Friday, 10 June 2022

AEON Memudahkan Umat Islam Menjalankan Ibadah Korban Melalui ‘Berkat Korban 2022’

KUALA LUMPUR, 8 June 2022 - AEON CO. (M) BHD. (AEON) meneruskan usahanya memberi kemudahan kepada umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah korban tahun ini dengan membawa kembali “Berkat Korban 2022”. Maka sesuai lah program ini dengan slogan ‘Dari masjid ke pusat beli-belah’.

Ketika sidang media Berkat Korban 2022

    AEON telah memperkenalkan Berkat Korban pada tahun 2020 dan 2021 yang telah memberi kemudahan kepada umat Islam melaksanakan ibadah korban mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, tahun ini merupakan tahun ketiga AEON melaksanakan program Berkat Korban yang telah mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak sebelum ini.

    Untuk Berkat Korban 2022, AEON berkolaborasi dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm dalam menjalankan program ini agar patuh syariah dan mampu mencapai lebih banyak penerima yang betul-betul layak.

    Menurut Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, “Kami amat bersyukur kerana sekali lagi dapat merealisasikan program Berkat Korban pada tahun ini. Atas sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini, kami merasa bertanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan ini kepada umat Islam. Program ini akan memudahkan urusan mereka di mana tempahan daging korban hanya perlu dilakukan melalui panggilan telefon atau pun dalam talian,”

Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON

    “AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Shariah dalam kita memastikan umat Islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna,” tambah beliau.

    Selain itu, AEON turut memperkenalkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022. Ustaz Don Daniyal berkata, “Saya merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program Berkat Korban 2022. Selain daripada memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim setiap golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi para penternak tempatan serta peladang-peladang kecil. Alhamdulillah, setiap kerja penyembelihan dan pemprosesan juga dilakukan di dalam suasana terkawal untuk memastikan hasil sembelihan yang patuh shariah, bersih serta berkualiti tinggi selari dengan halalan toyyiban.”

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022

    Berkat Korban 2022 ini dilaksanakan di seluruh cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu. Jenis serta harga haiwan korban adalah seperti berikut:

Haiwan korban:

1. Lembu (210kg-250kg seekor)
2. Daging (28kg-30kg seekor)

Harga:

- Satu ekor: RM1,200
- Satu bahagian: RM880
*Satu bahagian bersamaan dengan 1/7 bahagian korban.

Jenis pembelian:

-Sendiri
Boleh ambil sendiri di cawangan AEON, AEON BiG atau MaxValu yang kita pilih. Daging korban akan dibungkus dan diasingkan siap-siap dalam kuantiti 1kg setiap satu untuk memudahkan pembeli dalam menguruskan daging korban mereka.

-Infaq
Infaq akan diuruskan oleh AEON dan Badan NGO agar orang yang betul-betul memerlukan menerima daging korban secara terus dan telus.

Cara pembelian dan pendaftaran:

1. Kaunter : Pergi ke mana-mana kaunter khas Berkat KorbanAEON 2022 di semua cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu seluruh negara. Anda perlu mengisi borang dan akan dibantu oleh staf AEON.
2. Atas talian: Anda boleh membuat pesanan di https://myberkatkorban.com.my/#link1
3. Panggilan telefon: Anda boleh menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012 – 759 1816.

Jadual penyembelihan dan agihan:

-Penyembelihan: 10 Zulhijjah (Raya Korban) dan 11,12 & 13 Zulhijjah (Hari Tasyrik) atau bersamaan dengan 10-13hb Julai 2022
-Agihan: Agihan dilaksanakan semua sekali pada 20hb Julai termasuk pengambilan sendiri

Tarikh akhir pendaftaran:

- Tarikh akhir pendaftaran: 5hb Julai 2022, Selasa

    Untuk makluman AEON mensasarkan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing untuk program Berkat Korban 2022. Ini secara tidak langsung turut membantu penternak kecil dan sederhana dalam menjana pendapatan. Dalam pada yang sama, AEON telah bekerjasama dengan YIDE untuk menyalurkan daging korban khusus kepada anak-anak yatim yang masih bersekolah.

