai kecantikkan dan penjagaan diri (Kedai KPD). Kedai ni lah yang menjual barang mekap, ubat-ubatan ringkas, makanan dan minuman tambahan, alatan kesihatan, barang penjagaan diri dan segala macam yang berkaitan dengan kegunaan seharian kita. 

Untuk artikel kali ini lebih berfokus kepada Kedai KPD yang ada di Shopee memandangkan Shopee merupakan platform e-dagang pertama di Malaysia.

Jadi mari saya kongsikan 5 Kedai 'Healty & Beauty - Drugstore' di Shopee yang boleh memudahkan hidup anda!

1. Guardian


Guardian ni antara jenama yang paling terkenal untuk kategori kedai KPD ni. Walaupun tak ada kad ahli, kebanyakkan harga mereka lebih rendah berbanding persaingan mereka.

Beli-belah di Guardian, Shopee klik di sini.

2. Watsons


Kalau bukan jenama yang kat atas tu, mesti jenama ni. Turut menjadi salah satu kedai KPD yang terkenal di Malaysia dengan menampilkan Ayda Jebat sebagai duta rasmi mereka.

Beli-belah di Watsons, Shopee klik di sini.

3. Caring Pharmacy


Caring Pharmacy ni selalunya saya jumpa di Pusat Beli belah yang besar seperti Sunway Pyramid dan Aeon Mall. Selalu beli air minuman di kedai fizikal mereka sebab peti sejuk memang diletakkan di ruang masuk kedai.

Beli-belah di Caring Pharmacy, Shopee klik di sini.

4. Apex Pharmacy




Sejujurnya saya sendiri tak pernah menjejaki kaki ke Apex Pharmacy ni. Menariknya tiap kali saya membuat carian produk tertentu menggunakan laman sesawang, Apex Pharmacy selalu muncul di tempat pertama.

Banyak produk yang berkualiti dan bagus boleh didapati di sini yang tak ada di kedai KPD yang lain!

Beli-belah di Apex Pharmacy, Shopee klik di sini.

5. Cosmed Drugstore

Ini adalah kedai KPD yang saya baru sahaja pertama kali mengetahuinya. Berasal dari Taiwan. Barang yang dijual juga kebanyakkan tidak boleh diperolehi di kedai KPD yang lain. Agak menarik untuk mencuba barangan yang dijual.

Lagipun, Taiwan antara negara yang maju dari segi teknologi dan kesihatan. Bahkan mereka juga menitikberatkan produk mereka agar selari dengan negara antarabangsa lain.

Beli-belah di Cosmed Drugstore, Shopee klik di sini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan membeli barangan di Kedai KPD yang berada di Shopee ialah:

1. Semua kedai ini tersenarai dalam Shopee Mall yang sedia maklum amat selamat untuk membeli di sini untuk mengelakkan sebarang penipuan dan sebagainya.
2. Sambil membeli boleh kumpul syiling Shopee. Bahkan boleh guna syiling yang sedia ada untuk memotong harga. Jimat!
3. Penghantaran percuma dengan baucar 'Free Shipping' daripada Shopee.
4. Percuma baucar pembelian seperti di Watsons, Cosmed dan Caring. 

Kelemahan membeli barangan di Kedai KPD yang berada di Shopee ialah:

1. Barang yang disenaraikan tidak sebanyak yang ada di kedai fizikal mereka.
2. Segelintir harga produk sedikit tinggi berbanding membeli di kedai fizikal.

Kesimpulan yang saya boleh rumuskan, terdapat lebih banyak faedah apabila membuat pembelian di Shopee jika kebanyakkan barang yang diingankan ada di kedai tersebut. Bahkan, barangan yang tidak dapat diperolehi di sini boleh juga dicari di dalam Shopee itu sendiri.

Akhir sekali, buatlah pembelian yang bijak dan hanya keluar rumah jika perlu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pautan ulangan:


Friday, 31 July 2020

PG Mall – Platform Membeli-belah online no.1 Malaysia dan Mega Sale 8.8


Umum sekian maklum bahawasanya perniagaan dan pembelian secara atas talian telah berkembang dengan pesat. Oleh itu banyak platform e-perdagangan (e-commerce platform) atau aplikasi dan laman web membeli-belah online yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Memperkenalkan PG Mall iaitu platform e-perdagangan nombor 1 Malaysia. PG Mall ini yang juga merupakan satu-satunya platform e-perdagangan atau pusat membeli-belah online tempatan! Buatan Malaysia. Menariknya, PG Mall yang ditubuhkan pada tahun 2017 ini berada di kedudukan tiga teratas sebagai laman e-perdagangan di *Iprice Insight Report.

