Pada 16 April 2022, AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah memperkenalkan kolaborasi Koleksi AEON Raya 2022 terkininya bersama pereka fesyen dan usahawan terkemuka, Dato’ Jovian Mandagie dalam pelancaran media eksklusif di AEON Mall Shah Alam. Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara ialah hasil daripada kolaborasi ini.
Sempena raya tahun ini, Jovian telah mendalami asal-usul Nusantara. Nusantara pula adalah nama Jawa Kuno yang pada asalnya merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit yang bermula pada abad ke-13. Manakala, wanita di kepulauan nusantara ketika itu telah sebati dalam sejarah dan budaya sebagai simbol kecantikan. Maka tercetusnya inspirasi koleksi sedia pakai (RTW) premium ini.
Sebagai tambahan, Koleksi AEONxJOVIAN Nusantara ini turut mengambil tema serta idea daripada asal usul keturunan Dato’ Jovian sendiri iaitu Malaysia dan Indonesia. OIeh hal itu, potongan kain bercirikan Malaysia dan corak kain bercirikan Indonesia mampu dilihat di koleksi ini.
Bercakap berkenaan koleksi ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata, “Sesebuah perayaan itu secara intrinsiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen yang mampu mengimbangkannya dengan kebebasan dan ekspresi moden – sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato’ Jovian Mandagie yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya. Akhirnya terhasil lah senarai pra-pesanan yang panjang di platfom iAEON Lifestyle kami. Harapan kami agar pelanggan setia kami akan berpuas hati sebagaimana usaha keras yang kami laksanakan semasa persediaannya sejak Oktober tahun lepas.”
Sebagai pengenalan ringkas, Dato’ Jovian Mandagie merupakan salah seorang pereka paling berjaya di Malaysia. Beliau terkenal dengan pengaruh Mal-Indo merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen yang bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie house (JM).
Dalam ucapan Dato’ Jovian, “Koleksi RTW kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ianya telah memenuhi keperluan wanita di Malaysi dan memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN juga direka dengan pendekatan yang sama.”
Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara ini bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah pakaian raya untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Selain itu, koleksi ini juga dilengkapi dengan pelitup muka tiga lapis dan KF94 dengan rekaan unggul Jovian Mandagie. Pelitup muka dalam rekaan Nusantara baharu ini dibuat untuk dipadankan dengan corak pakaian perayaan khusunya koleksi ini sendiri.
Untuk pengetahuan semua, koleksi Nusantara ini mempunyai 12 rekaan kesemuanya. Manakala setiap rekaan hanya dihasilkan sebanyak 200 helai sahaja. Ini adalah untuk memastikan koleksi premium ini tetap esklusif. Adalah digalakkan untuk membuat pembelian awal memandangkan stok semakin cepat habis.
Antara Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN:
Sebagai tambahan, pakaian ini direka khas sesuai dengan iklim di Malaysia yang sentiasa panas. Oleh itu, material yang digunakan ialah campuran polister untuk membuatkan kain baju ‘sejuk’ dan selesa digunakan walaupun sepanjang hari.
Tambahan pula, meskipun rekaan ini bersifat premium dan esklusif dengan corak dan potongan unik, koleksi baju raya ini senang untuk dicuci dengan tangan tanpa perlu dihantar ke servis dobi. Manakala harga koleksi ini pula amat berpatutan dengan harga koleksi bagi kanak-kanak bermula dari RM139, harga bagi koleksi lelaki bermula dari RM179 dan koleksi wanita bermula dari RM229.
Koleksi ini sudah boleh didapatkan bermula pada 15hb April tersedia secara di tujuh buah cawangan AEON iaitu AEON MALL Shah Alam, AEON MALL Wangsa Maju, AEON MALL Taman Maluri, AEON Mid Valley, AEON Queensbay, AEON MALL Kota Bharu dan AEON MALLTebrau City. Koleksi Nusantara AEON X JOVIAN juga boleh didapatkan secara atas talian untuk semua pra-pesanan iAEON Lifestyle di iAEON Lifestyle - JOVIAN .
Koleksi ini dilancarkan sempena promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna. Pelbagai promosi istimewa Raya yang sedang berlangsung juga boleh didapati di www.aeonretail.com.my .