    Tambahan lagi, program ini juga dipantau oleh badan yang berkaitan agar sentiasa patuh syariah. Daging-daging juga akan di sejuk beku agar boleh disimpan berbulan lamanya dalam peti sejuk bahkan boleh tahan seharian jika penerima tidak mempunyai peti sejuk. Waktu pengagihan pula tidak menjejaskan ibadah korban  kerana penyembelihan masih dilakukan pada hari raya korban dan diagihkan dalam keadaan masih mentah selaras dengan syariat.

    Inisiatif Berkat Korban 2022 ini selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digunapakai oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu sebagai seruan sejagat untuk bertindak bagi menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini, memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran serta memberikan kesedaran setiap pembangunan mesti diimbangi dengan kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar.


    Untuk melakukan pesanan melalui atas talian boleh lah ke laman web ini https://myberkatkorban.com.my/ .Manakala jika anda ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai program Berkat Korban 2022 boleh rujuk di Facebook Rasmi program https://www.facebook.com/berkatkorbanofficial/ .

    Mari kita sama-sama menyokong program dan usaha murni ini sambil melakukan ibadah. Daftar di mana-mana kaunter Berkat Korban 2022 ataupun lakukan pendaftaran secara atas talian bermula hari ini.

Monday, 6 June 2022

AEON X KLOTH CARES Melancarkan Tong Kitar Semula Kain dan Barang Harian

Pada hari ahad bersamaan 5hb Jun lepas, AEON CO. (M) BHD (AEON) telah bekerjasama dengan KLOTH CARES untuk  meneruskan usaha kemampanannya untuk melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022. Kerjasama ini telah membentuk inisiatif untuk menyediakan  tong kitar semula di cawangan AEON Mall dan AEON BiG terpilih.

Sesi pelancaran tong kitar semula.

Pelancaran kerjasama di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju ini turut dihadiri oleh Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) - Kuala Lumpur & Putrajaya; Ummi Kalthum Shuib, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON; Azli Mohamed  dan Pengasas Bersama KLOTH CARES  Nik Suzaila. Majlis juga diserikan dengan penampilan adik Kumika Kufaizul yang menyampaikan pantun GoGreen.

Dalam majlis pelancaran ini, Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON turut berucap “AEON komited untuk menggabungkan amalan mampan ke dalam inovasi produk yang mampu membawa impak positif kepada komuniti. Kami kekal komited untuk mempertingkatkan amalan kemampanan yang telah kami selaraskan dengan prinsip teras kepada Manusia, Keamanan dan Komuniti,”

Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama 
dan Kelestarian AEON

“AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan kerjasama yang lebih baik dengan komuniti kami sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka. Dalam melaksanakan inisiatif pada hari ini, kami bersyukur kerana kami dapat bekerjasama dengan Kloth Cares dan rakan pengasas mereka, Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk membantu kami menguruskan tong kitar semula untuk ditempatkan di pusat beli-belah pilihan kami,”

Tong kitar semula yang  bakal ditempatkan ini boleh menerima pelbagai jenis barangan yang boleh dikitar semula. Barangan tersebut ialah kain, kasut, barangan rumah, anak patung, topi, beg dan tali pinggang. Barangan yang boleh didermakan pula boleh dalam keadaan yang masih elok, terpakai, lusuh ataupun dalam bentuk cebisan asalkan barang-barang ini dalam bungkusan yang elok bertutup.

Tong sampah kitar semula yang bakal ditempatkan
di AEON amal & AEON BiG terpilih.

 Untuk makluman semua pihak, sebanyak 38 tong kitar semula akan ditempatkan di 24 cawangan AEON Mall dan AEON BiG di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menerusi inisiatif ini, AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul dalam tempoh setahun. Sebagai tambahan, angka 38 tong sampah dan 380,000 kg fabric ini dijadikan angka keramat permulaan inisiatif ini kerana tahun ni AEON Malaysia menyambut ulang tahunnya yang ke-38 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON, Azli Mohamed lagi, tong kitar semula ini akan diletakkan di kawasan yang mudah diakses oleh orang awam. Dalam pelan masa hadapan dalam lokasi dan tempat letak tong kitar semula, Azli Mohamed ingin mengembangkan lagi inisiatif ni dengan mendengar pendapat orang ramai kelak.

