Wednesday 1 February 2023

Review Filem Coast Guard : Ops Helang (2023)

Baca review filem Coast Guard : Ops Helang TANPA SPOILER di sini.

Filem ni akan ditayangkan pada 2 Februari ni, sebelum masuk ke review elok juga tau sikit sinopsis ringkas Filem Coast Guard: Ops Helang. Kalau dah tau sinopsis boleh skip ke bahagian review ok!

Sinopsis

Filem ni mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz yang dilakonkan oleh Saharul Ridzwan. Alkisahnya dia bawa lah tunang dan keluarganya ke pulau untuk tinggal di sana. Masa majlis tu juga, ada penjenayah serang dan culik mereka ni termasuklah tetamu lain. Dengan anggota MARITIM lain pun sekali dia rembat jadi tebusan.

Jadinya, Lefenan Maritim Melati yang dilakonkan oleh Julia Farhana ni lah yang ditugaskan menyiasat dan cari mereka ni. Krisis terjadi bila penjenayah ni degil piang nak mencabar si Hafiz dan Maritim sampailah orang Maritim ni buat operasi besar-besaran.

Sinopsis ni memang dari internet, bukan saya SPOIL. Baca macam dah penuh kan? Hahaha. Ok, jom ke review filem pula!

Review TANPA SPOILER

Gambar/video: Kualiti filem ni tak lah terlalu HD dan tak lah terlalu macam guna kamera lama. Masih puas juga waktu menonton filem ni. Babak awal perlawanan rasanya mereka pinjam jurukamera Mat Kilau kot, gegar amat ya. Entah kenapa suka sangat buat gegar yang teramat.

Dah lain-lain tu gegar sikit, hala sana sikit jadi nampak lah babak berlawan tu dengan jelas. 

Latar belakang: Bagi saya cerita ni bagus sebab tunjukkan kerja pasal Maritim. Tak ada lah cerita Maritim tapi babak bercinta makan semata-mata. Nampak lah ada aset Maritim digunapakai macam helikopter, bot, jet ski dan macam-macam. NAMPAK KEMARITIMANNYA! Ha gitu.

Cerita pun dekat laut, pulau dan gua gitu. Tapi agak klise sedikit lah beberapa latar belakang macam tempat penjenayah tu. Yang penting tak ganggu jalan cerita. 

Pelakon & skrip: Dalam cerita ni nasib pelakon utama memang menyerlah, pembantu pun baik. Cuma skrip yang ditulis untuk pelakon utama banyak skema berbanding pelakon pembantu. Sedikit ‘cringe’ dan kekok tapi nasib baik tak banyak skrip macam tu.

Saharul Ridzwan

Bab pelakon tambahan pula sedikit mengganggu, bayangkan babak ganas-ganas tapi tak rasa ganas. Haha. Cerita ni banyak guna pelakon yang dah ada nama dan orang kenal sebagai watak ekstra mati awal, kan bagus kalau mereka yang jadi penjenayah dapat juga bawa watak ganas tu.

Persoalan lain pula, kenapa Leftenan Muda Melati selalu pakai baju yang sama? Tak perlu tukar baju macam lain. Haha.

Julia Farhana

Jalan cerita: Secara general bagus lah. Cuma bila masuk bahagian nak cantuman cerita ke penelitian dia jadi macam ‘eh tiber’, umpama babak kena potong nak cukup kan masa, tergantung sedikit di sini tergantung sikit di sana. Bayangkan eh tiba ada mati, eh lepas tu apa? Ha.

Paling saya SUKA AMAT TERAMAT, cerita ni BANYAK AKSI. Pergh, tembak sana tembak sini, lawan sana, lawan sini. Baru lah filem aksi. Penjenayah jahat memang nampak jahat. Tak ada nak borak-borak lepas tu acah-acah, yihhh ingat dunia nyata penjenayah nak melayan? Bagi kejahatan terus. Hahaha.

Cuma kan babak akhir tu klise lah, nak juga masukkan babak borak. Bayangkan awal-awal tu nampak profesional lah anggota Maritim, hujung-hujung ada babak borak lawan. Yih. Nasib lah tak terlalu panjang. Hahaha.

Persoalannya juga, penjenayah ni mereka cari makan macam mana? Buat apa? Saya pun tak tau.

Review am: Saya tak bagi bintang rate ke apa tapi kalau kata suka atau tak, saya kata suka je. Saya fokus tengok cerita ni bahagian Maritim dan Aksi, dua-dua ni padat. Lain-lain tu kurang sikit tapi tak mengganggu sangat pun hatta orang yang edit ‘storyline’ ni tak ‘smooth’. 

Cerita ni akhirnya tak tergantung tapi macam ada babak ura-ura buat movie kedua. Kalau ada saya memang nak tengok. Harapan agar movie kedua nanti smooth je lah. Sebab saya suka filem aksi yang betul-betul aksi.

Bagi orang kat luar sana, sila tonton cerita ni! Berbaloi untuk ditonton!

Baca untuk Malam Gala Tayangan File Coast Guard di Tayangan Gala Coast Guard: Ops Helang

Tonton Filem di Pawagam

Tayangan ni tak lama sangat pun hanya berdurasi 85 minit. Sebab ada babak ganas, jangan bawa budak-budak menonton cerita ini.

Baik, sila tonton Filem Coast Guard: Ops Helang arahan Allahyarham Pitt Hanif pada 2 Februari di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.


No comments:

Post a Comment