Thursday, 2 February 2023

Ingin Berduet Dengan Alif Syukri, Chef Faez Mahu Lebih Dikenali di Malaysia

Chef Faez ini merupakan jejaka yang berasal daripada negara Syria. Dia yang sudah tinggal di Malaysia pernah viral mengenai Crispy Kunafa yang menjadi ikutan peniaga lain di ibu kota. Chef Faez ini lah orang yang pertama membuatkan Kunafa itu ‘viral’, bahkan sentuhan makanan manisan itu menjadi tular di semua media sosial.


Dia yang sudah memiliki dua cawangan restoran ini tidak bercadang hanya untuk menjadi chef, dia ingin menceburkan diri ke bidang nyanyian. Dia juga ingin dikenali sebagai seorang penghibur yang suka menghiburkan orang dengan lakonan dan nyanyiannya. Chef Faez berharap agar orang Malaysia dapat menerimanya secara terbuka. 
Ketika menyatakan minatnya terhadap Alif Syukri.

“Saya ingin berduet bersama Alif Syukri jika ada peluang. Ini kerana Alif Syukri seorang yang bijak dalam membuatkan dirinya sering jadi sebutan. Apa sahaja yang dilakukan pasti tular. Ini adalah baik buat saya jika saya mampu menghasilkan lagu bersama beliau.”, katanya apabila ditanyakan siapa penyanyi yang dia ingin berkolaborasi.

“Lagu tersebut belum dihasilkan tapi dalam perancangan. Cadangannya saya ingin menyanyikan lagu dalam bahasa arab dan melayu agar lebih diterima ramai. Lagipun ramai yang mengenali saya di Malaysia dan Indonesia memahami bahasa melayu”, tambahnya lagi.

Dia yang masih bujang sebenarnya sudah menetap di Malaysia sejak sepuluh tahun lagi. Sebelum ini dia berada di Dubai selama enam tahun. Dia mengaku bahawa dia senang duduk di Malaysia dan ingin terus menetap di sini, oleh itu dia turut berancang untuk membuka lebih banyak cawangan restoran serta mengeluarkan beberapa produk seperti minyak wangi dan kosmetik.

Ini biodata ringkas Chef Faez: 

Chef Faez

Nama: Mohammad Faez
Usia: 34 Tahun
Lahir: 27hb Oktober 1988
Asal: Syria
Media sosial:

Instagram: https://instagram.com/cheffaez

Tiktok: https://www.tiktok.com/@cheffaez

Facebook: https://www.facebook.com/cheffaez1

Facebook: https://www.facebook.com/chefmohammadfaez

Chef Faez yang sudah terkenal di media sosial dengan pengikut lebih 70 ribu di Instagram berharap impiannya menjadi penyanyi serta mengembangkan bisnesnya di Malaysia termakbul pada tahun ini. Orang ramai boleh mengikuti Chef Faez di media sosial ataupun boleh berkunjung restoran Chef Faez di Kuala Lumpur dan Alor Star untuk bertemu dirinya.



Wednesday, 1 February 2023

Review Filem Coast Guard : Ops Helang (2023)

Baca review filem Coast Guard : Ops Helang TANPA SPOILER di sini.

Filem ni akan ditayangkan pada 2 Februari ni, sebelum masuk ke review elok juga tau sikit sinopsis ringkas Filem Coast Guard: Ops Helang. Kalau dah tau sinopsis boleh skip ke bahagian review ok!

Sinopsis

Filem ni mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz yang dilakonkan oleh Saharul Ridzwan. Alkisahnya dia bawa lah tunang dan keluarganya ke pulau untuk tinggal di sana. Masa majlis tu juga, ada penjenayah serang dan culik mereka ni termasuklah tetamu lain. Dengan anggota MARITIM lain pun sekali dia rembat jadi tebusan.

Jadinya, Lefenan Maritim Melati yang dilakonkan oleh Julia Farhana ni lah yang ditugaskan menyiasat dan cari mereka ni. Krisis terjadi bila penjenayah ni degil piang nak mencabar si Hafiz dan Maritim sampailah orang Maritim ni buat operasi besar-besaran.

Sinopsis ni memang dari internet, bukan saya SPOIL. Baca macam dah penuh kan? Hahaha. Ok, jom ke review filem pula!

