Sunday, 12 February 2023

Menang Percutian Cruise Genting Dream 3H2M Serendah RM38 Dengan AEON

KUALA LUMPUR, 10 Februari – AEON Malaysia sukacitanya mengumumkan pelancaran kempen terbaharu mereka iaitu, "Smile of Love – Win A Cruise Contest" dengan kerjasama Resorts World Cruises.

Pelancaran kempen bersama AEON, Resort World Cruises dan penyewa yang terlibat.

Kempen terbaharu ni memberi peluang kepada pelanggan AEON untuk memenangi percutian Genting Dream Cruise 3H2M untuk dua orang oleh Resorts World Cruises. Pertandingan ini sudah bermula pada 10hb februari sehingga 7hb mei 2023. Sebanyak 8 pemenang bertuah akan diumumkan setiap 15 hari bulan.

Kempen Smile of Love ini bertujuan untuk memberi ganjaran istimewa kepada pelanggan atas kesetiaan mereka yang terus menerus membeli-belah di AEON Mall. Ini merupakan salah satu cara AEON untuk membina satu memori indah bersama pelanggannya.

Pertandingan ini juga merupakan peluang keemasan dan seumur hidup sekali bagi pelanggan untuk menikmati percutian yang menarik ini. Hanya semudah membuat pembelian serendah RM38 bagi AEON Member dan RM58 bagi bukan AEON Member dalam satu atau dua resit pembelian dalam hari yang sama. Pembelian mestilah dilakukan di kedai makanan dan minuman dan pawagam yang terpilih di semua AEON Mall.

Poster pertandingan.

Apa yang lagi menarik ialah percutian Genting Dreams ini berlepas dari Pelabuhan Klang dan akan singgah di destinasi popular seperti Penang, Singapura dan bakal menyusul Phuket selama 3 hari 2 malam.

The Genting Dream Cruise

Percutian The Genting Dream, ‘A Resort Cruising at Sea’ yang akan dimenangi oleh pelanggan AEON yang bertuah ini termasuk:

- Makan dan minum sepanjang hari
- Persembahan – Zodiac Theathre
- Aktiviti rekreasi dan permainan – Ziplines, Rock Climbing
- Taman tema – Water park
- Dan bermacam-macam lagi!

Bagi pemenang muslim, anda tidak perlu risau kerana ada restoran The Lido menawarkan makanan halal dan vegetarian yang berkelulusan halal. Juga, terdapat beberapa surau di atas kapal untuk memudahkan muslimin dan muslimat menunaikan solat.

Apa lagi? Jom ke AEON Mall berdekatan anda.

Maklumat lanjut berkenaan kempen dan pertandingan anda boleh layari https://www.facebook.com/AEONMallMY/

Saturday, 11 February 2023

KAMYA FEST 2023 di Stadium Bukit Jalil Meriah!

Kuala Lumpur, 10 Februari 2023 – Kamya Festival atau Kamya Festival 2023 telah memulakan penganjurannya di Stadium Bukit Jalil pada hari pertama hari ini. Penganjuran oleh Kamya selaku jenama produk kecantikan dan kesihatan yang meningkat naik ini turut disertai oleh 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

Dihadapan gerbang pintu masuk Kamya Fest yang terletak di Parking B, Stadium Bukit Jalil.

Kamya Fest dilangsungkan dengan objektif berhibur sambil menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawan yang didorong oleh Puan Erna Elliyana atau lebih dikenali sebagai Erna iaitu pengasas Kamya. Penganjuran Kamya Fest ini turut mendapat sokongan selebriti dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu selaku penganjur bersama.

Tarikan Kamya Fest

Berlangsung selama tiga hari, festival ini menyediakan pelbagai tarikan buat pengunjung terdiri daripada pelbagai jenis vendor iaitu produk Kamya itu sendiri, makanan, minuman, fesyen, automotif, sukan, permainan kanak-kanak serta dewasa dan aktiviti gaya hidup yang sesuai untuk seisi keluarga. Bahkan ada khemah Lifestyle yang dilengkapi dengan pendingin hawa untuk pengunjung berasa selesa. Tambahan pula, tempat makan yang luas turut disediakan di bawah khemah besar untuk pengunjung menikmati pembelian mereka.

Khemah makan.

Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle, aktiviti kecergasan dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.

Antara gambar sekitar Kamya Fest:

Khemah Lifestyle berpendingin hawa.