Pengarah SWCorp, Ummi  Kalthum Shuib turut menyampaikan beberapa ucapan, “Kami di SWCorp telah melakukan tugas kami sebaik mungkin. Ramai yang beranggapan bahawa kami tidak menjalankan tugas. Namun anggapan itu salah kerana kami setiap hari mengutip sisa pepejal yang banyak setiap hari. Bahkan ketika banjir pada hari itu, kami menemui sebuah patung anak beruang yang besar menyekat laluan longkang.”

Pengarah SWCorp, Ummi Kalthum Shuib

“Ini yang kita mahu warga Malaysia terutamanya warga Kuala Lumpur untuk menguruskan sampah mereka dengan terurus. Asingkan mana yang boleh dikitar semula. Lagi-lagi yang berdekatan dengan AEON Mall, datang berkunjung untuk mendermakan barangan terpakai anda ke tong kitar semula. Kurangkan sampah anda di tapak pelupusan yang seluas enam padang bola itu.”, tambahnya lagi.

Sebagai pengetahuan tambahan semua, barangan yang didermakan ke dalam tong simpah ini akan dibawa ke pusat pengumpulan dan pengasingan bahan alam sekitar. Barangan ini akan diasingkan sebanyak 400 kategori. Dalam pada masa yang sama barangan ini juga akan dibahagikan mengikut barangan yang boleh didermakan, barangan yang dibaik pulih, barangan yang diberi nafas baru dan barangan yang boleh menjadi sumber tenaga baharu.

Nik Suzaila sebagai Pengasas Bersama Kloth Cares dalam menjawab soalan yang ditujukan mengenai nilai kitar semula, “Nilai barangan kitar semula ini sangat subjektif dan tidak boleh dianggarkan kerana lain-lain orang akan menderma barang yang lain. Namun sebagai contoh, kasut wanita mempunyai nilai yang lebih rendah berbanding selipar jepun dalam dunia kitar semula. Ini adalah kerana selipar jepun senang mempunyai padanan dan mempunyai permintaan yang tinggi oleh itu nilainya tinggi.”

Pengasas bersama Kloth Cares, Nik Suzila

Tambahnya lagi, “Barangan kitar semula ni bukan sahaja baju yang boleh digunakan. Baju lusuh yang koyak rabak juga diterima. Itu juga merupakan sejenis fabrik. Manakala anda boleh dermakan apa jenis beg termasuk bagasi, beg tangan dan beg sekolah yang sudah koyak rabak dan rosak. Kami menerima semuanya.”

Dengan inisiatif ini, diharap orang ramai untuk mendukung program ini dengan menderma apa sahaja yang boleh diderma. Bersama-samalah kita memilih penyelesaian bijak dalam mengurus sisa pepejal kita. Jom dermakan barang terpakai di tong kitar semula AEON Mall dan AEON BiG terpilih.

Hanya masukkan barangan terpakai
yang sudah dibungkus elok ke dalam tong.

Untuk  mengetahui lebih lanjut melalui kerjasama ini serta mendapatkan maklumat terkini boleh singgah ke Facebook https://www.facebook.com/aeonxklothcares . Anda juga boleh menghubungi 1300-22-2258 untuk mendermakan barangan terpakai yang banyak dan besar.

Sunday, 29 May 2022

Guardian Perkenal Rangkaian Baru: Aksesori Kecantikan Essential Guardian

Kuala Lumpur, 26 Mei 2022 - Guardian Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian baharu dan eksklusif Aksesori Kecantikan Essential Guardian yang boleh didapati di semua stor Guardian dan di dalam talian. Menampilkan lebih 40 item baharu yang terdiri daripada span muka, paf muka, berus solekan, pencukur kening, pelentik bulu mata, penyepit, penghapus bintik hitam dan jerawat, gunting bulu kening, kapas pembersih, pengetip kuku, set tatarias kuku dan pengilap kuku.