Review TANPA SPOILER

Gambar/video: Kualiti filem ni tak lah terlalu HD dan tak lah terlalu macam guna kamera lama. Masih puas juga waktu menonton filem ni. Babak awal perlawanan rasanya mereka pinjam jurukamera Mat Kilau kot, gegar amat ya. Entah kenapa suka sangat buat gegar yang teramat.

Dah lain-lain tu gegar sikit, hala sana sikit jadi nampak lah babak berlawan tu dengan jelas. 

Latar belakang: Bagi saya cerita ni bagus sebab tunjukkan kerja pasal Maritim. Tak ada lah cerita Maritim tapi babak bercinta makan semata-mata. Nampak lah ada aset Maritim digunapakai macam helikopter, bot, jet ski dan macam-macam. NAMPAK KEMARITIMANNYA! Ha gitu.

Cerita pun dekat laut, pulau dan gua gitu. Tapi agak klise sedikit lah beberapa latar belakang macam tempat penjenayah tu. Yang penting tak ganggu jalan cerita. 

Pelakon & skrip: Dalam cerita ni nasib pelakon utama memang menyerlah, pembantu pun baik. Cuma skrip yang ditulis untuk pelakon utama banyak skema berbanding pelakon pembantu. Sedikit ‘cringe’ dan kekok tapi nasib baik tak banyak skrip macam tu.

Saharul Ridzwan

Bab pelakon tambahan pula sedikit mengganggu, bayangkan babak ganas-ganas tapi tak rasa ganas. Haha. Cerita ni banyak guna pelakon yang dah ada nama dan orang kenal sebagai watak ekstra mati awal, kan bagus kalau mereka yang jadi penjenayah dapat juga bawa watak ganas tu.

Persoalan lain pula, kenapa Leftenan Muda Melati selalu pakai baju yang sama? Tak perlu tukar baju macam lain. Haha.

Julia Farhana

Jalan cerita: Secara general bagus lah. Cuma bila masuk bahagian nak cantuman cerita ke penelitian dia jadi macam ‘eh tiber’, umpama babak kena potong nak cukup kan masa, tergantung sedikit di sini tergantung sikit di sana. Bayangkan eh tiba ada mati, eh lepas tu apa? Ha.

Paling saya SUKA AMAT TERAMAT, cerita ni BANYAK AKSI. Pergh, tembak sana tembak sini, lawan sana, lawan sini. Baru lah filem aksi. Penjenayah jahat memang nampak jahat. Tak ada nak borak-borak lepas tu acah-acah, yihhh ingat dunia nyata penjenayah nak melayan? Bagi kejahatan terus. Hahaha.

Cuma kan babak akhir tu klise lah, nak juga masukkan babak borak. Bayangkan awal-awal tu nampak profesional lah anggota Maritim, hujung-hujung ada babak borak lawan. Yih. Nasib lah tak terlalu panjang. Hahaha.

Persoalannya juga, penjenayah ni mereka cari makan macam mana? Buat apa? Saya pun tak tau.

Review am: Saya tak bagi bintang rate ke apa tapi kalau kata suka atau tak, saya kata suka je. Saya fokus tengok cerita ni bahagian Maritim dan Aksi, dua-dua ni padat. Lain-lain tu kurang sikit tapi tak mengganggu sangat pun hatta orang yang edit ‘storyline’ ni tak ‘smooth’. 

Cerita ni akhirnya tak tergantung tapi macam ada babak ura-ura buat movie kedua. Kalau ada saya memang nak tengok. Harapan agar movie kedua nanti smooth je lah. Sebab saya suka filem aksi yang betul-betul aksi.

Bagi orang kat luar sana, sila tonton cerita ni! Berbaloi untuk ditonton!

Baca untuk Malam Gala Tayangan File Coast Guard di Tayangan Gala Coast Guard: Ops Helang

Tonton Filem di Pawagam

Tayangan ni tak lama sangat pun hanya berdurasi 85 minit. Sebab ada babak ganas, jangan bawa budak-budak menonton cerita ini.

Baik, sila tonton Filem Coast Guard: Ops Helang arahan Allahyarham Pitt Hanif pada 2 Februari di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.


Tayangan Malam Gala Coast Guard: Ops Helang Meriah!

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2023 – Filem Coast Guard: Ops Helang telah jayanya dilancarkan pada Malam Gaya Tayangan Perdana di pawagam ibu negara. Majlis malam gala ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Bin Nasarah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan beberapa media lain.




