Pelancaran MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan dari kiri: Prof. Dr. Shahrim Ab Karim, Chef Muluk, Juan Aranols, Ivy Tan,Chew Soi Ping, dan Anis Nabilah. |
Pada pelancaran juga, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols turut memberikan beberapa ucapan, “Selaku jenama yang mempunyai lebih 50 tahun sejarah dan ruang di hati rakyat Malaysia, MAGGI® berbangga menyambut keindahan budaya dalam produk kami. Pada hari ini, kami gembira menjadi sebahagian dalam sambutan Laksa Malaysia yang kini lahir melalui inovasi terkini produk kami. Produk yang memberikan penghormatan kepada kepelbagaian warisan kulinari iaitu MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan.”
Majlis pelancaran turut dihadiri oleh dua personaliti terkenal dalam bidang makanan iaitu Chef Selebriti Anis Nabilah dan Professor Dr. Shahrim Karim yang juga merupakan seorang Profesor Makanan Warisan dan Budaya Malaysia, Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kedua-dua jemputan istimewa turut memaparkan seni dan kepakaran mereka dalam menyediakan hidangan laksa sambil berkongsi beberapa sejarah dan perkembangan hidangan laksa itu sendiri.
Menyelusuri asal usul laksa, Laksa berasal daripada komuniti Peranakan dengan inspirasi budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara. Professor Dr. Shahrim Karim dalam berkongsi sejarah memberitahu bahawa laksa ini merupakan hidangan ikonik yang sangat mencerminkan Malaysia melangkaui budaya dan kawasan hingga berkembang kepada pelbagai hidangan laksa yang kita nikmati sehingga hari ini. Contohnya ialah laksa kari yang biasa dijumpa hingga ke laksa yang lebih inovatif seperti Asam Laksa, Laksa Sarawak, Laksa Nyonya dan Laksa Johor. Terdapat lebih 10 jenis laksa yang ada di Malaysia ini sahaja.
Tambah beliau lagi, “Jiwa kepada laksa terletak pada bahan yang kuat dan rasa aromatik. Laksa yang bagus ialah laksa yang seimbang dari segi pelbagai bahan yang pecah minyak, ini penting untuk mendapatkan laksa yang mempunyai rasa sempurna agar keindahan kulinari itu dicapai”.
Menyentuh mengenai kecenderungan beberapa tahun ini, pengguna sekarang banyak mencari pelbagai cari untuk menikmati makanannya terkenal bersama keluarga dan rakan. Dengan kebangkitan gaya masakan laksa yang digoreng, MAGGI® mengambil inspirasi ini untuk melahirkan produk baharu MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan yang penuh dengan kreativiti olahan laksa tradisi rakyat Malaysia.
Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad Cik Ivy Tan menjelaskan, “Sebagai jenama yang dipercayai, MAGGI® bercita-cita untuk menyediakan produk yang mewakili rasa Malaysia. Terima kasih kepada Chef kami di MAGGI®yang terus menyalurkan dedikasi dan kepakaran kulinari, kami dapat menghasilkan olahan moden kepada laksa dengan produk inovasi terbaharu kami iaitu MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan.
Sesungguhnya, rahsia menyediakan laksa yang sedap terletak pada asasnya. Oleh itu, produk terbaharu ini dibuat penuh dengan bahan aromatik seperti bunga kantan, daun kesum, lengkuas bersama dengan beberapa bahan segar seperti bawang, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia yang dimasak secara perlahan hinggan menjadi pes pecah minyak agar boleh menyampaikan rasa ikonik laksa yang autentik. Kami menghargai hidangan tradisi ini dengan menjadikannya laksa goreng yang sedap di nikmati bila-bila masa dan di mana jua”.
Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan, anda boleh layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-mi-goreng-laksa-warisan/ . Atau anda boleh lihat sosial media rasmi MAGGI® untuk pelbagai info terkini:
FB: https://www.facebook.com/MaggiMalaysia/
IG: https://www.instagram.com/Maggi.Malaysia/