Siri rangkaian aksesori kecantikkan, Essential Guardian


Anna Hull, Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei dan Pengarah Jenama Sendiri, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara berkata:

“Sebagai peruncit Nombor Satu Kesihatan dan Kecantikan Terbaik di negara ini, Guardian sentiasa mengkaji dan membawakan produk terbaik yang tersedia pada nilai hebat kepada pelanggan. Produk-produk ini termasuk aksesori kecantikan terkini dan berkualiti tinggi yang dihasilkan secara eksklusif untuk Guardian mengikut standard dan spesifikasi Guardian untuk dijual pada harga yang sangat kompetitif kepada pelanggan kami.

“Rangkaian Aksesori Kencatikan Essential Guardian menampilkan trend dan ciri kecantikan terkini. Kami mempunyai 12 jenis span muka, sebagai contoh, termasuk satu yang dihasilkan dengan fiber akar sayuran Konjac, menjadikan ia span pembersih semula jadi yang memiliki tekstur lebih halus untuk membersih dan menanggalkan kulit mati dengan lembut. Kami juga mempunyai span 3D yang telah direka bentuk untuk mengoles dan mengadun semua formula kosmetik sama ada bedak, krim atau cecair untuk kemasan yang halus dan sempurna. Pendek kata, kami mempunyai span untuk setiap keperluan kecantikan tertentu.”

Vegan friendly - Tiada binatang yang digunakan
sama ada dalam bahagian produksi mahupun
percubaan produk. Selamat digunakan tanpa was-was.

Pelbagai bentuk span mekap untuk aplikasi
mekap yang lebih cantik.

Tidak berfokuskan kepada mekap, Essentials
Guardian juga merangkumi produk penjagaan
diri seperti alat mengemaskan kuku.

“Terdapat juga 15 jenis berus untuk pelbagai jenis kegunaan daripada berus kening hinggalah ke berus garisan ke berus kontur ke berus celahan dan berus noda. Terdapat juga set berus kembara, set berus mata dan set berus wajah.”

“Rangkaian Aksesori Kecantikan Essential Guardian dijual pada harga yang sangat mampu milik iaitu RM5.90 untuk span bedak asas hingga RM33.90 untuk set tatarias kuku. Jadi berkunjunglah ke stor kami sekarang atau lawati stor dalam talian kami untuk segala keperluan kecantikan anda. Terdapat banyak pilihan untuk dipilih untuk memastikan anda sentiasa tampil rapi dan menawan,” tambah Anna Hull.

Antara beberapa aksesori di bawah rangkaian Essential Guardian:

Pek Hadiah 6 Span - Span pengadun mini ini sesuai untuk aplikasi yang tepat. Hujungnya yang tirus sesuai untuk kawasan yang sukar dicapai seperti celahan, dan sisinya yang melengkung boleh digunakan untuk mengadun bedak asas atau concealer. Harga RM 15.90.

Pek 2 span Clean Cellulose - Span selulosa ini sesuai untuk pembersihan dan pengelupasan secara lembut. Teksturnya yang poros menyampaikan pembersih muka ke kulit dan membantu menanggalkan kotoran. RM 5.90.

Berus bedak asas bujur - Padat dengan bulu yang lembut dan padat, berus bedak asas berbentuk bujur ini boleh digunakan untuk mengoles dan mengadun pemerah pipi, penyerlah, bronzer atau concealer. Harga RM 15.90.

Berus kabuki ini boleh digunakan untuk menyapu dan mengadun bedak tabur atau bedak kompak. Harga RM 15.90.

Set berus mata - Cipta penampilan yang diingini dengan set berus mata ini, lengkap dengan 5 berus utama untuk sapuan, adunan dan olesan produk solekan kegemaran anda. Set ini dilengkapi dengan bekas berus yang ideal untuk kembara. Harga RM 33.90.

Set berus kembara - Bersaiz sempurna untuk kegunaan pantas dan sesuai untuk  dimuatkan di dalam kantung, set ini termasuk berus-berus penting yang perlu dimiliki sepanjang masa. Harga RM 33.90.

**Harga di atas merupakan harga terkini bulan Mei 2022. Untuk membeli dan melihat harga produk daripada Essential Guardian terkini serta promosi boleh layari Guardian Store - Essential Guardian.