Filem ini diterbitkan oleh Flying Deals Sdn. Bhd dan Arie Zahari Production serta penerbit bersekutu dan edaran Metrowealth International Group (MIG) telah menzahirkan setinggi ucapan terima kasih kerana amat menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) dan Dana Kandungan Marketing kepada filem ini demi memastikan filem Coast Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.


Filem aksi ini dibarisi oleh pelbagai barisan pelakon terkenal seperti Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana dan Sabri Yunus sebagai barisan utama. Manakala, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Illiyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah dan Joe Aziz sebagai barisan pelakon pembantu.

Filem karya terakhir pengarah terkemuka iaitu Allahyarham Pitt Hanif berjaya menjadikan Coast Guard mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara. Fenomena baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milik APMM didedahkan secara eksklusif dalam filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan tidak termasuk nilai aset milik APMM yang digunakan. Aset seperti kapal Maritim, helikopter dan bot rigid hull ‘KILAT’ banyak diperlihatkan.

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan. Melalui filem ini, penonton dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata-mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.


Tajuk Filem : COAST GUARD: OPS HELANG
Durasi : 85 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama, Aksi
Klasifikasi : P13
Pengarah : Allahyarham Pitt Hanif
Pelakon : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama, Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.
Penerbit : Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production
Edaran : Metrowealth International Group (MIG)

Baca review filem di sini [Review Filem Coast Guard: Ops Helang 2023]

File COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pada 2 Februari 2023 ini!

Monday, 30 January 2023

Rawatan HIFU - Muka runcing, tirus dan tegang tanpa cucuk dan bedah TERMURAH di The Beauty Expert Spa Cheras

Muka V tegang dan anjal tanpa cucuk? Anda boleh beralih arah ke rawatan teknologi terkini dunia estetik tanpa jarum iaitu rawatan HIFU yang terletak di Aesthetic Spa #1 Tanpa Injection, The Beauty Expert Academy Spa Cheras.


Apa itu rawatan HIFU?

HIFU ni merupakan singkatan kepada High-intensity-focused ultrasound. Rawatan HIFU pula merupakan rawatan tanpa invasif yang bebas jarum dan pisau untuk membakar lemak, menegangkan kulit, menganjalkan lapisan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. 

Mesin HIFU yang kecil tanpa jarum.

Rawatan ini adalah rawatan terkini yang popular di mana-mana pusat estetik di Malaysia lagi-lagi rawatan kecantikkan invasif adalah haram untuk penganut agama Islam. Maka rawatan HIFU ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin mendapatkan hasil yang sama tanpa perlu melawan hukum agama. 

Testimoni daripada blogger sendiri.

Oleh itu The Beauty Expert Academy Spa Cheras, mereka turut menawarkan rawatan estetik HIFU High Rejuvation untuk rawatan muka yang dikendali oleh pakar estetik bertauliah. 

Rawatan dilakukan oleh Tecer Mass yang bertauliah.

HIFU High Rejuvation

HIFU High Rejuvation dapat membantu menyelesaikan masalah:
  • Leher berkedut
  • Mata sembap
  • Dagu berlapis
  • Garis halus
  • Garis senyum
  • Dan sebagainya!
Kesan rawatan HIFU Rejuvation:
  • Wajah lebih tegang, anjal dan bertenaga
  • Kurang lapisan lemak
  • Kurang kedutan
  • Wajah tampak lebih muda dan sihat

Kebaikkan rawatan HIFU High Rejuvation:
  • Tiada ‘downtime’ – boleh terus guna mekap!
  • Hasil boleh tahan sehingga 3 – 6 bulan!
  • ‘Fast result facial treatment’, buat sekali terus Nampak!
  • Masa rawatan yang singkat iaitu kurang dari 1 jam*
  • Tidak menyakitkan dan tanpa cucuk
Siapa boleh buat rawatan HIFU High Rejuvation?
  • Perempuan dan lelaki (Lelaki harus ditemani pasangan/peneman perempuan)
  • Muslimah berhijab yang risau akan aurat (Rawatan dilakukan oleh wanita muslim dibilik bertutup)
  • Seawal usia 18 tahun atau yang sudah mula menggunakan mekap
  • Warga emas
  • Tidak kisah jenis kulit walaupun bermasalah (Konsultasi akan diberikan)
Testimoni pelanggan sendiri.

Dengan teknologi terkini rawatan muka ini, muka boleh nampak tirus ala V umpama buat pembedahan dan cucuk. Rasa buat rawatan ni pun sejuk macam ala buat permeriksaan bayi guna gel sejuk menggunakan alat 'ultrasound'.