Aktiviti kecergasan ditengah festival.

Antara vendor makanan.

Permainan kanak-kanak.

Peragaan automotif.

Pada masa yang sama terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air menghadiri Kamya Fest untuk menghibur pengunjung. Antara barisan selebriti yang ada ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol, Syura Badron, Nadia Brian dan ramai lagi.

Majlis Pelancaran Kamya Fest

Majlis pelancaran Kamya Fest 2023 telah disempurnakan oleh Erna sendiri bersama-sama barisan selebriti popular seperti Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan.

Menurut Erna, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan, “Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung di dalam dunia keusahawanan.

Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 sehingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada."

“Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan.

“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.

Pelancaran Sabun Kamya

Pada hari pertama festival, Erna berbesar hati melancarkan produk terbaharu daripada Kamya iaitu Kamya Soap. Pelancaran diadakan meriah dengan kehadiran Vee Abdullah selaku pengacara pelancaran, Mya Zulkifli, para blogger, pempengaruh dan pengunjung.

Erna dikiri bersama pengacara Vee Abdullah.

Kamya Soap ialah sabun pencuci wajah yang mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu masalah kulit seperti Niacinamide, Glutathione, Arbuthnott, Vitamin, Aloe Vera, Madu dan Titanium. Sabun ini sesuai buat pengguna yang mempunyai pelbagai jenis kulit seperti sensitif, kering, berminyak dan kombinasi.

Para pempengaruh yang memperagakan Kamya Soap.

Sabun ini juga dipercayai dapat membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit, mengurangkan kemerahan dan kerengsaan dan menanggalkan sel kulit mati. Selain itu sabun ini dapat membantu memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan liang pori tersumbat, mencegah pertumbuhan jerawat, menyokong struktur kulit serta memberikan penampilan yang lembut dan tampak lebih muda.

Kamya Soap terbaharu.

Kamya Soap yang bertulisan Cantik Itu Kamu.

Sabun ini hanya boleh didapatkan di Kamya Fest dengan harga RM19.90 sahaja sebelum memasuki pasaran secara rasmi dengan harga yang lain. Jualan harga pelancaran ini juga terhad untuk 1000 unit sabun untuk tiga hari festival berlangsung.

Hadiah Cabutan Bertuah

Pengunjung yang hadir juga boleh mencuba tuah memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot.

Salah seorang pengunjung yang bertuah.

Jangan lepaskan peluang ini dan anda semua dijemput hadir ke Kamya Fest 2023!

Kamya Fest

Tarikh : 10th – 12th Feb 2023
Lokasi : Carpark B, Stadium Bukit Jalil
Masa : 10am – 10pm

Peta Kamya Fest 2023.

Masuk adalah percuma kecuali kemasukkan ke khemah Lifestyle dengan tiket masuk berharga RM5 dewasa.

Laman web dan sosial media

Saturday, 4 February 2023

Guardian Perkenal Bunny Twin Pom Pom dan Bun Nee dari Bunnyville!

Petaling Jaya, 2 Februari 2023 - Tahun Baru Cina pada tahun ini mengalu-alukan kedatangan Tahun Arnab yang membawa simbol kebadian, keamanan dan kemakmuran. Dalam pada masa yang sama juga, Guardian mengambil kesempatan untuk memperkenalkan karakter digital arnab terbaharu Guardian Bunny Twin. Guardian Bunny Twin tersebut diberi nama Pom Pom dan Bun Nee.

Bersama Guardian Bunny Twin dari Bunnyville!

Teo selaku Ketua Pemasaran Guardian & Health Beauty Asia Malaysia dan Brunei dalam memperkenalkan Bunny Twin berkarta, “Mereka akan menjadi Bunny pertama daripada banyak lagi arnab yang akan muncul dari Bunnyville Guardian dan kedua-duanya akan berinteraksi dengan pelanggan secara maya sebagai duta jenama Guardian yang berkhidmat untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kecantikan pelanggan kami.

Teo ketika majlis ucapan di restoran di Petaling Jaya.

Pom Pom, arnab yang lebih tua bersifat Mendidik, Bermaklumat dan Prihatin manakala kembarnya yang lebih muda, Bun Nee, gemar Bermain dan Cerdik. Jadi ikuti ruang digital kami untuk kelahiran lebih banyak Bunny Guardian dari Bunnyville tidak lama lagi!!”