Layari sosial media Guardian untuk pelbagai promosi terkini:

Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY

#GuardianMYApp
#No1StoreMalaysia

Tuesday, 24 May 2022

Pameran Pokémon Trading Card Game yang ke 25 Tahun kini di Aeon Mall Shah Alam

Shah Alam - Julung-julung kalinya Pameran Pokémin Trading Card Game (TCG) yang ke 25 tahun dilangsungkan di Aeon Mall Shah Alam bermula 17hb Mei sehingga 29hb Mei ini.


Pameran Pokémon TCG ini berlangsung pada setiap hari di Centre Court Aeon Mall Shah Alam. Pameran ini dijangka mendapat sambutan yang hangat daripada generasi yang sering membesar dengan Pokémon sehingga ke generasi kanak-kanak sekarang.

Pameran Pokémon TCG ini dibuka setiap hari pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan ketika pameran:

1) Pameran Pokémon TCG (Pokémon TCG Exhibition)

Pameran kad SWORD AND SHEILD - EVOLVING SKIES

Pameran kad CELEBRATIONS

- Pameran semua kad Pokémon TCG pelbagai siri iaitu kad CELEBRATIONS, kad SWORD & SHEILD - EVOLVING SKIES & kad SWORD & SHEILD - FUSHION STRIKE.

2) Sudut Pokèmon TCG Trading (Pokémon TCG Trading Corner)

Sesi Trading

Sudut untuk Trading

- Bawa kad Pokémon anda lalukan trading untuk mendapatkan kad Pokémon lain.

3) Tutorial Pokémon TCG untuk pemula ( Pokémon TCG Tutorials for Begginers)

Sesi tutorial Pokémon Trading Card

- Jumaat hingga ahad sahaja. Pukul 1-5pm sahaja. Tarikh 20, 21, 22, 27, 28 & 29hb Mei sahaja. 

- Boleh sertai seorang diri atau bersama rakan dan keluarga.

- Dapatkan Pokémon TCG Fun Pack apabila anda sertai aktiviti ini.Daftar sesi tutorial disini.

- Tonton video ini terlebih dahulu sebelum menyertai sesi tutorial -> Video tutorial

4) Sudut Pokémon Legends: Demo Arceus ( Demo Corner)

Sesi demo dan permaianan Pokémon Legends: Arceus

- Saksikan demo dan bermain permainan terkini iaitu Pokémon Legends: Arceus di Nintendo Switch.

5) Bermain Pokémon Ga-Olé Part3 + Pemberian Tiket Sokongan Pikachu. (Pokémon Ga-Olé Part 3 + Pikachu Support Ticket Distribution)

Pengunjung bermain Pokémon Go-Olé

- Bermain Pokémon Ga-Olé Part3 dan berusaha dapatkan disk lima bintang Ga-Olé yang kuat!

- Pemberian tiket sokongan Pikachu untuk pemain Ga-Olé di Pameran ini dan pembeli yang membeli barangan Pokémon.

6) Jumpa Pikachu! (Meet Pikachu!)

Sesi persembahan tarian Pikachu.

Bergambar bersama Pikachu.

- Pada hujung minggu sabtu dan ahad sahaja. Tarikh 21, 22, 28 dan 29hb Mei sahaja.

- Pikachu Jalan-Jalan @ Pikachu Walkabout : 3pm

- Persembahan Tarian Pikachu @ Pikachu Dance Show: 5pm & 7pm

- Sesi Bertemu Peminat Pikachu @ Pikachu Meet & Greet : 6pm

7) Penjualan Barangan Pokémon (Pokémon Merchandise )


Antara barangan yang ada.

- Barangan dan patung Pokémon yang dibawakan daripada Jepun untuk peminat di Malaysia.

Pameran Pokémon TCG yang ke 25 tahun:

Tempat: Centre Court, Aeon Mall Shah Alam.
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tarikh: 17 - 29hb Mei 2022

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh layari laman web ini Pokémon TCG (Dalam Bahasa Inggeris).

**Semua aktiviti berlangsung pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 10 malam kecuali jika dinyatakan pada hari dan masa tertentu.

Apa lagi jom ramai-ramai ke Centre Court Aeon Shah Alam untuk menyertai Pameran Pokémon TCG yang ke 25 tahun!