PROMOSI Rawatan HIFU High Rejuvation

The Beauty Expert Academy Spa Cheras berbesar hati memberikan promo RM199 (100 ‘shots’) untuk pelanggan yang pertama kali mencuba rawatan HIFU. Rawatan HIFU High Rejuvation beharga promosi ini termasuk dengan analisis kulit percuma! 

Promosi rawatan HIFU High Rejuvation.

Anda hanya perlu buat panggilan di talian 03-954 67094 atau whatsapp di nombor telefon 013-257 6447 untuk pertanyaan dan juga tempahan slot.

Adalah berbaloi untuk anda dapatkan harga promosi ini kerana harga sebenar rawatan ialah bernilai RM999 untuk 100 ‘shots’. Rata-rata rawatan HIFU di luar sana boleh mencecah sehingga RM3500 untuk jumlah ‘shot’ yang sama! Harga di The Beauty Expert Acadmy Spa Cheras merupakan mampu milik dan dikira paling murah di pasaran! 

Oh ye, boleh kata apa-apa rawatan di sini pun amat berbaloi. Senang cerita, nak cari ‘spa aesthetic’ terbaik dan ‘facial’ murah di Alam Damai Cheras, memang kat sini lah jawapannya. 

Berkenalan dengan The Beauty Expert Academy Spa Cheras dan Pengasas

The Beauty Expert Academy Spa Cheras ini sebenarnya bukan tempat spa biasa yang anda hanya boleh buat rawatan wajah (facial) biasa, di sini merupakan pusat estetik spa. Estetik spa ini ialah tempat rawatan wajah yang menggunakan mesin berteknologi tinggi yang mampu merawat pelbagai jenis masalah wajah yang tidak boleh diselesaikan hanya dengan menggunakan rawatan biasa. 

Antara kelayakkan Tecer Mass.

Pengasas The Beauty Expert Academy Spa Cheras pula bukan calang-calang orang kerana beliau merupakan ‘The Only One Aesthetic Guru’ iaitu Puan Mastura Binti Idris. Puan Mastura atau lebih mesra dengan gelaran Tecer Mass merupakan pakar estetik yang bertauliah dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia 1, 2 dan 3. 

Tecer Mass ketika perkongsian mengenai rawatan HIFU.

Pengasas produk penjagaan wajah RoyalQ Asia ini juga merupakan tenaga pengajar bertauliah yang turut menyandang jawatan Pegawai Latihan Vokasional (VTO), Train-The-Trainer (TTT) dan Training Provider serta Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti.

Maka pelanggan yang ingin menikmati rawatan disini tidak perlu ragu apabila rawatan dikendalikan oleh Ticer Mass dan bidadari yang dilatih sendiri oleh Ticer Mass. Bidadari merupakan gelaran perawat estetik di The Beauty Expert Academy Spa Cheras. 

Saya bersama Ticer Mass dan Bidadari The Beauty Expert
Academy Spa Cheras.

Oleh itu tidak ragu lah The Beauty Expert Academy ini layak mendapat jolokan ‘aesthetic spa’ terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor malah menjadi pilihan utama bagi pusat estetik muslimah terbaik di kawasan Kajang, Bangi dan Selangor secara amnya.

Kunjungi The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Anda dah boleh buat perancangan dan tempahan rawatan HIFU High Rejuvation di The Beauty Expert Spa Cheras ni sebelum puasa bulan mac dan raya bulan april ni. Ye lah, bulan puasa ni dah mula berkunjung nak berbuka bersama-sama disambung dengan melawat rumah terbuka pada hari raya. Mesti nak tampil dengan wajah yang cantik dan sihat.

Maklumat lanjut adalah seperti di bawah: 

Pintu masuk ke atas di sebelah Menara Optometry.

The Beauty Expert Academy Spa Cheras
Alamat: No 14B, Jalan Suadamai 1/2, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor
Hari & waktu operasi: Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)
Sabtu & Ahad (10AM-6PM)
Nombor telefon: 03-95497094
013-2576447

Social media The Beauty Expert Academy
Laman web: https://thebeautyexpertaesthetic.carrd.co/
IG: https://www.instagram.com/thebeautyexpertcheras/
FB: https://www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
TikTok 1: https://www.tiktok.com/@thebeautyexpertacademy88
TikTok 2: https://www.tiktok.com/@beautyaestheticclass

Jom cuba rawatan HIFU High Rejuvation!