Nak tahu mana satu Pom Pom mana satu Bun Nee? Pom Pom kembar yang tua mempunyai pipi bewarna ungu dan bermata segitiga. Bun Nee si kembar yang muda pula kelihatan sedikit nakal dengan warna pipi merah dengan mata yang sedang ketawa. Warna telinga dan corak bunga Pom Pom dan Bun Nee juga berbeza dengan Pom Pom memiliki warna merah jambu dan Bun Nee memiliki warna kuning.

Bun Nee (kiri) dan Pom Pom (kanan)
ketika mereka diperkenalkan.

Berita menarik, Guardian turut mengeluarkan Sticker Bunny Twin Pom Pom dan Bun Nee untuk edisi tahun baru cina ini! Sticker ini boleh di download dan diguna pakai untuk aplikasi chat WhatsApp dan Telegram. Untuk muat turut sticker ini, anda boleh klik di sini.

Sticker Bunny Twin Pom Pom dan Bun Nee
sempena Tahun Baru Cina Guardian 2023.

Orang ramai boleh menantikan kelahiran lebih banyak Bunny Guardian di Bunnyville untuk masa hadapan. Buat masa ini, di jemput berkenalan dengan Pom Pom dan Bun Nee di ruang digital Guardian!


#GuardianBunnyville
#GuardianTwinBunny

Guardian Buat Jualan Mix & Match Penjimatan 60% Untuk Pertama Kali!

Kuala Lumpur, 2 Februari 2023 - Guardian telah melancarkan promosi Mix & Match buat pertama kalinya yang menawarkan penjimatan 60% untuk item belian kedua. Promosi jualan secara besar-besaran ini dilaksanakan di seluruh Guardian store seluruh negara bermula 1 Januari lepas.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Malaysia dan Brunei, Guardian Health and Beauty Asia Tenggara berkata, “Kami sentiasa mencari cara untuk memberikan nilai hebat kepada pelanggan kami dan pengalaman pelanggan yang lebih baik jadi disamping penjimatan hebat, kami kini menawarkan kepada pelanggan kami pilihan untuk mencampur dan memadankan apa yang mereka beli dan ini adalah tawaran pertama seumpanya oleh Guardian."

Angela Teo dalam ucapan perkenalannya.

“Untuk julung kalinya, pelanggan Guardian akan menikmati diskaun 60% untuk item belian kedua dan mereka dibenarkan untuk Mencampur dan Memadankan pilihan mereka daripada lebih 2,000 produk, yang merangkumi semua produk pupur muka, pembersih muka, penjagaan bibir, pewarna rambut dan deodoran", tambahnya lagi.

Ini bermaksud pelanggan boleh membeli dua produk yang sama atau mencampur aduk pembelian mereka tanpa membeli produk kedua yang sama jenis atau rangkaian. Contohnya:
  • Produk pertama (Produk rambut) + Produk kedua (Produk rambut)
  • Produk pertama (Produk rambut) + Produk kedua (Produk sabun mandian)
  • Produk pertama (Produk penjagaan wanita) + Produk kedua (Produk pencuci wajah)
  • Produk pertama (Produk kesihatan) + Produk kedua (Produk kecantikkan)
  • Dan pelbagai kombinasi pembelian produk yang terlibat.
Antara contoh gabungan produk terpilih.

*60% penjimatan harga akan diberikan kepada produk yang harganya lebih rendah.
*Produk terpilih sahaja (2000 lebih produk pilihan).

Pada masa yang sama, promosi ini membolehkan pelanggan dapat menjimatkan lebih banyak wang serta membeli apa yang diperlukan oleh mereka tanpa membeli produk ekstra. Perkara ini dapat membantu para pelanggan agar dapat mengawal perbelanjaan mereka dalam ekonomi yang semakin mencabar.

Promosi Mix & Match ini
berlangsung bermula pada 1 hingga 28 Februari 2023. Untuk melihat jenis produk yang terlibat dan meninjau promosi lain di Guardian boleh tekan link E-Catalogue di sini.

Jom singgah ke Guardian Store berdekatan anda sekarang.

[JUGA BACA : GUARDIAN PERKENAL BUNNY TWIN POM POM DAN BUN NEE DARI BUNNYVILLE]

#guardianmy
#guardianmixNmatch