KUALA LUMPUR, 8 June 2022 - AEON CO. (M) BHD. (AEON) meneruskan usahanya memberi kemudahan kepada umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah korban tahun ini dengan membawa kembali “Berkat Korban 2022”. Maka sesuai lah program ini dengan slogan ‘Dari masjid ke pusat beli-belah’.
AEON telah memperkenalkan Berkat Korban pada tahun 2020 dan
2021 yang telah memberi kemudahan kepada umat Islam melaksanakan ibadah korban
mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, tahun ini merupakan
tahun ketiga AEON melaksanakan program Berkat Korban yang telah mendapat
sambutan baik daripada pelbagai pihak sebelum ini.
Untuk Berkat Korban 2022, AEON berkolaborasi dengan Yayasan
Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia
Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm dalam menjalankan program ini agar patuh
syariah dan mampu mencapai lebih banyak penerima yang betul-betul layak.
Menurut Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber
Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, “Kami amat bersyukur
kerana sekali lagi dapat merealisasikan program Berkat Korban pada tahun ini.
Atas sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini, kami merasa
bertanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan ini kepada umat Islam.
Program ini akan memudahkan urusan mereka di mana tempahan daging korban hanya
perlu dilakukan melalui panggilan telefon atau pun dalam talian,”
“AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di
Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Kesemua daging korban akan melalui
proses SOP yang ketat dan patuh Shariah dalam kita memastikan umat Islam yang
mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna,” tambah
beliau.
Selain itu, AEON turut memperkenalkan Ustaz Don Daniyal Don
Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022. Ustaz Don Daniyal berkata, “Saya
merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program Berkat
Korban 2022. Selain daripada memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim setiap
golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan
kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi
para penternak tempatan serta peladang-peladang kecil. Alhamdulillah, setiap
kerja penyembelihan dan pemprosesan juga dilakukan di dalam suasana terkawal
untuk memastikan hasil sembelihan yang patuh shariah, bersih serta berkualiti
tinggi selari dengan halalan toyyiban.”
Berkat Korban 2022 ini dilaksanakan di seluruh cawangan AEON,
AEON BiG dan MaxValu. Jenis serta harga haiwan korban adalah seperti berikut:
Haiwan korban:
1. Lembu (210kg-250kg seekor)
2. Daging (28kg-30kg seekor)
Harga:
- Satu ekor: RM1,200
- Satu bahagian: RM880
*Satu bahagian bersamaan dengan 1/7 bahagian korban.
Jenis pembelian:
-Sendiri
Boleh ambil sendiri di cawangan AEON, AEON BiG atau MaxValu yang kita pilih.
Daging korban akan dibungkus dan diasingkan siap-siap dalam kuantiti 1kg setiap
satu untuk memudahkan pembeli dalam menguruskan daging korban mereka.
-Infaq
Infaq akan diuruskan oleh AEON dan Badan NGO agar orang yang betul-betul memerlukan
menerima daging korban secara terus dan telus.
Cara pembelian dan pendaftaran:
1. Kaunter : Pergi ke mana-mana kaunter khas Berkat
KorbanAEON 2022 di semua cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu seluruh negara.
Anda perlu mengisi borang dan akan dibantu oleh staf AEON.
2. Atas talian: Anda boleh membuat pesanan di https://myberkatkorban.com.my/#link1
3. Panggilan telefon: Anda boleh menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012 –
759 1816.
Jadual penyembelihan dan agihan:
-Penyembelihan: 10 Zulhijjah (Raya Korban) dan 11,12 &
13 Zulhijjah (Hari Tasyrik) atau bersamaan dengan 10-13hb Julai 2022
-Agihan: Agihan dilaksanakan semua sekali pada 20hb Julai termasuk pengambilan
sendiri
Tarikh akhir pendaftaran:
- Tarikh akhir pendaftaran: 5hb Julai 2022, Selasa
Untuk makluman AEON mensasarkan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing untuk program Berkat Korban 2022. Ini secara tidak langsung turut membantu penternak kecil dan sederhana dalam menjana pendapatan. Dalam pada yang sama, AEON telah bekerjasama dengan YIDE untuk menyalurkan daging korban khusus kepada anak-anak yatim yang masih bersekolah.
Tambahan lagi, program ini juga dipantau oleh badan yang
berkaitan agar sentiasa patuh syariah. Daging-daging juga akan di sejuk beku
agar boleh disimpan berbulan lamanya dalam peti sejuk bahkan boleh tahan
seharian jika penerima tidak mempunyai peti sejuk. Waktu pengagihan pula tidak
menjejaskan ibadah korban kerana
penyembelihan masih dilakukan pada hari raya korban dan diagihkan dalam keadaan
masih mentah selaras dengan syariat.
Inisiatif Berkat Korban 2022 ini selaras dengan usaha AEON
yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digunapakai oleh
Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu sebagai seruan sejagat untuk bertindak bagi
menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini, memastikan semua orang menikmati
keamanan dan kemakmuran serta memberikan kesedaran setiap pembangunan mesti
diimbangi dengan kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Untuk melakukan pesanan melalui atas talian boleh lah ke
laman web ini https://myberkatkorban.com.my/
.Manakala jika anda ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai program Berkat
Korban 2022 boleh rujuk di Facebook Rasmi program https://www.facebook.com/berkatkorbanofficial/
.
Mari kita sama-sama menyokong program dan usaha murni ini
sambil melakukan ibadah. Daftar di mana-mana kaunter Berkat Korban 2022 ataupun
lakukan pendaftaran secara atas talian bermula hari ini.
No comments:
Post a Comment