PG Mall
Bukan calang-calang ya! Bahkan telah menerima beberapa anugerah!

Anugerah yang dimiliki oleh PG Mall
Ini merupakan paparan utama pengguna bagi kedua-dua laman sesawang rasmi dan aplikasi PG Mall. Aplikasi PG Mall boleh di dapati di Play Store dan App Store (iOS).

Paparan laman utama PG Mall (desktop view)

Paparan utama PG Mall
(App view)
Paling membanggakan bagi pusat membeli-belah online milik tempatan ini, PG Mall juga menerima semua jenis e-wallet dan saluran bayaran (payment gateway.) Maka agak memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian dengan membayar mengikut saluran yang dikehendaki.

Saluran pemabyaran dan e-wallet yang diterima pakai.

PG MALL MEGA 8.8 PRE SALE!!


PG Mall bakal mengadakan mega pra-jualan 8.8 yang bermula 3hb Ogos sehingga 7hb Ogos 2020 ini! 

Rebut peluang jualan hebat ini seperti:
-       Daily Fresh Deals serendah RM 8
-       RM 5 off dengan pembelian minima RM 38 untuk pengguna baharu
-       RM 15 off dengan pembelian minima RM 88 unntuk semua pengguna baharu dan lama

Klik sini untuk jualan Mega 8.8Pre Sale

PG MALL MEGA 8.8


Pada 8 Ogos 2020 pula, PG Mall akan mengadakan Jualan Mega 8.8 selama satu hari! Anda boleh merebut pelbagai tawaran menarik dan penjimatan berganda.

Rebutlah peluang jualan hebat Mega 8.8:

-       8% Off
-       Diskaun sehingga RM88 dengan pembelian minima  RM 188
-       RM 5 off dengan pembelian minima RM 38 untuk pengguna baharu
-       RM 15 off dengan pembelian minima RM 88 unntuk semua pengguna baharu dan lama

Klik sini untuk jualan Mega 8.8

Maybank QRPay


Berita gembira bagi pengguna e-wallet Maybank QR Pay, anda boleh mendapatkan diskaun pembelian RM 5!

Diskaun ini boleh dinikmati apabila anda membuat pembelian melalui PG Mall atau MAE sekarang sehingga 31hb Julai 2020.

Caranya ialah dengan memasukkan promo code ‘FLASH’ di ruang promo code dan buat pembayaran menggunakan Maybank QR Pay. Mudahkan!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa lagi? Jom membeli belah sambil sokong pusat membeli-belah online Malaysia kita di PG Mall sekarang!

Laman rasmi PG Mall:
Laman rasmi: www.pgmall.my
Facebook: facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: @pgmall.my

*Laman laporan daripada Insight Report sebagai rujukan https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Maybankqrpay #Mae #Mega88 #PreSales #eighteight #PresalesParty #PGMall4u #Cashback #points

Monday, 20 July 2020

Diperlekeh fizikal, Rosma persoal diri ‘gemuk sangat ke aku’ ?

Jika mahu diselak kembali, berbakul bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma, 35 sejak awal menceburi dunia seni kira kira 17 tahun lalu.


Kalau zaman media sosial ketika itu sudah sehangat dan serancak kebelakangan ini dek penangan wira papan kekunci, barangkali hal memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming dilalui Rosma akan jauh lebih teruk dan boleh buat dirinya  jatuh terduduk.

Namun bagi pemilik nama penuh, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua itu tidak membuatkannya jadi lemah semangat.

Bagi penyanyi gilapan pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu, tiada pilihan lain untuk jadi kebal.

“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.

“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.

“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.

Kata Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.

“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.

“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.

“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.

“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.

Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.

Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.

“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.

“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.

“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa  jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.



Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri

“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.

“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.

“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.

Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.

“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.

“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur

“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.

“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.

Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.

“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.

“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.

Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.


Ketika ini produk pelangsingan badan dan detoks MS SenaRos dijual pada harga promosi dengan sebotol berharga RM89. Dua botol pula dijual pada harga lebih jimat RM159

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Instagram rasmi @msbykhairosma